Zaman sekarang ni, ramai yang sudah menjadi mangsa scammer dengan pelbagai modus operandi. Termasuk suami Ain sendiri, pernah ditipu lebih RM1000. Pengajaran yang besar buat kami supaya tidak mudah mempercayai penjual-penjual online.

Dan rupanya ada cara kita boleh semak sama ada mereka ini adalah scammer yang pernah dilaporkan atau tidak.

Info ini Ain dapat dari satu entri yang lalu lalang di wall FB pada suatu hari. Terima kasih pada yang mula-mula share.

Simpan sini untuk rujukan sendiri dan panduan yang lain juga.

Jadi, untuk sesiapa yang suka membeli belah secara online, adalah lebih baik semak sama ada penjual adalah di dalam senarai scammer atau tidak. Berhati-hati ya semua.

Caranya mudah sahaja.

Layari laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia diĀ http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Kemudian masukkan maklumat yang anda ada. Boleh klik pada ‘Kategori’ untuk pilihan yang ada.

Seterusnya klik ‘Semak Maklumat’.

Kalau ada dalam senarai scammer, langkah terbaik bagi Ain ialah block sahaja nombor tersebut.

semak scammer