cara pengendalian susu

Ibu menyusu yang nak berikan yang terbaik untuk si manja, kenalah ambil tahu info tentang cara pengendalian ebm ini. Dah bersusah payah mengepam atau memerah susu ibu, kualiti susu ibu yang penuh khasiat mestilah dijaga dengan sebaiknya.

Susu ibu ini ‘fragile’ sifatnya. Silap langkah sikit sahaja pun sudah boleh mengganggu komposisinya.

Untuk yang masih belum tahu apa perbezaan kandungan susu ibu dan susu formula, anda lihatlah sendiri gambar di bawah ini.

cara pengendalian susu

Enzim-enzim ‘hidup’, faktor untuk pertumbuhan, hormon-hormon dan sifat susu ibu yang anti-alahan, anti-radang, antibodi, anti-virus dan anti-parasit – anda TIDAK AKAN jumpa semua ini di dalam mana-mana susu formula!

Jadi, untuk memastikan kandungan susu ibu kekal pada tahap optimum, teruskan membaca beberapa DOs dan DON’Ts di bawah ini ya.

.

1# Cara Pengendalian Susu Ibu : DOs

.

Berikut ialah apa yang ibu menyusu BOLEH lakukan :

1) Untuk ibu bekerjaya yang mengepam di tempat kerja, kebersihan tangan dan alatan mengepam mestilah dijaga dengan baik. Kita tak mahu mencemarkan susu ibu walaupun setitik dengan sesuatu yang tidak baik kan.

2) Sterilkan botol untuk menyimpan EBM dan semua alatan untuk mengepam. Ada banyak kaedah untuk steril seperti menggunakan tablet yang dilarutkan dalam air suam, mesin sterilizer dan sebagainya.

3) Ibu-ibu yang mengepam beberapa kali di tempat kerja pula, alatan mengepam yang telah digunakan BOLEH disimpan di dalam peti ais sehingga 24 jam. Jadi anda tidak perlulah nak mencuci semuanya setiap kali selepas pam. Cuma pastikan diletakkan di tempat yang bersih, khas untuk alatan mengepam sahaja.

4) Tak kira bagaimana anda menyimpan EBM anda (plastik atau botol), pastikan anda melabel dengan jelas – nama bayi, tarikh & masa susu dipam, kuantiti (berapa oz).

cara pengendalian susu

Antara Do and Dont dalam cara pengendalian susu ibu yang betul.

.

5) Anda boleh campurkan EBM yang sama suhu yang dipam dalam masa 24 jam. Contohnya seperti di bawah:

8 pagi – 3 oz disimpan dalam chiller

11 tengah hari – 4 oz disimpan dalam chiler

2 petang – 2 oz disimpan dalam chiller

5 petang – 5 oz disimpan dalam chiller

Sebelum tidur, kesemua EBM ini telah pun mencapai suhu yang sama, jadi anda bolehlah campurkan kesemua 14oz EBM ini di dalam plastik EBM untuk menjimatkan ruang. Botol-botol tadi boleh dicuci dan disteril untuk penggunaan seterusnya.

Asalkan 2 syarat ini ada – suhu sama & dalam 24 jam – anda BOLEH mencampurkan susu-susu ini.

6) Untuk mencairkan FROZEN EBM, anda boleh memilih antara 2 cara ini:

  • merendam di dalam mangkuk berisi air sejuk sehingga EBM cair
  • melalukan di bawah air paip sehingga keseluruhan EBM cair

7) Untuk memanaskan EBM yang telah dicairkan pula, pastikan EBM itu berada di dalam BOTOL. Anda boleh rendam di dalam air suam sehingga mencapai suhu 37 Celcius, atau menggunakan pemanas susu khas.

8) Beri EBM kepada bayi berdasarkan tempoh masa yang betul. Rujuk entri Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Ibu untuk info lanjut.

9) Pastikan anda menyimpan EBM secara berperingkat – biarkan sejuk seketika di dalam suhu bilik, kemudian masukkan ke dalam chiller, dan kemudian barulah membekukannya.

10) SENTIASA merasa dahulu EBM di bahagian tangan sebelum diberikan kepada bayi. Ini adalah untuk memastikan susu tidak terlalu panas.

.

cara pengendalian susu

Cara pengendalian susu ibu termasuklah mengetahui cara membersihkan setiap unit dalam pam susu.

.

2# Cara Pengendalian EBM : DON’Ts

.

Apa pula yang TIDAK sepatutnya ibu menyusu lakukan?

1) JANGAN goncang botol susu yang mengandungi EBM dengan kuat. Cara mencampurkan lapisan-lapisan EBM yang baru dicairkan ialah dengan memusing botol perlahan-lahan.

2) JANGAN gunakan EBM yang anda rasa was-was sebagai contoh tiada label yang jelas.

3) JANGAN berikan bayi anda EBM yang telah ‘expired‘. Sayang memanglah sayang susu tu, tapi lebih sayang lagi bayi anda kan?

4) JANGAN gunakan air panas atau mikrowave untuk mencair atau memanaskan susu anda.

5) JANGAN panaskan EBM di dalam plastik (gunakan botol sahaja).

6) JANGAN sejukbekukan semula EBM yang telah dicair atau dipanaskan.

7) JANGAN simpan EBM anda di bahagian pintu peti sejuk.

8) ELAKKAN berkongsi pam susu dengan ibu lain.

9) JANGAN ubah suhu EBM secara mendadak. Baik dari anda mengepam dan menyimpan, atau hendak mencairkan dan memanaskan sebelum diberi kepada bayi. Paling banyak dilakukan, selepas pam terus masukkan dalam freezer – salah ni ya!

10) JANGAN ambil ringan kebersihan setiap unit dalam pam anda kerana jangkitan yang berpunca dari pam yang kotor memang wujud!

.

cara pengendalian susu

‘Titisan emas’ ini sangt berharga. Patuhilah Dos dan Donts dalam dunia penyusuan agar yang terbaik sahaja diberikan kepada bayi anda. =)

.

Ok. Setakat ini saja sharing tentang cara pengendalian susu untuk ibu menyusu kali ini.

Lepas ni ibu-ibu dah tahu apa yang patut dan boleh buat, apa yang tak boleh ya.

Semoga bermanfaat untuk anda yang menyusukan. =)