skincare lulus kkm

Memandangkan sekarang produk kecantikan tumbuh bak cendawan selepas hujan, adalah lebih baik kita semak dahulu sama ada produk pilihan kita itu skincare lulus KKM atau pun tidak

Bukannya apa.

Acap kali kita dengar berita-berita kulit muka jadi rosak lepas produk sekian-sekian.

Pernah beberapa kali juga keluar senarai produk yang mengandungi bahan membahayakan tapi bukan semua orang alert benda-benda macam ni kan?

So, bertindak bijak, semak dahulu sebelum melaburkan duit untuk mana-mana skincare.

Jadi kali ni Ain nak share beberapa step mudah untuk semak skincare lulus KKM atau sebaliknya.

.

5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

.

1) Layari laman web NPRA di npra.moh.gov.my

NPRA ialah singkatan bagi National Pharmaceutical Regulatory Agency.

Untuk menyemak kelulusan produk suplemen pun kita boleh semak melalui laman web yang sama ini juga.

Ain ada ceritakan sebelum ni dalam entri Cara Semak Nombor KKM Produk Shaklee.

Nak semak produk selain Shaklee pun boleh of course hehe.

Anda akan dibawa ke laman web seperti di dalam gambar di bawah.

.

skincare lulus kkm

.

2) Kemudian, pilih ‘Carian Produk’

Kalau anda ingin menyemak menggunakan smart phone, cuma scroll ke bawah sahaja sehingga ‘berjumpa’ dengan link ‘Carian Produk’ ini.

.

3) Pilih ‘Cosmetic’ kerana anda nak semak skincare kan.

Kalau anda pilih ‘Pharmaceutical’ tu, untuk semak produk suplemen (bukan skincare). Mudah saja kan?

.

skincare lulus kkm

.

4) Di bahagian ‘Search by’, ada beberapa pilihan.

Antara pilihan yang ada:

  • Product Name
  • Notification Number
  • Holder Name
  • Manufacturer Name
  • Importer

Rasanya yang paling mudah ialah memilih ‘Product Name’.

.

5) Di bawahnya, masukkan nama produk yang anda ingin semak.

Contohnya : shaklee youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘shaklee youth’ tadi.

.

skincare lulus kkm

.

So, kalau ada dalam senarai bermakna produk tersebut ada kelulusan KKM. Bolehlah tarik nafas lega untuk keluarkan duit membeli skincare tersebut.

Kalau tiada dalam senarai, haaa jangan cari pasal!

Jadilah pengguna bijak.

Pastikan anda melabur untuk keuntungan, bukannya melabur untuk melebur. Hehehe =)

.

-Pengedar Shaklee Butterworth-

.

Untuk pertanyaan tentang skincare semulajadi YOUTH, klik gambar in untuk terus menghubungi Ain ya.