jenis kulit muka

Tahukah anda, jenis kulit anda boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa?

Perbezaan jenis kulit antara kita adalah disebabkan perbezaan:

  • kandungan air di dalam kulit (yang menentukan kelembapan dan keelastikan kulit)
  • kandungan minyak di dalam kulit (yang menentukan kelembutan kulit)
  • sejauh mana sensitifnya kulit anda

Disebabkan perbezaan ini, kulit kita boleh dikategorikan kepada 5 jenis – normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif.

.

1# Kulit NORMAL

Sememangnya ramai yang mengimpikan kulit normal, terutamanya kaum wanita dan yang mementingkan penampilan diri.

Mereka yang memiliki kulit normal mempunyai ciri-ciri berikut:

  • tiada atau sangat minimal masalah kulit
  • tidak sensitif
  • pori tidak jelas kelihatan
  • kulit berseri

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Normal

.

2# Kulit KOMBINASI

Ada juga mereka yang mempunya bahagian kulit yang kering di satu bahagian, manakala di bahagian lain pula lebih berminyak.

Contoh paling kerap ialah berminyak di bahagian T (T-zone) dan lebih kering di sekitar dahi dan pipi.

Mereka inilah yang berkulit kombinasi.

Kebanyakannya mempunyai pori yang jelas kelihatan, kulit nampak berkilat dan muncul blackheads di wajah.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kombinasi

.

3# Kulit KERING

Bagi yang berkulit kering, biasanya anda tidak mempunyai liang pori yang jelas kelihatan.

Tetapi kulit anda tampak kusam dan kasar, mungkin juga ada beberapa tompokan kemerahan (tanda radang dan mengelupas).

Kulit anda juga kurang elastik. Garisan halus lebih jelas kelihatan kerana kandungan air dalam kulit anda kurang.

Bukan sahaja di wajah, kulit anda di bahagian lain seperti sikut dan lutut adalah sangat kering sehingga pecah-pecah!

Lebih malang lagi, perkara-perkara di bawah boleh menjadikan kulit anda lebih kering lagi:

  • faktor genetik
  • perubahan hormon
  • proses penuaan
  • cuaca sejuk dan kering (contoh : cuaca sejuk di luar negara)
  • mandi dengan air suam terutamanya jika anda mandi untuk jangka masa yang panjang
  • ubat tertentu

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Kering

.

4# Kulit BERMINYAK

Antara jenis kulit yang bermasalah ialah kulit berminyak.

‘Pelawat’ asing seperti jerawat, whiteheads dan blackheas lebih banyak kelihatan pada mereka yang berkulit jenis ini.

Tidak cukup dengan itu, kulit anda nampak kusam dan berkilat.

Kebiasaannya, seseorang mengalami kulit berminyak apabila terjadinya perubahan hormon, terlalu stress, dan perubahan cuaca.

Oleh kerana mereka yang mempunyai kulit berminyak lebih cenderung mengalami masalah pori tersumbat, untuk mencari produk penjagaan kulit dan makeup, sebaiknya anda pilih yang bersifat noncomedogenic.

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Berminyak

.

5# Kulit SENSITIF

Mudah sahaja untuk mengenalpasti mereka yang berkulit sensitif.

Sekiranya kulit anda kemerahan, mudah merengsa, terlalu kering dan rasa seperti terbakar, anda berkemungkinan besar memiliki kulit yang sensitif.

Lagi satu ciri kulit sensitif ialah susah sangat nak cari skincare yang sesuai dengan kulit.

Silap langkah kulit memang boleh jadi teruk!

jenis kulit muka

Jenis Kulit Muka Sensitif

.

Sebagai penutup, Ain kongsikan 6 tips penting penjagaan kulit walau apa jua jenis kulit anda

  1. Cuci muka dengan teliti dan bersih setiap hari dengan pencuci muka yang sesuai
  2. Gunakan pelembap muka setiap hari.
  3. Pilihlah sunscreen atau sunbock berspektrum luas yang mampu memberi perlindungan dari sinar UVA dan UVB.
  4. Minum air kosong yang cukup setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter.
  5. Berhenti atau jangan merokok jika anda sayangkan kulit anda.
  6. Elakkan berjemur di bawah terik matahari. Sekiranya terpaksa, gunakan semua teknik sunscreen yang ada seperti memakai baju berlengan panjang, memakai topi pantai dan cermin mata hitam.

Berminat untuk kulit sihat berseri secara semuajadi?