Sejak pertama kali bersalin, Ain diajar cara urut bayi oleh seorang kakak Indon yang memang tinggal dan kerja dengan mak ayah Ain dari kecil. Indonesian style gitu. Dan Ain dah praktikkan cara-cara tu untuk anak kedua dan ketiga Ain jugak.
Untuk mak-mak yang nak atau sedang berpantang sendiri tu, kalau nak jadikan entri ini rujukan pun boleh. Mudah saja cara urut bayi ni.
Mengurut bayi dalam pantang ada banyak manfaatnya. Antaranya untuk melancarkan pengaliran darah, membantu bayi kentut, melegakan kembung perut, memberi ketenangan kepada bayi dan paling penting sebagai bonding ibu dan bayi.
Kerja urut-mengurut bayi ni Ain buat masa mandikan baby. Senang sebab kita gunakan sabun, licin dan lebih mudah nak urut. Ada orang suka urut bayi dengan minyak. Ain tak berapa suka sangat sebab minyak berbau dan berminyak. Terpulang kepada anda ya.
Sebelum tu, Ain nak share dulu yang Ain mandikan bayi dalam tub mandi macam dalam gambar kat bawah ni. Sangat membantu sebab ada tempat letak bayi yang condong. Air pun tak terkumpul, dikhuatiri waktu mandikan tu baby kencing or berak. Tak la kena bilas atau mandikan bayi semula.
Cara Urut Bayi Dalam Pantang Indonesian Style
.
Untuk mengurut bayi semasa mandi, Ain mulakan dengan bahagian kaki dahulu. Basahkan dengan air suam, letak sabun secukupnya dan mulalah urut tapak kaki bayi menggunakan ibu jari. Urut dari tumit ke arah jari kaki. Buat beberapa kali.
Kemudian. bahagian betis dan peha pula. Kepal-kepalkan dengan tangan anda beberapa kali juga. Lebihkan mengurut belakang betis bayi. Kakak tu kata picit situ untuk buang angin.
Bila sampai bahagian perut pula, boleh rujuk gambar di bawah ni. Dengan kedua ibu jari anda, tekan perut bayi perlahan-lahan. Dan urut dari ulu hati turun ke bawah (Arah seperti dalam gambar).
Untuk tangan pula, sama seperti anda mengurut bahagian kaki. Cuma kepal-kepalkan lengan bayi dengan lembut.
Yang paling Ain suka ialah urutan kat muka bayi. Macam kita buat facial tu. Bermula dari dagu naik ke atas. Dari tengah dan ke arah luar. Bila sampai tang hidung tu, picit-picit lembut hidung bayi. Petua orang tua ni kata mereka untuk mancungkan hidung. Wallahu’alam.
Boleh refer gambar ni untuk lebih jelas. Ini gambar anak ketiga Ain.
Lepas dah selesai mengurut bahagian depan bayi, anda boleh meniarapkan bayi di atas sebelah tangan anda. Dengan menggunakan tangan sebelah lagi, urut belakang bayi dari bawah ke atas.
Nak mudah, anda boleh gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengurut kanak dan kiri belakang bayi tu.
Siap dah cara urut bayi yang Ain praktikkan berdasarkan pengalaman kakak Indon ni. Mudah saja kan?
Cara anda urut bayi anda pula bagaimana?
Boleh share di ruang komen untuk info bersama.
Anda mungkin perlukan info tentang cara berpantang untuk ibu juga?
Rujuk entri Perlukah Ibu Berpantang Cara Tradisional untuk maklumat lanjut.