11 Makanan Detox Yang Menyokong Kesihatan

11 Makanan Detox Yang Menyokong Kesihatan

Anda telah faham tentang Manfaat Detox Untuk Tubuh Kita yang pernah Ain share sebelum ini dan telah bersedia untuk memilih makanan detox untuk tubuh anda?

Tak kira lah sama ada anda mahu menurunkan berat badan secara sihat ke, atau nak menambahkan tenaga ke. Atau nak menangani masalah craving melampau anda ke, dan sebagainya.

Detox ialah langkah yang penting untuk anda ke arah kehidupan yang lebih sihat. Tapi, pernahkah anda terfikir, “Macam mana aku nak mulakan detox?”.

Kali ini, Ain nak share senarai 11 makanan yang dapat menyokong permulaan detox anda.

.

11 Makanan Detox Yang Baik Untuk Diamalkan

.

MILK THISTLE

makanan detoxHerba tumbuhan ini telah digunakan sejak abad ke-17 pada zaman Greek lama, mengandungi silymarin yang merupakan campuran flavonoid yang bermanfaat untuk kesihatan hati manusia.

Ia bertindak menjaga kesihatan hati dengan :

  • bertindak sebagai antioksidan yang mengesan kehadiran radikal bebas dan mencegah sel hati dari dirosakkan
  • meningkatkan paras glutathione di dalam hati, yang mana ini mmebantu badan menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubat yang dimakan termasuklah paracetamol
  • menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel-sel hati baru untuk menggantikan sel lama (sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang menerima rawatan bagi masalah hepatitis dan cirrhosis)

Beberapa kajian mendapati bahawa milk thistle :

  • melndungi hati dari kerosakan oleh toksin contohnya disebabkan alkohol
  • melindungi dari penyakit Alzheimer
  • melawan kanser usus dan prostat

.

SHIZANDRA CHINENSIS

makanan detoxSC juga merupakan sejenis herba yang popular digunakan pada zaman perubatan Cina sebagai herba anti-stres dan untuk kesihatan hati.

Di dalam kajian terbaru, para atlit yang telah diberikan SC menunjukkan penurunan paras hormon stres cortisol. SC meningkatkan keupayaan badan untuk berlindung dari stress persekitaran, toksin, kemurungan, emosi negatif dan penyakit mental.

Tahukah anda, pengambilan alkohol secara rutin atau berlebihan akan meningkatkan jumlah lemak di dalam hati?

Tetapi, SC telah dibuktikan mampu menurunkan pengumpulan lemak-lemak ini, mencegah kerosakan hati, dan mengurangkan keradangan hati.

Di kalangan pesakit kencing manis pula, SC bermanfaat dalam menurunkan paras gula darah selepas makan.

.

DANDELION

makanan detoxManfaat dandelion telah dikenali sejak zaman dahulu lagi.

Di India, pada suatu masa dahulu dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah hati termasuklah jaundice, cirrhosis dan bengkak hati.

Di zaman Cina lama pula, dandelion merupakan antara herba popular yang digunakan untuk merawat kencing manis, masalah hati, buah pinggang dan masalah pencernaan.

Kenapa dandelion begitu popular ketika itu?

Sebagaimana milk thistle, dandelion juga memiliki sifat antioksidan yang tinggi. Ditambah pula kandungan vitamin A, B, C, D, E, dan beta-karotena, serta mineral seperti zink, potassium dan selenium yang menyokong kesihatan hati.

Selain itu, dandelion juga mengandungi polysaccharides seperti yang boleh dijumpai di dalam spesies cendawan tertentu, yang dipercayai mempunyai sifat anti-tumor!

Kesemua gabungan nutrisi inilah yang menjadikan dandelion sebagai herba yang:

  • menyokong kesihatan hati
  • baik untuk kesihatan buah pinggang
  • bermanfaat untuk funsi pencernaan (dandelion boleh bertindak sebagai julap)
  • menyokong kesihatan sisten urinari (dandelion boleh meningkatkan penghasilan air kencing untuk menyingkirkan toksin dari tubuh)

Dandelion bukan sekadar sekuntum bunga sahaja ya!

.

CENDAWAN REISHI

makanan detoxUntuk pengetahun anda, orang Cina memberi gelaran “Mushroom of Immortality” dan “Herba Ajaib” kepada cendawan Reishi.

Sebab ia diberi gelaran itu adalah kerana manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan:

  • mengawal sistem imun badan
  • antioksidan yang melindungi dari kerosakan oleh radikal bebas
  • bersifat anti-histamine (anti-alahan)
  • melindungi sel hati dari jangkitan kuman dan toksin
  • memperbaiki kesihatan usus
  • merangsang sistem imun
  • menguatkan jantung
  • memperlahankan proses penuaan kulit
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan stress

.

KUNYIT

makanan detoxKunyit bersifat antiradang dan antioksidan yang bertindak di peringkat molekul dalam melawan kerosakan oleh radikal bebas.

Di samping itu, kunyit juga menyokong memori anda dengan meningkatkan paras hormon di dalam otak yang merangsang pertumbuhan sel neuron baru dan mencegah dari proses degeneratif dalam otak.

Jadi, kunyit bukan sekadar memberi warna kuning kepada makanan sahaja ya, tetapi lebih dari itu. =)

.

ARTICHOKE

makanan detoxSecara nutrisinya, artichoke mempunyai kandungan serat yang tinggi, asid folik, vitamin C dan vitamin K yang tinggi, menjadikannya yang ketujuh di antara 1000 makanan lain yang mempunyai kuasa antioksidan cynarin dan silymarin yang tinggi.

Sebagai diuretik (buang air kencing) dan choleretic (buang jus hempedu) semulajadi,artichoke menggalakkan penghasilan urin dan meningkatkan kelajuan penyingkiran jus hempedu dari hati.

Kalau dilihat dari segi anatomi dan fisiologi, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu. Jus ini akan dilepaskan selepas kita makan untuk mencernakan makanan.

Artichokes menggalakkan pelepasan jus hempedu ini.

Tahukah anda, kekurangan jus hempedu boleh mengakibatkan masalah ketidakhadaman, kerosakan sel hati dan masalah hati?

Jadi, artichokes lah jawapannya kalau anda mahu sistem pencernaan anda berjalan dengan lancar dan membantu proses regenerasi sel hati.

.

ALFALFA

makanan detox“Bapa Segala Makanan” ini ialah tumbuhan renek berakar tunjang yang boleh mencapai kedalaman sehingga 6 meter ke dalam tanah. Kerana ini, pastinya Alfalfa memiliki kekayaan nutrisi tanah yang tidak tercapai dek tumbuhan lain.

Alfalfa yang cukup matang kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan klorofil yang tinggi.

Beberapa kajian mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus sihat, dengan itu menyokong kesihatan sistem pencernaan.

Alfalfa juga membantu melawan kemurungan dan meyingkirkan toksin dalam darah.

Baca juga entri tentang Alfalfa Complex untuk info lanjut.

.

DAUN SENNA

makanan detoxBerita baik untuk anda yang selalu mempunyai masalah sembelit!

Kebanyakan orang mengalami sembelit kerana kekurangan serat dalam pemakanan dan pengambilan air putih yang sedikit setiap hari.

Kajian yang dijalankan di Malaysia telah menunjukkan, sebanyak 45.5% subjek mempunyai masalah sembelit dalam masa 5-15 tahun. Dan 27.7% di antara mereka pula tidak menyedari yang mereka mempunya masalah ini!

Daun senna ialah herba yang mesra-usus, yang mana ia bertindak sebagai julap yang ‘merotan’ usus yang telah ‘malas’ supaya kembali bekerja!

Bagaimana badan anda nak sihat kalau sistem pembuangan pun tidak lancar?

Gerakkan usus anda supaya bekerja sekarang juga!

.

POLIFENOL

makanan detoxTahukah anda, pelbagai faktor termasuklah pendedahan terhadap stress yang berulang-ulang, toksin dari persekitaran, pemakanan tidak sihat, dan jangkitan virus atau kuman boleh mengakibatkan keradangan yang kronik?

Keradangan yang kronik ini seterusnya membawa kepada pelbagai masalah metabolik, penuaan pramatang, masalah jantung dan atherosklerosis.

Polifenol ialah bahan semulajadi yang bersifat antioksidan dan anti keradangan.

Kajian seluruh dunia telah menunukkan yang polifenol menyediakan manfaat kesihatan yang luas seperti :

  • melindungi jantung dari penyakit kardiovaskular
  • mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson dan Alzheimer
  • merangsang melembapan kulit agar kulit lebih elastik dan kelihatan lebih muda
  • memperbaiki kerintangan terhadap insulin

.

PEPPERMINT

makanan detoxPerut kembung ialah masalah ketidakhadaman yang berpunca daripada terlebih makan dan kekurangan enzim pencernaan.

Ia kerap kali dikaitkan dengan mereka yang mengalami sembelit dan masalah keradangan usus.

Makan berlebihan menyebabkan perut anda mengembang lebih dari yang sepatutnya. Bukan sahaja kesihatan usus anda akan terjejas, nak tengok diri sendiri dalam cermin pun tak sanggup kerana perut yang sudah boroi! Alamak!

Jadi, peppermint lah penyelesaian untuk masalah anda ini.

Peppermint membantu melegakan ketegangan otot perut dan membantu salur pemakanan anda ‘berehat’ dengan baik. Oleh itu, anda akan dapat melepaskan gas yang sepatutnya keluar dari tubuh anda.

Beberapa kajian klinikal yang telah dijalankan mendapati, bahawa peppermint juga mempunyai sifat antimikrobial (melawan jangkitan), antivirus, antioksidan dan antitumor.

.

HALIA

makanan detoxSecara tradisinya, halia sememangnya popular membantu melegakan masalah kembung perut dan masalah ketidakhadaman.

Sebagai ‘teman baik’ peppermint, haiia merangsang penghasilan air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus.

Dipercayai bahawa komponen aktif halia seperti gingerol, merupakan bahan yang popular untuk melegakan loya dan muntah.

Masih tidak tahu hendak memulakan detox anda bagaimana?

Kini anda ada 11 pilihan makanan yang baik untuk menyokong kesihatan anda. =)

.

Ain, Pengedar Shaklee Butterworth, 0164214704

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

ASAS

Peppermint

  • Melega & menenangkan perut
  • Menangani masalah kembung dan berangin
  • 90 tablet sebotol

Herblax

  • Daun senna, herba yang ‘mesra usus’
  • Menangani masalah sembelit
  • Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan
  • Sebotol 90 tablet

POPULAR

Peppermint

Herblax

DTX Complex

  • Milk thistle ialah sejenis tonik hati
  • Mencantikkan kulit
  • 120 tablet sebotol

Alfalfa

  • Sifatnya yang alkali, ‘melawan’ keasidan yg disebabkan toksin
  • 330biji (S), 700biji (L)

PREMIUM

Peppermint

Herblax

DTX

Alfalfa

Vivix

  • Polifenol ialah sumber antioksidan yang baik
  • Energy booster
  • Sebotol untuk sebulan

Testimoni Set Detox Shaklee : Apa Kata Mereka?

Saya amalkan Set Detox Shaklee (Alfalfa + Herblax) dan Lecithin, eat clean (kurang gula putih, nasi putih, tepung), makan suku-suku separuh dan defisit kalori. Berat turun dari 68kg kepada 60kg.
Umi Nazrah

Total loss 6kg.

Best. Buncit kat perut dan tak kelihatan.

Azliza

Raya tahun lepas XL, raya tahun ni M pun still longgar. Tak nak lah ambik saiz S. Kang ikut fitting badan sungguh. Hehehe.
Halimatus Saadiah

Salam. Nak share jgak walau tak setara mana. Dari 86.2kg kepada 79.6kg.” (Norliza)
Norliza

Berusaha turunkan berat badan untuk kurangkan risiko darah tinggi dan kolesterol. Hasil detox cara Shaklee dan amalkan set detox Shaklee, berjaya turun lebih 15kg. (Master Dosh)
Master Dosh

Mak saya 63 tahun saiz boleh tahan montel. Setahun lepas saya mula eat clean mak kata nak join. Mak mula beli macam-macam peralatan workout, workout daily, air kosong banyak, control food portion, …. dia berjaya turun berat badan! Size baju 54 jadi 50.”
Halimatus Saadiah

Cara Pengendalian EBM : 10 DOs & DON’Ts

Cara Pengendalian EBM : 10 DOs & DON’Ts

cara pengendalian susu

Ibu menyusu yang nak berikan yang terbaik untuk si manja, kenalah ambil tahu info tentang cara pengendalian ebm ini. Dah bersusah payah mengepam atau memerah susu ibu, kualiti susu ibu yang penuh khasiat mestilah dijaga dengan sebaiknya.

Susu ibu ini ‘fragile’ sifatnya. Silap langkah sikit sahaja pun sudah boleh mengganggu komposisinya.

Untuk yang masih belum tahu apa perbezaan kandungan susu ibu dan susu formula, anda lihatlah sendiri gambar di bawah ini.

cara pengendalian susu

Enzim-enzim ‘hidup’, faktor untuk pertumbuhan, hormon-hormon dan sifat susu ibu yang anti-alahan, anti-radang, antibodi, anti-virus dan anti-parasit – anda TIDAK AKAN jumpa semua ini di dalam mana-mana susu formula!

Jadi, untuk memastikan kandungan susu ibu kekal pada tahap optimum, teruskan membaca beberapa DOs dan DON’Ts di bawah ini ya.

.

1# Cara Pengendalian Susu Ibu : DOs

.

Berikut ialah apa yang ibu menyusu BOLEH lakukan :

1) Untuk ibu bekerjaya yang mengepam di tempat kerja, kebersihan tangan dan alatan mengepam mestilah dijaga dengan baik. Kita tak mahu mencemarkan susu ibu walaupun setitik dengan sesuatu yang tidak baik kan.

2) Sterilkan botol untuk menyimpan EBM dan semua alatan untuk mengepam. Ada banyak kaedah untuk steril seperti menggunakan tablet yang dilarutkan dalam air suam, mesin sterilizer dan sebagainya.

3) Ibu-ibu yang mengepam beberapa kali di tempat kerja pula, alatan mengepam yang telah digunakan BOLEH disimpan di dalam peti ais sehingga 24 jam. Jadi anda tidak perlulah nak mencuci semuanya setiap kali selepas pam. Cuma pastikan diletakkan di tempat yang bersih, khas untuk alatan mengepam sahaja.

4) Tak kira bagaimana anda menyimpan EBM anda (plastik atau botol), pastikan anda melabel dengan jelas – nama bayi, tarikh & masa susu dipam, kuantiti (berapa oz).

cara pengendalian susu

Antara Do and Dont dalam cara pengendalian susu ibu yang betul.

.

5) Anda boleh campurkan EBM yang sama suhu yang dipam dalam masa 24 jam. Contohnya seperti di bawah:

8 pagi – 3 oz disimpan dalam chiller

11 tengah hari – 4 oz disimpan dalam chiler

2 petang – 2 oz disimpan dalam chiller

5 petang – 5 oz disimpan dalam chiller

Sebelum tidur, kesemua EBM ini telah pun mencapai suhu yang sama, jadi anda bolehlah campurkan kesemua 14oz EBM ini di dalam plastik EBM untuk menjimatkan ruang. Botol-botol tadi boleh dicuci dan disteril untuk penggunaan seterusnya.

Asalkan 2 syarat ini ada – suhu sama & dalam 24 jam – anda BOLEH mencampurkan susu-susu ini.

6) Untuk mencairkan FROZEN EBM, anda boleh memilih antara 2 cara ini:

  • merendam di dalam mangkuk berisi air sejuk sehingga EBM cair
  • melalukan di bawah air paip sehingga keseluruhan EBM cair

7) Untuk memanaskan EBM yang telah dicairkan pula, pastikan EBM itu berada di dalam BOTOL. Anda boleh rendam di dalam air suam sehingga mencapai suhu 37 Celcius, atau menggunakan pemanas susu khas.

8) Beri EBM kepada bayi berdasarkan tempoh masa yang betul. Rujuk entri Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Ibu untuk info lanjut.

9) Pastikan anda menyimpan EBM secara berperingkat – biarkan sejuk seketika di dalam suhu bilik, kemudian masukkan ke dalam chiller, dan kemudian barulah membekukannya.

10) SENTIASA merasa dahulu EBM di bahagian tangan sebelum diberikan kepada bayi. Ini adalah untuk memastikan susu tidak terlalu panas.

.

cara pengendalian susu

Cara pengendalian susu ibu termasuklah mengetahui cara membersihkan setiap unit dalam pam susu.

.

2# Cara Pengendalian EBM : DON’Ts

.

Apa pula yang TIDAK sepatutnya ibu menyusu lakukan?

1) JANGAN goncang botol susu yang mengandungi EBM dengan kuat. Cara mencampurkan lapisan-lapisan EBM yang baru dicairkan ialah dengan memusing botol perlahan-lahan.

2) JANGAN gunakan EBM yang anda rasa was-was sebagai contoh tiada label yang jelas.

3) JANGAN berikan bayi anda EBM yang telah ‘expired‘. Sayang memanglah sayang susu tu, tapi lebih sayang lagi bayi anda kan?

4) JANGAN gunakan air panas atau mikrowave untuk mencair atau memanaskan susu anda.

5) JANGAN panaskan EBM di dalam plastik (gunakan botol sahaja).

6) JANGAN sejukbekukan semula EBM yang telah dicair atau dipanaskan.

7) JANGAN simpan EBM anda di bahagian pintu peti sejuk.

8) ELAKKAN berkongsi pam susu dengan ibu lain.

9) JANGAN ubah suhu EBM secara mendadak. Baik dari anda mengepam dan menyimpan, atau hendak mencairkan dan memanaskan sebelum diberi kepada bayi. Paling banyak dilakukan, selepas pam terus masukkan dalam freezer – salah ni ya!

10) JANGAN ambil ringan kebersihan setiap unit dalam pam anda kerana jangkitan yang berpunca dari pam yang kotor memang wujud!

.

cara pengendalian susu

‘Titisan emas’ ini sangt berharga. Patuhilah Dos dan Donts dalam dunia penyusuan agar yang terbaik sahaja diberikan kepada bayi anda. =)

.

Ok. Setakat ini saja sharing tentang cara pengendalian susu untuk ibu menyusu kali ini.

Lepas ni ibu-ibu dah tahu apa yang patut dan boleh buat, apa yang tak boleh ya.

Semoga bermanfaat untuk anda yang menyusukan. =)

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

Jangka Hayat & Cara Simpan Susu Badan

cara simpan susu

Salah satu ilmu penting bagi ibu menyusu yang NAK menyusukan bayi secara eksklusif ialah cara simpan susu badan EBM (expressed breast milk).

Bayangkan, setelah berpenat lelah mengepam siang malam, kalau tak ada ilmu yang betul, boleh mempengaruhi kualiti EBM yang telah dipam. Kita nak berikan bayi yang terbaik, perlulah pastikan yang terbaik dari A sampai Z. Kan?

Jadi, kali ini Ain nak kongsi tentang cara simpan susu badan untuk ibu menyusu.

.

Cara Simpan Susu Ibu

.

Pertama-tamanya, ibu-ibu kena faham dahulu yang susu ibu yang diperah atau dipam (expressed breast milk, EBM) ini ada 5 jenis:

1) Fresh EBM

2) Chilled EBM

3) Frozen EBM

4) Thawed EBM

5) EBM yang telah di’panas’kan untuk diberi kepada bayi

.

Susu ibu yang telah diperah atau dipam boleh disimpan dalam plastik khas untuk EBM (lebih menjimatkan ruang) ataupun botol susu khas untuk EBM.

.

cara simpan susu

Untuk ebm yang disimpan dalam plastik khas, pastikan sebelum seal, squeeze out semaksima udara untuk meminimakan kehadiran udara (kehadiran bakteria) yang boleh merosakkan susu.

.

Seterusnya, untuk memudahkan pemahaman, Ain akan ceritakan mengikut step ya.

Katakan, anda selesai mengepam susu anda. Inilah yang dipanggil FRESH EBM, susu badan yang masih ‘segar dari ladang’.

Fresh EBM ini, jika dibiarkan dalam suhu bilik (25 – 37 Celcius) boleh bertahan sehingga 4jam. Maksudnya, kalau anda nak beri bayi anda fresh EBM ni boleh sangat, dengan syarat dalam masa 4jam.

Katalah bilik anda mempunyai penghawa dingin bersuhu antara 15-25 Celcius, fresh EBM ini boleh bertahan sehingga 8jam.

(Untuk bayi pramatang, jangka hayat fresh EBM ialah 4 jam tak kira berapa pun suhu dalam bilik ketika itu)

Kalau fresh EBM ini disimpan dalam peti sejuk (chiller) pula, EBM ini akan bertukar nama kepada CHILLED EBM. Chilled EBM pula boleh bertahan dalam chiller bersuhu 2 -4 Celcius sehingga 3 – 5 hari. Means, kalau anda nak beri bayi anda minum chilled EBM ni boleh sangat dalam masa 3 hingga 5 hari itu.

(Bagi bayi pramatang, jangka hayat chilled EBM ialah 48 jam di dalam suhu 2 – 4 Celcius)

Dan jika dalam 5 hari anda agak-agak macam tak perlu beri bayi chilled EBM ni, anda nak masukkan dalam freezer, susu yang dibekukan dipanggil FROZEN EBM.

Jangka hayat frozen EBM bergantung kepada jenis peti ais tempat simpanan:

(i) freezer dalam peti sejuk 1 pintu : tahan 2 minggu (juga 2 minggu bagi bayi pramatang)

(ii) peti ais yang ada dua pintu (1 pintu freezer, 1 pintu chiller) : tahan 3 bulan (juga 3 bulan bagi bayi pramatang)

deep freezer (-20 Celcius) : tahan 3 hingga 6 bulan (3 bulan sahaja bagi bayi pramatang)

.

cara simpan susu

JANGAN buang EBM yang berupa seperti di dalam gambar ya! Baca info dalam gambar.

.

Susu frozen yang telah dicairkan pula (belum lagi dipanaskan)(THAWED EBM), jika disimpan dalam chiler boleh digunakan dalam masa 24 jam. Manakala jika telah dipanaskan, perlu diberi kepada bayi dalam masa 1 jam.

Topik tentang cara untuk mengendalikan frozen EBM sebelum diberikan kepada bayi akan Ain share kemudian pula ya.

Terima kasih dah baca sampai habis.

Semoga bermanfaat.

Jemput share dengan ibu-ibu menyusu yang sedang tercari-cari info tentang EBM .=)

.

Pengedar Shaklee Butterworth,

Whatsapp 0164214704

Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

Rawatan Faraj Kering Ketika Bersama Suami

faraj kering

Masalah faraj kering ketika bersama suami bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang wanita. Walaupun kebanyakannya menghantui wanita yang telah menopaus, masalah ini juga boleh melanda wanita dari mana-mana peringkat usia walaupun sebelum menopaus.

Ianya bukan sahaja mengganggu hubungan intin suami isteri, tetapi juga mengakibatkan pelbagai ketidakselesaan lain. Sebagai contoh kegatalan faraj, sakit seperti terbakar terutamanya ketika bersama, pendarahan dari faraj, masalah kencing dan boleh merisikokan kepada jangkitan kuman dan kulat.

Secara semulajadinya, dinding faraj wanita adalah lembap kerana adanya lapisan nipis cecair jernih. Penghasilan cecair jernih ini ditentukan oleh kehadiran hormon estrogen. Hormon estrogen juga mengekalkan kesihatan faraj, ketebalan dan keelastikannya.

Faraj kering terjadi bukan sahaja apabila berlakunya kemerosotan paras hormon estrogen contohnya selepas menopause, tetapi juga atas sebab-sebab lain.

.

Punca-punca Faraj Kering

.

Selain faktor penuaan dan menopaus yang berlaku secara semulajadi, berikut adalah antara punca terjadinya faraj kering:

  • selepas melahirkan bayi kerana perubahan hormon
  • wanita yang sedang menyusukan bayi mempunyai paras estrogen yang lebih rendah
  • radioterapi dan kimoterapi (rawatan kanser) yang ‘membunuh’ sel-sel yang menghasilkan cecair faraj
  • pembedahan pembuangan ovari atas indikasi tertentu
  • pengambilan ubat anti-estrogen contohnya untuk merawat masalah ginekologi
  • Sjogren syndrome iaitu sejenis penyakit autoimun yang ‘menyerang’ sel-sel dalam badan yang memberi kelembapan kepada kulit
  • alahan terhadap sesuatu termasuklah penggunaan pencuci faraj, sabun, panty liner dan sebagainya
  • sesetengah ubat anti-depresi
  • meruang (Rujuk entri Meruang Faraj : Perlu Atau Bahaya untuk info lanjut)
  • merokok : mengganggu pengaliran darah menyebabkan berkurangnya oksigen ke faraj, ‘membunuh’ estrogen semuajadi dalam badan wanita
  • foreplay yang tidak cukup sebelum berhubungan intim

.

faraj kering

Awas dengan penggunaan pencuci faraj tanpa nasihat doktor, ianya mungkin punca faraj anda kering!

.

Rawatan Untuk Faraj Kering

.

Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah ini, pertamanya, pergilah berjumpa doktor untuk mengenalpasti yang ianya bukan disebabkan sesuatu yang serius. Anda mungkin dinasihatkan untuk melakukan ujian Pap Smear juga sebagai screening untuk kanser serviks.

Antara lain, rawatan untuk masalah ini termasuklah seperti berikut :

.

1# Estrogen Topikal

.

Untuk mengembalikan kelembapan faraj yang disebabkan menurunnya paras estrogen, rawatannya tentulah dengan memberi estrogen semula. Ini boleh dilakukan dengan 3 pilihan di bawah :

  1. Estring – merupakan gelang estrogen lembut dan fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj di mana ia akan melepaskan hormon estrogen secara terus kepada tisu faraj. Gelang ini perlu diganti setiap 3 bulan
  2. Tablet Vagifem – ialah tablet yang mengandungi estrogen yang dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas. Di peringkat permulaan, tablet ini perlu dimasukkan sekali setiap hari untuk 2 minggu, kemudiannya 2 kali seminggu sehingga anda tidak memerlukannya lagi
  3. Krim Premarin 

.

faraj kering

Vagifem – tablet yang mengandungi estrogen dimasukkan ke dalam faraj menggunakan alat khas.

.

Oleh kerana rawatan topikal ini menggunakan hormon estrogen, pastilah boleh ada kesan sampingan juga seperti pendarahan faraj dan sakit payudara.

Rawatan ini juga adalah kontraindikasi untuk kes-kes berikut:

  • pesakit kanser payudara atau rahim
  • pendarahan vagina yang tidak ketahuan puncanya
  • ibu mengandung
  • dan ibu menyusu

.

2# Lubricants

.

Lubricants ialah cecair atau gel yang disapu dalam faraj atau penis pasangan anda sebaik sebelum melakukan hubungan intim.

Dengan cara ini, dapat memberi kelembapan segera kepada faraj anda, tetapi kesan itu hanya sementara dan tidak berpanjangan.

Ia boleh didapati dari mana-mana farmasi yang menjualnya tanpa preskripsi doktor. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis lubricants sehingga menjumpai yang paling sesuai dengan anda.

.

3# Pelembap Faraj (Moisturizers)

.

Pelembap faraj pula ialah krim yang disapukan di dalam faraj untuk melembapkannya.

Kerana kesannya yang lebih berpanjangan berbanding lubricants, ianya boleh disapu sekali dalam masa beberapa hari.

Tips pemilihan pelembap faraj : Pilihlah yang berasaskan air (water-based) kerana pelembap faraj yang berasaskan minyak atau petroleum boleh mengganggu getah pada kondom (jika pasangan menggunakannya) dan kadang kala pula boleh menyebabkan iritasi pada faraj anda.

.

4# Hormone Replacement Therapy (HRT)

.

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj disebabkan menopaus, anda akan lebih bermanfaat dengan rawatan HRT.

Rawatan ini bukan sahaja membantu masalah faraj kering, tetapi juga membantu menangani simptom-simptom menopaus yang lain.

Untuk HRT, berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi lanjut.

.

5# DON’T

.

Selain rawatan topikal, ELAKKAN perkara-perkara yang boleh mengakibatkan faraj menjadi kering seperti meruang, menggunakan pencuci faraj, mandi buih, menggunakan sabun di bahagian faraj (boleh mengganggu mikroflora faraj juga), merokok dan sebagainya.

.

faraj kering

Walaupun anda tidak merokok, jauhi perokok kerana kesan perokok sekunder dan tertier adalah lebih mudarat berbanding perokok itu sendiri.

.

Pemakanan dan Suplemen Untuk Masalah Faraj Kering

.

Tahukah anda, dinding faraj ialah umpama kulit luaran kita. Apa sahaja yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, ianya baik juga untuk kesihatan faraj.

Jadi, untuk kesihatan dan kecantikan kulit (dan faraj), lakukanlah perkara-perkara berikut:

  • mengamalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi lengkap
  • pastikan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas penuh setiap hari
  • banyakkan sumber makanan yang kaya dengan estrogen (lihat video di bawah untuk senarai makanan) dan antioksidan (vitamin A, C dan E)

.

.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil suplemen sebagai pelengkap nutrisi untuk masalah ini, berikut ialah produk-produk cadangan :

  • ESP : susu soya semulajadi nonGMO (tidak diubah genetik) yang kaya dengan phytoestrogen yang menyerupai estrogen
  • Vitalea : mutivitamin multimineral lengkap untuk mengisi lompong nutrisi harian (2 tablet Vitalea bersamaan dengan zat dari 40 jenis lauk pauk!)
  • SR Vita C Plus : dengan sistem “sustained release” membekalkan 500mg vitamin C untuk 5 jam secara berterusan
  • Vita E Complex : antioksidan yang membantu melembapkan faraj, daripada ekstrak biji anggur yang menyediakan vitamin E semulajadi (susah nak jumpa suplemen vitamin E semulajadi sekarang)
  • Carotomax : prekursor vitamin A yang baik untuk kesihatan kulit dan membantu melembapkan faraj
  • GLA Complex : mengandungi gamma linoleic acid yang membantu melembapkan faraj (“adik-beradik” EPO ni)
  • Alfalfa Complex : sebagai jamu dan kacip fatimah moden

.

Nota kaki : Admin mengaku admin ‘seriau’ nak masukkan benda-benda dalam faraj. So, nak senang jaga pemakanan dan amalkan suplemen lah. =)

Disclaimer : Produk-produk ini BUKAN bertujuan mendiagnos, mengubat, merawat atau mencegah sesuatu penyakit.

Persediaan Untuk Menyusukan Anak Angkat

Persediaan Untuk Menyusukan Anak Angkat

“Tahukah anda, seorang wanita mampu menghasilkan susu badan walaupun tanpa mengandung terlebih dahulu?”

Ya. Fisiologi tubuh badan seorang wanita sangat menakjubkan! Badan wanita BOLEH menghasilkan susu badan daripada rangsangan yang betul dan pengambilan ubat-ubatan, walaupun tidak hamil.

Proses ini dinamakan rangsangan laktasi (Lactation Induction), sebagai contoh, untuk menyusukan anak angkat yang bakal atau sedang dijaga.

Secara semulajadinya, dua hormon yang bertindak dalam penyusuan ialah prolaktin (menghasilkan susu ibu) dan oxytocin (merembeskan susu ibu). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari, bukannya ovari (kilang telur). Oleh itu, wanita yang telah ketiadaan rahim juga mampu untuk menyusukan anak angkat jika mahu.

Lactation induction ialah suatu proses yang memerlukan komitmen yang tinggi, semangat yang tidak putus-putus dan usaha yang konsisten dan berterusan. Anda mungkin mengalami kekecewaan beberapa kali di pertengahan jalan, namun pasti akan berjaya jika terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak angkat anda.

Terdapat 3 cara untuk merangsang laktasi bagi ibu yang mahu menyusukan anak angkat. Nanti kita pergi satu per satu ya.

.

menyusukan anak angkat

Hukum menyusukan anak angkat. Sumber dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.

.

3 Cara Rangsang Laktasi

.

1# Rangsangan Secara Semulajadi

.

Caranya ialah dengan ‘mimicking‘ seperti bayi sedang menyusu untuk memberi signal kepada otak bahawa badan anda memerlukan susu ibu.

  1. Sekiranya anda sudah berkahwin, bersepakatlah dengan suami anda untuk menghisap payudara sebanyak kira-kira 8 kali sehari (setiap 3 jam), selama 20 minit setiap hisapan
  2. Bagi anda yang masih ‘single’, boleh menggunakan pam susu
  3. Sekiranya anak angkat anda sudah dilahirkan, anda boleh menggunakan ‘supplemental nursing system’ (SNS).

.

menyusukan anak angkat

Dalam sistem ‘supplemental nursing‘ ini, terdapat sati tiub untuk ditempatkan susu yang mengalir melalui tiub kecil yang hujungnya ditempatkan di puting payudara. Bayi akan mendapat susu dan dalam masa yang sama menghisap payudara untuk merangsang penghasilan susu ibu.

.

Tidak perlu expect susu badan akan dihasilkan dalam seminggu dua. Kerana wanita yang hamil pun memerlukan berbulan-bulan lamanya (tempoh kehamilan) untuk dihasilkan susu badan secara semulajadi.

Tapi ingat ya. Komitmen tinggi tapi tidak mustahil untuk anda berjaya.

Adalah lebih disarankan untuk anda combine dengan cara seterusnya.

.

2# Pengambilan Ubat & Hormon

ubat tambah susu

Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai beberapa bulan sebelum bayi (bakal anak angkat) akan dilahirkan.

Melalui pengambilan pil perancang yang mengandungi hormon progesteron, badan akan menerima signal seolah-olah anda sedang mengandung.

Dalam masa yang sama, ambil juga tablet Domperidone (rujuk entri Ubat Tambah Susu Badan) untuk merangsang penghasilan hormon prolaktin. Dos Domperidone ialah 10mg 3-4 kali sehari untuk permulaan dan boleh up sehingga 20mg 4 kali sehari.

Pil perancang boleh didapati dari klinik (sebaiknya berjumpa kaunselor laktasi untuk konsultasi) contohnya Yasmin. Ambil pil ini setiap hari pada waktu yang sama selama 30-60 hari (atau lebih) secara berterusan. Anda tidak perlu mengambil pil ini seperti pil perancang (21 hari) kerana untuk merangsang laktasi, anda perlu merangsang payudara dan bukannya rahim.

Jika dikhuatiri anda sukar untuk compliant mengambil pil setiap hari, kaedah lain ialah dengan suntikan intramuscular Depoprovera untuk kesan yang sama, iaitu seolah-olah anda sedang hamil.

.

Berapa lama perlu ambil ubat-ubat ini?

.

Apabila anda mula rasakan terdapat perubahan pada payudara (contohnya seperti membesar, rasa penuh dan sakit), anda hanya perlu meneruskan tablet Domperidone sahaja.

Once pil perancang dihentikan, paras progesteron dalam badan akan menurun (seperti bayi sudah dilahirkan). Dan pada ketika ini tablet Domperidone akan terus merangsang penghasilan susu badan.

Pada masa inilah masa yang paling sesuai untuk anda merangsang payudara dengan cara pertama tadi.

.

3# Pengambilan Suplemen

.

Dalam dunia penyusuan, suplemen cuma bertindak sebagai penyokong usaha anda di samping lebih menyihatkan badan. Lagi banyak dan konsisten usaha anda, lagi akan disokong oleh suplemen.

Untuk wanita yang mahu mencuba suplemen, Alfalfa Complex dan ESP sangat sesuai dicuba.

ESP (Energizing Soy Protein) ialah suplemen protein lengkap dengan semua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Berasaskan sumber soya nonGMO, protein merupakan salah satu komponen penting dalam susu badan.

Alfalfa Complex pula dihasilkan daripada herba semuajadi Medicago sativa yang berakar tunjang sehingga 3 meter ke dalam tanah. Oleh itu, kaya dengan nutrisi tanah yang tidak terjangkau oleh tumbuhan berakar tunjang lain termasuklah kalsium dan klorofil.

.

Testimoni Seorang Ibu Yang Menyusukan Anak Angkat

menyusukan anak angkat

“Alhamdulillah.. Bergenang air mata Lynd bila salah seorang customer send gambar ni. Rasa sangat tacing dengan semangat akak ni. Beliau dalam usaha dan persiapan untuk menyambut anak angkat dan berazam untuk menyusukan sendiri bayi tersebut.

2 bulan sebelum ini dia contact Lynd untuk beli Set Menyusu Shaklee dan Lynd cadangkan Alfalfa dan ESP dan beliau terus join ahli untuk dapatkan harga ahli. Ya Allah, mulia hati beliau yang sanggup berusaha dan ikhtiar untuk menyusukan bakal baby baru nanti. Lynd tahu bukan mudah, tapi Lynd yakin Allah ambil usaha akak sebagai saham di akhirat nanti. Bertuah bakal baby nanti dapat ibu yang cekal dan kental. Good luck dan tahniah kak.”

.

Kesimpulannya…

Walau apa juga cara yang anda gunakan untuk menyusukan anak angkat anda, yang paling utama ialah merangsang payudara secara semulajadi. Anda salah jika bergantung sepenuhnya kepada ubat dan suplemen sahaja, tanpa berusaha.

Sedangkan wanita yang hamil dan bersalin juga perlu mengikut konsep Demand & Supply untuk memperbanyakkan susu badan.

Ransangan laktasi sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Tetapi percayalah, yang ianya tidak mustahil.

Bila susu badan sudah mula muncul, teruskan pula mempraktikkan Tips Banyakkan Susu Badan supaya supply susu berterusan dan cukup untuk anak anda.

Good luck mommies yang nak menyusukan anak angkat! =)

.

menyusukan anak angkat

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut.

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

Ubat Tambah Susu Badan, Berkesankah Ia?

UBAT TAMBAH SUSU | Naluri keibuaan untuk menyusukan bayi secara eksklusif pasti ada dalam diri setiap wanita. Sama ada wanita yang melahirkan anak sendiri, mahupun mereka yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

.

ubat tambah susu

.

Memperbanyakkan susu ibu, bagi ibu-ibu yang melahirkan sudah tentulah boleh diusahakan. Bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat juga, tidak mustahil anda juga boleh berjaya menghasilkan susu badan yang diperlukan. (Baca : Persediaan Menyusukan Anak Angkat)

Kali ini, Ain ingin berkongsi senarai ubat tambah susu badan yang boleh didapati dari klinik untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan.

Berdasarkan penerangan saintifik, ubat-ubat yang digelar “galactogogues” ini berinteraksi dengan sistem dopamine, lalu menghasilkan hormon prolaktin, Hormon prolaktin dikenali sebagai ‘hormon susu’, yang mana kehadirannya akan merangsang penghasilan susu ibu.

.

ubat tambah susu

Metoclopramide Ubat Tambah Susu Paling Selamat

.

Sebenarnya, ubat metoclopromide ini ialah ubat untuk masalah loya dan muntah. Tetapi kerana tindakannya ke atas sistem dopamine tadi menjadikan ia salah satu ubat popular untuk menambah susu ibu.

Kajian menunjukkan metoclopramide terbukti meningkatkan penghasilan susu di kalangan ibu-ibu yang bermasalah supply susu yang rendah. Ia juga berkesan menghasilkan susu badan ibu-ibu yang menyusukan anak tanpa hamil (contohnya ibu angkat menyusukan anak angkat).

Metoclopramide dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu dalam jumlah yang sangat minima. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai ubat tambah susu yang paling selamat untuk diambil oleh si ibu.

Namun, setiap ubat pasti ada kesan sampingannya walaupun ringan. Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan metoclopramide ialah seperti berikut:

  • ketidakselesaan (restlessness)
  • keletihan
  • loya
  • cirit birit
  • kerisauan
  • kemurungan

.

Metoclopramide TIDAK sesuai diberikan sekiranya ibu mempunya sejarah tarik/sawan, ulser berdarah, Parkinson, tekanan darah tinggi, asthma, kegagalan buah pinggang atau hati.

.

ubat tambah susu

Domperidone Membantu Merangsang Laktasi Ibu Angkat

.

Sebagaiman metoclopramide, domperidone juga merupakan kategori ubat untuk masalah perut/usus dan melegakan loya.

Berdasarkan kajian, keberkesanan domperidone menghasilkan atau menambah susu badan adalah lebih kurang sama dengan oleh metoclopramide.

Kesan sampingan domperidone termasuklah loya, mulut kering, denyutan jantung abnormal, sakit kepala dan pening.

Domperidone TIDAK sesuai diberikan kepada ibu yang mempunyai masalah jantung, hati, tumor dan pendarahan perut.

.

ubat tambah susu

Rajin mengepam susu dan menyusukan bayi secara terus membantu merangsang penghasilan susu (konsep “Demand-Supply” harus ditepati).

.

Risperidone

.

Merupakan sejenis ubat antipsykotik untuk merawat masalah psykosis, risperidone memberikan kesan sampingan seperti berikut:

  • tangan terketar-ketar
  • pergerakan yang tidak dapat dikawal
  • kejang otot
  • keletihan
  • insomnia
  • sensitif kepada matahari
  • kerisauan
  • sakit kepala.

.

Kesimpulannya, pengambilan ubat tambah susu ibu tidak disarankan untuk jangka masa panjang. Selain bergantung sepenuhnya terhadap ubat-ubat ini, usaha-usaha oleh ibu sendiri amatlah penting untuk menambah susu badan:

  1. Amalkan pemakanan seimbang untuk mendapat nutrisi secukupnya
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  3. Sentiasa berfikiran positif
  4. Hindari stress yang merupakan musuh utama ibu menyusu
  5. Rajin mengepam dan menyusu secara terus untuk merangsang penghasilan susu
  6. Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang betul

.

Rujuk entri Tips Banyakkan Susu Badan yang pernah Ain share sebelum ini untuk lebih info.

Entri seterusnya, Ain akan kongsi info tentang cara merangsang laktasi bagi ibu yang tidak hamil dan bersalin seperti ibu yang mengambil bayi sebagai anak angkat.

Sekian. Good luck mommies! =)

.

Rujukan :

  1. Kajian NCBI
  2. Kellymom
  3. Australian Breastfeeding Association
Promosi Shaklee Ogos 2018

Promosi Shaklee Ogos 2018

Promosi Shaklee Ogos 2018 membawa berita gembira kepada:

  1. penggemar superantioksidan terhebat Vivix
  2. peminat Alfalfa Complex
  3. pencinta kecantikan wajah semulajadi oleh skincare antipenuaan Youth
  4. ibu menyusu yang telah jatuh cinta dengan Set Menyusu Optimum Shaklee

.

YOUTH SKINCARE

.

promosi shaklee ogos 2018

“One Device, Many Possibilities”

.

Tagline Cleansing & Firming Device Youth ini kena sangat dengan kebolehan-kebolehannya:

  • Mencuci dan menegangkan kulit wajah (gunakan bersama Youth Cleanserr atau Night Cream)
  • Mengurut belakang badan (gunakan bersama Youth Night Cream)
  • Mengurangkan masalah selulit (gunakan bersama Youth Night Cream)
  • Melicinkan tumit (gunakan bersama Shaklee Baby Oil untuk kesan terbaik)
  • Melembutkan kulit kering seperti siku dan lutut (gunakan bersama Youth Night Cream sebelum tidur)
  • Melegakan sakit otot (gunakan bersama Herbal Blend untuk mengurut leher dan bahu – sangat baik untuk ‘point massage’)

Macam mana nak dapatkan device mengancam ini?

Dengan belian Youth Renew & Maintain Set, atau Youth Intensive Treatment Set, anda akan dapat device ini secara PERCUMA!

.

promosi shaklee ogos 2018

.

Selain itu, dengan ini juga anda layak :

  • pendaftaran ahli PERCUMA
  • postage PERCUMA
  • automatik harga ahli yang 20% LEBIH JIMAT
  • cashback RM48 (Renew & Maintain Set) atau RM101 (Intensive Treatment Set)

.

Jom saksikan video ini.

VIVIX RED HOT COOLER BAG & SUDU EKSKLUSIF

.

Dapatkan cooler bag merah ‘ang-ang‘ beserta sudu eksklusif ini dengan pembelian Vivix sepanjang bulan ini. Bagaimana caranya?

  1. Beli 6 botol Vivix, anda dapat PERCUMA sebotol Vivix DAN layak PWP sehingga 2 set Cooler Bag+Sudu dengan harga RM8/set sahaja.
  2. Beli 2 twin set Vivix (2 botol + 2 botol), anda dapat diskaun 5% DAN layak PWP 1 set Cooler Bag+Sudu dengan harga RM8 sahaja.

.

promosi shaklee ogos 2018

.

POSTNATAL SET

.

Buat ibu-ibu selepas bersalin yang tercari-cari suplemen untuk menyokong kesihatan ibu dan bayi, Postnatal Set inilah jawapannya kerana mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan:

.

1#Vitamin C

Selain melawan kerosakan oleh radikal bebas, vitamin C juga:

  • melindungi dan mengekalkan kesihatan sel
  • meningkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan dan penyakit
  • menyokong kesihatan tulang dan gigi
  • membantu penghasilan sel imun badan

.

2# Vitamin-vitamin B

Kesemua vitamin B adalah penting untuk fungsi semulajadi badan termasuklah:

  • menukarkan makanan kepada tenaga
  • memperbaiki mood ibu dan mengurangkan risiko baby blues
  • juga menyokong kesihatan otak dan koordinasi pergerakan bayi

.

3# Protein

Tahukah anda, ibu menyusu memerlukan dua kali ganda protein berbanding ibu tidak menyusu?

Sebagai bahan binaan utama sel dan komponen utama untuk memdipecahkan kepada asid amino yang lebih ringkas supaya lebih mudah diserap, protein membantu:

  • menghasilkan casein yang menyediakan kalsium dan fosfat kepada bayi
  • membina, memperbaiki dan mengekalkan kesihatan kulit, rambut, otot dan menyokong perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh
  • mengaktifkan sistem imun badan

.

promosi shaklee ogos 2018

.

4# Kalsium

Sebanyak 25-35 gram kalsium boleh didapati di dalam 100ml susu ibu. Kalsium penting untuk perkara-perkara di bawah:

  • kesihatan tulang
  • menggantikan simpanan kalsium dalam tulang yang ‘hilang’ semasa menyusu
  • membina tulang dan gigi bayi yang kuat
  • menggalakkan perkembangan normal saraf dan otot

.

5# Alfalfa

Bagi ibu selepas bersalin dan menyusu, Alfalfa bertindak sebagai ‘galactogogue’, bahan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan kaya dengan antioksidan.

.

6# Omega-3

Omega-3 merupakan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Tetapi sangat penting bagi ibu menyusu untuk menyokong perkembangan sel badan yang sihat dan pertumbuhan otak dan mata bayi.

.

Sepanjang Ogos 2018 ini, dengan pembelian Postnatal Set yang mengandungi 6 item ini, anda akan mendapat PERCUMA BEG ‘WHY I LOVE SHAKLEE’ seperti di dalam gambar di atas tadi.

.

ALFALFA COMPLEX

.

promosi shaklee ogos 2018

.

Dan promosi Shaklee Ogos 2018 yang terakhir ialah promosi Alfalfa :

  • BELI 3 BOTOL ALFALFA (S/330 biji) DAPAT DISKAUN 5%
  • BELI 3 BOTOL ALFALFA (L/700 biji) DAPAT DISKAUN 5%
Petua Mujarab Hilangkan Gastrik Secara Sihat

Petua Mujarab Hilangkan Gastrik Secara Sihat

.

Pernah terfikir kenapa anda mengalami gastrik yang tak pulih-pulih walaupun telah makan pelbagai ubat untuk hilangkan gastrik itu?

Mari kita kenali dengan mendalam apa itu gastrik.

.

Apa Itu Gastrik?

.

Gastrik, dalam terma perubatan dikenali sebagai gastritis, merupakan keradangan, iritasi dan kehakisan lapisan dalam perut yang boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau perlahan-lahan (kronik).

Bagaimana ini boleh terjadi?

Terdapat beberapa faktor penyebab yang boleh mengakibatkan keradangan ini berlaku :

  • pengambilan alkohol berlebihan
  • muntah berterusan dan kronik
  • terlalu stress
  • penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAID (non-steroidal antiinflammatory drugs) yang kerap
  • jangkitan kuman Helicobacter pylori
  • refluks hempedu
  • ibu mengandung
  • pemakanan tidak sihat seperti fast food, makanan berminyak, terlalu pedas, kurang air kosong, minuman berkafein berlebihan
  • makan lewat atau skip makan (contoh kerana terlalu sibuk)

.

Kesemua faktor ini mengakibatkan peningkatan paras asid dalam perut, lalu menghakis lapisan perut menyebabkan timbulnya simptom-simptom seperti di bawah.

.

.

Simptom-simptom Gastrik

.

Sebagai seorang penghidap gastrik, sudah tentu anda mempunyai beberapa tanda di bawah, yang membawa anda berjumpa doktor dan didiagnos mengalami gastrik :

  • loya tekak
  • muntah
  • kembung perut
  • sakit perut di bahagian ulu hati (tengah-tengah di bawah tulang rusuk)
  • ketidakhadaman
  • rasa seperti terbakar di bahagian dada terutamanya pada waktu malam
  • najis berwarna kehitaman (untuk kes yang lebih serius)

.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda di atas pada awalnya akan disyaki mempunyai gastrik. Diagnosis gastrik yang tepat hanya boleh dipastikan melalui prosedur OGDS (OesophagoGastroDuodenoScopy) sahaja.

Melalui prosedur ini, satu tiub berkamera yang kecil lebih kurang sebesar jari, akan dimasukkan melalui mulut untuk melihat keadaan dalam perut dalam keadaan pesakit diberi ‘ubat tidur’ (sedation).

Dan melalui OGDS juga, pesakit dapat dipastikan sama ada cuma mengalami gastrik sahaja atau sudah mempunyai komplikasi-komplikasi gastrik yang lain seperti ulser, stricture (laluan sempit kerana parut akibat gastrik yang kerap), pendarahan atau kanser.

Ya. Se-simple mengalami pedih perut yang jarang-jarang berlaku, masalah gastrik yang tidak diatasi dengan baik membawa risiko kanser perut!

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk hilangkan gastrik anda?

.

.

Petua Hilangkan Gastrik Dengan Berkesan Secara Sihat

.

Untuk menghilangkan gastrik dengan berkesan secara sihat, jalan terbaik ialah :

  1. berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul
  2. menangani kesemua faktor penyebab
  3. mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat
  4. pengambilan suplemen untuk menyokong nutrisi dan kesihatan.

.

Terdapat dua jenis ubat yang biasa diberikan di klinik atau farmasi. Ubat yang bersifat anti-asid adalah untuk mengalkalikan keasidan dalam perut, dan ubat yang boleh mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.

Bagi kes gastrik yang disebabkan oleh jangkitan, antibiotik akan dipreskripsikan kepada anda untuk membunuh kuman tersebut. Suka untuk diingatkan di sini bahawa pengambilan antibiotik haruslah mengikut saranan doktor untuk mengelak komplikasi pengambilan antibiotik yang tidak terkawal.

Baca entri Berjaga-jaga Dengan Kesan Sampingan Antibiotik ini untuk info lanjut.

.

hilangkan gastrik

.

Berikut pula ialah Tips Pemakanan Sihat Untuk Pesakit Gastrik :

  • sebaiknya elakkan makanan terlalu panas dan pedas yang boleh menyebabkan iritasi salur pemakanan dan perut
  • banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • kurangkan makanan berminyak
  • minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • mengelakkan makanan
  • mengamalkan pemakanan seimbang dengan kesemua 4 kumpulan makanan dalam portion suku-suku-separuh seperti yang pernah diceritakan dalam entri Cara Turun Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

.

Cadangan Suplemen Untuk Hilangkan Gastrik

.

Suplemen bukan ubat, tetapi hanyalah menyokong untuk melengkapkan nutrisi harian. Bukan juga untuk merawat, mengubat dan mencegah sesuatu penyakit.

Di bawah ada diterangkan tentang suplemen cadangan untuk gastrik beserta fungsi setiap satu:

Vivix bertindak memperbaiki sel (‘akar umbi’), Vivix merupakan satu-satunya suplemen dengan fungsi ini. Bakal dipatenkan dan ianya eksklusif dari Shaklee sahaja.

Energizing Soy Protein (ESP) pula ialah suplemen protein lengkap yang bermanfaat untuk pesakit gastrik kerana :

  • memberi rasa kenyang yang lebih lama kerana indeks glisemiknya yang rendah
  • membantu menghasilkan sel-sel baru untuk memperbaharui sel rosak dan ‘teredera’ (mengalami keradangan, dan iritasi)
  • protein diperlukan untuk penghasilan enzim pencernaan

.

Alfalfa Complex bersifat alkali, dan kaya dengan nutrisi dalam tanah. Dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan” dan bermanfaat untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk gastrik.

Ostematrix, suplemen kalsium lengkap membantu mengalkalikan keasidan dalam perut.

Peppermint GingerPlus, membantu melegakan perut kembung dan ‘angin’ disebabkan gastrik.

.

.

Jadi sekarang anda sudah ketahui jawapan kepada persoalan di atas, “kenapa dah makan bermacam-macam ubat tapi gastrik masih tak pulih-pulih?