Cegah Kemalangan : Apa Itu Microsleep?

Cegah Kemalangan : Apa Itu Microsleep?

cegah kemalangan

Mata mengantuk tapi nak terus tahan dan teruskan memandu di jalan raya?

Awas, anda mungkin bakal menjadi mangsa microsleep.

Microsleep ialah episod tertidur sekejap yang tidak boleh dikawal, yang terjadi pada masa yang sangat singkat (selama kurang dari sesaat ataupun 10 saat sahaja), namun boleh memberbahaya terutamanya jika anda sedang memandu di jalan raya.

Seseorang yang mengalami microsleep kebiasaannya tidak sedar pun keadaan ini. Tetapi boleh menunjukkan tanda-tanda di bawah:

  • hilang fokus secara tiba-tiba
  • ‘hilang ingatan’ untuk seketika
  • kepala tersengguk-sengguk
  • hilang kawalan otot secara tiba-tiba
  • terjatuh tanpa sedar
  • terlepas barang yang sedang dipegang tanpa sedar

.

Puncanya, cuma tidak mendapat tidur yang cukup sahaja. Jadi, penyelesaiannya ialah mendapatkan tidur yang cukup dan yang lebih penting, tidur berkualiti.

Tidur yang cukup ialah dari segi tempoh masa tidur. Baca entri Berapa Jam Kita Perlu Tidur Setiap Hari? untuk rujukan saranan tempoh masa tidur mengikut usia. Petua mendapatkan tidur yang berkualiti pula adalah seperti berikut.

cegah kemalangan

.

Petua Mendapatkan Tidur Berkualiti

.

  1. Sebelum tidur, elakkan terjebak dengan gajet seperti televisyen, radio, dan telefon bimbit (cahaya dari telefon bimbit membantutkan penghasilan hormon tidur).
  2. Tidur di tempat atau bilik yang khas untuk tidur sahaja.
  3. Berdasarkan “Rule of Stimulation Control”, jika anda masih berjaga selepas 15 hingga 20 minit, bangun dan cuba buat sesuatu sehingga mengantuk semula, barulah masuk tidur.
  4. Cuba untuk aktif pada waktu siang agar pada sebelah malam, badan anda sudah ‘bersedia’ untuk berehat.
  5. Amalkan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur seperti aromaterapi.
  6. Yang terbaiknya, adalah tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
  7. Hati-hati dengan apa yang anda makan atau minum di sebelah petang terutamanya minuman dan makanan berkafein.

.

“On the way balik Penang lewat petang tu, rasanya langsung tak menguap. Bulat ja mata dia driving. Bila ditanya, mengantuk tak kali ni driving? Katanya, eh, tak mengantukla. Macam fresh ja. Dan dia sendiri mengaku rasa beza badan bila ambik CoQ pagi tadi tu. Terus plan nak buat tabung CoQ untuk beli CoQ bulan depan. Hihihi…”

Cerita penuh dalam entri Cara Untuk Lebih Bertenaga dan Tak Mengantuk.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Set Kecergasan Bekal Tenaga Untuk Lelaki

Set Kecergasan Bekal Tenaga Untuk Lelaki

Set Kecergasan dicipta khas sebagai suplemen tenaga untuk lelaki di setiap peringkat usia. Ianya mengekalkan kesihatan menyeluruh yang baik dan mengekalkan kekuatan otot untuk tubuh yang sihat dan cergas.

tenaga untuk lelaki

.

Suplemen Tenaga Untuk Lelaki Dalam Set Kecergasan

.

SR VITA C PLUS

Bertindak sebagai antioksidan dan menguatkan sistem imun badan, SR Vita C Plus menyediakan 100mg vitamin C setiap jam untuk tempoh 5 jam melalui sistem pelepasan berperingkat.

Nak mengekalkan kesihatan, pastikan anda tidak mudah jatuh sakit. Sistem pertahanan badan perlulah kuat!

Ia juga membekalkan vitamin C untuk kesihatan tulang, gusi, gigi, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh. Elemen-elemen ini sihat, maka kesihatan menyeluruh akan tercapai.

Untuk info lanjut, rujuk Kelebihan Vitamin C Shaklee.

.

OMEGA GUARD

“Minyak ikan” berkualiti ini membekalkan 7 asid lemak omega-3 ultra tulen, berkepekatan tinggi (dengan 90% kandungan DHA dan EPA) dan berspektrum luas.

Keradangan dan inflamasi adalah punca kebanyakan penyakit. Anda perlukan omega-3 setiap hari kerana ianya bersifat anti-keradangan.

Baca juga Keistimewaan Omega Guard Shaklee Sebagai Minyak Ikan Ultra Tulen.

tenaga untuk lelaki

.

B COMPLEX

Membantu menukarkan makanan kepada tenaga, B Complex Shaklee ini dilengkapi dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan setiap hari.

Baca juga Manfaat Setiap Vitamin B Untuk Kesihatan.

.

VITALEA

Suplemen multivitamin multimineral ini membekalkan 28 vitamin dan mineral asas yang diperlukan tubuh setiap hari untuk menyokong kesejahteraan menyeluruh.

Lompong nutrisi yang lengkap akan menjurus kepada kelancaran proses-proses kimia dalam badan.

Apa rahsia Vitalea bertahan lebih tahun di pasaran dunia?

Baca Kelebihan Vitalea Sebagai Salah Satu Multivitamin Tertua Dunia.

.

VITA E COMPLEX

Juga bertindak sebagai antioksidan yang melawan kerosakan oleh radikal bebas. Baca entri 10 Kebaikan Vitamin E Yang Kita Tak Tahu untuk info lanjut.

.

ENERGIZING SOY PROTEIN

Suplemen protein dari sumber soya non-GMO (non-genetically modified organism / tidak diubah genetik) adalah baik untuk pembinaan dan pengekalan otot dan membekalkan tenaga yang lebih berpanjangan kerana indeks glisemiknya yang rendah.

Sangat sesuai diambil selepas bersenam untuk memperbaiki otot yang ‘cedera’ dan membinanya semula.

Nak tahu kenapa ESP minuman kegemaran ramai?

Baca 10 Kebaikan ESP Sebagai Suplemen Protein.

.

tenaga untuk lelaki

Klik NAK ORDER untuk dapatkan Set Kecergasan ini pada harga retail RM703.75. Penjimatan lebih lagi dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Whatsapp 0164214704
Pengedar Shaklee Butterworth

COD Butterworth, Sungai Dua, Seberang Jaya, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Manfaat Vitamin B Untuk Kesihatan

Manfaat Vitamin B Untuk Kesihatan

manfaat vitamin b

B Complex terdiri daripada gabungan 8 jenis vitamin B dengan pelbagai fungsi dan manfaat kesihatan. Manfaat vitamin B secara amnya dapat membantu mengurangkan stress dan meningkatkan mood. Vitamin B juga berupaya mengurangkan simptom kemurungan dan depresi.

Vitamin-vitamin B ialah sejenis vitamin larut air. Iaitu bermaksud, ia perlu diambil setiap hari kerana tidak boleh disimpan dalam badan. Jika diambil berlebihan pula, akan disingkirkan melalui air kencing. Jadi, kita memerlukan vitamin B setiap hari, sama ada dari pemakanan ataupun suplemen.

Seterusnya, akan dibincangkan manfaat, dos saranan dan sumber-sumber yang kaya bagi setiap satu vitamin B.

.

B1, Tiamin

Nak dapatkan vitamin B1, rajin-rajinlah makan makanan seperti cereals, yis, kekacang dan daging.

Saranan pengambilan harian oleh National Institute of Health (NIH) ialah 1.1mg untuk wanita dewasa 18 tahun dan ke atas, 1.4mg untuk ibu mengandung, 1.5mg bagi ibu menyusu dan 1.2mg untuk lelaki berusia 14 tahun dan ke atas.

Vitamin ini penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah penyakit beri-beri.

.

B2, Riboflavin

Vitamin B2 pula membantu memecah dan menggunakan karbohidrat, lemak dan protein, serta menukarkan makanan kepada tenaga untuk digunakan badan.

Ia juga membantu dalam kesihatan kulit, usus dan sel-sel darah.

Makanan yang kaya vitamin B2 ialah seperti kekacang sayuran hijau, daging dan produk tenusu.

Saranan pengambilan harian ialah 1.1mg bagi perempuan dewasa, 1.2mg bagi lelaki dewasa, 1.4mg bagi ibu hamil dan 1.6mg bagi ibu menyusu.

manfaat vitamin b

.

B3, Niasin/Asid Nikotinik

Seperti vitamin B2, niasin juga menukarkan makanan kepada tenaga selain mencegah penyakt pellagra.

Vitamin B3 banyak terdapat dalam kekacang, roti, produk tenusu, ikan dan daging.

Lelaki dewasa 14 tahun dan ke atas disarankan mengambil vitamin B3 sebanyak 16mg, manakala untuk perempuan dewasa 14 tahun dan ke atas pula sebanyak 14mg.

.

B5, Asid Pantotenik

Asid pantotenik diperlukan untuk penghasilan hormon.

Food & Nutritional Board of Institute of Medicine menyarankan pengambilan sebanyak 5mg vitamin B5 untuk mereka yang berumur 14 tahun dan ke atas.

Amalkan sayur-sayuran dari kumpulan kubis, avokao, ubi kentang, produk tenusu dan organ dalaman untuk mendapatkan vitamin ini.

manfaat vitamin b

.

B6, Pyridoxine

Penting untuk perkembangan otak, memelihara kesihatan sistem imun badan dan sistem saraf.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah buah pinggang, dan masalah penyerapan nutrisi (malabsorption) berisiko mengalami kekurangan vitamin B3. Lalu menunjukkan tanda-tanda kekurangan seperti kemurungan dan sistem imun yang lemah.

Jadi, perbanyakkan pengambilan pisang, kekacang, hati lembu, lobak, keju, ayam, susu, ikan salmon, udang dan bayam yang kaya dengan vitamin ini.

Berdasarkan NIH, dos saranan bagi dewasa sehingga 50 tahun ialah 1.3mg, dan 2mg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

B7, Biotin

Biotin berfungsi dalam metabolisma karbohidrat dan lemak.

Pengambilannya boleh didapati daripada sumber makanan seperti yis, telur, ikan salmon, keju dan hati. Sebanyak 30mcg sehari disarankan untuk orang dewasa.

manfaat vitamin b

.

B9, Asid Folik

Nama lain yang lebih terkenal ialah asid folik yang penting diambil oleh ibu hamil di awal kehamilan (sebaiknya ketika merancang lagi) untuk mencegah kecacatan tiub neural.

Disamping itu, terdapat kajian yang menyatakan pesakit kemurungan mempunyai paras asid folik yang lebih rendah.

Dan dos saranan oleh NIH pula ialah 400mcg bagi dewasa, 500mcg untuk ibu menyusu dan 600mcg bagi ibu hamil.

.

B12, Cyanocobalamine

Mempunyai tugas penting dalam fungsi saraf, penghasilan sel darah merah dan DNA, jika kekurangan vitamin B1 boleh mempunyai tanda-tanda berikut:

  • anemia
  • kekeliruan
  • nyanyuk
  • kemurungan
  • keletihan
  • kesukaran mengimbangi badan
  • masalah usus
  • gangguan mood
  • memori lemah

Kebiasaannya, tanda-tanda ini dihadapi oleh mereka yang vegetarian, warga emas dan yang mempunyai masalah usus (mengganggu penyerapan).

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin B1 ialah produk tenusu, ikan, daging, hati lembu dan ‘fortified cereals’.

Dos saranan bagi dewasa ialah 2.4mcg, manakala 2.6-2.8mcg bagi ibu hamil dan menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Sungai Dua, Butterworth, SeberangJaya, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Tips Atasi Jerawat Semasa Mengandung

Tips Atasi Jerawat Semasa Mengandung

jerawat semasa mengandung

Mana2 ibu pun boleh alami masalah jerawat semasa mengandung. Yang sedia ada jerawat boleh mengalami breakout yang lebih teruk, yang tak pernah2 naik jerawat pun boleh disinggahi jerawat. Ada juga yang memang ada jerawat tapi masa hamil jadi surut pula.

Apabila anda mengandung, paras hormon androgen adalah lebih tinggi.

Paras hormon androgen yang tinggi akan merangsang kelenjar minyak menjadi lebih besar, meningkatkan penghasilan bahan berminyak dipanggil sebum.

Sebum berlebihan, apabila bergabung dengan sel kulit mati boleh menyumbatkan liang pori, mengakibatkan keradangan dan pembentukan jerawat.

Antara tips yang boleh anda cuba jika bermasalah ini ialah seperti berikut:

  • mencuci muka dengan sabun atau pencuci yang lembut (gentle cleanser)
  • elakkan scrub wajah sebaliknya gunakan jemari anda sendiri untuk mencuci wajah
  • kejap2kan tuala di muka, elakkan mengelap
  • gunakan pelembap bebas minyak
  • jangan picit jerawat untuk mengelak menjadi lebih teruk atau meninggalkan parut berlubang
  • jika anda menggunakan mekap, pastikan mekap anda ialah water-based, dan tidak menyumbatkan liang pori (cari yang ‘non-comedogenic‘ dan ‘non-acnegenic’)
  • jika jerawat anda lebih teruk, berjumpalah dengan doktor kulit untuk ubat dan krim yang sesuai untuk ibu mengandung

.

jerawat semasa mengandung

Klik Testimoni Penuh Puan Rubiah Kadir untuk bacaan lanjut.

.

Set Prenatal Shaklee Bantu Atasi Jerawat Semasa Mengandung?

.

  1. Bukan sahaja diperbuat dari sumber semulajadi dan bebas bahan kimia, tetapi juga “beyond organic”, iaitu melepasi tahap standard organik yang ditetapkan.
  2. Setiap produk Shaklee telah menjalani penyelidikan untuk dipastikan selamat. Shaklee melaburkan lebih USD100,000 juta setiap tahun untuk penyelidikan dan pembangunan produk sahaja, menunjukkan betapa Shaklee serius menghasilkan produk2 yang selamat sahaja.
  3. Satu set ini lengkap dengan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
    • Vitalea : tergolong antara multivitamin tertua dunia sejak kewujudan pertamanya pada tahun 1915 (lebih 100 tahun)
    • SR Vita C : teknologi sistem pelepasan berperingkat (“sustained release”) menyediakan 100mg vitamin C setiap jam untuk total 5 jam sehari (1 tablet = 500mg)
    • B Complex : lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin yang mahal.
    • ESP : protein lengkap dengan 9 asid amino ‘perlu’ (“essential amino acids”) yang tak boleh dihasilkan badan, daripada soya jenis nonGMO, indeks glisemik rendah (sesuai untuk pesakit kencing manis)
    • Ostematrix : suplemen kalsium magnesium lengkap yang sesuai untuk ibu hamil yang tidak suka rasa susu, dan menghidapi masalah “lactose intolerance” (alahan susu)
    • Omega Guard : minyak ikan omega-3 ultra tulen dengan 90% DHA & EPA (kepekatan tinggi berbanding jenama lain).
  4. Selamat untuk diteruskan selepas bersalin, semasa berpantang dan menyusu. Menjimatkan.
  5. Harga berpatutan dengan kualiti.
  6. Berkelulusan KKM dan disahkan halal oleh JAKIM. Rujuk entri Sijil Halal Shaklee untuk bacaan lanjut.

.

set mengandung shaklee

Harga runcit Set Prenatal Shaklee Optimum (seperti dalam gambar di atas) ialah RM608 dengan postage PERCUMA ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Baca Pilihan Set Menyusu Shaklee Yang Ada untuk info lanjut.

Setiap unit ESP, Ostematrix dan Omega Guard adalah untuk kegunaan sebulan. Manakala Vitalea dan B Complex untuk 4 bulan. Dan Vitamin C boleh tahan sehingga 6 bulan.

Nikmati LEBIH penjimatan dan cashback dengan mendaftat sebagai ahli Shaklee. Baca juga Kelebihan & Cara Mendaftar Ahli.

Lebih berminat dengan skincare untuk masalah jerawat semasa mengandung? Baca entri Produk Shaklee Untuk Kulit Bermasalah Teruk ini untuk info.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth,Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas.
Poslaju ke seluruh Malaysia.
Ig @kedaivitaminbutterworth

Pentingnya Asid Folik Untuk Mengandung

Pentingnya Asid Folik Untuk Mengandung

asid folik untuk mengandung

Masih ramai rupanya bakal ibu masih tak tahu, yang asid folik untuk mengandung sebaiknya diambil 3 bulan SEBELUM bayi ‘lekat’ (conception) lagi.

Tujuannya adalah untuk menyediakan asid folik yang cukup dalam badan ibu untuk membina tiub neural janin nanti. Tiub ini seterusnya akan membentuk tulang belakang dan otak bayi.

Cuba bayangkan kalau asid folik tak mencukupi, tiub neural takkan terbentuk dengan sempurna. Boleh jadi saraf tunjang tidak tertutup dengan baik. Ada lubang di bahagian tulang belakang bayi menyebabkan saraf tunjang terdedah lalu merosakkannya. Ini dipanggil spina bifida macam dalam gambar di atas.

Contoh lain yang lebih teruk ialah bila otak pula tidak terbentuk dengan baik. Bayi yang terbentuk adalah dengan kepala yang tidak sempurna, dipanggil anencephaly. Oh kesian baby!

Kecacatan pembentukan tiub neural ni boleh berlaku awal ya. Iaitu sekitar hari ke-15 sehingga hari ke-28 selepas persenyawaan. Kalau dikira-kira, ini adalah antara minggu ke-2 hingga ke-5 kehamilan.

Logik sahaja jika ada wanita yang masih belum tahu pun yang dia sedang mengandung waktu tu.

Jadi, buat anda yang baru berkahwin, atau sedang merancang untuk zuriat, bolehlah ambil asid folik setiap hari mulai sekarang. Dos saranan ialah sebanyak 400mg sehari.

Lebih awal amalkan asid folik, lebih bagus untuk ibu yang sedang merancang.

Terutamanya bagi anda yang lebih berisiko – kencing manis, ada ambil ubat sawan (antiepileptic) juga dan yang obes (BMI>30).

Ibu yang sihat, janin yang terbentuk pun InsyaaAllah akan sihat juga.

.

Keistimewaan B Complex Shaklee

.

asid folik untuk ibu mengandung

.

  1. Dilengkapi dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Baca B Complex Penting Sebagai Vitamin di Awal Kehamilan.
  2. Mengandungi 100% biotin yang mahal harganya.
  3. Shaklee menghasilkan Sistem Penyaluran Bioaktivated Berpaten (Patented Bioactivated Delivery System) untuk meningkatkan penyerapan asid folik. Untuk pengetahuan, asid folik ialah sejenis vitamin kritikal yang tidak mudah diserap. Kerana telah dipatenkan, sistem ini adalah eksklusif dari B Complex Shaklee sahaja.
  4. Selamat untuk ibu mengandung. Baca entri Perbezaan Shaklee Berbanding Produk Jenama Lain untuk info lanjut.
  5. Berkelulusan KKM.
  6. Disahkan halal oleh JAKIM Malaysia.
  7. Harga yang sangat berpatutan, iaitu hanya RM58.75 sebotol yang mengandungi 120 tablet untuk kegunaan 4 bulan.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
COD Butterworth,Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas.
Poslaju ke seluruh Malaysia.
Ig @kedaivitaminbutterworth

7 Petua Penjagaan Rambut Agar Sihat dan Kuat

7 Petua Penjagaan Rambut Agar Sihat dan Kuat

petua penjagaan rambut

Masalah rambut seperti rambut banyak gugur, hujung bercabang dan tampak kusam mungkin berpunca daripada petua penjagaan rambut yang tidak betul.

Rambut merupakan mahkota kita baik lelaki mahupun wanita.

Tak kiralah seseorang itu bertudung atau tidak, bagi yang bertudung pastilah ingin nampak cantik di rumah juga.

Mari ikuti petua penjagaan rambut untuk selesaikan masalah-masalah rambut anda.

Sekaligus mendapatkan rambut yang sihat dan kuat dari akar.

.

7 PETUA PENJAGAAN RAMBUT SIHAT

.

1# Membilas Rambut

Rupa-rupanya, membilas rambut adalah sama penting seperti syampu dan merapikan rambut!

Dengan hanya membilas rambut dengan air sahaja sebenarnya dapat memulihkan struktur dan alunan rambut.

Antara tips penting semasa membilas rambut ialah gunakan air sejuk.

Ini kerana air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut untuk memerangkap air dan nutrien daripada produk rambut seperti syampu dan perapi.

.

2# Sikat Rambut

petua penjagaan rambut

Kesilapan dalam memilih jenis sikat rambut juga boleh merosakkan rambut.

Berbeza dengan sikat yang diperbuat daripada plastik atau besi, sikat rambut daripada kayu  tidak mengeluarkan cas elektrostatik yang boleh mengembangkan rambut.

.

3# Elak Sentuh Rambut Secara Berlebihan

Tangan kita ialah anggota yang paling banyak menyentuh sana-sini.

Walaupun secara kasarnya tangan nampak bersih, elakkan menyentuh rambut secara berlebihan.

Kita tidak tahu kotoran apa yang terdapat di tangan kita!

.

4# Sekali-sekala Gunakanlah Krim Rawatan Rambut

Tidak salah kalau sekali-sekala anda nak manjakan rambut anda dengan krim rawatan rambut.

Lebih baik lagi, gunakanlah topi plastik (shower cap) untuk menghasilkan haba sementara untuk membuka kutikel rambut.

Kutikel rambut yang lebih terbuka pastinya berupaya menambah nutrien pada rambut dengan lebih cepat.

petua penjagaan rambut

.

5# Elakkan Alat Pengering, Pelurus atau Pengerinting Rambut Yang Kerap atau Berlebihan

Bukannya apa.

Alat-alat ini menggunakan haba untuk berfungsi.

Haba pula jika digunakan berlebihan pada rambut akan merosakkan akar rambut anda.

Rambut yang sihat bermula darir akar yang kuat.

Jadi, peliharalah akar rambut sebaik-baiknya kalau nak rambut yang cantik.

Betul kan?

.

6# Vitamin Kegemaran Rambut

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menguatkan akar rambut dari dalam dengan nutrisi tambahan.

Maklumlah, tidak semua nutrisi yang diperlukan rambut kita peroleh dari makanan setiap hari.

Antaranya ialah vitamin B (biotin), zink dan protein.

Baca ESP Suplemen Protein Lengkap, kebaikan B Complex dan manfaat Zinc Plus.

.

7# Urutan Kepala

Tidak dinafikan lagi, yang urutan merangsang pengaliran darah yang baik.

Aliran darah yang baik memastikan nutrien dan oksigen dihantar ke rambut dengan lancar.

Bila rambut mendapat ‘makanan’ yang sepatutnya, maka kuatlah ia, kan?

petua penjagaan rambut

.

Kesimpulannya, rambut yang sihat bermula dari akar yang kuat.

Dah baca petua penjagaan rambut ini, bolehlah cuba untuk kecantikan rambut anda.

Selamat mencuba ya.

Ingin mencuba suplemen semulajadi yang telah diuji selamat dan berkesan untuk kesihatan rambut anda?

UPT Positif, Ini Yang Anda Perlu Buat

UPT Positif, Ini Yang Anda Perlu Buat

upt positif

Bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menerima cahaya mata terutamanya, berita UPT positif pastinya sesuatu yang sangat mengujakan!

Pasangan suami isteri biasanya akan membuat UPT di rumah selepas si isteri beberapa hari haid datang lewat dari yang sepatutnya (bagi ibu dengan haid yang teratur).

Pernahkah anda terfikir, apa yang perlu dilakukan sebaik mendapat ujian air kencing kehamilan dengan dua garisan selain brejumpa doktor untuk mengesahkannya?

Mari ikuti apa dan mengapa perkara-perkara di bawah penting untuk anda lakukan.

.

Bila Nak Buat Ultrasound Lepas UPT Positif?

Kerana terdapat beberapa kes ‘false positive’ UPT (iaitu UPT positif tetapi sebenarnya tidak mengandung), sebaiknya anda menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan yang anda benar-benar hamil.

Iaitu dengan mengesan kantung di dalam rahim, terdapat janin di dalamnya, dan denyutan jantung bayi dapat dilihat dan didengar.

Ultrasound awal iaitu sebelum memasuki trimester kedua (sebelum minggu ke-12 kehamilan) adalah penting untuk mengetahui tarikh jangka bersalin (EDD) yang paling tepat.

Ini kerana, perkembangan bayi apabila memasuki trimester kedua akan dipengaruhi oleh pemakanan ibu, masalah kesihatan ibu, dan lain-lain.

Contohnya kalau scan lepas trimester kedua, saiz bayi lebih besar, EDD akan jadi lebih awal dari yang sepatutnya (dan sebaliknya).

Dan ujian ultrasound juga penting untuk memastikan anda TIDAK mengandung di luar rahim yang boleh membahayakan nyawa anda!

Seawal berapa minggu pula boleh buat ultrasound untuk tengok semua tadi tu?

Bergantung kepada klinik dan mesin scan di situ (tanya doktor kat situ).

Sekiranya mesin boleh mengesan kantung seawal 4-5 minggu kehamilan, anda mungkin akan diberi tarikh untuk mengulang ultrasound selepas 2-3 minggu untuk melihat janin, denyutan jantung pula.

Pendapat peribadi Ain, datanglah untuk ultrasound selepas 7 minggu kehamilan. Kerana kebanyakannya akan dapat lihat semua yang anda perlukan – kantung, ukuran janin, denyutan jantung dan tentukan EDD yang paling tepat – seperti yang telah dinyatakan di atas.

So, yang dah UPT positif tu, lepas 7 minggu dari tarikh last haid dan sebelum trimester kedua, terus ke klinik untuk buat ultrasound ya.

upt positif

Kantung boleh dikesan melalui ultrasound seawal 5 minggu kehamilan.

.

Buku Merah / Pink

Bagi ibu-ibu hamil, Buku Merah / Pink adalah umpama ‘nyawa’ mereka kerana mengandungi segala maklumat penting ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

Setelah dipastikan anda hamil melalui ultrasound, segeralah ke klinik kesihatan atau swasta (ikut masing-masing) seawal mungkin sebelum trimester kedua untuk mendapatkan Buku Merah anda.

Bila dah ada Buku Merah / Pink ini, sentiasalah bawa ke mana-mana sahaja bersama anda.

Kena admit ke, balik kampung ke, pergi travel ke, bawa bersama ya.

upt positif

Sumber dari Google.

.

Ujian Darah Prenatal

Adalah penting untuk anda menjalankan ujian darah prenatal juga untuk direkod di dalam Buku Merah.

Antara ujian darah ‘basic’ yang wajib dijalankan ialah:

  • Full Blood Count : terutamanya untuk melihat sel darah merah (hemoglobin) (ibu hamil berisiko menghidap anemia – kurang darah merah)
  • Kumpulan darah : ibu hamil berisiko pendarahan sebelum, semasa dan selepas bersalin
  • Penyakit kelamin (HIV, VDRL, TPHA) dan Hepatitis B

Ujian-ujian lain yang special bergantung kepada ibu hamil contohnya jika ibu hamil mempunyai apa-apa penyakit kronik.

Terbaru, di negara kita, suami pun perlu menjalani ujian HIV sebagai screening awal untuk menentukan ibu dan bayi yang berisiko.

Selain ujian darah, ibu hamil juga akan di-screen air kencing mereka untuk mengesan kehadiran protein dan gula.

Ini adalah penting untuk mengesan penyakit kronik sedia ada seperti darah tinggi dan kencing manis sebelum hamil yang berisiko ke atas ibu dan bayi.

alahan mengandung

.

Semua Ibu Hamil Akan Alami Muntah-muntah Ke?

Tidak semua tetapi kebanyakan ibu hamil akan mengalami alahan mengandung di awal kehamilan (ada yang berlanjutan sehingga bersalin!).

Ibu hamil sepatutnya ‘expect’ alahan mengandung terjadi kerana paras hormon kehamilan yang tinggi semasa trimester pertama.

Anda boleh mengalami pening-pening, sakit kepala, loya tekak dan muntah-muntah yang berterusan.

Rujuk entri Alahan Mengandung – Apa Nak Buat? untuk bacaan lanjut.

.

5 Tips Kekalkan Kesihatan Semasa Hamil

Anda tidak dapat mengelak alahan dari terjadi. Tetapi anda boleh cuba untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil dengan 5 tips berikut:

  1. Ambil vitamin-vitamin kehamilan seperti yang disarankan (Baca Set Hamil Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil dan Bayi)
  2. Senaman secara berkala
  3. Amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan mengikut masa yang teratur
  4. Minum air kosong secukupnya
  5. ELAKKAN perkara-perkara ini:
    • merokok dan perokok
    • senaman berlebihan
    • kerja berat
    • kafein berlebihan, iaitu melebihi secawan teh atau kopi sehari
    • pengambilan dadah berbahaya

Alle nybagte forældre får tilbudt hjemmebesøg af en denne side sundhedsplejerske, som kan hjælpe med amning og andre spørgsmål om babypleje.

Set Mengandung Shaklee melengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi anda.

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

asid folik untuk ibu mengandung

Asid Folik dan Ibu Mengandung | Bagi anda yang merancang inginkan zuriat ataupun yang sudah positif ujian air kencingnya, jangan culas untuk ambil suplemen B Complex setiap hari.

Vitamin B tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, tidak dapat dihasilkan atau disimpan oleh badan kita.

Perlunya pengambilan vitamin B yang cukup dari pemakanan seharian atau pengambilan suplemen, terutamanya bagi mereka yang sedang merancang kehamilan atau yang sudah berada di awal kehamilan.

Mari kita terus membaca apakah kepentingan asid folik dan vitamin-vitamin B lain untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

Secara amnya, kumpulan vitamin B dinamakan B Complex, terdiri daripada 7 jenis vitamin B.

.

Kepentingan Asid Folik dan Vitamin B Lain Untuk Ibu Mengandung

 

asid folik untuk ibu mengandung

.

Thiamine, B1, diperlukan untuk menyokong perkembangan otak bayi yang sihat.

Riboflavin, B2, pula baik untuk kesihatan mata.

Niacin, B5 pula, berdasarkan kajian boleh membantu menangan masalah aahan mengandung dan ketidakhadaman, terutamanya di awal kehamilan iaitu sepanjang trimester pertama.

Asid Pantothenic, B6, membntu perkembangan sistem saraf dan otak bayi.

Biotin, B7 untuk kesihatan rambut dan kuku serta membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.Harga biotin adalah mahal, menyebabkan kebanyakan manufacturer suplemen B Complex tidak atau memasukkan jumlah biotin yang tidak cukup.

Asid folik, B9, yang merupakan suplemen ‘wajib’ oleh Klinik Kesihatan kepada ibu hamil kerana ianya penting untuk mencegah kecacatan tiub neural pada bayi.

Asid folik diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi anda, yang kemudiannya akan membentuk tulang belakang dan otak.

.

Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan tiub neural yang boleh terjadi antara hari ke-15 dan 28 selepas persenyawaan, iaitu kira-kira 2 hingga 5 minggu kehamilan (yang mana anda sendiri masih tidak sedar yang anda mengandung).

.

Sebab itulah penting anda mendapat asid folik ketika sedang merancang lagi

.

Cobalamin, B12 pula menyokong perkembangan ibu dan sistem saraf bayi.

.

KENAPA B COMPLEX SHAKLEE?

  • Dilengkapi dengan kesemua 7 vitamin B di atas
  • Mengandungi 100% biotin
  • Dihasilkan menggunakan sistem penyaluran bioaktif berpaten (Patented Bioactivated Delivery System) untuk meningkatkan penyerapan asid folik (asid folik ialah sejenis vitamin B kritikal yang tidak mudah diserap)
  • Berkelulusan KKM (Baca entri tentang Cara Semak KKM)
  • Halal diiktiraf oleh JAKIM (Baca entri Sijil Halal Shaklee)
  • Harga mampu milik (sebotol B Complex didatangkan dengan harga runcit RM58.74 sahaja.
  • Berbaloi sebab sebotol (120 tablet) boleh tahan 4 bulan!

 

asid folik untuk ibu mengandung

.

Akhir kata, untuk dapatkan zuriat yang sihat, ibu pun kenalah bersedia sihat dari sebelum persenyawaan lagi.

Ikhtiar dan usaha dengan cara yang terbaik, hasil pun pasti yang terbaik InsyaaAllah. =)

Nak dapatkan B Complex dengan harga lebih menjimatkan?

Alahan Mengandung – Apa Nak Buat?

Alahan Mengandung – Apa Nak Buat?

alahan mengandung

Ain tanya soalan ni kat wall FB pagi ni. Antara jawapan yang popular…

“Morning sickness dan evening sickness tak larat sampai lembik” (Azniwati Azniwati)

“Makan ke minum memang muntah tak sampai 10 minit. Pergi mana2 bawak je plastik gulung tu sampai la masuk 9 bulan baru dapat merasa kenyang apa yang dimakan” (Nur Ain)

“Sickness” (Syarina Azreen Osman)

“Loya. Makan muntah makan muntah” (Eiha Zain)

“Kalau Ifa, alahan doc Ain!” (Noor Afifah Mohd Baharuddin)

“Hyperem. Itu la yang paling saya tak tahan” (Maznee Md Sapar)

Nampak sangat kebanyakan wanita, bila hamil, masalah first yang menerjah ialah alahan mengandung.

.

Info Ringkas Tentang Alahan Mengandung

.

1. Bila UPT dah positif tu, tiba2 ibu hamil alami pening2, sakit kepala, loya tekak dan muntah2, itulah alahan mengandung.

2. Punca terjadinya alahan mengandung ialah kerana faktor perubahan hormon

3. Alahan mengandung ni secara amnya tidak membahayakan tetapi kebanyakannya mengganggu. Muntah sekali dalam sehari pun kadang rasa tak seronok, apakan pula muntah berkali2 setiap hari!

4. Alahan mengandung berlaku semasa trimester pertama, boleh berlanjutan semasa 3 hingga 4 minggu, dan kebanyakannya hilang apabila memasuki trimester kedua.

5. Masalah alahan semasa mengandung yang teruk dipanggil hyperemesis gravidarum (HG) – loya dan muntah yang berterusan, makanan minuman (even air kosong) apa pun tak boleh masuk, lalu boleh mengakibatkan dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan & penurunan berat badan melebihi 5%.

6. Hanya kira-kira 0.3 – 2% sahaja kes HG yang memerlukan admission ke hospital untuk drip (Ain la tu salah seorang – 2 kali pregnant, ketone 3+ (bermaksud sangat dehydrate), turun 4kg, admit 4 hari).

alahan mengandung

.

So, Apa Nak Buat Kalau Ada Alahan Mengandung?

.

Berdasarkan kajian, vitamin B6 (pyridoxine) membantu ibu hamil yang mengalami alahan mengandung.

Halia juga terbukti berkesan membantu ibu2 yang mengalami alahan ini.

Ubat tahan muntah Metoclopromide (Maxolon) telah terbukti selamat untuk diambil ibu mengandung. Berdasarkan kajian, ianya TIDAK meningkatkan risiko kecacatan kongenital, low birth weight, kelahiran pramatang dan kemstian bayi dalam kandungan.

Baca juga entri tentang Ubat Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung.

Antara lain, saranan diet ibu hamil yang mengalami alahan ialah seperti berikut:

  • Makan apabila lapar, tak kira waktu rutin
  • Makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap
  • ELAKKAN makanan berminyak, pedas & bau meloyakan (ikut masing2, ada yang tak boleh bau ikan la, kari la, dan sebagainya)
  • Ambil tablet zat besi hanya selepas hilang alahan sahaja (salah satu kesan sampingan zat besi ialah loya dan muntah)
  • Digalakkan mengambil teh herba, halia dan peppermint untuk membantu menangani loya tekak

Berdasarkan kajian juga, pengambilan vitamin2 prenatal sebelum kehamilan akan mengurangkan risiko loya dan muntah disebabkan alahan mengandung.

So yang sedang merancang tu make sure ambil prenatal vitamins sebaik-baiknya 3 bulan sebelum conception ya.

Last but not least, kalau dah teruk sangat tu, mintak sahaja suami atau family bawa ke hospital untuk drip, monitoring & investigation yang perlu.

alahan mengandung

Testimoni Peppermint GingerPlus

.

alahan mengandung

Testimoni Peppermint GingerPlus

.

alahan mengandung

Testimoni Peppermint GingerPlus

.

Nak jadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang kecil.

Anggap je semua ni ‘preparations’ untuk menghadapi dugaan yang lebih besar lepas baby dilahirkan, nak membesarkan mereka & yang paling penting nak jadikan mereka MANUSIA.

Peringatan untuk diri sendiri yang leka dan alpa juga.

Tercari-cari vitamin untuk lengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan?