Basic H Shaklee Pencuci Serbaguna

Basic H Shaklee Pencuci Serbaguna

Basic H Shaklee ialah pencuci serbaguna yang menjadikan kerja-kerja mencuci di rumah jauh lebih mudah dan berkesan. Pencuci dengan 1000 kegunaan ini akan menjadikan setiap permukaan di rumah anda bersih tanpa kotoran terutamanya bahan-bahan yang membahayakan.

Ianya sangat pekat. Sebotol 16 oz Basic H boleh dicairkan sehingga bersamaan dengan 5,824 botol pencuci tingkap yang mengandungi 26oz pencuci setiap satu!

.

Tahukah anda, kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap ke dalam kulit kita. Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbanga hormon. Manakala pelarut organik yang mengandungi butyl cellosove pula ialah toksin saraf dan boleh merengsakan hidung kita. Antara lain, morpholine ialah toksin semulajadi yang boleh mengakibatkan kerosakan hati dan buah pinggang. Yang paling popular ialah ammonia di dalam pencuci kaca – boleh menyebabkan kerengsaan kulit, mata dan sistem pernafasan.

.

Kenapa Setiap Rumah Perlu Ada Sebotol Basic H Shaklee Ini?

  1. dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi : surfactant berasaskan kelapa dan jagung
  2. sumber-sumber ini pula mudah didapati
  3. tidak mengandungi toksin berbahaya
  4. super-pekat : setiap botol Basic H boleh dijadikan 182 liter pencuci super-powerful (“Less is more“)
  5. ‘pembantu’ serbaguna terutamanya bagi surirumah : satu produk sahaja boleh menggantikan banyak produk seperti pencuci cermin, menghapuskan kesan minyak, pencuci tandas, peluntur kotoran degil, dan boleh digunakan hampir di setiap inci, dalam dan luar rumah!
  6. powerful : berupaya menanggalkan kebanyakan kotoran degil tanpa bersusah payah (sental manja-manja pun kotoran boleh hilang)
  7. boleh digunakan pada hampir kesemua permukaan yang boleh dicuci – dinding, cermin, tingkap, lantai, dapur, kayu, perabot dan sebagainya (TIDAK sesuai untuk kegunaan dalam akuarium dan tangki air pengelap cermin kereta)
  8. memudahkan : tak perlu dibilas, tidak meninggalkan sisa berbahaya, tiada kesan kotoran
  9. bebas bau
  10. lembut pada kulit (tidak merengsakan)
  11. tiada klorin jadi tidak akan menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit (sesuai digunakan untuk yang mempunyai alahan kulit atau kulit sensitif)
  12. pH seimbang
  13. surfactant biodegradable (environment-friendly)

.

Sekarang, mari kita tengok beberapa contoh kegunaan Basic H Shaklee pula…

.

basic h shaklee

Menghilangkan kotorn degil pada pakaian putih bersih. Cuma titikkan sahaja Basic H ke atas kotoran, sental manja-manja dah hilang kotoran tu.

.

basic h shaklee

Membersihkan kasut sekolah anak. Benda warna putih ni, kalau kotor sikit memang sakit mata tengok kan? So, kenalah cuba Basic H. Yang putih, tetap akan putih. =)

.

basic h shaklee

Mencuci kuali sampai bersih. Hanya dengan beberapa titik Basic H sahaja, sental dengan berus besi mudah sangat nak hilang kesan minyak yang makin menebal ni.

.

basic h shaklee

Menyahkan kesan kotoran pada permukaan. Contoh seperti dalam gambar ini – menghilangkan kesan kunyit pada bekas plastik.

.

basic h shaklee

Kena belek betul-betul gmbar ni. Kesan marker permanent yang diconteng anak, dah tiada kesan lagi lepas guna Basic H.

.

basic h shaklee

Bunuh kutu pada rambut anak.

.

Cadangan Cara Penggunaan Basic H Shaklee

.

Untuk dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi dicadangkan mencairkan 1/4 sudu kecil Basic H ke dalam 16 oz. air.

Bagi mencuci periuk belangan pula, cuma campurkan 1/2 sudu kecil Basic H ke dalam 1 gelen air suam.

Untuk tingkap dan cermin pula, hanya 1 hingga 2 titis Basic H perlu dicampurkan ke dalam 16 oz air paip.

Untuk mencuci lantai, 1 sudu kecil Basic H dicampur ke dalam 1 gelen air.

Dan bagi kain dan fabrik pula, dicadangkan mencampurkan 1/2 sudu teh Basic H ke dalam sebesen air suam untuk mencuci.

.

Sebotol Basic H Shaklee berharga runcit RM48.75 untuk pelbagai kegunaan di rumah.

Hubungi Ain untuk pertanyaan dan penjimatan hebat semestinya dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat

Entri ini ialah kisah pengalaman Ain sendiri berusaha hilangkan parut chicken pox dengan cepat. First time masa Khayla kena chicken pox yang agak teruk ruamnya. Boleh rujuk entri Parut Campak Anak Hilang Seawal Seminggu.

Kali ni plak kisah Zulaikha, puteri ketiga kami.

Bermula dengan demam low grade 2 hari diikuti kemunculan 3 biji vesicles di private area yang memusykilkan. Esoknya, baru nampak jelas nyata yang Achik mengalami chicken pox. Masa ni dah mula muncul vesicles di badan, leher, lengan dan peha dia.

Berbekalkan pengalaman masa jaga Humaira (Along) & Khayla (Angah), Ain buat yang sama untuk Zulaikha. Kecuali part-part rawatan tradisional yang biasa orang-orang tua sarankan buat – minum air kelapa, mandikan dengan daun semambu, tilam dialas dengan daun semambu untuk kurangkan gatal – Ain tak buat semua ni.

.

hilangkan parut chicken pox

Inilah ‘vesicle‘. Ruam timbul berisi cecair.

.

Apa Cara Ain Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat?

.

Basic H

.

Pertamanya, Ain mandikan Achik dengan air bancuhan Basic H, untuk lebih cepat mengeringkan rash yang ada.

Ain campurkan beberapa titik Basic H sahaja ke dalam sebaldi air suam. Dan bilas seluruh badan Achik selesai sabun dan syampu. Achik suka!

Everytime dah settle sabun dan syampu dia sendiri akan mintak nak mandi ‘air sabun’. Basic H ni concentrated sangat. Letak beberapa titik saja pun dan boleh hasilkan buih yang banyak. Tu sebab budak suka haha!

Tak bahaya ke guna Basic H sebab Basic H ni kan kegunaannya untuk kebersihan rumah – mop lantai, sental toilet, walid guna untuk cuci kereta, etc?

Kalau tak ada info tentang Basic H memang Ain sendiri pun rasa macam nonsense! Haha!

Apa yan meyakinkan Ain ialah semua produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, termasuklah yang untuk kebersihan rumah seperti Basic H ini.

Shaklee tidak pernah declare yang Basic H ialah untuk kegunaan ke atas kulit yang ada chicken pox. Tetapi adalah berdasarkan pengalaman kebanyakan pengguna Shaklee sendiri.

Personally, Ain rasa Basic H ni tak menghakis kulit langsung (sebab bebas bahan kimia). Walau sebanyak mana Basic H yang terkena kulit, tetap Ain tak rasa macam kulit terbakar apatah lagi mengelupas pedih-pedih. Langsung tak seperti pencuci toilet lain, even pencuci pakaian pun banyak yang boleh mengakibatkan allergic dermatitis (alahan kulit).

Jadi, kepada yang tidak yakin dengan Basic H, tidak disarankan menggunakannya ya. =)

Mungkin ada yang tak tahu, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk ‘Healthy Home‘ lain iaitu:

  • Fresh Laundry Concentrate (sabun serbuk pencuci pakaian)
  • Soft Fabric Concentrate (pelembut, pewangi pakaian ala-ala ‘Softener’ tu)
  • Dish Wash Concentrate (sabun pencuci pinggan mangkuk)
  • Basic H (pencuci serbaguna, terutamanya kesan degil seperti kotoran oven, besi atas dapur memasak, dan lain-lain)

.

hilangkan parut chicken pox

Ruam di bahagian belakang badan. Penuh!

.

Herbal Blend

.

Masa Along & Angahnya chicken pox lagi, Ain memang sapukan Herbal Blend saja.

Nampakla kurang banyak gatalnya. Rash cepat kecut dan mostly tak tinggalkan parut yang lama.

Kecuali area tertutup seperti badan dan private part, akan tinggalkan parut yang ambil masa skit untuk hilang.

Yang paling Umi ni suka, muka Achik jadi licin balik!!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

.

hilangkan parut chicken pox

Paling sadis kalau parut kat muka banyak macam ni dan tak hilang. Anak perempuan ooiiii…

.

Sekarang kita tengok pula gambar before and after Achik. Tadaaaa!!!!

.

hilangkan parut chicken pox

Gambar kiri pada 1/7/19. Manakala gambar kanan pada 9/7/18. Syukur Alhamdulillah kulit Achik semakin licin, parut hilang satu per satu.

.

Jadi, parents yang nak cuba hilangkan parut chicken pox anak-anak (untuk sendiri pun boleh), jangan segan silu Whatsapp Ain.

Lagi cepat sapu, lagi mudah nak hilang parut tu. InsyaaAllah.

Baca juga entri Pelbagai Jenis Ruam Bayi Yang Buat Mak Pak Konfius.