7 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

7 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

Baru jerebu beberapa hari badan anda sudah mula menunjukkan tanda mahu demam, dah mula sakit kerongkong, batuk dan selesema?

Tidak kiralah anda berada di kawasan dengan IPU rendah, tidak sihat atau membahayakan, di ‘musim’ jerebu ini, pemakanan sihat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Terutamanya buat golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung.

Pemakanan yang sihat membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk proses-proses di dalam badan. Ini termasuklah menghalang kerosakan oleh radikal bebas, memperbaiki sel, menyingkirkan patogen yang telah ‘dibunuh’ dan sebagainya.

tips pemakanan sihat semasa jerebu

Mereka yang berada di kawasan dengan IPU “sangat tidak sihat” dan “berbahaya” lebih berisiko kesihatan terancam. (IPU = Indeks Pencemaran Udara)

.

7 Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu

.

  1. Pastikan pengambilan air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, iaitu bersamaan dengan 2 liter untuk mengelakkan badan dehidrasi yang boleh lebih memudaratkan kesihatan. Air juga penting untuk proses detoksifikasi bahan tercemar yang ‘terlepas’ masuk ke dalam badan.
  2. Banyakkan juga pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat untuk meningkatkan sistem imun.
  3. Cuba mengambil makanan yang dimasak sendiri di rumah untuk mengurangkan risiko makanan yang tercemar dengan udara berjerebu. Jika terpaksa, pilihlah kedai di bangunan tertutup.
  4. Kurangkan, atau sebaiknya elakkan, minuman berkafein dan beralkohol. Ini kerana minuman-minuman ini bersifat diuretik yang akan menyebabkan kita membuang air kecil dengan lebih kerap, lalu menyebabkan dehidrasi.
  5. Makanan tinggi garam juga sebaiknya dikurangkan, kerana dikhuatiri mengakibatkan kehausan berlebihan.
  6. Amalkan makanan tinggi kandungan vitamin C, vitamin E dan omega-3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  7. Lebihkan makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti sup.

.

tips pemakanan sihat semasa jerebu

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 ialah seperti ikan laut dalam, minyak zaitun, brokoli, kekacang dan telur.

.

Kita tidak mampu menghalang kehadiran jerebu. Kita juga tidak tahu bila jerebu akan mula reda dan hilang. Apa yang kita boleh lakukan ialah membina benteng pertahanan yang kuat untuk mencegah daripada penyakit yang lebih membahayakan.

Baca juga beberapa Tips Hadapi Jerebu Untuk Kekal Sihat dan Cara Pakai Mask Muka Yang Betul Semasa Jerebu.

.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Hadapi Jerebu Untuk Kekal Sihat

Tips Hadapi Jerebu Untuk Kekal Sihat

tips hadapi jerebu

Jerebu kebiasaannya melanda negara tercinta kita antara bulan May dan Oktober kerana kebakaran hutan dari negara-negara jiran serta angin monsun Selatan-Barat yang membawa asap kebakaran ke arah negara kita.

Tahukah anda, apa kandungan asap jerebu?

Jerebu berpunca dari pembakaran organik (contoh: pembakaran hutan) dan logam berat. Berbeza dengan asap kenderaan dan habuk kilang, jerebu mengandungi bahan pencemar dengan zarah dalam julat saiz yang sangat kecil kira-kira 2.5 mikron.

Oleh kerana diameter rambut manusia berukuran 50-70 mikron, saiz zarah dalam jerebu yang sangat kecil tadi dengan mudahnya boleh memasuki saluran pernafasan sehingga jauh ke dalam paru-paru lalu menjejaskan kesihatannya.

Zarah dari asap kenderaan dan habuk kilang pula bersaiz lebih besar iaitu kira-kira 10 mikron. Jadi, zarah cuma berada di ruang udara dan akan disekat daripada memasuki saluran pernafasan.

.

Kesan Jerebu ke Atas Kesihatan

.

Mereka yang terdedah kepada jerebu boleh mengalami masalah-masalah berikut:

  • mata pedih dan berair
  • bersin
  • selesema
  • sakit tekak
  • batuk kering
  • sakit kepala
  • keletihan

.

Pesakit yang sudah sedia mempunyai masalah kulit seperti eczema dan alergi, boleh mengalami iritasi kulit yang lebih teruk sekiranya terdedah kepada jerebu.

Manakala pesakit yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung dan masalah respiratori, juga boleh menghadapi simptom yang lebih serius. Terutamanya orang tua dan kanak-kanak kerana sistem pertahanan yang lebih lemah.

.

10 Tips Hadapi Jerebu

.

Anda yang berada di kawasan yang dilanda jerebu, ambillah langkah berjaga-jaga seperti di bawah, terutamanya golongan berisiko tinggi berikut:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Wanita mengandung
  • Pesakit jantung dan respiratori
  • Mereka yang sensitif terhadap habuk
  • Perokok
  • Mereka yang banyak bekerja di luar bangunan

.

tips hadapi jerebu

Mask muka yang sesuai untuk menapis zarah jerebu ialah mask N95, iaitu dapat menapis sekurang-kurangnya 95% zarah jerebu dari memasuki salur pernafasan anda.

.

10 Tips Hadapi Jerebu:

  1. Sebanyak yang mungkin berada di dalam bangunan dengan pintu dan tingkap yang ditutup
  2. Kurangkan aktiviti di luar rumah
  3. Kerap membasuh muka dan bahagian yang terdedah kepada jerebu
  4. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter untukproses detoksifikasi toksin yang telah diserap melalui kulit dan paru-paru
  5. Menutup tingkap kenderaan semasa berada di jalan raya
  6. Menggunakan face mask semasa berada di luar bangunan (Rujuk entri Cara Pakai Mask Muka Yang Betul)
  7. Segera ke klinik untuk rawatan sekiranya mempunyai tanda-tanda di atas
  8. Mendapatkan maklumat terkini dari pihak berkuasa melalui media massa
  9. Menggunakan penapis udara untuk menapis zarah jerebu keluar rumah/bangunan
  10. Mengamalkan hand hygiene yang efektif.

.

tips hadapi jerebu

Antara Tips Hadapi Jerebu untuk kekal sihat

.

Tingkatkan Imuniti Badan dan Sistem Detoksifikasi Dengan Nutrien Yang Betul

.

Selain langkah-langkah di atas, anda juga boleh berusaha meningkatkan imuniti badan dan sistem detoksifikasi badan dengan nutrien-nutrien berikut:

  • Polifenol tumbuhan : menyokong pelbagai sistem antioksidan yang terlibat dengan detoksifikasi
  • Biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan Japanese honeysuckle : menyokong dan merangsang respon imuniti semuajadi badan
  • Vitamin C : kajian mendapati, vitamin C mampu mencegah simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah respiratori seperti asthma
  • Coenzim Q10 : menapis radikal bebas dan meindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Bawang putih : allicin yang terdapat dalam bawang putih secara tradisionalnya telah digunakan untuk melegakan batuk, selesema dan jangkitan respiratori
  • Asid lemak omega-3 : membantu memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan keradangan salur pernafasan pada pesakit asthma
  • Hidrasi secukupnya membantu proses detoksifikasi zarah jerebu yang berjaya memasuki saluran pernafasan dan kulit

.

Cadangan Suplemen Untuk Kekal Sihat Semasa Jerebu

.

Untuk itu, berikut merupakan saranan Shaklee untuk kekal sihat semasa jerebu:

  • Vivix : ramuan unik botani yang terdiri daripada Polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, European elderberry dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol tumbuhan yang membantu mengekalkan kesihatan optimum.
  • Nutriferon : satu-satuny suplemen ciptaan pakar imun Dr. Yasuhiko Kojima. Mengandungi campuran ekstrak tumbuhan daripada biji labu, bunga Safflower, biji Plantago dan ekstrak bunga Japanese honeysuckle.
  • Chewable Vita-C : didatangkan dengan perisa sitrus yang menyediakan 100mg vitamin C yang bersamaa dengan sebiji setengah oren yang menyokong sistem detoksifikasi.
  • CoQ Health Plus : coenzim Q10, vitamin E dan ekstrak teh hijau menyokong perlindungan antioksidan.
  • Garlic Complex : setiap tablet menyediakan 500mg bawang putih untuk memberi paras allicin yang signifikan.
  • Performance Drink : merupakan minuman hidrasi tulen dengan campuran elektrolit OPTI-LYTE dan gabungan unik karbohidrat, untuk memberi tenaga segera dan berpanjangan, serta menyokong hidrasi optimum.
  • Omega Guard : setiap hidangan menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.

.

Semoga entri Tips Hadapi Jerebu ini bermanfaat.

tips hadapi jerebu

Senarai suplemen cadangan untuk kekal sihat semasa jerebu. Hubungi Ain 0164214704 untuk pertanyaan dan order.

Penang Smart Parking App

Penang Smart Parking App

Orang Penang sekarang kalau nak parking dah tak payah susah-susah nak cari kupon parking merata lagi, sebab dah mula buat sistem parking berbayar menggunakan apps yang dinamakan Penang Smart Parking.

Download saja apps “Penang Smart Parking” ni, daftar, topup balance dan anda cuma perlu aktifkan apps ni setiap kali parking sahaja.

penang smart parking

Register dengan memasukkan details yang diminta. Antaranya nombor telefon, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat email, password, details kereta dan lain-lain. Kemudian apps ini telah sedia untuk digunakan.

Apps ini boleh digunakan di seluruh parking dalam Pulau Pinang dengan memilih MPSP untuk parking di tanah besar seberang, atau MBPP untuk parking dalam pulau. Namun kawasan-kawasan yang boleh guna servis ini, sedang dibangunkan secara berperingkat.

So kalau anda ada di satu kawasan parking, cuma aktifkan apps ini dan semak sama ada kawasan parking itu dah boleh guna apps ini untuk bayaran parking atau tak. Sebelum membayar, pilih lokasi berkenaan dan jenis kereta yang anda gunakan.

Jadi bila-bila pihak berkuasa datang meronda, mereka sendiri ada alat untuk menyemak sama ada kereta anda dah bayar parking menggunakan apps atau tidak.

Oh ya. Sebelum bayar pastikan dalam akaun anda ada balance. Ada ikon “Reload” di bahagian bawah kanan tu (rujuk gambar). Pilih saja nak ‘topup’ berapa ringgit (minimum RM10) dan buat bayaran secara online.

penang smart parking

.

Anda juga boleh pilih untuk bayar bulanan RM75 dengan hanya klik pada “Monthly Pass” (rujuk gambar).

Kalau apps anda tak ada balance pula, kebetulan masa parking kantoi, nak bayar kompaun guna apps ni pun boleh. Hehe.

Kalau anda ada 2, 3, 10 kereta pun tak ada masalah. Just enter saja semua jenis & nombor plat kereta anda.

Semua setting, nak edit profil, dan fungsi-fungsi yang telah diterangkan, cuma klik 9 titik (3×3) di bahagian atas kiri (rujuk gambar lagi).

penang smart parking

.

Kalau ada kupon parking lagi macam mana?

Dont worry, masih boleh guna lagi sehingga 31 Disember 2020. Kupon akan ditamatkan jualan pada 31 Disember 2019. Selepas itu, bermula 1 Januari 2021, akan totally guna apps ni untuk parking berbayar.

.

Nak parking kat Penang guna apps ini.
Nak beli Shaklee cari Ain ni.
Kenapa Shaklee?
Baca Perbezaan Shaklee Berbanding Suplemen Lain

Ayam Penyebab Kanser Mengandungi Arsenik

Ayam Penyebab Kanser Mengandungi Arsenik

ayam penyebab kanser

Bertahun-tahun lamanya, muncul persoalan sama ada betulkah ayam mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser atau tidak, Food and Drug Administration (FDA) hanya menyembunyikan kebenaran.

FDA pada ketika itu menyatakan arsenik yang terkandung di dalam ayam cuma dalam kuantiti yang kecil sahaja dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia.

Namun akhirnya, pada tahun 2016, FDA ‘mengaku’ bahawa kebanyakan ayam yang ada di sekitar United State of America mengandungi arsenik bukan organik yang sangat beracun!

.

Apa Itu Arsenik?

.

Arsenik ialah sejenis karsinogen (carcinogen = bahan penyebab kanser) berwarna kelabu, silver atau putih yang tidak mempunyai bau.

Jadi, anda boleh terdedah kepada arsenik tanpa disedari pada bila-bila masa sahaja.

Kebiasaannya, arsenik digunakan dalam industri pertanian (dalam racun serangga), penggalian dan pembuatan.

Walaupun arsenik merupakan bahan kimia berbahaya, kajian pada tahun 2006 membuktikan, kira-kira 70% ayam di US telah diberi makan arsenik!

Ini kerana, arsenik membantu ayam-ayam ini membesar dengan cepat dan memberi warna merah yang ‘sihat’ kepada ayam.

Permintaan ayam kan semakin meningkat dari hari ke hari, jadi sudah tentulah arsenik penyelesaian kepada masalah pembekalan ayam yang banyak, cepat, besar, nampak ‘sihat’ dan lebih murah.

ayam penyebab kanser

Betulkah ayam penyebab kanser? Ayam-ayam ini adalah pada usia yang sama tetapi saiz yang berbeza kerana perubahan genetik.

.

Tahukah anda, arsenik sangat bertoksik!

.

Jabatan Kesihatan Sains Alam Sekitar, University of South Carolina menyatakan, arsenik yang bergabung dengan merkuri boleh mengakibatkan kesan neurologi yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak kecil.

Antara lain, kajian lain pula menyatakan bahawa arsenik adalah sebanyak 4 kali ganda lebih beracun daripada merkuri!

Manakala kajian yang disiarkan dalam Journal of American Medical Association menyatakan, mereka yang memakan beras yang mengandungi arsenik mengalami perubahan sel yang berkaitan perkembangan kanser!

Banyak kajian lain juga mengesahkan yang arsenik boleh mengakibatkan invasice squamous cell carcinoma, kanser kulit, paru-paru, buah pinggang dan rahim.

.

Jadi, dah tak boleh makan ayam lah kita?

.

Fakta-fakta di atas Ain dapat dari lama web Healthy Food Advice ini yang mana ini adalah hasil kajian terhadapt ayam penyebab kanser di US.

Bagaimana pula dengan ayam-ayam di Malaysia? Wallahu’alam.

Tetapi melihat kepada permintaan tinggi terhadap ayam, dan ‘rupa’ ayam sekarang yang gemuk-gemuk, menyebabkan Ain sendiri terfikir, tidak mustahil ayam-ayam di Malaysia juga diberi suntikan ubat dan sebagainya.

Nak mengelak ayam sehingga akhir hayat kita macam mustahil kan?

Dan sudah tentulah payah amat kita nak mengenali ayam mana satu yang baik atau tidak di pasaran (kecuali ayam yang dibela sendiri).

Jadi, jalan terbaik pada pendapat Ain ialah makan secara berpada-pada dan kalau boleh pilih ayam yang lebih sihat seperti ayam kampung, why not kan?

Lebih baik lagi, anda juga mempunyai pilihan sumber protein lain selain ayam sahaja.

Dalam masa yang sama, amalkan pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen antioksidan untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas.

.

Ya, realitinya, kita terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sihat.

Nak makan ayam ke tidak adalah pilihan masing-masing.

Nak ambil suplemen antioksidan seperti vitamin A, C, E dan polifenol yang berkualiti sebagai protection juga pilihan masing-masing.

Tepuk dada, tanya diri.

Health is the real wealth.

Anda Serius Untuk Lebih Sihat?

Ubat Kurus Paling Berkesan

Ubat Kurus Paling Berkesan

ubat kurus paling berkesan

Turun 10kg dalam sebulan“…”Sis ini berjaya hilang berat badan 8kg dalam 2 minggu”…”Kurus tanpa berlapar dan bersenam…”

Bermacam-macam lagi tagline iklan ubat kurus ‘paling berkesan’ di media sosial sekarang. Persoalannya, benar-benar berkesankah ubat-ubat ini? Dan apakah yang terkandung dalam ubat kurus tersebut yang menjadikannya ‘berkesan’ itu?

Dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, disenaraikan “ubat kurus” yang mengandungi bahan terlarang. Ya, bahan-bahan terlarang ini BOLEH menurunkan berat badan anda, tetapi pakej sekali dengan kesan sampingan yang serius dan tidak diingini (sebab itulah namanya pun “bahan terlarang”).

.

.

Bagaimana Bahan Terlarang Dalam “Ubat Kurus Paling Berkesan” Bertindak & Apakah Kesan Sampingannya?

.

SIBUTRAMINE

.

Pada awalnya sibutramine didapati berkesan menurunkan berat badan pesakit obes sebagai salah satu usaha mengurangkan risiko mereka. Dengan menurunkan berat badan, kerintangan insulin dan metabolisma gula akan menjadi lebih baik.

Namun, dalam masa yang sama, sibutramine juga didapati meningkatkan denyutan jantung dan mengganggu kestabilan tekanan darah.

Sejak tahun 2002, beberapa kesan sampingan melibatkan jantung telah dilaporkan disebabkan penggunaan sibutramine.

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) pula mengesahkan meningkatnya risiko masalah kardiovaskular di kalangan pesakit yang mengambil sibutramine melebihi 5 tahun – risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.

Oleh kerana kesan sampingan sibutramine lebih buruk berbanding kebaikannya terhadap pesakit obes, ianya mula disenaraikan sebagai bahan terlarang.

.

ubat kurus paling berkesan

SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome Trial) mengesahkan meningkatnya risiko strok dan serangan jantung di kalangan pengguna sibutramine melebihi 5 tahun.

.

BISACODYL

.

Merupakan julap yang menggalakkan pergerakan usus untuk membuang air besar, penggunaan Bisacodyl semestinya membantu menurunkan berat badan.

Tetapi sebenarnya, berat yang turun itu adalah kerana kehilangan air yang banyak dari badan.

Antara kesan sampingan Bisacodyl ialah seperti berikut:

  • sakit perut
  • loya
  • cirit-birit
  • pendarahan rektum
  • kehausan yang berlebihan

Penggunaan julap kuat yang berpanjangan pula akan menyebabkan usus hilang keupayaan semulajadinya untuk bergerak. Dengan itu, akan terjadilah masalah sembelit yang menyebabkan pesakit terpaksa bergantung kepada julap untuk membuang.

Takkan masih muda lagi tapi sudah ada masalah sembelit yang kena bergantung kepada ubat untuk membuang, kan?

.

ubat kurus paling berkesan

Pengambilan julap yang kerap dan berterusan boleh menyebabkan tona usus berkurang dan terjadinya kebergantungan terhadap julap ini. Jalan terbaik untuk detox usus ialah melalui pemakanan seimbang dan sihat serta kaya dengan fiber.

.

SPIRONOLACTONE

.

Sebenarnya, ubat Spironolactone ialah ubat yang diberi kepada pesakit bermasalah jantung (congestive heart failure), hati (cirrhosis) atau buah pinggang (kidney failure).

Pesakit-pesakit ini dipreskripsi ubat spironolactone untuk membantu mengeluarkan air berlebihan kerana meraka mempunyai had jumlah air yang dibenarkan setiap hari.

Sama seperti Bisacodyl, berat badan yang turun itu adalah disebabkan kehilangan air.

Namun, berbeza dengan pesakit-pesakit ini yang sememangnya memerlukan ubat Spironolactone, mereka yang sekadar hendak menurunkan berat badan sahaja boleh mengalami simptom-simptom dehidrasi:

  • kehausan yang berlebihan
  • kurang kencing
  • air kencing berwarna gelap
  • kekeliruan disebabkan dehidrasi

.

Dehidrasi yang berpanjangan sudah semestinya tidak baik untuk organ-organ dalaman terutamanya buah pinggang (kegagalan buah pinggan boleh terjadi).

Jadi, tidak hairanlah mereka yang masih muda, tiada penyakit kronik, ambil “ubat kurus” boleh didiagnos kidney failure secara tiba-tiba.

.

PHENOLPHTALINE

.

Ini juga adalah salah satu julap yang boleh didapati secara over the counter (OTC) di farmasi.

Pengambilan Phenolphtaline dikaitkan dengan risiko kanser dan kerosakan/mutasi DNA. Oleh itu, telah diklasifikasikan oleh FDA sebagai “tidak selamat dan tidak berkesan secara amnya” sejak tahun 1999.

.

SILDENAFIL

.

Nama glamer Sildenafil ialah Viagra, dikenali sebagai ubat yang amat berkesan untuk merawat masalah mati pucuk (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki.

Sildenafil membantu menurunkan bert badan kerana telah terbukti secara klinikal, ia menukarkan lemak ‘jahat’ kepada lemak yang lebih mudah untuk dibakar. Namun, ujian ini hanya dijalankan ke atas tikus makmal. Kesan ke atas manusia tidak dapat disimpulkan.

Selain kesan Viagra yang terbukti sangat berkesan untuk masalah mati pucuk, ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti:

  • masalah jantung : Viagra boleh menurunkan tekanan darah mengakibatkan serangan jantung dan kematian mengejut!
  • kerosakan mata seperti rabun dan buta secara tiba-tiba : Viagra dikatakan menyebabkan pengaliran darah ke mata terganggu
  • hilang pendengaran secara tiba-tiba
  • 84% lelai yang pernah mengambil Sildenafil berisiko menghidap melanoma (sejenis kanser) selepas 10 tahun

.

ubat kurus paling berkesan

.

PHENYLBUTAZONE

.

Merupakan sejenis ubat tahan sakit nonsteroidal antinflammatory drugs (NSAID), Phenylbutazone digunakan untuk merawat keradangan sistem otot dan sendi. Sebagai contoh untuk masalah ankylosing spondylitis, rheumatoid arthritis dan reactive arthritis.

Antara kesan sampingannya ialah:

  • membantutkan penghasilan sel darah putih (penting untuk sistem pertahanan badan)
  • aplastic anemia (sel darah merah penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan)
  • anorexia
  • cirit birit
  • berak berdarah

.

FENFLURAMINE

.

Bahan ini ‘membantu’ kurus dengan membantutkan selera makan dan memberi rasa kekenyangan.

Malangnya, ia juga boleh mengakibatkan :

  • masalah injap jantung (seperti valvular regurgitation)
  • meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dalam paru-paru (pulmonary hypertension)
  • kesan ke atas sistem penghadaman dan sistem perkumuhan
  • kesan ke atas otak seperti sakit kepala, agitation dan kemurungan

.

Organ-organ ini sangat penting untuk kehidupan. Sanggupkah anda merisikokan organ-organ ini hanya semata-mata untuk kurus dengan bahan terlarang?

.

TOPIRAMATE

.

Ubat ini sebenarnya ialah ubat untuk masalah sawan (antiseizure) dan mencegah migraine.

Sebenarnya ubat ini TIDAK membantu anda kurus, tetapi salah satu kesan sampingannya ialah menurunkan berat badan.

Lebih memudaratkan lagi, jika diambil untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius :

  • masalah mata yang serius yang sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan buta yang berkekalan
  • mengurangkan berpeluh – ini menyebabkan suhu badan naik lebih tinggi menjurus kepada demam tinggi
  • meningkatkan paras asid dalam badan menyebabkan metabolic acidosis yang boleh membawa maut
  • dari segi psikologi boleh menyebabkan pemikiran suicidal (bunuh diri), kemurungan, panik dan insomnia

ubat kurus paling berkesan

.

Kesimpulannya, jika ada yang claim ada ubat yang boleh menguruskan badan dengan cepat secara shortcuts, WAJIBlah anda ragu-ragu akan kandungan bahan-bahannya sehingga terbukti tidak mengandungi bahan terlarang.

Sesungguhnya, “ubat kurus paling berkesan” ialah kombinasi KONSISTEN:

  1. Pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan pada nisbah yang betul
  2. Bersenam secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi
  3. Pengambilan suplemen secara bijak (suplemen pun “macam2” kan sekarang?) sebagai penyokong nutrisi harian

.

Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat ini TIDAK menjadikan anda lebih sakit dan lebih memudaratkan.

Nak melabur untuk suplemen pun, pastikan ianya berbaloi. Berbaloi untuk kesihatan dan berbaloi dari segi jumlah wang yang dibelanjakan. Walau anda kaya mana sekalipun, organ-organ dan nyawa anda PRICELESS harganya. =)

Baca entri Suplemen – Keperluan Atau Kehendak? untuk tips pemilihan suplemen yang baik dan selamat.

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD di Malaysia : Setakat Mana Kesedaran Anda?

HFMD Malaysia | Saban hari semakin banyak sekolah dan pusat asuhan diarahkan untuk ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2018, Dr. Noor Hisham Abdullah (Health Director-General) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan. Dan berdasarkan berita pada 20 Julai 2018 juga, sejumlah 449 premis diarahkan untuk ditutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD di Malaysia tahun ini, mendatangkan kebimbangan akan penyakit bawaan virus enterovirus ini.

Mari kita kenali dahulu apa itu HFMD.

.

hfmd malaysia

.

Apa Itu HFMD?

.

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit kaki tangan mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.

Jangkitan berlaku melalui sentuhan terus (direct) terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun secara tidak langsung (indirect) sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di premis yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika dan sekolah-sekolah.

Sebagaimana nama penyakit ini, ruam lepuh (vesicles) yang muncul pada pesakit adalah pada bahagian kaki, tangan dan mulut. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik berikut :

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • tidak aktif

.

Bahayakah Penyakit HFMD Ini?

.

Kebanyakan kes HFMD Malaysia akan sembuh dengan sendirinya.

Amat jarang sekali boleh mendatangkan komplikasi bahaya seperti radang otak dan jantung.

Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti seharusnya dielakkan ke tempat-tempat awam sehingga betul-betul sembuh.

.

Nasihat Kepada Ibu Bapa dan Penjaga

.

1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mendapati tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif.

3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan.

4. Elakkan menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas.

5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dengan sempurna.

6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan (Baca 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul).

7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak anda sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jangan pula sekolah ditutup, anda bawa anak anda yang dijangkiti shopping atau ke pasar malam.

.

hfmd malaysia

.

Rawatan HFMD

.

Seperti yang telah dinyatakan, HFMD ialah penyakit bawaan virus yang kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya :

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selesema untuk selesema, dan sebagainya

.

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka, sekiranya anak-anak berupaya berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam di larutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

.

hfmd malaysia

.

Sebagai penutup, kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Utamakan kebersihan untuk manfaat bersama.

Tragedi Gua Tham Luang Di Thailand

Tragedi Gua Tham Luang Di Thailand

tragedi gua tham luang

Seumur hidup Ain, inilah kali pertama Ain ikut kisah mendebarkan macam tragedi gua Tham Luang di Thailand ni dengan penuh emosi. Kisah ni mulanya diceritakan oleh encik suami Ain beberapa hari lepas (kalau tak silap hari Sabtu 7 Julai 2018).

Tragedi bermula pada 23 Mei 2018, apabila seramai 12 orang remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun, diiringi pembantu jurulatih bola sepak mereka berusia 25 tahun, ke gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand selepas selesai bermain bola sepak. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Keesokannya, pihak berkuasa menemui kesan tapak tangan dan kaki mereka di dalam gua tersebut. Diikuti dengan operasi menyelamat oleh penyelam tentera laut Thailand pada 25 Julai 2018.

Namun, kerana terdapat pelbagai cabaran untuk memasuki gua tersebut oleh penyelam Thailand dan penyelam antarabangsa, masa yang dipanjang diambil sebelum mereka berjaya ditemui. Antaranya, banjir deras dan laluan sempit yang menyukarkan untuk melepasinya. Terdapat juga berita menyatakan seorang penyelam antarabangsa maut kerana kekurangan oksigen di dalam gua.

Sehingga akhirnya, kesemua mangsa tragedi ditemui pada lewat petang 2 Julai 2018, iaitu hampir 2 minggu mereka kegelapan, kesejukan dan pastinya ketakutan di dalam gua yang dipenuhi air banjir.

Video di bawah ialah saat pertama ketika mereka yang terperangkap ditemui.

.

.

Cabaran-cabaran Menyelamatkan Mangsa Gua Tham Luang

.

  1. Laluan sempit di beberapa kawasan dari pintu masuk gua ke tempat mangsa terperangkap. Ada masa-masa penyelam terpaksa melepaskan tangki oksigen kerana laluan itu muat-muat untuk saiz seorang sahaja.
  2. Terdapat juga bukit setinggi 30 meter yang perlu didaki di dalam gua yang dipenuhi air banjir lumpur itu.
  3. Air lumpur tebal menjadikan tahap penglihatan di tahap sifar!
  4. Keadaan dalam gua yang gelap.
  5. Paras oksigen yang semakin menurun.
  6. Jarak dari pintu masuk gua ke tempat mangsa terperangkap ialah kira-kira 4 km
  7. Penyelam memerlukan kira-kira 7 jam sebelum berjaya sampai ke tempat mangsa terperangkap
  8. Cubaan menggerudi dari luar bukit/gunung adalah mustahil kerana jaraknya ialah kira-kira 1km, jadi akan memerlukan masa yang panjang. Sedangkan musim monsun dengan hujan lebat memungkinkan laluan tenggelam dan mangsa boleh terus terperangkap di dalam gua itu selama 4 bulan! (sehingga bulan Oktober 2018)
  9. Remaja-remaja yang terperangkap ini tidak tahu berenang!

.

Mari kita tengok gambaran simulasi penuh cabaran di dalam gua Tham Luang ini, berdasarkan video yang mudah difahami ini (diambil dari Astro Awani) :

.

.

Oleh kerana itu, tragedi ini mendapat perhatian antarabangsa. Negara-negara besar termasuk Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Laos dan Myamnar turut sama-sama menyumbangkan kepakaran masing-masing.

Pelbagai usaha juga dilakukan untuk mempermudahkan operasi seperti mengepam air keluar dan menggerudi laluan yang sempit. Walau bagaimanapun, para penyelamat berdepan dengan cabaran utama iaitu cuaca, masa dan oksigen.

Operasi menyelamatkan mangsa tragedi bermula Ahad 8 Julai 2018, yang mana 4 remaja paling lemah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital di Chiang Rai.

Sementara itu, operasi kedua ialah keesokannya, Isnin 9 Julai 2018, berjaya mengeluarkan 4 remaja lagi, menjadikan jumlah yang berjaya diselamatkan seramai 8 orang.

Dan hari ini, operasi ketiga berjaya menyelamatkan 5 orang mangsa yang tinggal ermasuk pembantu jurulatih.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

.

.

Apa Terjadi Kepada Mangsa Tragedi?

.

DIlaporkan, kesemua mangsa segera dihantar ke hospital di Chiang Rai. Sehingga 8 mangsa pertama, kesemua mereka dilaporkan mengalami masalah jangkitan,

Kesemua mangsa akan diperhatikan di hospital sekurang-kurangnya selama seminggu.

Minggu lepas, berita melaporkan Presiden Fifa, Gianni Infantino, menjemput semua remaja mangsa termasuk coach untuk ke perlawanan akhir World Cup di Russia sekiranya mereka berjaya diselamatkan sebelum perlawanan.

Namun, kerana keadaan kesihatan mereka tidak mengizinkan dan perlu dikuarantin sekurang-kurangnya seminggu, jemputan ini tidak tertunai.

Klik Berita Oleh Astro Awani ini untuk bacaan lanjut tentang ini.

.

Siapakah Jurulatih Yang Mengiringi 12 Remaja Ini?

.

Pembantu jurulatih “Wild Boars” (nama pasukan bola sepak ini) yang mengetuai pasukan ini ke gua Tham Luang bernama Ekapol Chantawong, berusia 25 tahun.

Ketika usianya 10 tahun, beliau telah kehilangan kedua ibu bapa dan adik berusia 7 tahun kerana wabak penyakit di utara Thailand.

Semenjak itu, beliau ditempatkan di sebuah kuil untuk memperkuatkan jiwanya setelah kehilangan kesemua ahli keluarganya.

Peranan Ekapol di dalam tragedi ini sangat penting. Yang mana beliau telah memberi semangat dan mengajar remaja ini tentang ketabahan hidup.

Wira-wira lain dalam operasi ini boleh dibaca dengan agak panjang lebar di dalam berita dari Astro Awani bertajuk Kenali Wira-wira Penyelam Gua Tham Luang.

.

.

Dalam video di atas, ditunjukkan submarin ciptaan SpaceX yang dihasilkan untuk membantu misi menyelamat mangsa gua Tham Luang. Tetapi dinyatakan bahawa tidak praktikal untuk menyelamatkan mangsa di dalam gua Thailand. Baca berita bertajuk “Elon Musk’s Submarine Not Practical For This Mission“.

Apa pun, syabas Elon Musk sebab bertindak pantas dan tak berkira nak keluarkan wang yang banyak untuk submarine ini.

.

Kesimpulannya, agak banyak pengajaran yang boleh dipelajari dari tragedi gua Tham Luang ini.

Pertamanya, kita mungkin takkan berjaya jika tidak bersatu.

Jika dilihat dari tragedi ini, kuasa-kuasa besar yang berkepakaran (penyelam, pengkaji gua, doktor, dan sebagainya) turut sama ‘turun padang’ bagi membantu misi menyelamatkan mangsa. Tanpa mengira negara, kaum dan agama, isu kemanusiaan menjadi nombor satu.

Keduanya, sebesar mana cabaran walau boleh meragut nyawa dan berisiko tinggi, jika kita yakin dan berganding bahu, pasti akan berjaya InsyaaAllah.

Terima kasih kepada semua penyelamat mangsa tragedi. Tidak lupa juga terima kasih kepada seluruh dunia kerana turut memberi sokongan dan doa yang tak putus-putus. =)

Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

Kes Ibu Kelar Anak : Suami Tak Sangka…

ibu kelar anak

Gambar dari berita ibu kelar anak 19 bulan di Kuantan.

4 hari lalu, kita dikejutkan dengan berita ibu kelar anak di Kuantan. Berdasarkan berita yang disiarkan di dalam Berita Harian ini, dipercayai suspek mengalami halusinasi sebelum mengelar anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan itu. Yang menghairankan, suspek tiada sejarah atau rekod gangguan mental. (more…)

Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan

Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan

Kepada ibu bapa yang terus menerus memberikan gajet kepada anak-anak, anda sebenarnya meletakkan amanah anda ini di dalam situasi yang membimbangkan!

Pendedahan anak-anak kecil kepada dunia gajet sememangnya tidak akan pernah membosankan anak-anak. Malah boleh membuatkan anak-anak ‘dengar kata dan duduk diam-diam’ di kala ibu bapa keletihan pulang dari kerja atau sedang membuat kerja.

Sedarkah anda, tindakan anda ini bukan sahaja akan memudaratkan kesihatan fizikal anak-anak, tetapi juga kesan gajet boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka?

.

kesan gajet

“Telefon pintar memang pintar. Tetapi, pintarkah anda?” petikan dari iklan smart phone di televisyen.

.

Pada 18 Jun 2018, World Health Organization (WHO) secara rasminya telah memasukkan ‘Video Game Addiction‘ ke dalam senarai International Classification of Diseases (ICD) (Sumber dari laman web rasmi WHO).

ICD merupakan asas untuk mengenalpasti trend dan statistik kesihatan dari seluruh dunia, mengandungi lebih 55 000 kod unik bagi kecederaan, penyakit dan penyebab kematian. Dengan ICD lah, profesional kesihatan boleh berinteraksi, berkongsi maklumat kesihatan dengan seluruh dunia.

.

kesan gajet

Kini ‘Gaming Disorder‘ termasuk dalam senarai ICD, menunjukkan kesan gajet adalah masalah yang serius di seluruh dunia. (Sumber asal)

.

Untuk mendiagnos masalah Ketagihan Permainan Video ini memerlukan 3 kriteria ini:

  1. permainan video menjadi masalah apabila tiada kawalan ke atas kekerapan dan tempoh masa bermain
  2. video tidak berminat dengan perkara-perkara lain termasuk aktiviti harian selain bermain permainan video
  3. mengakibatkan kesan negatif seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan, gangguan tidur dan sebagainya

.

Kesan Gajet Ke Atas Kesihatan Fizikal dan Mental

.

Computer Vision Syndrome”

.

Tindakan mengerdipkan mata (blinking) merupakan mekanisma semulajadi untuk membersih dan melembapkan mata.

Secara puratanya, kita akan mengerdipkan mata sebanyak 15 kali dalam seminit.

Apabila terlalu lama terdedah dengan gajet, disebabkan terlalu ‘ralit’ dan tidak mahu terlepas contohnya menonton kartun, anak-anak akan mengerdipkan mata pada kadar yang kurang daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan kajian, mereka yang terdedah kepada gajet mengerdipkan mata kurang dari 5 kali dalam seminit.

Kurang blinking mengakibatkan mata menjadi kering dan iritasi mudah berlaku. Mulalah mata jadi merah, pedih dan anak-anak akan menggosok-gosok mata mereka yang akan terus merosakkan mata mereka lagi.

Selain itu. mata kita akan bekerja lebih keras apabila melihat gajet di tempat yang terlalu gelap atau terlalu terang. Ini kerana mata perlu adjust (samada constrict atau dilate anak mata) apabila pandangan berubah dari keadaan yang terlalu terang kepada gelap dan sebaliknya.

Jadi, mata menjadi cepat letih jika menghadap gajet untuk jangka masa yang panjang di tempat yang gelap (contoh : orang lain tidur tutup lampu, kita tengok gajet dalam selimut) atau terlalu terang (contoh : di luar rumah ketika cahaya matahari terik).

.

kesan gajet

Antara Kesan Gajet : Masalah kerosakan mata yang disebabkan oleh gajet kini dikenalpasti sebagai “Computer Vision Syndrome” di kalangan profesional kesihatan.

.

Lampu Biru

.

Kebanyakan gajet pada zaman ini menggunakan skrin LED berbanding LCD kerana 2 faktor ini:

  • menghasilkan gambar yang lebih jelas
  • menggunakan kuasa yang kurang berbanding skrin LCD

.

Walau bagaimanapun, skrin LED menghasilkan lebih cahaya biru berbanding LCD.

Oleh kerana ini, para optometrist percaya yang ianya boleh menyebabkan kecederaan kepada retina (lapisan dalam mata yang menerima imej dan menghantar ke otak untuk diproses), meningkatkan risiko masalah macular degeneration dan katarak di kemudian hari.

Dan, cahaya biru ini juga berupaya mengganggu kitar biologi manusia dan mengganggu waktu tidur. Sebab itulah anak-anak yang diberi gajet sebelum waktu tidur lebih sukar melelapkan mata dan lebih memilih untuk terus menghadap gajet daripada tidur.

.

Kesan ke Atas Tingkah Laku dan Fokus

.

kesan gajet

Reset Your Child’s Brain. A Four-Week Plan To End Meltdowns, Raise Grades, and Boost Social Skills by Reversing the Effects of Electronic Screen-Time“, hasll tulisan Victoria Dunckley, MD, seorang pakar psikologi kanak-kanak.

.

Di dalam buku di atas, Victoria Dunckley, MD, menyatakan, pendedahan kepada gajet yang berlebihan mengakibatkan fungsi otak terganggu. Ini boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak!

Dikatakan, screen-time bertindak sebagai perangsang psikologi (psychostimulant) yang sama seperti kafein, amphetamine dan kokain. Kesemua ini menghasilkan rangsangan berlebihan terhadap sistem saraf menyebabkan kesan-kesan yang tidak baik selain ketagihan (Baca entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat):

  • gangguan tidur
  • perubahan mood
  • masalah fokus dan konsentrasi
  • fungsi intelektual terbatas

.

Di dalam kajian baru-baru ini, membandingkan aktiviti dalam otak kanak-kanak yang membaca dan menghadap gajet (televisyen, komputer, telefon).

Para pengkaji menggunakan MRI untuk mengesan corak perhubungan yang ada di dalam otak mereka. Didapati bahawa perhubungan dalam otak kanak-kanak yang membaca meningkat. Manakala di dalam otak kanak-kanak yang menghadap gajet, perhubungan dalam otak berkurang dengan bertambahnya masa menghadap gajet itu.

Kesimpulan dari kajian ini ialah menggalakkan kanak-kanak membaca untuk menyokong kesihatan dan fungsi otak, di samping mengehadkan pendedahan kepada gajet.

.

kesan gajet

Kanak-kanak gajet kurang berinteraksi dengan orang lain, menyebabkan mereka tidak pandai meluahkan emosi, menguruskan kemarahan dan lebih agresif. Adakah ini yang anda mahukan untuk anak-anak anda?

.

Jadi, Apa Tindakan Anda Sebagai Ibu Bapa dan Penjaga Kanak-kanak?

.

Kerana anak-anak ialah pelapis harapan bangsa dan negara, kesihatan fizikal dan mental mereka sedari kecil amatlah penting.

Zaman kanak-kanak tidak boleh dipatah balik. Jangan menyesal di kemudian hari ya ibu bapa sekalian (pesan untuk diri sendiri juga ni).

Antara tindakan yang boleh anda lakukan ialah seperti berikut:

  • mengehadkan screen-time – disarankan kurang dari sejam sehari bagi anak kecil, dan kurang dari 2 jam sehari bagi kanak-kanak sekolah. Gajet bukan smart phone dan tablet sahaja ya, tetapi juga televisyen dan komputer.
  • menggalakkan anak-anak bermain di luar seperti berlari di padang, bermain di playground di mana mereka lebih aktif dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • elakkan memberi gajet kepada kanak-kanak jika anda seorang babysitter, sebaliknya cuba alihkan perhatian kanak-kanak dengan permainan lain (masak-masak, robot dan lain-lain)
  • pastikan kanak-kanak dapat tidur yang cukup
  • pantau jarak mata anak-anak dengan gajet (jika diberikan kepada anak-anak) sebaik-baiknya lebih dari 20 inci dari gajet
  • mengelak menggunakan gajet di tempat gelap atau terlalu terang

.

Berhati-hati jika anda cuba untuk mengehadkan penggunaan gajet tetapi anak anda bertindak agresif!

Bawalah segera mereka berjumpa yang lebih pakar – doktor kanak-kanak. kaunselor sekolah atau pakar psikologi kanak-kanak – untuk tindakan selanjutnya. Better late than never kan?

.

kesan gajet

Bahagia melihat kanak-kanak bahagia dengan senyuman dan sihat bermain. 🙂

.

Sumber: