Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil halal Shaklee 2021 adalah seperti di dalam gambar di bawah, oleh sebuah badan antarabangsa yang dipanggil Islamic Services of America yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

semak status halal shaklee

status halal shaklee

Kenapa Halal Produk Shaklee Datangnya Dari Islamic Services of America (ISA), Bukannya Dari JAKIM? Apa Itu ISA?

.

Islamic Services of America (ISA) ialah sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan produk yang akan dieksport ke luar negara lain.

Terdapat banyak badan yang memberi tanda halal sesuatu produk di US. Tetapi ISA ialah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh melebihi 70 buah negara.

ISA diiktiraf oleh LP POM-MUI (Indonesia), JAKIM dan DVS (Malaysia), MUIS (Singapore) sejak tahun 1980-an.

Negara-negara Asia Tenggara ini sangat mementingkan sijil halal dari produk-produk yang dihasilkan di negara masing-masing, apatah lagi produk-produk yang diimport.

Mother Mosque of America‘ juga mengiktiraf ISA. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang masih kukuh sehingga hari ini, terletak di Iowa.

Tambahan pula, ‘Muslim American Society‘ dan pusat-pusat Islam di Amerika telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengekalkan integriti dan standard halal produk-produk.

sijil halal shaklee 2021

.

Cara Semak Badan-badan Yang Diiktiraf Sebagai ‘Certifier’ Sijil Halal Seluruh Dunia Termasuk Sijil Halal Shaklee 2021?

.

1) Layari laman web rasmi JAKIM MALAYSIA di www.halal.gov.my. Kemudian skrol ke bawa sehingga anda sampai kepada butang Foreign Halal Certification Body (FHCB). Klik ia.

.

2) Skrol ke bawah lagi sehingga anda terjumpa ikon PDF seperti di dalam gambar di bawah. Klik untuk muat turun fail yang mengandungi senarai badan yang diiktiraf memberi sijil halal kepada produk luar negara.

.

3) Anda akan dibawa ke fail ini : “The Recognised Foreign Halal Certification Bodies and Authorities“. Terbaru, senarai telah diupdate pada 1 Disember 2020.

.

4) Cari badan yang diiktiraf di United States of America (Shaklee berasal dari USA). Anda akan menjumpai yang Islamic Services of America (ISA) terdapat dalam senarai.

Anda juga boleh menyemak produk import dari negara lain juga.

.

Bagaimana pula dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia? Adakah semua produk Shaklee diluluskan KKM dan mempunyai nombor MAL masing-masing?

Rujuk entri Cara Semak Kelulusan KKM untuk maklumat lanjut.

 

 

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

28 Kelebihan Daftar Shaklee

28 Kelebihan Daftar Shaklee

“Produk Shaklee ni bagus betul, rasa lebih baik kesihatan lepas amalkannya. Kalau selalu beli baik jadi ahli kan sebab harga ahli lagi murah banyak. Ada lagi ke kelebihan daftar Shaklee yang lain ya Ain?”

kelebihan daftar shaklee

Banyak tau kelebihan daftar Shaklee terutamanya kalau anda memang mahu berniaga.

.

5 Kelebihan Daftar Shaklee Untuk Makan Sendiri

.

  1. Kelebihan pertama sebaik anda bergelar ahli Shaklee ialah dapat menikmati produk Shaklee pada harga ahli dengan penjimatan 15-20% dari harga runcit.
  2. Anda juga boleh memuat-turun e-Starter Kit dari laman web rasmi Shaklee. E-Starter Kit terdiri daripada Panduan Produk, Harga Produk, Panduan Bisnes, Nutrisi dan Thoughtsmanship oleh Dr. Forrest C.Shaklee.
  3. Jika anda membuat belian minima 150uv dalam sebulan (dalam RM500+) menggunakan ID anda pula, anda sudah layak mendapat Bonus Tunai Peribadi 5% (lebih kurang RM20+).
  4. Semakin tinggi uv terkumpul dalam sebulan itu, semakin tinggi juga % peratusan Bonus Peribadi yang anda akan terima – Bonus Tunai Peribadi maksima 21% – banyak tu! Sebaik sahaja anda mencapai cashback 21%, automatik anda telah naik rank Supervisor (rank pertama dalam bisnes Shaklee) tak kiralah anda berminat untuk berbisnes atau tidak.
  5. Boleh mengikuti kelas ilmu produk dan nutrisi secara percuma. Kelas-kelas ini dikendalikan oleh nutritionists Shaklee yang berpengalaman.

.

Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya Sebelum Mendaftar

Q1 : Berapa yuran pendaftaran?
A1 : RM35 atau percuma jika belian 100uv atau lebih dalam satu resit (RM350+)

Q2 : Keahlian seumur hidup atau perlu renew?
A2 : Perlu renew setiap tahun. Renewal adalah percuma setiap tahun pada tarikh lahir anda, dengan syarat ada belian minima 1 produk dalam masa 3 bulan sebelum tarikh itu.

Q3 : Wajib ke buat belian certain ‘target’ setiap bulan untuk kekalkan keahlian?
A3 : Tidak perlu. Jawapan ada kaitan dengan soalan kedua.

Q4 : Wajib berbisnes ke kalau daftar ahli?
A4 : Tidak wajib. Ramai je yang daftar ahli untuk dapatkan produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih menjimatkan.

Q5 : Apa jadi kalau lebih setahun tidak buat belian atau tidak aktif?
A5 : ID anda akan dikeluarkan dari sistem. Dan jika anda mahu membeli produk Shaklee semula pada suatu hari, terpaksalah membeli pada harga runcit atau daftar semula dengan RM35 atau percuma jika belian minima 100uv dalam satu resit.

Q6 : Ahli wajib ke sertai kelas nutrisi atau apa-apa program anjuran Shaklee?
A6 : Tidak diwajibkan. Kalau nak pergi, boleh pergi. Kalau tak mahu, tiada paksaan.

kelebihan daftar shaklee

Salah satu kelebihan daftar Shaklee ialah peluang berniaga tidak kira siapa pun anda. Inilah purata pendapatan pemimpin Shaklee mengikut pangkat.

.

11 Kelebihan Daftar Shaklee Untuk Yang Berniaga

.

Selain 5 manfaat yang telah disebutkan tadi, ahli-ahli yang berbisnes juga mempunyai peluang-peluang di bawah:

  1. Perkara pertama yang anda akan dapat jika berjaya menjual produk-produk Shaklee ialah menikmati Untung Runcit sehingga 20%. Untung runcit setiap produk adalah berbeza. Dan untung runcit ini tidak termasuk dalam Bonus Tunai Peribadi tadi.
  2. Bonus Tunai Kumpulan.
  3. Bonus Tunai Kepimpinan – penyumbang terbesar bonus kebanyakan pemimpin Shaklee dan sehingga level keenam.
  4. Bonus Tunai Infiniti sehingga 1.5% – nilai nampak kecil tetapi sebenarnya besar!
  5. Bonus Kereta dalam bentuk tunai dan tidak wajib digunakan untuk kereta. Contohnya, ada yang beri pada ibu bapa, ada yang buat simpanan pendidikan anak-anak dan sebagainya, terpulang kepada anda. Bonus Kereta ini nilai minimanya lebih RM500.
  6. Percutian percuma bertaraf enam bintang – antarabangsa / umrah / tempatan – boleh bawa ahli keluarga juga.
  7. Bonus Matching Conference Point untuk percutian antarabangsa dan tempatan.
  8. Bonus Tunai Kenaikan Pangkat atau Efektif (kekalkan rank).
  9. Trofi eksklusif di National Conference (diadakan setiap tahun).
  10. Bimbingan percuma oleh mentor-mentor yang telah terbukti kejayaan mereka.
  11. Perniagaan boleh diwariskan kepada anak cucu kelak.

kelebihan daftar shaklee

Bonus Kereta diberi dalam bentuk tunai, terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan (beri mak ayah, buat simpanan, melabur contohnya). Nilai minimanya ialah lebih RM500.

Baca juga Kisah Inspirasi dan Kejayaan Dalam Bisnes Shaklee.

.

12 Kebanggaan Sebagai Ahli Shaklee

.

  1. Shaklee ialah syarikat nutrisi semulajadi pertama di dunia.
  2. Shaklee diiktiraf sebagai jenama MLM terbaik dalam bidang nutrisi.
  3. Shaklee sangat obses dengan kualiti setiap produknya. Sentiasa menjalankan kajian dan ujian kualiti untuk memastikan produk-produknya selamat, ‘beyond organic‘ dan berkesan.
  4. Shaklee disokong oleh Kajian Landmark dan Kajian Telomere yang menunjukkan pengguna-pengguna Shaklee mempunyai kesihatan yang jauh lebih baik (Dr. Elizabeth Blackburn, pemenang hadiah nobel dalam Perubatan 2009 yang menjumpai telomere sebagai pelindung kromosom, dan merupakan penulis buku Telomere Effect).
  5. Shaklee merupakan produk nutrisi tambahan piihan NASA dan bahan pencucinya (Basic H) digunakan di White House.
  6. Shaklee telah berada di 9 buah negara yang membolehkan kita juga berbisnes di sana (US, Canada, Japun, Mexico, India, Indonesia, China, Taiwan, Malaysia)
  7. Shaklee Cares merupakan program CSR yang membantu anak-anak kurang berkemampuan mendapat nutrisi Shaklee.
  8. Shaklee adalah syarikat pertama yang diiktiraf oleh Climate Neutral yang menyokong perjuangan Shaklee untuk sentiasa ‘green’.
  9. Shaklee telah membayar lebih RM26 billion kepada pengedar-pengedarnya di seluruh dunia.
  10. Terdapat 1000% peningkatan jualan Shaklee di Malaysia sejak 7 tahun lepas (maklumat tahun 2019), menunjukkan permintaan tinggi terhadap produk Shaklee. Pada ketika itu, kira-kira 1% sahaja yang baru mendaftar sebagai ahli.
  11. Shaklee telah membayar sebanyak RM58,000,000 kepada pengedar-pengedar di Malaysia antara April 2019 hingga Mac 2020 (12 bulan). Terbaru, dalam 5 bulan antara April 2020 hingga Ogos 2020, sebanyak RM53,000,000 telah dibayar kepada pengedar-pengedar di Malaysia – lebih ramai menjana pendapatan dengan Shaklee ketika seluruh dunia dilanda pandemik covid-19 yang menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
  12. Kajian yang dijalankan mendapati, secara purata pengguna-pengguna mengamalkan produk Shaklee selama 17 tahun.

kelebihan daftar shaklee

Ketika seluruh dunia dilanda pandemik covid-19 dan banyak syarikat besar terpaksa ditutup, jualan Shaklee dalam 5 bulan menghampiri jualan setahun lepas!

.

Baca juga : Perbezaan Shaklee Berbanding Jenama Lain

Klik Saya Nak Daftar Shaklee untuk pendaftaran ekspres secara online (Tekan butang “Join Now“).

Rujuk entri Cara Daftar Shaklee untuk panduan lengkap.

Atau hubungi Ain untuk dibantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Shaklee Rosakkan Buah Pinggang, Betul Ke?

Shaklee Rosakkan Buah Pinggang, Betul Ke?

Isu “Shaklee rosakkan buah pinggang” ni dah banyak kali trending kat media sosial. Boleh dikatakan setahun sekali mesti ada punyalah pasal ni. Kadang-kadang naik muak juga nak layan isu ni haha.

Tapi itulah, bila ada yang tak tahu dan nak tahu, kita yang tahu ni kenalah cerita. Yang tak tahu tapi suka sebarkan fitnah tu memang banyak.

Zaman di mana semua maklumat kita boleh dapat hanya dari hujung jari ni, semudah itu juga sesuatu fitnah boleh tersebar. Kita yang dikurniakan otak dan akal ni, gunakanlah ia untuk berfikir mana betul mana salah.

shaklee rosakkan buah pinggang

.

Dulu, Saya Seorang Yang Skeptikal Dengan ‘Suplemen’

.

Pantang sahaja pesakit memberitahu yang mereka ada juga mengambil suplemen sekian-sekian, terus saya nasihatkan supaya berhenti dan hanya ambil ubat hospital atau klinik sahaja.

Tak tahulah kenapa rasa begitu benci sekali dengan ‘suplemen’ masa tu. Mungkin juga ketika itu (awal tahun 2000), mula muncul macam-macam produk mengarut dan banyak pula kes buah pinggang rosak sebab ambil suplemen macam-macam.

Oh ya. Kes macam ni memang wujud. Maksud saya, kes yang tiba-tiba sakit dan meninggal, ada sejarah pengambilan suplemen. Biasanya suplemen untuk kurus dan kecantikan kulit.

Saya ingat lagi, ada seorang ibu dalam pantang datang dengan sesak nafas dan jantung laju. Bila ditanya, katanya ada ambil produk jamu. Selepas beberapa jam disahkan meninggal kerana kegagalan jantung. Pesakit ni tak pernah ada masalah kesihatan apa-apa. Even sepanjang kehamilan pun tiada masalah. Jadi, orang menuding jari kepada jamu lah, especially yang tak ada kelulusan KKM, ada kandungan barang terlarang dan lain-lain. Scary kan?

Satu kes lain yang saya masih ingat ialah seorang lelaki yang masih muda kalau tak silap 20an ke 30an umurnya. Datang dengan simptom kegagalan buah pinggang juga, dan ada sejarah pengambilan bermacam-macam suplemen. Malang nasibnya sebab masih muda tapi dah kena bergantung kepada dialisis 3 kali seminggu untuk terus hidup.

Macam mana pula dengan Shaklee, betul ke Shaklee rosakkan buah pinggang?

.

Saya Mula ‘Buka Mata’ Kepada Shaklee

.

Tahun 2012 ialah tahun saya mengandungkan anak pertama. Masa tu seorang kawan saya semasa di MRSMPC selalu berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Beliau ialah Master Nadiah Suhaidi (masa tu beliau belum naik Master lagi).

Saya tertarik dengan perkongsian beliau tentang Set Menyusu Shaklee. Anak pertama beliau masa tu sihat betul Alhamdulillah. Saya mula mencari gali ilmu tentang penyusuan juga. Dah pasang azam dah nak menyusukan anak sampai 2 tahun at least hehe.

Oktober 2012 ialah bulan pertama saya mencuba Set Menyusu Shaklee. Saya beli full set terus sebab set tu memang sediakan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu dan bayi yang disusukan. Masa tu set tu terdiri daripada ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Alfalfa Complex (6 item kesemuanya).

“Kenapa saya BERANI consume produk Shaklee ni? Enam produk plak tu sekaligus!”

Boleh baca lebih lanjut di entri Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan.

Beberapa bulan konsisten Set Menyusu ini, saya mula mendapat kesan positif yang amat menggembirakan. Paling penting, saya berasa lebih sihat secara keseluruhannya. Saya mula mengkaji lebih mendalam tentang Shaklee dan produk-produknya.

Saya teruja. Tak sangka, wujud rupanya suplemen berkualiti yang selamat diambil untuk jangka masa panjang (lebih 10 tahun) . Bila saya mendapat maklumat tentang Kajian Landmark pula, lebih bangga rasanya sebagai pengguna Shaklee.

Dalam kajian ini mendapati, selepas berpuluh-puluh tahun, pengguna beberapa produk Shaklee (Multiple Shaklee Users) adalah kumpulan paling sihat, berbanding kumpulan No Supplement dan Single Multivitamin (jenama selain Shaklee.

Dari kajian ini juga, tiada bukti Shaklee rosakkan buah pinggang selepas berpuluh-puluh tahun pengambilan beberapa produknya.

kajian landmark shaklee

Dalam Kajian Landmark, kumpulan pengguna beberapa suplemen Shaklee didapati mempunyai paras nutrisi darah terbaik, biomarker kesihatan jantung yang lebih baik dan risiko penyakit yang lebih rendah. Baca lebih lanjut lagi di entri Landmark Study Kajian Penting Suplemen Makanan.

.

Saya Mula Memperkenalkan Shaklee Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya

.

Bila kita dah jumpa sesuatu yang boleh memperbaiki tahap kesihatan diri, sudah tentulah terbayang keluarga sendiri yang on off mengadu sakit itu ini.

Encik suami kerap mengadu lenguh badan, sakit lutut, masalah kulit selalu naik ruam alahan dan lain-lain… Saya kenalkan dengan produk Shaklee.

Emak saya pernah mengalami masalah kolesterol jahat yang TAK PERNAH turun-turun sampai dah nak kena start ubat… Akhirnya, menangis kegembiraan mak bila keputusan kolesterol turun buat pertama kalinya daripada 6.8 kepada 5.8 asbab 2 bulan disiplin mengikut cara pemakanan dan detox cara Shaklee serta konsisten mengambil Vivix ketika itu.

Ayah saya pula daripada seorang yang juga skeptikal dengan suplemen, bila sendiri dah rasa kesan produk Shaklee, masih menjadi pengguna setia produk ini sehingga hari ini. Paling tak boleh lupa bila ayah didiagnos glaukoma, bimbang sangat ayah dengan tahap penglihatannya. Makan itu ini tak berapa rasa kesannya, tapi saya suruh istiqomah dan hasilnya syukur Alhamdulillah.

Kesan-kesan pengambilan Shaklee terhadap family saya, boleh baca setiap satu dari entri Tentang Kami ini.

Yang penting, untuk orang yang saya sayang, WAJIB saya pastikan sesuatu itu selamat untuk diambil, lebih-lebih lagi untuk jangka masa panjang.

Kini, saya sendiri seorang pengguna Shaklee ‘kronik’, dah hampir 8 tahun rupanya (sejak 2012). Suami saya pula bukan jenis yang suka konsisten dengan suplemen, tetapi sangat suka Ostematrix, Vitamin C dan Zinc Complex. Ambil kadang-kadang ikut suka hati dia saja haha.

Ayah dan ibu saya pula masing-masing pengguna Shaklee sejak 2016. Dah 4 tahun rupanya mak ayah ambil beberapa produk Shaklee setiap hari without fail kecuali terlupa. Kalau travel jauh tu, mak akan pastikan vitamin-vitamin yang akan dibawa cukup bekalannya.

luka melecur

Kalau betul Shaklee rosakkan buah pinggang, takkanlah saya tergamak nak bagi kesayangan saya ambil produk-produknya.

.

“Makan Shaklee Lama-lama, Tak Risau ke Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?”

.

Setiap tahun saya akan pastikan diri sendiri, suami, mak dan ayah jalankan ujian darah rutin.

Alhamdulillah, sebelum mengambil Shaklee mak dan ayah saya tidak menghidap apa-apa penyakit. Begitu juga saya dan suami.

Dan Alhamdulillah juga, setelah bertahun-tahun istiqomah mengambil beberapa produk Shaklee, ujian darah kami setiap tahun juga masih cantik.

Kami tak bimbang sangat dengan khabar angin yang Shaklee rosakkan buah pinggang. Sebab sejak Shaklee masuk Malaysia lebih 20 tahun lepas, tidak pernah ada saman ke atas Shaklee berkaitan produk Shaklee menyebabkan kerosakan buah pinggang atau apa jua penyakit lain.

Ujian darah inilah bukti yang Shaklee tak merosakkan buah pinggang kami. Bukti yang Shaklee selamat kami ambil untuk jangka masa panjang.

shaklee rosakkan buah pinggang

Inilah keputusan ujian darah saya yang terbaru, Julai 2020. Alhamdulillah fungsi buah pinggang dan hati normal. Tahun ke-8 sebagai consumer konsisten produk-produk Shaklee yang pelbagai. Keputusan mak dan ayah pun syukur normal fungsi buah pinggang dan hati.

.

Kesimpulannya, take home message untuk anda:

  • Jangan mudah percaya dengan khabar angin terutamanya yang tiada bukti.
  • Jangan mudah kongsi info yang tidak tentu salah benarnya. Silap haribulan, dikhuatiri anda menanggung kerosakan fitnah.
  • Dapatkan info dari sumber yang boleh dipercayai. Contohnya, nak tahu tentang nutrisi, tanyalah pakar nutrisi, nak tanya tentang Matematik, tanyalah yang pakar tentang Matematik, nak tahu tentang memasak ikutilah resepi tukang masak dan sebagainya.
  • Sebanyak mana pun ilmu yang kita pelajari, ilmu Allah itu jauh berganda-ganda lebih luasnya. Diibaratkan ilmu yang kita tahu hanyalah setitik sahaja dari seluas lautan dunia.
  • Ada banyak punca kerosakan buah pinggang yang terbukti melalui kajian, seperti kencing manis dan darah tinggi, yang kebanyakannya berpunca dari sikap kita sendiri (makan tak sihat, malas bersenam dan lain-lain)

Akhir kata….

“Eat Healthily, Exercise Regularly, Supplement Wisely”

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Shaklee MLM Patuh Syariah?

Shaklee MLM Patuh Syariah?

shaklee mlm patuh syariah

Shaklee MLM Patuh Syariah? | Sebut je “MLM“, automatik dalam kepala kebanyakan kita akan terfikir sesuatu yang negatif kan? Lebih-lebih kalau anda tak pernah kenal dan faham betul-betul apa itu sebenarnya MLM.

Ada yang mengaitkan MLM dengan skim cepat kaya, skim piramid, penipuan, head hunting, produk timbang kilo, produk sampah, kena melabur beribu-ribu malah puluhan ribu dan banyak lah lagi. Shaklee juga tak pernah terkecuali dari dilabel semua itu.

Tapi, benarkah semua tohmahan itu? Adakah Shaklee MLM patuh syariah atau tidak?

Entri kali ni, Ain kongsikan info berharga dari otai Shaklee, Master Haji Roslan Ghazali yang hampir 30 tahun di dalam bisnes Shaklee. Baru-baru ini, Master Haji ada buat FB live bertajuk “Salah Faham Dalam Bisnes Shaklee” di wall beliau (Part 1 & Part 2).

Entri ini agak panjang tapi percayalah, worth reading terutamanya buat anda yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes ni dan banyak persoalan bermain di minda.

Ajom ler kome! =D

.

Shaklee Didaftarkan di Bawah Akta Jualan Langsung 1993

.

Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 ialah akta untuk membuat peruntukan bagi pelesenan orang yang menjalankan jualan langsung, untuk pengawalseliaan jualan langsung, untuk larangan skim atau perkiraan piramid, skim atau perkiraan pengedaran berantai, atau apa-apa skim atau perkiraan yang serupa dengannya, atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Seseorang yang mendaftar sebagai ahli Shaklee, tiada paksaan untuk menjalankan perniagaan pun.

Untuk yang nak berbisnes, anda dipanggil Shaklee Independent Distributor. Bermakna anda ialah pengedar sah Shaklee yang berdikari, tidak tertakluk di bawah mana-mana uplines atau syarikat peribadi lain. Untuk lebih mudah faham lagi, andalah bos, andalah “kuli”nya. Andalah yang akan tentukan hala tuju bisnes, dan anda jugalah yang akan dapat bonus yang layak di atas usaha sendiri tadi. Semua decide sendiri (“independent” kan?).

.

Bisnes Shaklee BUKAN Berdasarkan Sistem Piramid

shaklee mlm patuh syariah

Adakah Shaklee MLM Patuh Syariah? Teruskan membaca untuk ketahui.

Cuba lihat gambar piramid di atas.

Sebagaimana bentuknya, perniagaan yang berdasarkan skim piramid ialah perniagaan yang menaikkan dan menguntungkan orang yang lebih awal menyertai perniagaan itu (paling atas dalam piramid).

Perniagaan jenis ini juga dikaitkan dengan fokus untuk mencari downlines, kebanyakannya tidak mempunyai produk yang jelas, ‘keuntungan’ yang tidak jelas dari mana puncanya dan merugikan downlines.

Modal untuk menyertai juga besar dan kadang-kadang tak logik sebab produk pun samar-samar dan kita tak tahu ke mana duit yang dilaburkan itu pergi.

Dalam skim ini juga, yang lebih awal menyertai dan mempunyai ramai downlines adalah yang paling kaya. Boleh goyang kaki. Tak kerja pun duit boleh masuk. Penat wei jadi downlines dia! Tak adil pun ya.

Skim ini juga terkenal dengan fokus “head hunting“. Lagi banyak orang yang dapat dicari untuk sertai, lagi banyak keuntungan yang tak tahulah dari mana puncanya itu. Sudahlah disuruh mendaftar, dah mendaftar disuruh pula kita yang mencari orang bawahan lagi untuk faedah diri sendiri.

.

Apa Bukti Bisnes Shaklee BUKAN Skim Piramid?

.

Produk Berkualiti Adalah Keutamaan, Bukannya ‘Head Hunting’

.

Perniagaan Shaklee mementingkan produk berkuaiti yang memberi manfaat kepada pengguna.

Google sahaja www.shaklee.com.my. Anda akan dapati senarai produk berkualiti kami yang lengkap dengan maklumat nutrisi, nombor KKM dan sebagainya. Setiap produk juga dinyatakan untuk kegunaan apa, bermanfaat untuk siapa dan lain-lain. Jelas semuanya.

Produk-produk Shaklee telah wujud bertahun lamanya. Buktinya, Vitalea yang ada sekarang berasal dari Vitalized Mineral yang dihasilkan pada tahun 1915 (lebih 100 tahun). Basic H pula dicipta pada tahun 1960 dan Soy Protein Isolate (kini ESP) pada tahun 1961 (lebih 60 tahun keduanya). Kalau tak berkualiti, masakan boleh bertahan dan masih mendapat permintaan yang tinggi sehingga kini.

kedai vitamin butterworth

Produk berkualiti pastilah sentiasa mempunyai permintaan dan mampu bertahan bertahun-tahun lamanya. Produk pertama Shaklee, Vitalized Mineral, pertama kali dihasilkan pada tahun 1915. Dah lebih 100 tahun tu!

.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee Tak Menguntungkan Upline

.

Ain tunjukkan beberapa flow senario untuk lebih mudah faham ya.

Jika seorang PELANGGAN membeli 1 tong ESP dari anda,

  • Harga runcit ESP = RM161. Harga ahli ESP = RM129
  • Anda jual ESP dengan harga RM160
  • Jadi, anda ada untung runcit RM160 – RM129 = RM31

.

Jika pelanggan tadi nak DAFTAR AHLI untuk dapatkan ESP pada harga ahli yang jauh lebih murah.

  • Automatik pelanggan tadi akan dapat harga ahli, jadi anda tidak dapat untung runcit dari belian ESP tadi
  • Apa yang anda dapat ialah unit value (uv) ESP iaitu 37uv. Uv ini akan menyumbang kepada keseluruhan uv kumpulan upline anda (uv kumpulan = group uv (guv) akan menentukan % Bonus Peribadi). Hmm, fair lah kan, dah dia yang daftarkan anda hehe. Tapi itu pun kalau dia naik pangkat ke Supervisor (pangkat pertama pemimpin), kesemua uv-nya tidak akan termasuk dalam uv kumpulan anda.

.

Kebetulan pelanggan yang daftar tadi LAYAK DAPAT BONUS PERIBADI pula, sebab beliannya melebihi 150uv dalam bulan tu.

  • Amnya, bagi 150uv anda akan dapat 5% dari jumlah jualan sebulan tu (Makin banyak uv, makin tinggi % ni. Paling tinggi 21% di mana anda akan naik pangkat sebagai Supervisor)
  • Katalah jumlah belian ahli tadi dalam bulan tu RM500. Jadi, 5% daripada RM500 = RM25 (Inilah Bonus Peribadi ahli tadi!)
  • Jumlah Bonus Peribadi upline dia pula berapa? Kena tolak RM25 yang dia dapat tadi.
  • Kalau upline tak buat jualan langsung atau jualan lebih rendah darinya, makanya upline dia takkan dapat Bonus Peribadi langsung. Haha. Siapa usaha dia lah yang dapat. Adil kan?

.

Jadi, ada nampak macam skim piramid ke macam ni? Tak.

Di mana untungnya upline bila mendaftarkan seorang pelanggan, ialah apabila upline memberi sokongan dan guide kepada downlines yang juga nak berbisnes sehingga downlines itu berjaya (Baca Leadership Bonus di bawah). Itu pun kalau downlines nak berjaya la hehe.

.

Tiada Istilah Downlines Bekerja Untuk Mengkayakan Uplines Dalam Shaklee

.

Macam contoh tadi, siapa usaha dia dapat.

Dah banyak ‘mak’ tak aktif tapi ‘anak cucu’ yang berusaha lebih dah naik pangkat dulu. ‘Mak’ tadi hanya boleh kaya jika sama-sama berusaha buat jualan dan besarkan organisasi juga.

shaklee mlm patuh syariah

Misi keluarga Shaklee ialah mengubah penjagaan kesihatan kepada penjagaan kesejahteraan melalui produk berkualiti tinggi, ahli dan ganjaran-ganjaran.

.

Shaklee Tak Perlukan Duta Untuk Lariskan Produk

.

Ya. Shaklee tidak pernah ada duta.

Shaklee tak perlukan artis-artis popular atau mereka yang berpengaruh untuk melariskan mana-mana produknya.

Pengguna Shaklee yang beribu-ribu di seluruh dunialah testimoni bergerak untuk semua produknya. Sehingga kini, di mana-mana sahaja anda boleh jumpa mereka yang dah rasa sendiri kesan pengambilan konsisten Shaklee. A good product speaks by itself. Jadi, mengapa perlu keluarkan belanja untuk melantik duta dan orang-orang berpengaruh.

Dan bila sudah rasakan sendiri kesan produk berkualiti Shaklee, anda tak perlu memaksa pun. Mereka dengan sendirinya akan mendaftar. Kalau tak berniaga pun, paling kurang boleh dapatkan produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah (kira-kira 10-15% lebih murah).

Haa, sekali lagi, inilah bukti Shaklee bukan skim piramid yang ‘paksa’ downlines berniaga atau beli stok banyak-banyak kan?

Daftar ahli untuk makan sendiri dengan harga murah sahaja pun boleh.

“Dah tu, ke mana pula keuntungan Shaklee dilaburkan?”

Setiap tahun, Shaklee akan membelanjakan kira-kira 100,000 USD untuk penyelidikan dan pembangunan produk. Setiap bahan untuk penghasilan setiap produk akan ditapis terlebih dahulu, diuji keselamatan dan kualitinya.

Sejak dari zaman pengasas Shaklee, Dr. Forrest C.Shaklee lagi, kualiti adalah keutamaan. Sebab itu produk Shaklee sentiasa relevan dan orang cari dari dulu sampai sekarang.

.

Shaklee Bukan Skim Cepat Kaya

.

Bila dah baca sampai point di atas, tentu anda terfikir…

“Dah tu, macam mana orang yang buat bisnes Shaklee ni boleh kaya? Cepat plak tu kayanya – ada yang bulan pertama dah dapat pendapatan empat angka. Ada yang setahun lebih dah naik rank tertinggi iaitu Master…”

“Dari mana datangnya income 4, 5, 6 angka sebulan tu kalau jualan downlines semua ditolak dari Bonus Peribadi?”

“Kalau bukan Skim Piramid, adakah Shaklee ni Skim Cepat Kaya?”

Dalam bisnes Shaklee, ada 3 perkara yang ditawarkan kepada semua pengedar iaitu dikenali sebagai 3C – Cash (untung runcit dan beberapa jenis bonus termasuk Bonus Peribadi tadi), Car Bonus dan Convention.

Untuk mendapatkan setiap tawaran pula, anda perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat ini ada lah achievable, jelas dinyatakan.

‘Bila’ anda boleh mencapainya, bergantung kepada usaha dan konsistensi anda sendiri dalam bisnes ini. Jadi, tidak mustahillah anda boleh menjadi kaya dengan bisnes Shaklee dalam masa yang singkat.

Contoh lain penyumbang besar kepada kekayaan pemimpin-pemimpin Shaklee ialah Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus).

.

Apa Itu Leadership Bonus?

.

Leadership Bonus ialah bonus yang diberi sebagai komisyen apabila downlines dalam organisasi anda berjaya naik pangkat bergelar pemimpin. Bonus ini diberi sehingga level keenam anda (“anak”, “cucu”, “cicit”, “piut”, lepas tu apa ya?…sampailah level keenam).

Kenapa wujudnya bonus ini?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyokong, melatih, dan mengembangkan organisasi anda sehingga downlines anda berjaya. Sebab itu, semakin ramai yang berjaya dibantu menjadi pemimpin, semakin kayalah seorang SID itu

Leadership Bonus dibayar berdasarkan peratusan tetap dari volume kumpulan downlines anda yang berjaya bergelar pemimpin itu, seperti dalam gambar ini.

(jadual % leadership bonus ikut level)

Nampak kecil sahaja kan peratusannya. Tapi kalau ambil contoh jualan kumpulan minima Supervisor RM8,500 dari level pertama anda, kita namakannya A. 5% dari itu bersamaan dengan RM425. Jadi, Leadership Bonus yang anda akan dapat dari A ialah RM425.

Kalau pangkat yang lebih tinggi? Kalau ada lebih dari 10 pemimpin? Itu baru Leadership Bonus dari level pertama. Belum masuk level seterusnya, sampai level keenam. Tidak mustahil, anda berupaya mendapat bonus 4 ke 5 angka hanya dari Leadership Bonus sahaja.

Sekarang anda dah faham dari mana datangnya ‘kaya’ buat bisnes Shaklee ni?

shaklee mlm patuh syariah

Selain Untung Runcit, Bonus Peribadi dan Bonus Kepimpinan, ada beberapa ganjaran lain lagi yang Shaklee tawarkan termasuk Bonus Kereta dan Incentive Trips lima bintang percuma.

.

“Jadi, adakah Shaklee MLM patuh syariah?”

“Boleh ke kira bonus macam Leadership Bonus macam tadi tu? Orang yang sampai ada downlines beribu-ribu tu, kadang sampai tak kenal la. Tapi dapat Leadership Bonus dari yang tak kenal tu, kira halal ke?”

Dalam bisnes Shaklee ada menekankan konsep DUPLIKASI. Iaitu apa yang diusahakan oleh anda sehingga berjaya, diajarkan kepada ‘anak’ anda. Bila ‘anak’ tu berjaya jadi pemimpin, akan terus duplicate, mengajarkan benda yang sama kepada ‘cucu’ anda pula dan seterusnya.

Dalam Islam, seseorang yang mengajarkan ilmu bermanfaat, apabila ‘anak murid’nya mengamalkan ilmu itu, bukan sahaja dia ja dapat pahala tetapi ‘cikgu’nya juga. Jika ‘anak murid’ itu mengajarkan kepada orang lain, dan orang lain itu juga mengamalkan ilmu itu, sama juga kan. Semua orang pun dapat pahala.

Kadang-kala kita sendiri tak sedar pun siapa yang telah menerima ilmu yang kita pernah ajarkan itu. Sekalipun telah meninggal dunia, selagi ilmu yang diajarkan itu masih bermanfaat untuk orang lain, selagi itulah si mati itu akan menerima pahala berterusan.

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara – sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Sumber: Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jilid 11, halaman 87).

Jadi, adakah salah jika anda menerima Leadership Bonus dari Shaklee, atas usaha anda untuk membantu anak didik sendiri berjaya dalam kehidupan? Sedangkan dalam Islam sendiri menggalakkan mengajarkan ilmu bermanfaat kepada orang lain.

Kalau anda buku Manual Bisnes Shaklee pula, syarat-syarat untuk mencapai mana-mana ganjaran yang ditawarkan, semuanya jelas dinyatakan. Yang pasti, ianya bukanlah hanya menjanjikan bulan dan bintang. Kerana sudah ramai yang telah membuktikan bahawa ianya achievable. Banyak mimpi telah menjadi kenyataan dengan hanya berbisnes Shaklee dari rumah sahaja.

shaklee mlm patuh syariah

Selain pastikan Shaklee MLM Patuh Syariah, anda juga perlu tahu yang produk Shaklee mempunyai bukti klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih lama. Rujuk entri Kajian Landmark dan Kajian Telomere untuk bacaan lanjut.

.

“Wujud ke ‘pendapatan pasif’ dengan Shaklee?”

.

Bila sebut pendapatan ‘pasif’, anda mesti membayangkan kalau goyang kaki setiap hari pun income masuk kan?

Haha. Salah tu. Cuma tukang jahit zaman dulu je yang goyang kaki boleh masuk duit. Sebab mesin jahit zaman dahulu guna kaki kan? Kahkahkah…

Untuk memahami perbezaan antara pendapatan aktif dan pasif, cuba baca cerita di bawah.

.

Kisah Red Indian

Red Indian A, setiap hari akan keluar memburu rusa untuk dijadikan makanan. Setiap hari tangkap seekor rusa dan makan. Esoknya keluar tangkap seekor rusa lagi. Ini ialah contoh pendapatan aktif (tak kerja, tak ada hasil).

Red Indian B pula, setiap hari akan memburu 2 ekor rusa – seekor untuk dimakan, dan seekor lagi untuk diternak. Saban hari, bilangan rusa yang diternak akan bertambah dan boleh membiak sesama sendiri. Bila sampai masanya, red indian B tak perlu lagi memburu untuk makanan. Boleh goyang kaki je, dah boleh dapat makanan. Inilah contoh pendapatan pasif.

.

“Income Pipeline”

Dalam sebuah kampung yang dilanda kemarau panjang, penghulu menawarkan RM1 bagi sesiapa yang berjaya mengambil sebaldi air dari empangan.

Mud seorang yang sangat rajin. Setiap hari akan mengangkat air menggunakan baldi untuk memperoleh ‘pendapatan’ dari penghulu. Orang kampung nampak Mud sebagai seorang yang kaya raya sebab lama-kelamaan berjaya mengumpul wang yang banyak.

Man juga seorang yang rajin, mengangkat air menggunakan baldi setiap hari seperti Mud. Tetapi Man terfikir, “Sampai bila aku nak bekerja mengangkat air? Sekarang masih muda badan masih kuat. Kalau dah tua dah tak kuat untuk angkut air hari-hari, dari mana pula nak dapatkan pendapatan?”

Jadi, selain mengangkat air setiap hari, Man juga akan membina 1 kaki paip dari rumahnya ke empangan itu. Kerana itu, orang kampung melihat Man sebagai seorang yang bekerja keras tapi tak memperoleh apa-apa.

Sehinggalah suatu masa, paip air yang dibina Man berjaya menghubungkan rumahnya dengan empangan secara terus. Man dah tak perlu kerja mengangkat air setiap hari lagi. Cuma kena maintain paipnya sahaja kot-kot ada bocor mana-mana contohnya. Sekarang, walaupun Man dah tak perlu bekerja lagi tetap ada bekalan air berterusan untuk rumahnya. Untung kan?

Inilah yang dipanggil “Income Pipeline”. Leadership Bonus yang diceritakan tadi, adalah contoh yang jelas menceritakan pendapatan pasif dalam Shaklee.

Persoalan untuk anda, suahkah anda mempunyai ‘Income Pipeline” untuk masa depan anda? =)

Adakah Shaklee MLM Patuh Syariah? | Dengan hanya RM35 sebagai yuran pendaftaran, anda berpeluang menjana pendapatan infiniti hanya dari rumah. Ramai yang telah membuktikannya.

.

Sistem “Multilevel” Ada Dinyatakan di Dalam Al-Quran

.

Dari Surah Al-Baqarah, ayat ke-261, bermaksud:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 biji, pada setiap biji pula seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya Lagi Maha Mengetahui.”

Di dalam bisnes Shaklee, untuk sampai ke pangkat tertinggi iaitu Master Coordinator, sebenarnya anda cuma memerlukan 7 orang Coordinator sahaja. Untuk naik ke pangkat Coordinator pula, sekurang-kurangnya anda perlu membantu 100 orang lebih sihat dan lebih berjaya (downlines).

Suratan atau kebetulan kah apa yang ditetapkan oleh Dr. Shaklee dalam bisnes Shaklee ini? Adakah Shaklee MLM patuh syariah?

Wallahuálam.

Kesimpulannya, buat anda yang tercari-cari bisnes yang strong untuk jangka masa panjang, Shaklee lah jawapannya.

Sebelum mengakhiri, kita petik kata-kata best dari Master Freddie (Master pertama di Malaysia), “Shaklee is a gold mine. Shaklee is a noble business. Shaklee is where you discover your greatness. You are born to be great.

tafsir surah yusuf tentang mimpi raja mesir

Dalam Surah Yusuf, ada menceritakan tentang mimpi Raja Mesir ketika itu, iaitu 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh biji benih hijau serta tujuh biji benih lagi kering. Nabi Yusuf menafsirkan tujuh tahun yang subur kemudian tujuh tahun kemarau. [Shaklee pernah peak pada tahun 2014. Kalau dikira 7 tahun kemudian dari itu, adakah Shaklee akan kembali peak pada tahun 2021? Sama-sama kita tunggu…] =)

7 Tips Memilih Bisnes Untuk Side Income

7 Tips Memilih Bisnes Untuk Side Income

tips memilih bisnes

Tips Memilih Bisnes Yang Fleksibel

Zaman sekarang, dah ramai yang bukan ada satu sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupan kan. Common je kita tengok orang sebelah rumah, officemate dan even family kita sendiri pun ada bisnes sampingan untuk jana side income.

Bisnes plak ada macam-macam, kita boleh pilih ikut apa yang kita minat atau yang fleksibel bagi kita. Kadang-kadang tu, kawan rapat ada bagi cadangan untuk mulakan bisnes itu ini semua tu. Pernah tak anda pertimbangkan apa ciri-ciri yang ada dalam suatu bisnes tu.

Jom Ain share 7 tips memilih bisnes untuk jana side income.

.

7 Tips Memilih Bisnes Untuk Jana Side Income

.

1. Tips memilih bisnes pertama ialah pastikan produk yang dijual “berkualiti, selamat dan evergreen. Bukan fokus kepada “head-hunting” semata-mata

Produk yang relevan dan ada permintaan sepanjang masa, takkan lapuk dek zaman. Jika produk betul-betul bagus, akan ada permintaan berulang-ulang, customers akan rekemen ke family lain dan kawan-kawan. So, demand akan sentiasa ada dan meningkat. Jadi, bisnes boleh bertahan lama. Silap haribulan dah tak jadi side income tapi jadi main income pula.

tips memilih bisnes

.

2. Modal rendah dan “masuk akal

Kalau boleh dapat free membership lagi cun! Kalau modal dah ratus-ratus ribu-riban, pastu every year pun kena renew, rasa-rasa logik tak?

..

3. Tak wajib beli stok banyak-banyak, sama ada guna sistem dropship or ala-ala dropship.

Sistem macam ni tak membebankan dari segi kewangan. Dan tak perlu bimbang akan rugi kalau stok tak jalan or expired.

Tapi kalau ada simpan sikit stok dalam tangan, lebih senang untuk orang yang nak barang cepat especially yang COD.

.

4. Mudah nak dapatkan produk pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja.

Contohnya produk available sepanjang masa, branch dekat, pos pun cepat, boleh buat order secara online, sistem berjalan 24 jam  dan sebagainya.

tips memilih bisnes

Bisnes online sememangnya mudah kerana segalanya hanya di hujung jari sahaja.

.

5. Mudah nak jalankan bisnes

Zaman sekarang kebanyakan bisnes online lebih dominan dari bisnes dengan kedai fizikal (depends jgak bisnes apa).

Bisnes online lebih flexible. Sebab yang hanya diperlukan ialah kerajinan & konsistensi sharing, smart phone dan line internet yang bagus.

Kita boleh decide sendiri juga, nak buka ‘kedai’ kat mana – FB, IG, Google, blog atau apa saja.

.

6. Ada support group yang kuat

Biasanya oleh leaders yang dah terbukti berjaya, tak kedekut share ilmu bisnes, terus-menerus bersemangat nak bantu orang lain & komited dengan tanggungjawab sebagai leader.

Mana ada bisnes yang terus naik saja. Adat dalam bisnes pasti ada jatuh terjelepok dan bangun semula. So support system yang kuat itu penting untuk terus menyemarakkan semangat untuk berjaya tu.

.

7. Ganjaran yang “achievable”

Orang bisnes mestilah nak untung. Ke ada yang nak rugi?

So, pastikan ganjaran yang ditawarkan adalah achievable. Siapa buat, dia pasti akan dapat. Bukan menjanjikan bulan dan bintang yang mustahil untuk dicapai. Hidup tunggang terbalik, tapi habuk pun tadak. Tak mau kan?

.

tips memilih bisnes

Shaklee Innovation Center dibuka pada 20 April 2015. Di sinilah tempat kajian, penyelidikan dan pembangunan produk-produk Shaklee dijalankan oleh barisan saintis Shaklee. Teruskan membaca Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Dah jumpa bisnes seperti dalam semua tips di atas 🥰