Sejak pertama kali bersalin, Ain diajar cara urut bayi oleh seorang kakak Indon yang memang tinggal dan kerja dengan mak ayah Ain dari kecil. Indonesian style gitu. Dan Ain dah praktikkan cara-cara tu untuk anak kedua dan ketiga Ain jugak.
Untuk mak-mak yang nak atau sedang berpantang sendiri tu, kalau nak jadikan entri ini rujukan pun boleh. Mudah saja cara urut bayi ni.
Mengurut bayi dalam pantang ada banyak manfaatnya. Antaranya untuk melancarkan pengaliran darah, membantu bayi kentut, melegakan kembung perut, memberi ketenangan kepada bayi dan paling penting sebagai bonding ibu dan bayi.
Kerja urut-mengurut bayi ni Ain buat masa mandikan baby. Senang sebab kita gunakan sabun, licin dan lebih mudah nak urut. Ada orang suka urut bayi dengan minyak. Ain tak berapa suka sangat sebab minyak berbau dan berminyak. Terpulang kepada anda ya.
Sebelum tu, Ain nak share dulu yang Ain mandikan bayi dalam tub mandi macam dalam gambar kat bawah ni. Sangat membantu sebab ada tempat letak bayi yang condong. Air pun tak terkumpul, dikhuatiri waktu mandikan tu baby kencing or berak. Tak la kena bilas atau mandikan bayi semula.
Cara Urut Bayi Dalam Pantang Indonesian Style
.
Untuk mengurut bayi semasa mandi, Ain mulakan dengan bahagian kaki dahulu. Basahkan dengan air suam, letak sabun secukupnya dan mulalah urut tapak kaki bayi menggunakan ibu jari. Urut dari tumit ke arah jari kaki. Buat beberapa kali.
Kemudian. bahagian betis dan peha pula. Kepal-kepalkan dengan tangan anda beberapa kali juga. Lebihkan mengurut belakang betis bayi. Kakak tu kata picit situ untuk buang angin.
Bila sampai bahagian perut pula, boleh rujuk gambar di bawah ni. Dengan kedua ibu jari anda, tekan perut bayi perlahan-lahan. Dan urut dari ulu hati turun ke bawah (Arah seperti dalam gambar).
Untuk tangan pula, sama seperti anda mengurut bahagian kaki. Cuma kepal-kepalkan lengan bayi dengan lembut.
Yang paling Ain suka ialah urutan kat muka bayi. Macam kita buat facial tu. Bermula dari dagu naik ke atas. Dari tengah dan ke arah luar. Bila sampai tang hidung tu, picit-picit lembut hidung bayi. Petua orang tua ni kata mereka untuk mancungkan hidung. Wallahu’alam.
Boleh refer gambar ni untuk lebih jelas. Ini gambar anak ketiga Ain.
Lepas dah selesai mengurut bahagian depan bayi, anda boleh meniarapkan bayi di atas sebelah tangan anda. Dengan menggunakan tangan sebelah lagi, urut belakang bayi dari bawah ke atas.
Nak mudah, anda boleh gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengurut kanak dan kiri belakang bayi tu.
Siap dah cara urut bayi yang Ain praktikkan berdasarkan pengalaman kakak Indon ni. Mudah saja kan?
Cara anda urut bayi anda pula bagaimana?
Boleh share di ruang komen untuk info bersama.
Anda mungkin perlukan info tentang cara berpantang untuk ibu juga?
Kancing gigi (tetanus) ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh neurotoksin yang dihasilkan oleh kuman Clostridium tetani yang mudah dijumpai di mana-mana sahaja terutamanya di dalam tanah yang panas dan lembap.
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti kuman ini.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai luka terbuka, sebagai contoh selepas kemalangan.
Kuman Clostridium tetani yang memasuki tubuh akan menghasilkan neurotoksin yang menyerang sistem saraf manusia, menyebabkan simptom-simptom berikut:
sakit kepala
kejang di bahagian rahang
kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba tanpa kawalan (paling membahayakan jika melibatkan otot pernafasan – boleh mengakibatkan terhenti pernafasan yang boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera!)
otot mengeras di mana-mana bahagian badan (boleh jadi seluruh badan juga) yang menyakitkan
masalah untuk menelan
tekanan darah tinggi, jantung berdebar
tarik / sawan
Penyakit kancing gigi TIDAK berjangkit dari manusia ke manusia.
Namun, kerana komplikasi bahayanya yang boleh melibatkan otot-otot pernafasan (menyebabkan terhentinya pernafasan dan maut!), imuniti terhadap tetanus telah diwajibkan sejak dari bayi dilahirkan lagi.
Rawatan seseorang yang mengalami tetanus ialah dengan memberi sejenis antitoksin yang dipanggil human tetanus immunoglobulin yang hanya boleh didapati di hospital sahaja.
Selain itu, rawatan lain yang juga penting ialah penjagaan luka, dan pemberian ubat-ubat seperti antibiotik dan untuk mengawal kekejangan otot.
Untuk kes tetanus yang teruk (melibatkan pernafasan), pesakit memerlukan bantuan pernafasan daripada mesin sehingga sembuh.
Seseorang yang telah mengalami kancing gigi TIDAK mempunyai perlindungan sepenuhnya terhadap kancing gigi. Mereka masih memerlukan suntikan vaksin tetanus sebagai perlindungan.
Imuniti ‘penuh’ terhadap tetanus adalah satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan.
.
JADUAL IMUNISASI TETANUS
Di bawah Program Imunisasi Nasional oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suntikan ATT menyasarkan golongan kanak-kanak dan ibu hamil.
Seperti kebanyakan kita sedia maklum terutamanya ibu bapa, anak-anak kita wajib diberi suntikan vaksin tetanus primer sebanyak 3 kali semasa mereka berusia 2, 3 dan 5 bulan.
Kemudiannya, booster dose akan disuntik apabila mereka berusia 7 dan 15 tahun.
CUCUK KANCING GIGI SEMASA HAMIL
Bagi ibu hamil pula, diwajibkan suntikan vaksin tetanus untuk mencegah tetanus pada bayi (neonatal tetanus) apabila dilahirkan nanti.
Bayi yang bakal dilahirkan berisiko mengalami neonatal tetanus kerana dikhuatiri kuman Clostridium tetani yang mencemari alatan untuk menggunting tali pusat nanti.
Sebab itulah juga, selain cucuk kancing gigi semasa hamil, labor room hendaklah memastikan penggunaan alatan yang sterile sahaja ketika menyambut kelahiran bayi.
Di bawah ialah jadual suntikan vaksin tetanus semasa hamil.
Set Hamil Shaklee lengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Baru-baru ini, kebetulan pada hari yang sama didatangi dua ibu yang membawa bayi masing-masing dengan aduan yang sama – bayi tak berak beberapa hari.
Yang membezakan mereka ialah seorang diberi susu ibu sepenuhnya, manakala seorang lagi dah diberi susu formula.
.
BAYI PERTAMA
“Doktor, baby saya dah 5 hari tak berak. Biasanya sehari akan berak sekali, Baby saya minum susu formula.”
Bila ditanya lebih lanjut, ini merupakan anak pertama beliau.
.
BAYI KEDUA
“Doktor, baby saya dah seminggu tak berak. Biasanya berak sekali dalam 2-3 hari. Yang saya peliknya, dia fully breastfeeding.”
Bayi ini pula adalah anak kedua pasangan itu.
.
JADI, NORMALKAH BAYI TAK BERAK BEBERAPA HARI?
.
Untuk menjawab soalan ini, Ain bahagikan jawapan kepada 2 bahagian
Menyusu Sepenuhnya
Telah sedia maklum sejak dahulu lagi yang susu ibu merupakan ‘makanan’ terbaik bagi si manja anda.
Ini kerana molekul susu ibu sangat ringkas dan mudah diserap oleh perut bayi yang masih ‘muda’.
Adalah sesuatu yang normal sekiranya bayi yang diberikah susu ibu sepenuhnya tidak membuang air besar beberapa hari.
As long as, bayi anda kekal aktif, perut tidak kembung dan tiada tanda-tanda usus tersumbat seperti muntah.
Bayi ini juga biasanya mempunyai kenaikan berat badan yang baik.
Means, susu ibu yang dia minum tu berjaya bantu tumbesaran dia.
“Tapi saya rasa macam baby saya tak puas menyusu je. Kejap2 nak menyusu, kejap2 nak menyusu. Baru menyusu sejam lepas, ni nak menyusu lagi. Menyusu lama plak tu. Susu saya tak cukup ke kalau macam ni?”
Tak juga.
Selain molekul susu ibu yang sangat ringkas (cepat diserap), perut bayi yang baru dilahirkan juga kecil sahaja.
Beberapa hari pertama kelahiran, mereka cuma memerlukan sekitar 1oz susu sahaja sekali menyusu.
Sudahlah sekali minum sedikit sahaja (sebab perut kecik kan?), lepas tu plak susu itu cepat diserap (sebab molekul susu ibu ringkas kan). Tak hairanlah bayi anda kejap2 nak menyusu, kejap2 nak menyusu.
“Kalau bayi saya menyusu lama pula macam mana tu, bila dilepaskan dia menangis je”
Untuk bayi yang menyusu sepenuhnya, apa yang boleh disarankan ialah ibu mengambil makanan kaya serat (sayur-sayuran dan buah-buahan) dan air kosong yang mencukupi.
Apa yang ibu makan kan akan sampai kepada bayi menyusu juga.
Bayi tak berak beberapa hari membimbangkan ibu bapa.
.
Diberi Susu Formula
Sememangnya salah satu kesan sampingan pengambilan susu formula ialah sembelit.
Kerana molekul susu formula adalah lebih kompleks, susah untuk ‘dipecahkan’ dan dihadam.
.
Bagi kedua-dua bayi menyusu sepenuhnya dan menyusu susu forula, sembelit beberapa hari adalah dikhuatiri TIDAK NORMAL apabila bayi menunjukkan tanda-tanda berikut:
muntah-muntah berlebihan
nampak lemah dan letih
demam tinggi
asyik menangis yang tidak boleh dipujuk
perut keras dan kembung
Maka, segeralah bawa bayi tak berak dengan tanda-tanda ini ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Set Menyusu Shaklee melengkapkan nutrisi ibu dan bayi menyusu anda.
Ostematrix merupakan salah satu produk HOT Shaklee. Suplemen kalsium ini bukan sekadar kalsium sahaja, tetapi lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink, boron, kuprum dan mangan. Kesemua ini membantu penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.
Sejak produk penjagaan kecantikan YOUTH mula memasuki pasaran Malaysia Mac 2018 baru-baru ini, tidak putus-putus permintaan terhadap skincare dari sumber semulajadi ini.
Bulan ini, Shaklee berbesar hati extend promosi YOUTH dari bulan lepas. Iaitu dengan pembelian Renew & Maintain Set, ATAU, Intensive Treatment Set, anda akan dapat PERCUMA Cleansing & Firming Device seperti di dalam gambar.
Kegunaan device eksklusif ini bukan sahaja setakat membersih dan menegangkan kulit, malah lebih daripada itu. Rujuk entri Promosi Shaklee Ogos 2018 untuk info tentang device ini.
Selain device, dengan pembelian salah satu set YOUTH ini juga anda layak mendapat :
(Harga runcit YOUTH Renew & Maintain Set : RM1262.50, YOUTH Intensive Treatment Set : RM1675. Setiap produk dicadangkan untuk penggunaan selama 2 bulan)
.
Promosi Shaklee September 2018 3# Shaklee Baby – Beli 1 Set PERCUMA 1 Set
.
Bagi anda yang tercari-cari produk penjagaan kulit dari sumber semulajadi terutamanya untuk bayi dan anak kecil yang berkulit sensitif, inilah masanya untuk anda grab promosi Shaklee Baby.
Keistimewaan Shaklee Baby ialah seperti berikut:
dari sumber semulajadi dan organik
telah diuji oleh pakar pediatrik
diuji secara klinikal
tidak menimbulkan alahan
pH seimbang
bahan-bahan disahkan organik
diformulasi tanpa paraben, 1,4-dioxan, SLS, warna dan wangian tiruan, phthalates, BPA dan formaldehyde yang mempunyai kesan sampingan terutamanya kepada bayi dan anak kecil
Rangkaian Shaklee Baby terdiri daripada sabun mandian, syampu rambut dan minyak untuk mengurut dan melembap.
Bila lagi anda nak JIMAT 50% dengan pembelian 1 set Shaklee Baby dan dapat PERCUMA lagi 1 set. Pendek kata, beli 1 set tapi dapatnya 2 set! =)
(Harga runcit Shaklee Baby promo (1+1) : RM360)
.
Promosi Shaklee September 2018 4# Prenatal Set – PERCUMA Eco Bag
Last but not least, promosi untuk ibu hamil atau sedang merancang, Prenatal Set.
Anda layak dapat PERCUMA Eco Bag dengan pembelian Prenatal Set yang terdiri daripada vitamin-vitamin berikut:
Vitalea – multivitamin, multimineral (‘lahir’ sejak tahun 1915, antara multivitamin tertua dunia)
SR Vita C Plus – vitamin C sebagai antioksidan dan immune booster para ibu
B Complex – sebaik-baiknya diambil 3 bulan sebelum merancang dan sepanjang kehamilan. Di awal kehamilan, asid folik di dalam B Complex penting untuk mencegah kecacatan tiub neural bayi
Ostematrix – suplemen kalsium lengkap sebagai menyokong tubuh ibu yang akan kekurangan kalsium disebabkan kehamilan
Omega Guard – suplemen omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi, menyokong kesihatan ibu
ESP – suplemen protein lengkap untuk menguatkan rahim, memberi tenaga kepada ibu dan untuk pertumbuhan bayi
“Bayi saya ni, tidur lama betul setiap hari. Berjaganya tak sampai sejam, tidur pula berjam-jam lamanya.”
Pada 2 Februari 2015, National Sleep Foundation (NSF) dan beberapa panel pelbagai disiplin telah mengemukakan panduan baru berkenaan tempoh masa tidur yang sesuai bagi semua peringkat usia.
Keputusan tersebut telah disiarkan di dalam Sleep Health : The Journal of National Sleep Foundation.
Panduan berasaskan sains ini amat penting agar berjuta-juta manusia dan ibu-bapa yang bergantung kepada maklumat ini, memperbaiki kesihatan tidur sendiri dan anak-anak.
Jadi, berapa jam sebenarnya yang kita perlukan untuk mendapat tidur yang cukup setiap hari?
.
Panduan Tempoh Masa Tidur Mengikut Usia
.
Untuk panduan baru ini, tempoh masa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan:
disarankan (recommended)
mungkin sesuai (may be appropriate)
tidak disarankan (not recommended)
.
1# Tempoh Masa Tidur Yang Disarankan (RECOMMENDED)
.
Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 14 hingga 17 jam sehari
Bayi (4 – 11 bulan) : 12 hingga 15 jam sehari
Toddler (1 – 2 tahun) : 11 hingga 14 jam sehari
Tadika (3 – 5 tahun) : 10 hingga 13 jam sehari
Sekolah (6 – 13 tahun) : 9 hingga 11 jam sehari
Remaja (14 – 17 tahun) : 8 hingga 10 jam sehari
Belia (18 – 25 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari
Dewasa (26 – 64 tahun) : 7 hingga 9 jam sehari
Warga emas (lebih 64 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari
.
.
2# Tempoh Waktu Tidur Yang Mungkin Sesuai (MAY BE APPROPRIATE)
.
Bayi kecil (0 – 3 bulan) : 11 hingga 13 jam sehari @ 18 hingga 19 jam sehari
Bayi (4 – 11 bulan) : 10 hingga 11 jam sehari @ 16 hingga 18 jam sehari
Toddler (1 – 2 tahun) : 9 hingga 10 jam sehari @ 15 hingga 16 jam sehari
Tadika (3 – 5 tahun) : 8 hingga 9 jam sehari 14 jam sehari
Sekolah (6 – 13 tahun) : 7 hingga 8 jam sehari @ 12 jam sehari
Remaja (14 – 17 tahun) : 7 jam sehari @ 11 jam sehari
Belia (18 – 25 tahun) : 6 jam sehari @ 10 hingga 11 jam sehari
Dewasa (26 – 64 tahun) : 6 jam sehari @ 10 jam sehari
Warga emas (lebih 64 tahun) : 5 hingga 6 jam sehari @ 9 jam sehari
.
.
3# Tempoh Masa Tidur Yang Tidak Sesuai (NOT RECOMMENDED)
.
Bayi kecil (0 – 3 bulan) : kurang 11 jam @ lebih 19 jam sehari
Bayi (4 – 11 bulan) : kurang 10 jam @ lebih 18 jam sehari
Toddler (1 – 2 tahun) : kurang 9 jam @ lebih 16 jam sehari
Tadika (3 – 5 tahun) : kurang 8 jam @ lebih 14 jam sehari
Sekolah (6 – 13 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 12 jam sehari
Remaja (14 – 17 tahun) : kurang 7 jam @ lebih 11 jam sehari
Belia (18 – 25 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 11 jam sehari
Dewasa (26 – 64 tahun) : kurang 6 jam @ lebih 10 jam sehari
Warga emas (lebih 64 tahun) : kurang 5 jam @ lebih 9 jam sehari
.
Jadi, tak perlu bimbang jika bayi tidur lama setiap hari. Semakin besar bayi anda, semakin kurang tempoh masa tidur sihat yang diperlukan.
Salah satu milestone penting bagi anak kecil ialah kebolehan mereka untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Untuk merangsang anak kecil supaya cepat bercakap, ibu bapa dan penjaga haruslah bertindak sejak mereka kecil lagi.
Ibu bapa dan penjaga merupakan rolemodel pertama bagi anak kecil. Kajian mendapati, ibu bapa yang kerap berkomunikasi dengan anak-anak kecil, apabila mereka lebih besar mempunyai kosa kata yang lebih luas dan grammer yang lebih baik.
Jadi, mari ikuti tips SIMPLE untuk berkomunikasi dengan anak kecil supaya mereka lebih cepat bercakap dan menguasai kosa kata yang lebih banyak.
.
10 Tips SIMPLE Untuk Merangsang Anak Cepat Bercakap
.
1# SENTIASA Bercakap Dengan Anak
.
Tips pertama ialah ibu bapa perlu SENTIASA bercakap dengan anak-anak. Seawal dari anak bangun pagi lagi, ibu bapa boleh terus bercakap dengan anak-anak.
“Assalamualaikum sayang. Dah bangun tidur ya anak umi busuk ni? Jom kita mandi.”
Pasti anak-anak bangun pagi dengan gembira disapa sebegini. Teruskan bercakap semasa dan selesai mandi contohnya:
“Ok, kita mandi air suam ya. Air ni sejuk ke panas ke ok untuk adik? Wah, banyaknya sabun dia! Dah wangila anak umi ni. Meh kita pakai baju. Adik nak pakai baju yang mana hari ni?“
Oh ya. Jangan syok sendiri pula. Bercakaplah dengan bertanyakan soalan supaya ada interaksi di situ. Sebutan pun pastikan sebiji-sebiji dan jelas untuk ‘ditangkap’ oleh telinga anak-anak.
Bagi bayi kecil pula, walaupun mereka nampak seperti tidak memahami percakapan kita, teruskan kerap bercakap dengan mereka juga.
.
“Apa ingat saya tak faham ke apa yang mommy cakap tu?“
.
2# Membaca Bersama Anak-anak
.
Anak yang masih kecil, boleh saja gunakan buku tebal dengan gambar berwarna-warni yang besar dan jelas. Warna-warni ini bukan sahaja membantu merangsang penglihatan anak-anak. Tetapi jika ada guide dari ibu bapa, anak akan dapat lebih dari itu.
Dengan hanya sebuah gambar yang berwarna-warni ini, anda boleh membacakan bermacam-macam untuk anak anda.
Sebagai contoh, sebuah gambar kapal terbang. Anda boleh ceritakan yang kepala kapal terbang itu berbentuk bulat. Di badan kapal terbang ada banyak tingkap kecil, dan di belakangnya pula ada kipas yang boleh berpusing dan membawanya terbang tinggi.
Ajak anak anda ulang apa yang anda sebutkan juga.
.
3# Buku Cerita
.
Selain gambar benda-benda, boleh juga anda gunakan buku cerita simple untuk anak yang lebih besar. Kebiasaannya, buku cerita haiwan menarik minat anak-anak.
Misalannya cerita sang kancil dan buaya, kucing dan anjing dan sebagainya.
Selepas beberapa kali membacakan cerita kepada anak anda, pasti mereka pula yang teruja untuk menceritakan kepada anda pula.
.
.
4# Musik
.
Anak-anak kecil pastinya sukakan musik dan menyanyi. Macam Ain sendiri, masa anak-anak kecil selalu pasangkan CD Barney and Friends dan tonton bersama mereka.
Terangkan kepada anak-anak apa yang diceritakan. Menyanyi bersama anak-anak membantu mereka menyebut perkataan dengan betul. Aktiviti menyanyi dan menari kan menggembirakan. Sambil bersukaria sambil belajar, sambil menyelam minum air.
.
5# Ketahui dan Sokong Minat Anak Anda
.
Jika anak ada seorang yang sangat menggemari kucing, selalulah bercerita tentang kucing. Beli buku-buku yang ada kucing dan sebagainya.
Sudah tentulah banyak perkara yang anak anda ingin bertanya dan ceritakan juga. Ini secara automatik akan merangsang anak cepat bercakap.
.
6# Berpada-pada Dengan Gajet
.
Sama ada televisyen atau gajet lain seperti komputer, American Academy of Pediatrics menyarankan, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun TIDAK perlu langsung didedahkan dengan gajet.
Manakala bagi anak-anak 2 tahun ke atas, disarankan pendedahan kepada gajet maksimum 2 jam sahaja. Itu pun terhad kepada rancangan atau program yang berkualiti.
Televisyen TIDAK boleh berinteraksi dengan anak-anak. Permainan komputer pula kebanyakannya memang jenis interaktif tetapi TIDAK pula responsif. Jalan terbaik semestinya interaksi dan respon dari manusia (ibu bapa dan penjaga) kan?
7# JANGAN Sekali-kali Kritik Pelat Atau Gaya Percakapan Anak
.
Anak kecil yang kerap dikritik sebutan pelat dan gaya percakapannya, lama-kelamaan akan berasa rendah diri dan malu untuk bercakap.
Normal sahaja anak kecil yang baru belajar bercakap menghadapi kesukaran menyebut huruf atau perkataan tertentu seperti cucu (susu), matan (makan) dan lain-lain.
JANGAN kritik atau mentertawakan mereka walau anda rasa begitu kelakar sekali perkataan yang disebut itu.
Sebaiknya, ulang perkataan itu dengan sebutan yang betul dan jelas.
Bagi anak kecil yang baru mula bercakap pula, JANGAN pula ibu bapa yang mula memperkenalkan perkataan pelat kepada anak-anak. Yang paling kerap, ibu bapa mengajar anak menyebut susu sebagai “cucu”.
.
8# Puji Melambung-lambung Untuk Usaha Kecil Anak
.
Siapa lah yang tidak sukakan pujian kan?
Sebagai anak kecil yang sedang meneroka dan belajar, sudah tentulah mereka merasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu. Begitu juga dengan percakapan mereka.
Anak yang pertama kali berjaya menyebut satu perkataan, contohnya, tepuk tangan kuat-kuat dengan penuh kegembiraan.
Dengan ini akan terus menggalakkan mereka terus berusaha untuk menyebut lebih banyak perkataan dan membuat ayat!
.
Amboi, sukanya dia dipuji! (Gambar Google)
.
9# Rawat Jangkitan Telinga
.
Jangkitan telinga ialah salah satu masalah yang kerap terjadi pada kanak-kanak.
Sekiranya anak anda diagnos jangkitan telinga, dapatkan rawatan segera dan ikut nasihat doktor (contohnya antibiotik perlu dihabiskan walaupun anak sudah rasa sihat). Pastikan juga jangkitan ini sembuh selepas selesai rawatan.
Telinga ialah satu-satunya organ yang berfungsi untuk mendengar. Gangguan kepada telinga merisikokan anak anda kepada gangguan pendengaran dan seterusnya melambatkan percakapan mereka.
.
10# Bawa Anak-anak Bercuti
.
Tempat-tempat percutian seperti zoo, akuarium, muzium kanak-kanak merupakan tempat ‘berehat’ anak-anak.
Memperkenalkan anak-anak kepada haiwan-haiwan di zoo, hidupan laut di akuarium dan lain-lain dapat memperkayakan kosa kata anak-anak. Ini juga menggalakkan anak berinteraksi secara aktif.
Bila pulang ke rumah pula, mestilah mereka akan teringat-ingat dan menceritakan semula kepada kawan-kawan atau atuk dan nenek.
Nah, kan mereka dah pandai berkomunikasi tu? =)
Mari kita lihat video sepasang twin sembang bukan main rancak lagi. Entah apa yang disembangkan pun tak paham. Hahaha.
.
.
Kesimpulannya, rangsangan sejak dari kecil lagi sangat penting untuk menggalakkan anak kecil mula bercakap dan terus bercakap. Peranan paling penting of course dari ibu bapa atau penjaga yang merupakan orang paling rapat dengan anak-anak.
Risaunya kalau secara tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, bayi muntah susu kan? Masa tu mulalah macam-macam bermain di fikiran. Lebih membimbangkan lagi acap kali kedengaran berita bayi meninggal kerana tersedak susu!
Untuk pengetahuan, bayi yang muntah susu boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ketahui dahulu mana satu punca bayi anda muntah susu, kemudian barulah boleh menentukan langkah menghadapi. Mari kita tengok apa puncanya satu persatu.
.
5 Punca Bayi Muntah Susu
.
1# Overfeeding
.
Asal bayi menangis je terus diberi susu, asal merengek sikit je bagi menyusu. Padahal hakikatnya, banyak lagi punca lain bayi merengek dan menangis (Rujuk entri Kenapa Bayi Menangis).
Tahukah anda, perut bayi yang baru lahir, kecil sahaja lebih kurang sebesar buah ceri? Kalau terlalu kerap diberikan susu, mestilah perut kecil itu tidak dapat menampung. Maka akan terjadilah ‘muntah susu’ yang dibimbangkan itu.
Gambar di bawah ini menunjukkan saiz perut bayi mengikut usia.
.
Macam mana nak tahu bayi muntah susu disebabkan overfeeding ni?
Bayi yang terlebih diberi susu biasanya kelihatan sihat dan aktif seperti biasa. Perut pun tak kembung. Kencing berak pun orait macam biasa. Dan berat badan pun naik dengan cantiknya.
Tapi sekiranya anda bimbang, segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor ya. Tidak semua bayi yang muntah susu disebabkan overfeeding.
.
2# Jangkitan
.
Paling kerap diadu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi yang sedang batuk.
Salah satu punca batuk ialah jangkitan virus atau kuman. Apabia batuk, kehadiran kahak di salur pernafasan akan merangsang ‘gag reflex‘.
Untuk memahami apa itu ‘gag reflex‘, sama seperti anda memasukkan jari ke dalam tekak dan secara automatik anda akan ‘uwek!!!’ (nak termuntah).
Untuk mengenalpasti punca bayi muntah susu disebabkan jangkitan, bayi kebiasaannya juga akan mengalami simptom-simptom lain. Contohnya, cirit-birit, hilang selera makan, sakit perut, demam dan sebagainya.
Selain batuk, antara jangkitan lain yang boleh menyebabkan bayi muntah ialah jangkitan air kencing, otak dan telinga. Jadi, segeralah bawa bayi anda untuk pemeriksaan dan rawatan.
.
3# Menangis Berlebihan
.
Sama seperti mekanisma muntah yang disebabkan oleh batuk, bayi yang menangis berlebihan juga boleh merangsang tekak untuk muntah.
.
.
4# MotionSickness
.
Naik kapal terbang, berada dalam kenderaan di jalan raya yang bengkang bengkok juga boleh jadi penyebab bayi muntah secara tiba-tiba kan?
Bukan bayi sahaja, mak pak budak pun boleh muntah kalau jenis tak tahan dengan perjalanan sebegitu. Hehe.
.
5# Usus Tersumbat
.
Huih, dengar usus tersumbat pun dah rasa mengerikan kan?
Ya. Ianya merupakan kes kecemasan!
Masalah usus tersumbat boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuk bayi, pada bila-bila masa, tanpa sebab yang jelas.
Usus boleh tersumbat melalui beberapa cara:
intussusception : sebahagian usus terlipat masuk ke dalam sebahagian lain di sebelahnya seperti dalam gambar di bawah
malrotation : usus berpusing-pusing sehingga tersumbat
penyakit Hirshsprung : pergerakan otot usus yang lemah
.
Yang membahayakan, apabila usus tersumbat boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi, dehidrasi dan masalah yang lebih serius!
Oleh itu, sekiranya bayi anda mengalami muntah susu (atau makanan/minuman lain), menangis tak henti-henti yang tidak boleh dipujuk, nampak lemah, perubahan najis dan tanda-tanda bahaya lain, segeralah bawa bayi ke hospital berhampiran.
.
Intussuscepton – sebahagian usus terlipat masuk ke dalam bahagian usus lain, mengakibatkan pergerakan isi dalam usus terganggu (tersumbat).
.
Kesimpulannya, bayi boleh muntah susu disebabkan pelbagai faktor samada normal atau membahayakan. Kenali tanda-tanda bahaya dan jika ibu bapa bimbang, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Better berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari kan?
Kenapa bayi menangis walaupun baru lepas diberi susu? Kadang tu sampai bingung mak ayah fikirkan apa lah sebabnya.
Sedarkah anda bahawa tangisan ialah satu-satunya cara bayi berkomunikasi dengan kita? Selain mahukan susu kerana kelaparan, sebenarnya ada banyak lagi sebab lain kenapa bayi menangis..
Gambar di bawah ini merumuskan 10 sebab utama kenapa bayi selalu menangis.
.
Daripada gambar ini, anda boleh lihat yang selain LAPAR, ada 9 sebab lain lagi yang mungkin merupakan punca bayi menangis.
pampers penuh dengan air kencing atau bayi berak, menyebabkan bayi tidak selesa
bayi ketakutan mungkin kerana terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba
mengalami kembung perut (ibu-ibu cuba check perut baby juga ya kalau bayi menangis)
jika telah dibiasakan dengan puting, mungkin juga bayi menangis kerana nakkan puting sebagai comfort
kalau kita mengantuk pun rasa nak mengamuk je kan. So macam itu jugalah dengan bayi
cuaca sejuk
tak sihat (cuba check kalau-kalau bayi demam ke, cirit-birit ke, hidung tersumbat atau simptom-simptom lain)
gatal gusi kerana nak tumbuh gigi
nakkan perhatian
.
Secara amnya, sebab bayi menangis boleh dibahagikan kepada punca fizikal dan emosi.
.
Bagaimana Nak Kenal Pasti Kenapa Bayi Menangis?
.
Selain mengambil tahu 5 bahasa bayi seperti yang pernah diceritakan dalam entri Apa Makna Tangisan Bayi Baru Lahir ini, anda juga boleh :
cuba menyusukan bayi anda
peluk bayi anda dengan erat
pastikan lampin bayi tidak penuh atau bayi tidak berak
check perut bayi sama ada kembung atau tidak
sapukan minyak yang sesuai pada tapak kaki betis dan perut bayi
mencuba untuk menenangkan bayi dengan dodoian atau nyanyian dan zikir yang sesuai
bermain atau bersembang dengan bayi
sekiranya masih terus menangis tak berhenti dan anda pun hilang punca, cuba bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan
.
.
Kesimpulannya, bayi menangis BUKAN hanya kerana kelaparan sahaja. Sebagai ibu bapa atau penjaga bayi, pastinya anda yang paling mengenali bayi anda. Carilah ilmu yang betul, bukannya sekadar mendengar kata-kata orang lain tanpa asas.
Set Menyusu Shaklee menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan ibu menyusu dan bayi yang disusukan.
Ianya menyokong kesihatan menyeluruh ibu serta membantu pertumbuhan dan perkembangan sihat bayi.
Cabut Gigi Susu – orang dulu-dulu kata goyang je gigi susu kena cabut cepat-cepat. Betul ke?
“Umi, gigi saya dah longgar!” kata Humaira semalam, excited gigi pertama dah goyang.
Ni semua pengaruh dari cerita kartun Upin Ipin. Seronok pula dia gigi dah goyang. Tapi bagus juga adanya episod pasal gigi susu goyang dan tercabut tu, Tak la budak-budak ni rasa takut sangat bila gigi dah mula goyang. Kikikikiki….
‘Hilang’ gigi susu sebenarnya salah satu perkembangan besar yang penting dalam hidup anak-anak. Proses gigi susu goyang dan tercabut ini adalah untuk memberi laluan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Ini akan berlaku secara berterusan sehingga kesemua gigi susu telah berganti dengan gigi kekal (yang terakhir semestinya gigi geraham).
Secara purata, gigi susu mula keluar seawal usia bayi 6 bulan. Ada yang lebih awal, ada yang lebih lambat. Kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh sepenuhnya kira-kira pada usia kanak-kanak 3 tahun (of course ada yang lebih awal atau lebih lambat).
Hakikatnya, gigi susu yang pertama tumbuh akan menjadi gigi pertama yang akan goyang dan tercabut. Dan seterusnya sehingga gigi geraham yang terakhir tumbuh. Kebanyakan gigi susu anak-anak akan goyang buat pertama kalinya seawal usia 4 tahun, dan ada juga selewat usia 7 tahun.
Jadi, apa yang perlu dilakukan apabila anak-anak ‘mengadu’ gigi susu mereka telah goyang?
Adakah perlu kita cabut secepat mungkin untuk mendapatkan susunan gigi yang cantik?
Seingat Ain, sejak gigi Ain longgar masa kecik-kecik dulu, ada yang takutkan supaya cabut cepat-cepat. Kata mereka, kalau lambat cabut, gigi tumbuh senget atau bertindih, tak cantikla susunan gigi! Sejauh mana kebenarannya?
Mari kita fahami dahulu kenapa proses ini berlaku…
.
Perlukah cabut gigi susu yang dah mula goyang? Secara semulajadinya, gigi kekal akan menggantikan gigi susu apabila sampai masanya.
.
Perbezaan Gigi Susu dan Gigi Kekal
.
Walaupun gigi susu akan tercabut dan digantikan dengan gigi kekal, gigi susu mempunyai fungsi yang amat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak.
Gigi susu membantu kanak-kanak mengunyah makanan dan untuk perkembangan percakapan mereka. Masalah gigi susu semasa kecil mungkin salah satu punca anak anda seorang picky eater (Baca entri Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?).
Ia juga membantu pembentukan tulang rahang kanak-kanak dan memberi bentuk wajah yang normal.
Sebaik kanak-kanak berusia 4 tahun, rahang mereka akan mula terbentuk dan semakin membesar. Di kala ini, ruang antara gigi-gigi susu mereka akan mula merenggang untuk memberi ruang gigi kekal yang lebih besar untuk ‘tumbuh’.
Pada usia 6 hingga 7 tahun, akar gigi susu ini akan mula ‘regang’ dari gusi, kerana gigi kekal akan mula mengambil alih tempat itu. Ketika inilah gigi susu akan mula goyang dan lama-kelamaan akan tercabut dengan sendirinya.
Selain menyediakan ruang untuk gigi kekal, gigi susu juga penting sebagai ‘guide‘ untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu yang tercabut (contohnya disebabkan kemalangan) atau dicabut lebih awal boleh menyebabkan gigi-gigi lain mengambil tempatnya itu, mengakibatkan gigi kekal yang berada di bawah tidak dapat keluar dengan baik.
Kerana itulah, jika mahukan gigi anak-anak tersusun cantik, biarkan sahaja gigi susu yang telah goyang itu tercabut dengan sendirinya, kecuali untuk kes-kes yang akan diterangkan kemudian.
Perbezaan ketara lain gigi susu dan gigi kekal ialah, gigi susu adalah lebih putih warnanya.
.
Gigi susu yang pertama tumbuh (gigi kacip bahagian bawah) ialah gigi pertama yang akan goyang dan tercabut, digantikan dengan gigi kekal.
.
Bila Perlu Bawa Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi Atau Cabut Gigi Susu Tu?
.
Terdapat beberapa kes di mana anak-anak perlukan rawatan doktor gigi. Antaranya ;
gigi kekal telah mula kelihatan tetapi gigi susu masih tidak tercabut dengan sendiri (perlu cabut gigi susu ini untuk memberi laluan kepada gigi kekal)
terjadinya jangkitan dengan kesakitan dan bengkak gusi yang mengganggu kanak-kanak (sebagai contoh anak tidak mahu makan kerana sakit)
anak mula mengalami gigi susu goyang sebelum usia 4 tahun (juma doktor untuk kenalpasti masalah lain ada atau tidak)
masih tiada gigi susu yang goyang atau tercabut walaupun anak telah berusia lebih 7 tahun
jika gigi susu anak anda goyang atau patah kerana kemalangan
.
Di bawah ini pula antara perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan gigi anak anda :
memantau anak anda memberus gigi
gunakan ubat gigi berflorida
menggantikan berus gigi setiap 3-4 bulan (lebih awal jika berus ‘kembang’) untuk mengurangkan kehadiran kuman dan memberus gigi dengan sebaiknya
berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun (sekali dalam 6 bulan)
mengurangkan makanan manis yang menjadi punca kerosakan gigi
.
Jadi, selepas ini bila anak mula bagitahu gigi dah goyang, jangan cabut gigi susu itu. Untuk permulaan, kita cuma perlu monitor sahaja ya. Nak gigi anak cantik tersusun secara semulajadi kan? Hehe… =)
.
Cabut gigi susu anak bila betul-betul perlu sahaja ya. Kalau dah jadi macam dalam gambar ni memang perlu berjumpa doktor gigi.