Bolehkah EBM Dicampur?

Bolehkah EBM Dicampur?

bolehkah ebm dicampur

Bolehkah EBM dicampur?

.

Mak menyusu pernah terdetik tak, awal-awal masa pam dapat skit ja ebm pastu simpan dalam freezer rasa rugi space sangat.

Sebab botolnya boleh isi 4-5oz. Tapi ebm dalam setiap botol cuma 0.5-1oz je (contoh). Freezer plak kecik je tambah plak kalau tumpang freezer mak or kita ada satu je peti ais.

Ada cara ke untuk dapat sebotol penuh ebm jadi boleh jimat space dalam freezer? Ya. Ada.

.

Bolehkah EBM Dicampur?

.

EBM yang baru dipam (sebelum simpan freezer), boleh dicampurkan. Tapi kalau memenuhi 2 syarat ini sahaja:

  1. Suhu yang hendak dicampurkan sama
  2. EBM-EBM dipam dalam tempoh 24 jam

.

Contoh:

  • Pukul 9 pagi pam dapat 1oz. Simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). Ini botol A.
  • Pukul 12 tengah hari pam lagi dapat 1oz. Simpan dalam peti sejuk yang sama. Ini botol B.
  • Pukul 3 petang pam lagi dapat 1oz jugak. Ini botol C. Masa nak simpan EBM ni dalam peti sejuk, dah boleh combine dah EBM dalam botol A dan B sebab suhu dah sama.
  • Pukul 6 petang pam lagi dapat 1oz jgak sama jgak masa nak simpan tu dah boleh combine botol C dengan A+B tadi (suhu dah sama).
  • Sampailah botol penuh then pindahkan dalam freezer plak. So dari letakkan 4 botol, kita cuma letak sebotol saja EBM dengan kuantiti yang sama. Kan dah jimat space dalam freezer tu?

.

Anda juga boleh menetapkan berapa oz susu yang anda mahu dalam satu-satu botol. Ada juga ibu menyusu yang lebih prefer untuk mengisi botol dengan jumlah oz sekali minum oleh bayi mereka. No problem ya ibu-ibu. Up to you. Asalkan memenuhi 2 syarat tadi je.

Pastu kat botol nak label pukul berapa? Label time yang paling awal. Macam contoh tadi label la pukul 9 pagi.

Ingat 2 syarat untuk campurkan EBM tadi?

  1. Suhu susu yang akan dicampurkan sama
  2. Dalam tempoh 24jam

.

bolehkah ebm dicampurkan

Testimoni ibu yang merangsang laktasi untuk menyusukan anak angkat. Info lanjut di entri Persediaan Untuk Menyusukan Anak Angkat.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Tempoh Hayat EBM Mengikut Jenis & Tempat

Tempoh Hayat EBM Mengikut Jenis & Tempat

tempoh hayat ebm

Tempoh hayat EBM bergantung kepada jenis EBM dan tempat simpanannya.

.

Kadang-kadang kalau sempat Ain akan pam susu dulu & simpan kat suhu bilik sebelum masuk kerja petang.

Bila Walidnya ‘take over shif’ jaga baby lepas pukul 5, bila-bila masa baby ‘menjerit’ kelaparan nak susu sesangat dah, boleh terus bagi ebm ni. Dengan syarat within 4 jam dari time pam la ya.

Jadi mak menyusu yang juga pam ebm ni, salah satu ilmu yang kita kena tau ialah ‘expiry’ ebm.

Kalau tak, penat-penat korang dah pam ‘titisan emas’ ni, pastu korang tak tahu berapa lama suatu ebm tu boleh tahan, then korang buang ebm tu (padahal belum sampai time susu tu dah rosak), tak ke rugi?

Huaaaaa!!! Sedihnya kalau buang ebm!

Jadi, back to point yang nak disampaikan. Sebelum tahu bila ebm ‘expired’, kita kena tahu dulu jenis ebm tu.

.

Jenis-jenis EBM

.

FRESH EBM ialah EBM yang baru dipam, macam kes Ain cerita awal tadi ni.

CHILLED EBM pula ialah EBM yang disejukkan dalam peti ais (bukan sejukbeku) pada suhu lebih kurang 0-4 Celcius.

FROZEN EBM pula ialah EBM yang disejuk-bekukan dalam freezer. Suhu dalam freezer mestilah lebih rendah dari 0 Celcius.

THAWED EBM ialah EBM yang telah dicairkan tetapi masih belum dipanaskan

.

Untuk menentukan jangka hayat EBM, ada pelbagai pendapat dan sumber. Bagi Ain, bab ni mestilah nak cari rujukan dari sumber yang boleh dipercayai. Salah satunya ialah rujukan dari American Academy of Pediatrics seperti dalam gambar di bawah.

tempoh hayat ebm

Atau boleh juga “menghafal” tempoh hayat EBM mengikut kronologi bermula dari EBM dipam.

  • EBM yang baru dipam (FRESH EBM), jika diletakkan di tempat dengan suhu bilik, selamat diberi kepada bayi dalam masa 4 jam.
  • Sebelum 4 jam berakhir, jika anda memasukkan ke dalam peti sejuk (bukan beku), CHILLED EBM ini boleh diberi kepada bayi dalam masa 4 hari hingga seminggu.
  • Sekiranya dari peti sejuk, anda memindahkan EBM ke dalam peti sejukbeku (freezer), FROZEN EBM ini boleh disimpan selama 3-6 bulan bergantung kepada peti sejuk.
  • Jangka hayat EBM yang disimpan di dalam deep freezer adalah lebih lama, 6 bulan hingga setahun.
  • Bila anda ingin memberi EBM kepada bayi, frozen EBM yang telah dicairkan (THAWED EBM) boleh disimpan di dalam peti sejuk dan harus diberi kepada bayi dalam masa 24 jam.
  • Jika thawed EBM tadi sudah pun dipanaskan untuk diberi kepada bayi, cuba habiskan EBM tersebut dalam masa sejam.

.

Peringatan penting:

  1. Jangan terus masukkan fresh EBM ke dalam freezer. Pemindahan EBM sebaiknya dilakukan step by step, iaitu biarkan seketika pada suhu bilik, kemudian sejukkan dalam peti sejuk seketika, dan seterusnya barulah disimpan dalam peti sejukbeku. Ini adalah untuk mengekalkan semaksima yang boleh nutrisi dan kualiti susu ibu.
  2. Sama juga sekiranya anda ingin memberi bayi anda minum susu EBM. Frozen EBM hendaklah dicairkan dengan melalukan botol atau plastik di bawah air pair atau merendan di dalam mangkuk berisi air sejuk. Jangan terus panaskan frozen EBM.
  3. Kemudian barulah panaskan EBM yang telah dicairkan dengan merendam di dalam air panas atau gunakan alat pemanas susu khas.
  4. EBM yang telah dicairkan TIDAK boleh disejukbekukan semulah. Dan EBM yang telah dipanaskan juga TIDAK boleh disejukkan semula.

.

tempoh hayat ebm

.

Klik Tips Menyusu untuk pelbagai info penting lain bagi ibu menyusu.

.

Ainniah Zulkefli
Ibu yang pernah menyusukan 4 orang anak
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Cara Simpan EBM – Antara Botol Dan Plastik

Cara Simpan EBM – Antara Botol Dan Plastik

“Cara simpan ebm yang mana lebih baik, dalam botol atau dalam plastik?”

Sama ja mana-mana pun asalkan bersih.

Bezanya ialah cara pengendalian botol dan plastik semasa proses nak menyimpan dan semasa nak menggunakan ebm itu nanti.

Kalau botol, proses nak handle botol tu panjang berjela ceritanya – kena cuci bersih-bersih (guna sabun cuci botol sebaiknya). Lepas tu sterilize (so kena ada sterilizer jgak or guna cara tradisional je). Then keringkan baru boleh guna.

Tapi botol boleh guna berulang kali. Cuma kena rajin je la buat benda-benda tadi tu.

Masa cuci kena pastikan cuci bersih-bersih. Lemak ebm boleh tahan payah nak hilangkan juga. Nampak bersih tapi bila rasa dengan jari dok licin-licin lagi tu, haa silalah berus dengan sabun lagi ya haha. Ain pun kadang basuh 2-3 kali jgak.

Bila nak guna ebm dari botol plak, ambil masa skit untuk cairkan susu sebab botol kan tebal.

Dan kebanyakan botol sesuai untuk simpanan 4-5oz susu (ada brand Avent boleh sampai 7oz) saja tak banyak.

.

cara simpan ebm

“Alhamdulillah berkat try makan vitamin Set B & ESP, start pada 11/12/11 haritu. Dapatlah juga buat stok untuk si busuk Emeer Darqisy. EBM yang penuh khasiat, pekat. Thanks to Zura Betty for your guidance.”

 

Cara simpan ebm dengan menggunakan plastik adalah lebih mudah. Cuma unseal saja plastik tu, dah boleh terus guna tak payah cuci bagai tu. Sepantas kilat boleh simpan ebm dah.

Nak cairkan susu pun lebih cepat sebab plastik nipis je. Dan kebanyakannya sesuai untuk simpan ebm lebih 5oz (ikut brand) sampai belas-belas oz.

Tapi plastik ialah disposable jadi bila habis kena beli lagi. Tak boleh guna semula ya.

cara simpan ebm

“Penangan ESP. Kisahnya ESP habis Sabtu haritu. Tunggu closing baru beli. Isnin memang perasan susu dropped skit. Semalam beli ESP, malam tadi start minum balik, pagi tadi baju lencun dengan susu. Pam kat ofis dapat 15oz sekali pam. Hah amik ko hehe. Alhamdulillah”

.

Nota kaki : Ain lagi suka guna plastik sebab jimat masa & kebersihan lebih terjamin (pakai-buang)

Anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee dan Koleksi Testimoni Set Menyusu Shaklee.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Zat Besi Untuk Ibu Hamil Thalassemia

Zat Besi Untuk Ibu Hamil Thalassemia

zat besi untuk ibu hamil

Salah satu keperluan nutrisi harian ibu hamil ialah zat besi. Namun, pernahkah anda terfikir, bagaimana pula dengan ibu hamil yang merupakan seorang pembawa atau pesakit thalassemia?

Adakah mereka juga turut memerlukan zat besi setiap hari apabila disahkan hamil?

Kerana sesetengah pesakit thalassemia berisiko mengalami masalah ‘iron overload’ yang boleh merosakkan organ-organ dalaman. Jadi, jika ambil zat besi semasa hamil, adakah ini akan memudaratkan mereka?

Untuk memahami lebih lanjut tentang persoalan ini, mari kita fahamkan dahulu apa itu sel darah merah, dan bagaimana ia dihasilkan.

.

Apa Itu Sel Darah Merah dan Hemoglobin?

.

Sel darah merah (RBC, red blood cells) ialah sel darah yang paling banyak terdapat dalam badan kita, merangkumi kira-kira 45-55% daripada jumlah sel darah.

Ianya mengandungi hemoglobin yang memberi warna merah kepada darah, dan penting untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan, dan membawa kembali karbon dioksida dari seluruh badan ke paru-paru untuk disingkirkan.

Hemoglobin terbina dari protein alfa dan beta. Untuk menghasilkan hemoglobin, salah satu yang diperlukan ialah zat besi.

Secara amnya, sel darah merah berbentuk dwicembung dengan bahagian tengah yang rata di kedua-dua belah (seperti donut) dan jangka hayat sel darah merah yang normal ialah 120 hari.

Bermaksud, setiap 120 hari, sel darah merah “tua” akan dihapuskan, digantikan dengan sel darah merah yang baru.

zat besi untuk ibu hamil

Apa Itu Thalassemia?

.

Thalassemia ialah penyakit darah yang boleh diwariskan, di mana badan pesakit menghasilkan sel darah merah dengan bentuk yang abnormal atau mengandungi jumlah hemoglobin yang tidak mencukupi.

Disebabkan ini, sel darah merah pesakit thalassemia lebih cepat dimusnahkan (kurang dari 120 hari) sebelum sempat badan menghasilkan sel darah merah yang baru, lalu mengakibatkan masalah anemia.

Bergantung kepada jenis thalassemia, ada pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berkala, ada yang perlukannya sekali-sekala, ada yang tidak perlukan transfusi darah, dan ada juga yang hanya ‘membawa’ genetik thalassemia (pembawa, carrier) dan diturunkan kepada anak cucu sahaja.

Thalassemia boleh didiagnos melalui ujian lanjutan yang dipanggil Hb Analysis atau/dan DNA Analysis apabila pesakit disyaki mengalami thalassemia daripada bacaan Ful Blood Count.

Bagi ibu hamil, masalah anemia sudah tentulah sesuatu yang tidak diingini kerana boleh menjejaskan kehamilan dan bayi dalam kandungan juga turut berisiko.

.

Risiko-risiko Anemia Untuk Ibu Hamil

.

Oleh kerana fungsi hemoglobin yang penting untuk pengangkutan gas-gas respirasi, masalah anemia boleh mengakibatkan kekurangan oksigen di seluruh badan termasuk bayi dalam kandungan ibu hamil.

Jadi untuk ibu hamil, anemia membawa risiko-risiko berikut:

  • Kelahiran pramatang
  • Bayi bersaiz lebih kecil dari yang sepatutnya (low birth weight)
  • Meroyan (postpartum depression)
  • Bayi yang lahir juga boleh bermasalah anemia
  • Mengganggu perkembangan dan pertumbuhan bayi

.

Risiko Zat Besi Berlebihan (Iron Overload) Bagi Pesakit Thalassemia

.

Bagi pesakit thalassemia, iron overload merupakan penyebab utama morbiditi dan gangguan organ-organ dalaman.

Dalam tubuh badan seorang yang sihat tanpa thalassemia, zat besi akan digunakan untuk menghasilkan sel darah merah normal. Sekiranya berlebihan, ianya akan diangkut oleh sejenis protein dipanggil transferrin ke tisu-tisu badan tertentu untuk disingkirkan secara semulajadi.

Zat besi yang ‘dipegang’ oleh transferrin ini adalah tidak membahayakan.

Berbeza dengan pesakit thalassemia – mereka bermasalah untuk menghasilkan sel darah merah yang normal.

Kerana masalah ini, badan pesakit mengesan anemia dan bertindak balas dengan meningkatkan penyerapan zat besi kononnya untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah lagi (tetapi tetap tidak akan menghasilkan sel darah merah normal juga).

Jadi, akan berlakulah pengumpulan zat besi berlebihan dari semasa ke semasa terutamanya jika pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berkala. Pesakit yang tidak memerlukan transfusi juga berisiko kerana penyerapan zat besi juga dari pemakanan.

Paras zat besi yang berlebihan ini menyebabkan transferrin tidak berupaya lagi untuk ‘memegang’ kesemua zat besi tersebut. Jadi, zat besi bebas bergerak di dalam darah. Zat besi yang bebas ini kemudiannya boleh memasuki organ-organ seperti jantung, hati dan lekenjar-kelenjar, lalu mengganggu fungsi-fungsi organ dan akhirnya mengakibatkan kegagalan organ.

Jadi, bagi pesakit thalassemia yang mempunyai masalah iron overload, akan diberi rawatan chelation untuk membantu mengeluarkan zat besi berlebihan dalam darah untuk mencegah masalah gangguan terhadap organ-organ.

.

Jadi, Bagaimana Dengan Zat Besi Untuk Ibu Hamil Yang Ada Thalassemia?

.

Sekiranya anda adalah seorang pesakit thalassemia (termasuk pembawa) yang disahkan hamil, dapatkan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum mengambil zat besi. Baik dari pemakanan mahupun suplemen.

Jika kebaikan zat besi adalah melebihi risikonya untuk anda, doktor akan menyarankan pengambilan zat besi. Dan begitu juga sebaliknya.

.

Sumber : thalassemia.com, Medline, CDC.

DISCLAIMER : ENTRI INI BUKAN BERTUJUAN SEBAGAI RUJUKAN LENGKAP DAN TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT ANDA.

.

Testimoni ibu hamil thalassemia yang dibenarkan mengambil zat besi. Baca entri Anemia Ketika Hamil untuk cadangan suplemen selain zat besi untuk ibu hamil.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee

Antara semua suplemen kesihatan Shaklee, kita ada suplemen dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh iaitu Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee. Mesti anda tertanya-tanya, apakah perbezaan ketiga-tiga “susu” ini.

Mari kita pergi kepada satu per satu kriteria perbezaan antara ketiga-tiganya.

cinch dan esp shaklee

.

PERBEZAAN ANTARA MEAL SHAKES, CINCH DAN ESP SHAKLEE

.

1# Apakah Ia?

.

Meal Shakes ialah suplemen multivitamin yang dihasilkan untuk kanak-kanak yang memberi hidangan enak dan berkhasiat. Ianya mengandungi protein dan serat untuk membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Walaupun direka untuk kanak-kanak, orang dewasa pun sesuai mengambilnya, kerana rasa vanila Perancisnya sungguh sedap.

Cinch Shake pula merupakan pengganti makanan berkhasiat yang mengandungi leusin untuk mengekalkan otot ketika lemak dipecahkan. Baik sangat diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu berlapar dan tanpa ‘rebound’. Ia juga memastikan anda mendapat nutrisi sihat yang diperlukan.

Terdapat tiga pilihan perasa Cinch Shake iaitu coklat,vanila dan caffe latte.

ESP, nama penuhnya ialah Energizing Soy Protein. Diformulasi untuk memberi anda tenaga berkekalan dengan protein soya untuk stamina yang lebih tinggi supaya anda boleh melakukan lebih banyak lagi dalam sehari!

Peminat soya asli pasti sukakan rasa vanilanya yang sungguh sedap.

cinch dan esp shaklee

.

2# Siapa Yang Memerlukan?

.

Meal Shakes diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja yang aktif. Ia juga merupakan makanan tambahan yang hebat semasa berpuasa.

Cinch Shake pula semestinya pilihan anda yang ingin menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan berat badan secara efektif.

ESP pula untuk sesiapa yang mahukan lebih tenaga, mengekalkan berat badan yang sihat, kulit dan rambut yang lebih baik, otot yang kuat, ibu mengandung dan menyusu dan serta banyak lagi!

.

3# Kandungan Meal Shakes, Cinch dan ESP Shaklee?

.

Setiap hidangan Meal Shakes (1 scoop Shaklee) membekalkan nutrisi berikut:

  • 125kcal tenaga
  • 23 gram karbohidrat
  • 7 gram protein
  • 0.5 gram lemak

Meal Shakes juga mengandungi serat makanan dan 19 jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, zink, selenium, natrium dan kalium.

Bagi Cinch Shake pula, setiap hidangan (2 scoop Shaklee) menyediakan:

  • 180kcal tenaga
  • 23 gam karbohidrat
  • 16 gram protein
  • 3 gram lemak

Selain itu, terdapat juga vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, C, D3, E, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, zink, selenium, tembaga, mangan, natrium dan kalium.

Dan di dalam ESP pula, setiap hidangan (1 scoop Shaklee) membekalkan:

  • 110kcal tenaga
  • 10 gram karbohidrat
  • 14 gram protein
  • 1 gram lemak

Nutrisi lain dalam ESP ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, fosforus, kalsium, natrium dan zat besi.

meal shakes, cinch dan esp shaklee

.

4# Waktu Makan Yang Sesuai

.

Meal Shakes sesuai diambil sebagai sarapan lazat untuk anak-anak anda. Dan sebagai alternatif hebat untuk makanan ringan yang tidak sihat.

Cinch Shake pula, boleh diambil sebagai pengganti makanan (meal replacement) untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. “Pengganti makanan” bermaksud, anda tidak perlu lagi memakan makanan berat lagi kerana nutrisi dalam Cinch cukup untuk membekalkan nutrisi yang anda perlukan.

Kalau anda juga suka mengunyap makanan ringan yang tidak berkhasiat, boleh juga mengambil Cinch Shake yang memberi rasa kenyang lebih lama. Kata nak kurus kan?

Berbeza dengan Cinch Shake, ESP boleh diambil pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Ada dihuraikan dalam entri Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil ESP?

.

5# Petua Lain

.

Selain perbezaan di atas, anda boleh mencuba ESP jika mengalami ketidakselesaan kerana perut berasid.

Anda juga boleh cuba tambahkan sayur-sayuran untuk meningkatkan nutrien tambahan di dalam Cinch Shake.

Atau boleh juga anda campurkan Meal Shakes dengan buah-buahan yang berbeza untuk menambah kepelbagaian mengikut selera anak-anak anda.

cinch dan esp shaklee

Macam mana, sekarang sudah jelas kan perbandingan antara ketiga-tiga suplemen “susu” ini?

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ain segera!

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

pergerakan bayi dalam kandungan

Secara purata, ibu hamil pertama kali merasakan pergerakan bayi dalam kandungan di antara minggu ke-18 dan 20 kehamilan.

Namun, jika anda baru pertama kali mengandung, anda mungkin merasakan “quickening” ini selepas minggu ke-20. Dan ibu hamil yang mengandung kali kedua dan seterusnya, mungkin dapat merasakan ini seawal minggu ke-16 lagi.

Pergerakan bayi dalam kandungan boleh dirasakan seperti suatu tendangan, gegaran atau pusingan.

Kebiasaannya, bayi cuma tidak bergerak semasa mereka ‘tidur’. Waktu tidur ini ialah antara 20 hingga 40 minit, dan amat jarang sekali melebihi 90 minit.

Bilangan dan intensiti gerakan bayi dalam kandungan akan terus meningkat dengan bertambahnya minggu kehamilan. Sehingga kira-kira 32 minggu kehamilan, ianya menjadi sama sahaja kerana saiz bayi yang semakin membesar dan ruang dalam rahim yang semakin ‘sempit’ bagi bayi.

Dan gerakan bayi sepatutnya turut dirasakan semasa bersalin juga.

.

Pentingkah Pergerakan Bayi Dalam Kandungan?

.

Ya. Sangat penting kerana ianya merupakan penunjuk kepada kesejahteraan bayi dalam kandungan. Bayi yang banyak bergerak adalah bayi yang aktif.

Jika ibu hamil merasakan pergerakan bayi berkurang dari biasa, haruslah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Kebiasaannya, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk melihat denyutan jantung bayi. Dan jika perlu, akan dirujuk ke hospital untuk pemantauan jantung bayi dengan cardiotocography (CTG).

Antara punca bayi kurang bergerak dari biasa ialah pengambilan ubat tertentu oleh ibu contohnya ubat tahan sakit dan penenang, pengambilan alkohol dan ibu merokok.

Penyakit-penyakit yang dihadapi oleh ibu semasa hamil juga berisiko mengancam kesihatan bayi dalam kandungan.

pergerakan bayi dalam kandungan

Pemantauan dengan CTG ialah untuk mengesan aktiviti bayi selama sekurang-kurangnya 30 minit.

.

Cara Kira Gerakan Bayi Dalam Kandungan

.

Di Malaysia, pergerakan bayi perlu dicatatkan di dalam Buku Merah bermula dari minggu ke-28 kehamilan.

Caranya ialah dengan mula mengira pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya, setiap hari mulalah mengira pada pukul 10 pagi. Setiap kali gerakan bayi dikira sebagai 1 gerakan. Pukul berapa gerakan bayi cukup 10 gerakan, ditulis di bahagian yang disediakan.

Gerakan bayi sepatutnya cukup 10 gerakan dalam masa 12 jam.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Royal College of Obstetricians & Gyneacologists (RCOG), sebenarnya tiada bilangan spesifik yang menyatakan gerakan bayi itu adalah “normal”.

Ibu hamil sendirillah yang paling arif dan ‘aware’ dengan gerakan bayi dalam kandungan.

Kesimpulannya, buat ibu-ibu hamil semua. Ambillah perhatian serius terhadap gerakan bayi anda sehingga bayi dilahirkan.

Kalau rasa bimbang dengan gerakan bayi anda, segeralah mendapatkan pemeriksaan. Terutamanya jika anda juga menghidap masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi semasa hamil.

pergerakan bayi dalam kandungan

 

Dapatkan maklumat penting tentang kehamilan di Info Hamil.

Puasa Ketika Hamil – Selamat Atau Bahaya?

Puasa Ketika Hamil – Selamat Atau Bahaya?

puasa ketika hamil

Alhamdulillah hari ni Ain puasa, ada kena ganti lagi 5 hari (tinggal tiga hari lagi). Dan Alhamdulillah juga, setakat ini dah tiga kali berjaya puasa penuh bulan Ramadhan dalam keadaan mengandung. InsyaaAllah Ramadhan ni kali keempat Ain nak puasa sebagai mak buyung. Hihi.

Eh eh, kena ganti puasa jgak ke tengah mengandung ni?

Kita kena ingat, yang hukum berpuasa itu wajib. Kalau tinggal sebab kesihatan, hukum menggantikan puasa juga wajib.

Tapi Islam ialah agama yang mudah dan tak membebankan. Bagi ibu hamil dalam keadaan tertentu yang boleh memudaratkan, ibu ini boleh dikecualikan dari berpuasa.

Kalau ibu hamil ada penyakit atau apa-apa masalah kesihatan, yang terbaiknya tanya doktor yang merawat dahulu sebelum decide nak puasa. Contohnya ibu ada pendarahan dari vagina, ibu ada masalah kencing manis yang memerlukan ubat. Kalau berpuasa dikhuatiri paras gula boleh menurun dan menyebabkan ibu pengsan, dan sebagainya.

Kalau dikhuatiri memudaratkan kesihatan IBU, maka dibolehkan berbuka puasa dan perlu qada’ sahaja. Manakala kalau dibimbangi memudaratkan kesihatan JANIN, ibu boleh berbuka puasa, tapi perlu qada’ dan bayar fidyah. Nak info lebih detail boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan ni.

Nak tanya sesuatu ilmu, tanyalah kepada yang arif dalam bidang itu. Tak gitu?

Kalau rasa kuat dan berkemampuan nak puasa atau ganti puasa, boleh saja teruskan. Macam kes Ain, Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan kesihatan yang baik masa mengandung.

puasa ketika hamil

.

Suplemen Puasa Ketika Hamil

.

Mak buyung ni ganti puasa hari ni, powered by ESP, Performance Drink dan vitamin ‘3 serangkai’ mak buyung (Vitalea, Vitamin C, B Complex).

ESP bagi energy lebih lama sebab ianya protein dan indeks glisemik rendah. Performance Drink untuk hydration. Vitamin 3 serangkai tu Vitalea, Vita C & B Complex, memang wajib ambik hari2 sejak 2012. Sahur pula dengan nasi goreng dan 3 biji kurma.

Dan ibu hamil yang nak ambil suplemen, make sure selamat untuk kandungan ya. =)

Tips penting untuk mak buyung nak puasa : makan suku-suku-separuh masa sahur dan berbuka. Sahur yang seimbang mampu menyediakan tenaga yang diperlukan, bagi rasa kenyang lebih lama, nak support bayi dalam kandungan juga kan.

Dan pengajaran lagi satu, kalau kena ganti puasa, ganti cepat2. Jangan dah UPT positif baru kalut macam Ain. Nasib baik dah makin sihat. Kalau tak sihat lagi haru. Hehehe.

Dapatkan juga Tips Puasa Untuk Ibu Hamil Berjaya Puasa.

Ibu Hamil Boleh Minum Kopi Atau Teh?

Ibu Hamil Boleh Minum Kopi Atau Teh?

ibu hamil boleh minum kopi

Ibu Hamil Boleh Minum Kopi, Teh Atau Minuman Berkafein Lainkah?

Selamat pagi semua.

Achik kalau dapat breakfast donut kegemaran sambil tengok kartun kegemaran Grizzy & Lemmings, memang habih happy la dia.

Bila pagi dia dah happy, biasanya sampai ke malam lah dia tersengih2 kerang busuk dan mengusik orang tak habis2.

Umi plak dah settle nasi lemak daun pisang sebungkus & nak minum kopi pulak.

.

Eh2 ibu hamil boleh minum kopi (kafein) ke?

.

Ain dulu pun takut nak minum minuman berkafein masa mengandung. Preggy first sampai third, memang tak ambil langsung. Padahal sebelum preggy first, hari2 pun ambik Nescafe untuk keep alert masa kerja.

Tapi pregnant kali ni, macam jadi penggemar kopi plak. Dalam seminggu mesti ada 2-3 kali nak minum kafein.

Generally, kalau diambil secara sederhana, minuman berkafein mampu tolong kita lebih fokus, lebih alert dan ada yang boleh lega sakit kepala juga. Sebab kopi ni sejenis ‘stimulant’ dan energy booster.

Tapi kalau ambik lebih2 plak bleh jadi ketagihan. Tu yang ada orang minum bercawan2 hari2 tu.

Macam mana plak untuk mak buyung?

Ikutkan kajian, ibu mengandung yang ambil kafein BERLEBIHAN berisiko keguguran, pertumbuhan bayi terbantut, dan bila dah besar bayi lebih berisiko mengalami obesiti.

ibu hamil boleh minum kopi

Risiko obesiti semakin tinggi dengan peningkatan dos pengambilan kafein semasa hamil. (Sumber: BMJ)

.

ibu hamil boleh minum kopi

Bayi juga mempunyai risiko terbantut pertumbuhan, dengan peningkatan dos kafein.

.

Sebabnya kafein menyebabkan jantung lebih laju, tekanan boleh naik juga, kencing lebih banyak (diuretik) – boleh dehydrate kalau tak minum air kosong banyak. Dan kafein juga boleh sampai ke baby melalui uri (placenta).

Hisy, scary plak kan risiko macam-macam tu?

.

Tapi risiko2 ni ada kalau ambil berlebihan.

“BERLEBIHAN” tu banyak mana?

.

American College of Obstetricians & Gynecologists (ACOG) mencadangkan pengambilan kafein dihadkan kepada kurang dari 200mg sehari untuk ibu mengandung.

200mg tu banyak mana plak?

Banyak mana tu depends on sumber kafein yang anda ambil. Boleh jadi kopi, teh, coklat pun ada kafein skit juga. Jenis teh or kopi yang lain2 pun mengandungi jumlah kafein yang berbeza.

Senang cerita, roughly lebih kurang 1-2 cawan minuman (teh/kopi) sehari tu kira ok la, tak sampai 200mg kafein pun.

ibu hamil boleh minum kopi

Jumlah kafein yang terkandung dalam sumber yang berbeza.

.

Kesimpulannya, ambil apa pun ambillah secara bersederhana. Mak buyung ka, pak buyung ka, tak buyung ka, kalau ambil secara bersederhana should be ok ja.

Kurma yang orang kata elok tu, kalau ambik banyak sangat pun boleh naikkan paras gula.

So keyword kat sini ialah BERSEDERHANA.

Mahu info tentang kehamilan lagi? Klik Info Hamil untuk bacaan lanjut.

Cara Urut Bayi Dalam Pantang

Cara Urut Bayi Dalam Pantang

cara urut bayi

Sejak pertama kali bersalin, Ain diajar cara urut bayi oleh seorang kakak Indon yang memang tinggal dan kerja dengan mak ayah Ain dari kecil. Indonesian style gitu. Dan Ain dah praktikkan cara-cara tu untuk anak kedua dan ketiga Ain jugak.

Untuk mak-mak yang nak atau sedang berpantang sendiri tu, kalau nak jadikan entri ini rujukan pun boleh. Mudah saja cara urut bayi ni.

Mengurut bayi dalam pantang ada banyak manfaatnya. Antaranya untuk melancarkan pengaliran darah, membantu bayi kentut, melegakan kembung perut, memberi ketenangan kepada bayi dan paling penting sebagai bonding ibu dan bayi.

Kerja urut-mengurut bayi ni Ain buat masa mandikan baby. Senang sebab kita gunakan sabun, licin dan lebih mudah nak urut. Ada orang suka urut bayi dengan minyak. Ain tak berapa suka sangat sebab minyak berbau dan berminyak. Terpulang kepada anda ya.

Sebelum tu, Ain nak share dulu yang Ain mandikan bayi dalam tub mandi macam dalam gambar kat bawah ni. Sangat membantu sebab ada tempat letak bayi yang condong. Air pun tak terkumpul, dikhuatiri waktu mandikan tu baby kencing or berak. Tak la kena bilas atau mandikan bayi semula.

cara urut bayi

Cara Urut Bayi Dalam Pantang Indonesian Style

.

Untuk mengurut bayi semasa mandi, Ain mulakan dengan bahagian kaki dahulu. Basahkan dengan air suam, letak sabun secukupnya dan mulalah urut tapak kaki bayi menggunakan ibu jari. Urut dari tumit ke arah jari kaki. Buat beberapa kali.

Kemudian. bahagian betis dan peha pula. Kepal-kepalkan dengan tangan anda beberapa kali juga. Lebihkan mengurut belakang betis bayi. Kakak tu kata picit situ untuk buang angin.

Bila sampai bahagian perut pula, boleh rujuk gambar di bawah ni. Dengan kedua ibu jari anda, tekan perut bayi perlahan-lahan. Dan urut dari ulu hati turun ke bawah (Arah seperti dalam gambar).

cara urut bayi

Untuk tangan pula, sama seperti anda mengurut bahagian kaki. Cuma kepal-kepalkan lengan bayi dengan lembut.

Yang paling Ain suka ialah urutan kat muka bayi. Macam kita buat facial tu. Bermula dari dagu naik ke atas. Dari tengah dan ke arah luar. Bila sampai tang hidung tu, picit-picit lembut hidung bayi. Petua orang tua ni kata mereka untuk mancungkan hidung. Wallahu’alam.

Boleh refer gambar ni untuk lebih jelas. Ini gambar anak ketiga Ain.

cara urut bayi

Lepas dah selesai mengurut bahagian depan bayi, anda boleh meniarapkan bayi di atas sebelah tangan anda. Dengan menggunakan tangan sebelah lagi, urut belakang bayi dari bawah ke atas.

Nak mudah, anda boleh gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengurut kanak dan kiri belakang bayi tu.

Siap dah cara urut bayi yang Ain praktikkan berdasarkan pengalaman kakak Indon ni. Mudah saja kan?

Cara anda urut bayi anda pula bagaimana?

Boleh share di ruang komen untuk info bersama.

Anda mungkin perlukan info tentang cara berpantang untuk ibu juga?

Rujuk entri Perlukah Ibu Berpantang Cara Tradisional untuk maklumat lanjut.