Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang kecil di telinga dalam perubatan dipanggil preauricular sinus, merupakan bukaan kecil yang kebiasaanya terletak di hadapan telinga. Ianya merupakan kecacatan kongenital yang ada sejak lahir dan berkekalan ke akhir hayat.

Preauricular sinus ini boleh terbentuk di kedua-dua belah telinga kepada sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan, serta mempunyai faktor keturunan.

Bagi anda yang mempunyai bayi atau anak yang memiliki sinus ini, tidak perlu bimbang jika ianya tidak mengganggu (tiada apa-apa simptom).

lubang kecil di telinga

Selain preauricular sinus, nama-nama lain lubang kecil di telinga ini ialah congenital auricular fistula, ear pit, preauricular fistula atau ear pit.

.

Bila Anda Perlu Bimbang Tentang Lubang Kecil Ini?

.

Seperti yang telah disebutkan, kebanyakan preauricular sinus ini tidak mempunyai apa-apa simpton dan tidak mengganggu.

Tetapi, sangat jarang terjadi, sinus ini boleh dijangkiti kuman yang berkemungkinan besar memerlukan rawatan perubatan.

Antara tanda sinus telah dijangkiti ialah seperti berikut:

  • sakit di bahagian sinus atau kawasan berdekatan
  • kulit kemerahan dan panas
  • bengkak
  • keluar cairan contohnya seperti nanah kekuningan dan berbau busuk
  • sakit telinga atau ketidakselesaan
  • pembentukan parut tebal (keloid) akibat jangkitan berulang-ulang

.

Rawatan Untuk Preauricular Sinus

.

Preauricular sinus yang tidak mempunyai apa-apa simptom, tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.

Sebaliknya, jJika anda mempunyai mana-mana tanda di atas tadi, segeralah ke klinik untuk rawatan walaupun jangkitan sinus ini tidak menyebabkan keadaan yang boleh membahayakan nyawa.

Untuk kebanyakan kes, rawatan melibatkan ubat makan antibiotik dan ubat-ubat untuk menangani simptom seperti tahan sakit dan bengkak.

Gejala yang kerap berlaku dan berulang-ulang, memungkinkan anda menjalani pembedahan kecil untuk menutup lubang kecil di telinga tersebut, agar tidak dijangkiti lagi di kemudian hari.

lubang kecil di telinga

Contoh keadaan selepas pembedahan kecil akibat jangkitan yang berulang-ulang pada preauricular sinus.

.

Langkah Pencegahan Lubang Kecil di Telinga

.

Tiada langkah pencegahan yang boleh dilakukan kerana ianya mempunyai faktor keturunan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

Apa Itu Obesiti & Kesan Kompleksnya

apa itu obesiti

Adakah anda cakna tentang apa itu obesiti?

Malaysia merupakan negara dengan kadar tertinggi obesitI dan masalah berat badan berlebihan (overweight) di antara negara-negara Asia,…

64% dari populasi lelaki dan 65% dari populasi wanita adalah sama ada obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan.

Hasilnya, terdapat peningkatan prevalens kencing manis di kalangan dewasa 18 tahun dan ke atas dari 11.6% ke 17.5% dalam 9 tahun (2006-2015).

Prevalens darah tinggi pula kekal tinggi pada 30%. Lebih dari 50% kes kencing manis dan darah tinggi tidak didagnos.” (World Health Organization, WHO)

This is serious, guys!

Menjadi negara dengan orang gemuk dan obes terbanyak di Asia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan!

.

Apa Itu Obesiti?

.

Mayo Clinic mendefinisikan obesiti sebagai penyakit yang kompleks berpunca daripada lemak dalam badan yang berlebih-lebihan, yang mana ini akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan strok.

Obesiti didagnos apabila seseorang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI) sebanyak 30 dan ke atas. BMI 25 hingga 29.9 pula menunjukkan anda overweight.

Kiraan BMI ialah dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan tinggi dalam meter yang dikuasa-duakan. Contohnya, seseorang dengan tinggi 150cm mempunyai berat badan 65kg. BMI-nya ialah 65 / 1.5 / 1.5 = 28.8kg/m2 (overweight).

apa itu obesiti

Berapakah BMI anda? Di kedudukan manakah anda berada?

.

Faktor Overweight dan Obesiti

.

Ada banyak faktor yang menentukan masalah berat badan berlebihan dan obesiti, antaranya genetik, persekitaran, metabolik dan punca hormon.

.

1# Genetik / Keturunan

Selain susunan DNA yang anda terima dari kedua ibu bapa, anda juga ‘mewarisi’ corak pemakanan dan gaya hidup dari keluarga anda.

Contohnya, ibu bapa yang kerap mengambil makanan segera dalam jumlah yang besar, pastilah menunjukkan ‘contoh’ ini kepada anak-anak. Jika anak itu sendiri tiada kesedaran dan terus mengikut apa yang diamalkan, akan membesarlah dia sebagai seorang yang gemuk atau obes dengan risiko macam-macam penyakit.

.

2# Masalah Kesihatan dan Kesan Sampingan Ubat

Sebagai contoh, pesakit sendi kerana faktor penuaan pastilah tidak berupaya bersenam kerana sakit. Jika tidak dikawal pemakanan akan dengan mudahnya mengalami berat badan berlebihan.

Contoh lain ialah pesakit yang memerlukan rawatan steroid yang berpanjangan untuk mengawal sesuatu penyakit, juga mempunyai kesan sampingan yang dipanggil moon face dan buffalo hump serta kelihatan gemuk atau obes.

kesan sampingan steroid

Klik gambar untuk baca tentang Kesan Sampingan Steroid.

.

3# Faktor Usia

Dengan peningkatan usia, berlaku perubahan hormon dan kebanyakannya menjadi kurang aktif. Jadinya, kurang lemak dibakar dan menjurus kepada berat badan berlebihan dan obesiti.

Selain itu, orang yang lebih tua juga mempunyai jisim otot yang kurang berbanding yang lebih muda (muscle atrophy). Kurang otot bermakna, kurang juga kadar metabolisma dan kebolehan membakar lemak. Jadi, kalau tidak mengawal pemakanan memang amat mudah sekali mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

.

4# Salah Cara Diet

Kalau anda pernah dengar tentang “Diet Yo-yo”, ia boleh juga menyumbang kepada kenaikan berat badan yang mendadak.

Diet Yo-yo ialah diet yang semakin diet tetapi semakin gemuk. Ini terjadi kerana salah faham tentang cara diet, iaitu kurang pengambilan makanan yang disangkakan membantu menurunkan berat badan. Padahal, kurang makan akan menyebabkan kemerosotan otot yang kemudiannya menurunkan kadar metabolisma dan kurang pembakaran lemak.

Boleh rujuk entri Diet Yo-yo untuk bacaan lanjut.

.

5# Pemakanan Tidak Seimbang & Gaya Hidup Tidak Sihat

Dalam banyak-banyak faktor, inilah faktor terbesar penyebab berat badan berlebihan dan obesiti.

Mak ayah anda obes, jika anda juga tidak mengawal pemakanan, tidak bersenam, anda juga akan obes. Pernah nampak satu keluarga anak beranak semuanya bulat-bulat? Banyak je.

Anda bermasalah sendi, tetapi mengamalkan pemakanan tidak seimbang anda juga mudah gemuk dan obes.

Anda seorang yang baru berusaha untuk berhenti merokok tetapi menggunakan makan sebagai alternatif untuk menangani ‘withdrawal’ anda, anda akan mudah naik berat badan. Dan banyak lagi contoh lain.

Pemakanan seimbang ialah yang mengandungi kesemua 4 kumpulan makanan (karbohidrat, protein, serat) pada bahagian yang betul.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pemakanan seimbang suku-suku-separuh untuk kesihatan optimum.

Yang banyak diamalkan oleh mereka dengan berat badan berlebihan dan obes ialah, portion karbohidrat dan lemak yang melebihi kumpulan makanan lain. Serat seperti sayur dan buah-buahan pula sangat kurang atau tidak diambil langsung.

Gaya hidup tidak sihat pula ialah seperti kurang bersenam, kurang berjalan, makan lewat malam dan lain-lain.

.

Kenapa Anda Perlu Bimbang Jika Anda Dalam Kumpulan Obesiti?

.

Seperti di awal entri tadi, obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan terutamanya sistem kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Obesiti boleh mengganggu kesihatan di mana-mana organ dan bahagian tubuh:

  • Serangan jantung dan strok : disebabkan tekanan darah yang naik dan keabnormalan profil kolesterol (kolesterol jahat tinggi)
  • Kencing manis jenis 2 : kerana berlaku peningkatan kerintangan terhadap insulin (insulin kurang sensitif terhadap glukosa, jadi paras gula darah naik)
  • Beberapa jenis kanser : rahim, serviks, ovary, payudara, usus, salur makan (esophagus), hati, buah pinggang dan prostat
  • Masalah pencernaan : ketidakhadaman, batu dalam hempedu, masalah hati
  • Masalah ginekologi dan hubungan intim : contohnya ketidaksuburan untuk wanita dan mati pucuk bagi lelaki
  • Masalah pernafasan seperti Obstructive sleep apnea : salur pernafasan menjadi sempit disebabkan pengumpulan lemak di leher
  • Masalah sendi seperti osteoarthritis: tekanan ke atas sendi yang menyokong berat badan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi
  • Masalah psikologi : seperti kemurungan, menyendiri kerana malu, rasa rendah diri yang melampau

.

apa itu obesiti

Kanak-kanak yang obes juga tidak terlepas dari risiko pelbagai masalah kesihatan ini. Kasihanilah mereka!

.

Bila anda sakit dan dimasukkan ke wad pula, proses untuk memberi bantuan perubatan dan menyelamatkan seorang yang obes boleh jadi sangat mencabar – susah nak beri bantuan pernafasan, ‘difficult line‘ sebab lemak yang tebal di bawah kulit.

Kalau ditakdirkan anda diuji dengan strok dan akan bedridden pula, bayangkan bagaimana pula dengan ahli keluarga yang akan menguruskan anda setiap hari?

Percayalah, tiada siapapun yang suka diri mereka gemuk dan obes. Susah payah yang disebabkan gemuk dan obes ini sangat meletihkan diri sendiri dan orang lain.

Jika anda sudah faham apa itu obesiti dan kesan-kesan terhadap kesihatan menyeluruh anda, berubahlah demi kebaikan anda dan ahli keluarga yang memerlukan anda. Tetapi, jika anda sendiri tidak mahu berubah, tiada apa pun yang akan berubah.

Because health is the real wealth.

Shaklee Detox Program menyediakan plan pemakanan mudah dan seimbang dengan kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. 

Sudah ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat tanpa rebound.

Bertindak segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

SOP Covid 19 – Lupakah Kita?

SOP Covid 19 – Lupakah Kita?

Seminggu dua ni, terbuntang mata saya setiap hari bila melihat paparan jumlah kes harian covid19 yang makin naik dari hari ke hari akibat tak ikut SOP covid 19 yang ditetapkan kerajaan.

Covid19 ni, kalau kita betul faham macam mana cara jangkitan, berapa lama tempoh inkubasi, apa simptom yang boleh ada dan sebagainya, kita akan faham kenapa satu dunia tetapkan standard operating procedures (SOP covid 19) macam tu.

Mai kita refresh balik kot-kot ada yang terlupa.

apa itu virus corona covid19

.

Apa Yang Kita Perlu Faham Tentang SOP Covid 19?

.

1# Covid19 ialah sejenis jangkitan virus (bukan bakteria)

Jadi, antibiotik takkan berkesan untuk membunuh covid19. Rawatan covid19 hanyalah supportive. Contohnya kalau ada batuk, kita bagi ubat batuk. Kalau perlukan bantuan pernafasan kita bagi bantuan pernafasan, dan sebagainya.

.

2# Covid19 ialah jangkitan salur pernafasan

Jadi akan menyebabkan simptom-simptom berkaitan salur pernafasan seperti:

  • demam tinggi (sebab jangkitan)
  • batuk berkahak
  • sesak nafas

Kenapa ada kes yang tiada simptom? Kerana boleh jadi sistem imun orang itu lebih kuat dan tidak memunculkan apa-apa simptom.

.

3# Cara jangkitan ialah melalui droplets dari pesakit

Kajian mendapati, apabila pesakit batuk, droplets yang mengandungi virus akan tersebar ke udara dan ‘jatuh’ ke permukaan selepas kira-kira 1 meter dari pesakit.

Sebab itulah kita dinasihatkan untuk mengamalkan:

  • penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain
  • kerap mencuci tangan kot-kot kita ada terpegang droplet pesakit
  • pakai pelitup muka di tempat awam
  • elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut supaya kita tak ‘pindahkan’ virus masuk ke dalam badan kita

sop covid 19

4# Tempoh inkubasi covid19 ialah 14 hari

Tempoh inkubasi ialah jumlah hari dari anda dijangkiti sesuatu dan boleh mula menunjukkan simptom. Untuk covid19, tempoh inkubasi ialah 14 hari.

Maksudnya apabila anda dijangkiti, simptom boleh muncul pada bila-bila masa dalam 14 hari ini. Ada yang lambat, ada yang cepat, dan ada yang tiada simptom.

Sebelum simptom muncul, kalau anda berjalan ke sana sini dan tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan, kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain adalah sangat tinggi.

Sudahlah ujian swab covid19 tak semestinya buat pertama kali terus positif. Ada yang memerlukan ujian kedua dan ketiga untuk mendapatkan keputusan positif.

Sebab itulah, mereka yang berisiko akan dikuarantin (atau perlu kuarantinkan diri sendiri) selama 14 hari. Antaranya mereka yang baru pulang dari luar negara, kontak rapat pesakit yang disahkan positif (walaupun ujian covid19 kontak rapat ini negatif) dan frontliners di kawasan yang banyak kes harian.

Jadi, kalau anda diminta kuarantin diri sendiri sehingga ke sekian-sekian tarikh, sila patuh untuk kebaikan bersama.

.

Kesimpulan : SOP Covid 19 Yang Perlu Kita Patuhi

.

Amalkan 3W

  • Wash : kerap mencuci tangan dengan sabun. Gunakan sanitizer di luar atau di tempat yang tiada sabun)
  • Wear : pakai pelitup muka di tempat awam
  • Warn : patuhi amaran dari KKM dengan konsep peringatan seperti
    • cara baru ‘bersalam’ (elakkan bersalam atau bersentuhan)
    • amalkan etika batuk dan bersin yang betul (menggunakan sapu tangan atau tisu)
    • dapatkan rawatan segera jika ada simptom
    • lebihkan masa duduk di rumah, keluar jika perlu sahaja
    • disinfeksi di kawasan yang kerap disentuh orang
    • golongan berisiko tinggi, elakkan keluar (orang tua, kanak-kanak, ada penyakit kronik, dan lain-lain)

.

Elakkan 3C

  • NO Crowded (tempat sesak)
  • NO Confined (tempat sempit)
  • NO Close (bercakap pada jarak dekat)

sop covid 19

Patuhi semua SOP covid 19 ini, insyaaAllah kita takkan mudah dijangkiti. Kalau sampai sekarang pun anda masih tak boleh faham tentang covid 19 ini, tak mengapa. Tetapi patuhilah SOP yang ditetapkan.

Dan yang paling penting, nak putuskan rantaian covid19 perlukan kerjasama semua pihak. SEMUA!

Come on. We did this. And surely we can do this again, guys!

Kita tak mampu ‘lari’ dari jangkitan Covid 19. Tetapi kita boleh ikhtiar untuk kuatkan sistem imun tubuh untuk elakkan jangkitan yang teruk. Nak tahu bagaimana, boleh whatsapp saya.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020 ialah percuma beg cantik (macam dalam video), percuma keahlian dan percuma penghantran dengan pembelian mana-mana dari dua set di bawah:

1# Best Seller Set

Kalau korang sedang berkira-kira nak mula amalkan suplemen tapi tak tahu nak pilih yang mana satu, saya cadangkan Best Seller Set ni. Sebabnya, produk-produk dalam set ini menyediakan nutrisi paling asas yang diperlukan oleh tubuh kita. Jom saya tunjukkan satu per satu.

.

Protein

Secara amnya, protein merupakan blok binaan asas setiap sel dalam badan kita, Hampir seluruh badan kita ni terbina dari protein tau. Jadi, kalau kita kekurangan protein, macam-macam boleh muncul.

Antara manfaat protein ialah seperti berikut:

  • membekalkan tenaga berkekalan
  • menyokong kehamilan shat
  • menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • membantu pembekalan susu ibu yang berterusan
  • penting untuk kulit yang sihat
  • menyokong perkembangan otot
  • mengurangkan sindrom menopaus
  • mengurangkan paras kolesterol (berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari akan memberi kesan penurunan kolesterol darah)
  • menyokong sistem imun tubuh (protein diperlukan untuk pembinaan antibodi)

.

Betulkah ESP membekalkan protein yang berkualiti?

  1. ESP diperbuat dari soya bukan GMO (tak diubah secara genetik) di mana soya asli sahaja yang digunakan
  2. 1 hidangan ESP membekalkan 14 gram protein dengan indeks glisemik rendah (Rujuk entri tentang Indeks Glisemik)
  3. Skor keupayaan untuk dicerna (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score, PDCAAS) ialah 1.0, di mana nilai ini ialah nilai tertinggi untuk kualiti protein
  4. Membekalkan kesemua 9 asid amino ‘perlu’ yang tak dapat dihasilkan badan
  5. Kaya dengan kalsium (setiap hidangan menyediakan 50% keperluan kalsium harian)
  6. Berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari memberi kesan penurunan paras kolesterol dalam 3 bulan

waktu terbaik minum susu

Promosi Shaklee Oktober 2020

.

Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan lemak ‘sihat’ yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi antaranya seperti di bawah:

  • mengurangkan keradangan punca pelbagai masalah kesihatan
  • membantu mengawal paras kolesterol dan tekanan darah
  • menyokong kesihatan jantung
  • menyokong kesihatan otak
  • membantu menurunkan berat badan secara sihat (omega-3 meningkatkan metabolisma)
  • melawan kemurungan dan kebimbangan
  • menggalakkan kesihatan sendi
  • menyokong kesihatan mata

.

Badan kita tak dapat menghasilkan omega-3. Jadi, nak tak nak kita memang perlu dapatkan dari pemakanan seharian atau suplemen yang berkualiti.

Keistimewaan Omega Guard?

  1. Telah melalui proses penyulingan 3 peringkat yang mana proses ini penting untuk menapis bahan berbahaya seperti logam berat dan merkuri, serta mendapatkan omega-3 yang tulen
  2. Mempunyai kepekatan omega-3 yang tertinggi iaitu sebanyak 90% EPA dan DHA
  3. Sumbernya adalah dari ikan kecil kerana ikan kecil mempunyai kurang pengumpulan toksin
  4. Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS) yang mana bekalannya sentiasa berterusan tanpa menjejaskan alam sekitar
  5. Mempunyai spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  6. Bau dan rasa hanyir yang sangat minima

.

Vitamin C

Vitamin C juga tidak dapat dihasil dan disimpan oleh badan kita. Kalau kita tak ambil vitamin C dari pemakanan hari itu, maknanya kita tak dapatlah vitamin C untuk hari tersebut.

Padahal vitamin C diperlukan untuk menfaat-manfaat berikut:

  • Fungsi imun badan : merangsang pengeluaran pelbagai sel imun, membantu menghasilkan antibodi. Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin C mengurangkan tempoh selesema dan mengurangkan rasa demam dan kesejukan
  • Mempercepatkan tempoh pemulihan dari selesema
  • Menggalakkan kulit cerah sihat kerana vitamin C ialah sejenis antioksida
  • Merangsang penghasilan kolagen yang bukan sahaja untuk kesihatan kulit tetapi juga kesihatan sendi
  • Membantu pembaikan tisu dan penyembuhan luka
  • Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil dan menyusu
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan oleh radikal bebas (vitamin C ialah antioksida)

.

Apa pula kelebihan SR Vita C Plus?

  1. Bersumberkan dari ekstrak jagung yang lembut terhadap perut (sesuai diambil oleh penghidap gastrik)
  2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang mana 1 tablet membekalkan 500mg vitamin C untuk tempoh 5 jam secara berterusan. Ini bersamaan dengan 7.5 biji oren, atau 6 cawan brokoli, atau 119 lobak merah!
  3. Diperkaya 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi bersama vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya
  4. Kos efektif : sebiji vitamin C bernilai 54 sen sahaja (harga ahli pastilah lebih murah)

testimoni vitamin c shaklee

Klik Testimoni Vitamin C untuk koleksi testimoni dari pengguna

.

Vitamin-vitamin B (B complex)

Selain terkenal membantu meningkatkan tenaga, vitamin-vitamin B juga memberi manfaat-manfaat kesihatan berikut:

  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan tahap imuniti badan
  • Membantu menghasilkan sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan (B12)
  • Menyokong jantung dan sistem peredaran darah sihat (B6 dan B12)
  • Baik untuk kesihatan rambut dan kuku (B7)
  • Menyokong kesihatan kulit (B5)
  • Menyokong perkembangan otak dan saraf fetus (B9)

.

Tahukah anda, B Complex termasuk dalam National Essential Medicine List (NEML), menunjukkan yang ianya nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap orang.

.

B Complex dari Shaklee sangat istimewa:

  1. Membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang
  2. Dilengkapi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang penting untuk memastikan ianya lebih mudah diserap terutamanya asid folik

.

Kalsium

Berikut ialah antara manfaat kalsium secara am:

  • Penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta gigi
  • Menyeimbangkan tekanan darah
  • Membantu melegakan senggugut
  • Membantu masalah insomnia
  • Menyokong sistem saraf yang sihat
  • Menggalakkan pergerakan usus yang sihat
  • Denyutan nadi yang sihat
  • Melegakan sakit sendi

.

Ostematrix, bukan sekadar membekalkan kalsium semata-mata tetapi lebih dari itu. Bukan kalsium sahaja yang diperlukan untuk pembinaan tulang yang kuat.

  1. Mengandungi campuran 7 nutrisi untuk membina ketumpatan tulang yang sihat
    • Kalsium : bahan utama untuk tulang dan gigi
    • Magnesium : bertindak seperti ‘kenderaan’ untuk membawa kalsium masuk ke dalam tulang
    • Vitamin D : merangsang penyerapan kalsium dalam usus
    • Boron : penting untuk metabolisma tulang
    • Mangan, zink dan kuprum : mengaktifkan enzim-enzim yang terlibat
  2. Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah diuji secara klinikal

.

2# Viva Vivix Set

Vivix ialah minuman botani yang kaya dengan nutrisi polifenol. Baca lebih lanjut tentang Manfaat Kesihatan Polifenol.

Info lanjut tentang keistimewaan Vivix pula di sini : Vivix Shaklee Malaysia.

promosi shaklee oktober 2020

Whatsapp Ain 016-4214704 untuk grab promosi Shaklee Oktober 2020 ini segera! Sehingga 31 Oktober 2020 dan selagi stok masih ada.

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

cegah bedsores

pesakit terlantar

Bedsores, nama lainnya ialah pressure sores, biasanya terjadi pada pesakit terlantar apabila tisu kulit ditekan di antara dua permukaan keras (yang mana salah satunya ialah tulang).

Keadaan ini mengganggu pengaliran darah di bahagian kulit tersebut, menyebabkan kulit mengalami keadaan seperti “serangan jantung” atau “stroke“. Tisu-tisu tersebut kemudiannya “tercedera” kerana kekurangan darah, lama kelamaan akan ‘mati’ dan berisiko dijangkiti kuman.

Jika dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, amat berisiko mengalami jangkitan darah (sepsis), komplikasi kerosakan organ-organ dalaman dan akhirnya kematian!

.

Pesakit Terlantar Paling Berisiko Mengalami Bedsore

.

Oleh kerana ‘culprit‘ utamanya ialah tekanan yang berpanjangan, pesakit yang terlantar adalah golongan yang paling berisiko.

Contohnya, pesakit yang tidak sedarkan diri atau tidak mampu bergerak sendiri seperti biasa selepas serangan stroke, pesakit kemalangan dengan ‘multiple trauma‘ (patah tulang kaki dan tangan), pesakit yang kronik di ICU dan banyak lagi.

.

Gejala-gejala

.

Tekanan ke atas tisu kulit yang berpanjangan, akan mengakibatkan pengaliran darah terganggu. Lalu akan terhasilnya gejala-gejala berikut:

  • Perubahan warna kulit – kemerahan dan kebiruan
  • Perubahan suhu kulit – suhu rendah (sejuk) menandakan gangguan pengaliran darah sudah berlaku, manakala suhu tinggi (panas) menandakan keradangan
  • Perubahan konsistensi tisu kulit – keradangan menyebabkan bengkak, jadi konsistensi kulit menjadi lebih lembut
  • Perubahan deria rasa apabila saraf ditekan – pesakit boleh merasa kebas dan menyucuk
  • Terdapat ruam berisi cecair (blisters) atau luka terbuka dengan cecair (serous or pus if infected)
  • Pembentukan ulser

.

pesakit terlantar

4 Tahap Bedsores

Gejala-gejala ini boleh terjadi mengikut tahap bedsores yang boleh dibahagikan kepada 4, seperti dalam gambar di atas:

  1. Tahap 1 : apabila terdapat perubahan warna dan perubahan suhu kulit sahaja
  2. Tahap 2 : kehilangan lapisan dermis kulit membentuk ulser
  3. Tahap 3 : ulser lebih dalam tetapi struktur kulit yang lebih dalam seperti tendon dan tulang tidak kelihatan
  4. Tahap 4 : ulser yang dalam sehingga kelihatan tulang, tendon dan struktur bawah kulit yang lain

.

5 Langkah Mudah Cegah Bedsores

.

Walaupun komplikasi bedsores boleh membawa kepada kematian, berita baiknya ialah ianya boleh dicegah.

Langkah-langkah pencegahan berikut memerlukan usaha dan kerjasama dari ahli keluarga atau penjaga pesakit.

  1. Kerap mengubah posisi pesakit sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Contohnya 2 jam pertama baring, 2 jam seterusnya mengiring ke kanan, 2 jam berikutnya mengiring ke kiri. Kalau boleh duduk tepi katil lebih baik juga.
  2. Melapik bahagian yang berisiko dengan kusyen lembut untuk mengurangkan tekanan. Antaranya menggunakan tilam khas untuk pesakit terlantar (Ripple mattress), meletakkan pelampung atau sarung tangan getah yang diisikan dengan air.
  3. Pemeriksaan kulit pesakit setiap hari adalah ‘wajib’ untuk pengesanan awal bedsores dan mencegah menjadi lebih teruk
  4. Menggunakan produk mandian yang sesuai terutamanya jika pesakit berkulit kering, selalu gatal dan berkulit sensitif.
  5. Pemakanan sihat dan seimbang untuk menyokong kesihatan, pembentukan otot dan pembaikan tisu-tisu rosak. Amalkan pemakanan suku-suku-separuh untuk nutrisi seimbang yang diperlukan badan.

.

pesakit terlantar

Ini ialah bahagian tubuh yang berisiko mengalami bedsores. Salah satu langkah untuk cegah bedsores ialah dengan menukar posisi pesakit dengan kerap, sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk 1 posisi.

Kuku Cengkam : Punca dan Rawatan

Kuku Cengkam : Punca dan Rawatan

kuku cengkam

Kuku cengkam – beginilah keadaan jari dan kuku yang terlibat.

Adududuuu siapa yang pernah ada pengalaman masalah ni, mesti tahu betapa nyut nyut nyutnya kesakitan yang dihadapi.

Cengkam kuku, nama lainnya ialah cagu, merupakan masalah kuku yang tumbuh ke dalam isi. Sesuaila dengan ‘nama’nya di dalam bahasa Inggeris – “ingrown nail” – bermaksud kuku yang tumbuh ke dalam.

Bila ini terjadi, akan menyebabkan jari dan kuku yang berkenaan sakit dan ada kalanya boleh mengakibakan jangkitan (bengkak, kemerahan, bernanah).

Puncanya, kebanyakannya disebabkan cara memotong kuku yang salah.

Cuba tengok gambar di bawah ini.

kuku cengkam

Cara potong kuku untuk mengelak kuku cengkam ialah cara yang paling kanan sahaja.

Hanya yang paling kanan merupakan cara memotong kuku yang betul, iaitu kuku dipotong mengikut satu garisan lurus. Bukannya membentukkan kuku menjadi bulat hujungnya atau berbentuk V. Dan memotong kuku terlalu dalam seperti gambar paling kiri juga boleh menyebabkan masalah cengkam kuku.

Jadi lepas ni check semula cara potong kuku anda kalau tak nak kena cagu ni.

Punca lain boleh jadi dari pemakaian kasut yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Contohnya kasut yang tirus hujungnya dan bertumit tinggi pula. Tekanan ke atas kuku akhirnya boleh menyebabkan masalah ini.

Apa nak buat bila dah kena cagu ni?

.

Rawatan Untuk Kuku Cengkam

.

Oleh sebab simptom-simptom berpunca dari kuku yang tumbuh ke dalam isi, rawatan utama bertujuan melepaskan isi dari cengkaman kuku tadi dan merawat simptom yang muncul.

Sebagai contoh dengan mengepit kuku yang mencengkam isi, atau menggunakan floss untuk memisahkan kuku dan isi (floss ialah ‘tali’ halus yang digunakan untuk membersihkan celah-celah gigi).

Jika tidak memberi perubahan atau untuk kes yang lebih teruk contohnya telah terjadi jangkitan, segeralah ke klinik untuk rawatan lanjut.

Anda mungkin memerlukan pembedahan minor sebagai rawatan. Ubat makan seperti ubat tahan sakit, surut bengkak, krim sapu dan antibiotik, akan diberikan jika ada indikasi.

Perubahan yang baik seperti bengkak semakin kecut, sakit semakin berkurangan dan tiada lagi nanah, merupakan petunjuk yang baik cekam kuku anda semakin pulih.

Lepas dah sembuh, bolehlah anda kenal pasti punca dan amalkan cara untuk mencegah dari terjadi lagi, ok?

P/S: Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat sakit yang teramat sangat.

Shaklee Rosakkan Buah Pinggang, Betul Ke?

Shaklee Rosakkan Buah Pinggang, Betul Ke?

Isu “Shaklee rosakkan buah pinggang” ni dah banyak kali trending kat media sosial. Boleh dikatakan setahun sekali mesti ada punyalah pasal ni. Kadang-kadang naik muak juga nak layan isu ni haha.

Tapi itulah, bila ada yang tak tahu dan nak tahu, kita yang tahu ni kenalah cerita. Yang tak tahu tapi suka sebarkan fitnah tu memang banyak.

Zaman di mana semua maklumat kita boleh dapat hanya dari hujung jari ni, semudah itu juga sesuatu fitnah boleh tersebar. Kita yang dikurniakan otak dan akal ni, gunakanlah ia untuk berfikir mana betul mana salah.

shaklee rosakkan buah pinggang

.

Dulu, Saya Seorang Yang Skeptikal Dengan ‘Suplemen’

.

Pantang sahaja pesakit memberitahu yang mereka ada juga mengambil suplemen sekian-sekian, terus saya nasihatkan supaya berhenti dan hanya ambil ubat hospital atau klinik sahaja.

Tak tahulah kenapa rasa begitu benci sekali dengan ‘suplemen’ masa tu. Mungkin juga ketika itu (awal tahun 2000), mula muncul macam-macam produk mengarut dan banyak pula kes buah pinggang rosak sebab ambil suplemen macam-macam.

Oh ya. Kes macam ni memang wujud. Maksud saya, kes yang tiba-tiba sakit dan meninggal, ada sejarah pengambilan suplemen. Biasanya suplemen untuk kurus dan kecantikan kulit.

Saya ingat lagi, ada seorang ibu dalam pantang datang dengan sesak nafas dan jantung laju. Bila ditanya, katanya ada ambil produk jamu. Selepas beberapa jam disahkan meninggal kerana kegagalan jantung. Pesakit ni tak pernah ada masalah kesihatan apa-apa. Even sepanjang kehamilan pun tiada masalah. Jadi, orang menuding jari kepada jamu lah, especially yang tak ada kelulusan KKM, ada kandungan barang terlarang dan lain-lain. Scary kan?

Satu kes lain yang saya masih ingat ialah seorang lelaki yang masih muda kalau tak silap 20an ke 30an umurnya. Datang dengan simptom kegagalan buah pinggang juga, dan ada sejarah pengambilan bermacam-macam suplemen. Malang nasibnya sebab masih muda tapi dah kena bergantung kepada dialisis 3 kali seminggu untuk terus hidup.

Macam mana pula dengan Shaklee, betul ke Shaklee rosakkan buah pinggang?

.

Saya Mula ‘Buka Mata’ Kepada Shaklee

.

Tahun 2012 ialah tahun saya mengandungkan anak pertama. Masa tu seorang kawan saya semasa di MRSMPC selalu berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Beliau ialah Master Nadiah Suhaidi (masa tu beliau belum naik Master lagi).

Saya tertarik dengan perkongsian beliau tentang Set Menyusu Shaklee. Anak pertama beliau masa tu sihat betul Alhamdulillah. Saya mula mencari gali ilmu tentang penyusuan juga. Dah pasang azam dah nak menyusukan anak sampai 2 tahun at least hehe.

Oktober 2012 ialah bulan pertama saya mencuba Set Menyusu Shaklee. Saya beli full set terus sebab set tu memang sediakan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu dan bayi yang disusukan. Masa tu set tu terdiri daripada ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Alfalfa Complex (6 item kesemuanya).

“Kenapa saya BERANI consume produk Shaklee ni? Enam produk plak tu sekaligus!”

Boleh baca lebih lanjut di entri Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan.

Beberapa bulan konsisten Set Menyusu ini, saya mula mendapat kesan positif yang amat menggembirakan. Paling penting, saya berasa lebih sihat secara keseluruhannya. Saya mula mengkaji lebih mendalam tentang Shaklee dan produk-produknya.

Saya teruja. Tak sangka, wujud rupanya suplemen berkualiti yang selamat diambil untuk jangka masa panjang (lebih 10 tahun) . Bila saya mendapat maklumat tentang Kajian Landmark pula, lebih bangga rasanya sebagai pengguna Shaklee.

Dalam kajian ini mendapati, selepas berpuluh-puluh tahun, pengguna beberapa produk Shaklee (Multiple Shaklee Users) adalah kumpulan paling sihat, berbanding kumpulan No Supplement dan Single Multivitamin (jenama selain Shaklee.

Dari kajian ini juga, tiada bukti Shaklee rosakkan buah pinggang selepas berpuluh-puluh tahun pengambilan beberapa produknya.

kajian landmark shaklee

Dalam Kajian Landmark, kumpulan pengguna beberapa suplemen Shaklee didapati mempunyai paras nutrisi darah terbaik, biomarker kesihatan jantung yang lebih baik dan risiko penyakit yang lebih rendah. Baca lebih lanjut lagi di entri Landmark Study Kajian Penting Suplemen Makanan.

.

Saya Mula Memperkenalkan Shaklee Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya

.

Bila kita dah jumpa sesuatu yang boleh memperbaiki tahap kesihatan diri, sudah tentulah terbayang keluarga sendiri yang on off mengadu sakit itu ini.

Encik suami kerap mengadu lenguh badan, sakit lutut, masalah kulit selalu naik ruam alahan dan lain-lain… Saya kenalkan dengan produk Shaklee.

Emak saya pernah mengalami masalah kolesterol jahat yang TAK PERNAH turun-turun sampai dah nak kena start ubat… Akhirnya, menangis kegembiraan mak bila keputusan kolesterol turun buat pertama kalinya daripada 6.8 kepada 5.8 asbab 2 bulan disiplin mengikut cara pemakanan dan detox cara Shaklee serta konsisten mengambil Vivix ketika itu.

Ayah saya pula daripada seorang yang juga skeptikal dengan suplemen, bila sendiri dah rasa kesan produk Shaklee, masih menjadi pengguna setia produk ini sehingga hari ini. Paling tak boleh lupa bila ayah didiagnos glaukoma, bimbang sangat ayah dengan tahap penglihatannya. Makan itu ini tak berapa rasa kesannya, tapi saya suruh istiqomah dan hasilnya syukur Alhamdulillah.

Kesan-kesan pengambilan Shaklee terhadap family saya, boleh baca setiap satu dari entri Tentang Kami ini.

Yang penting, untuk orang yang saya sayang, WAJIB saya pastikan sesuatu itu selamat untuk diambil, lebih-lebih lagi untuk jangka masa panjang.

Kini, saya sendiri seorang pengguna Shaklee ‘kronik’, dah hampir 8 tahun rupanya (sejak 2012). Suami saya pula bukan jenis yang suka konsisten dengan suplemen, tetapi sangat suka Ostematrix, Vitamin C dan Zinc Complex. Ambil kadang-kadang ikut suka hati dia saja haha.

Ayah dan ibu saya pula masing-masing pengguna Shaklee sejak 2016. Dah 4 tahun rupanya mak ayah ambil beberapa produk Shaklee setiap hari without fail kecuali terlupa. Kalau travel jauh tu, mak akan pastikan vitamin-vitamin yang akan dibawa cukup bekalannya.

luka melecur

Kalau betul Shaklee rosakkan buah pinggang, takkanlah saya tergamak nak bagi kesayangan saya ambil produk-produknya.

.

“Makan Shaklee Lama-lama, Tak Risau ke Shaklee Rosakkan Buah Pinggang?”

.

Setiap tahun saya akan pastikan diri sendiri, suami, mak dan ayah jalankan ujian darah rutin.

Alhamdulillah, sebelum mengambil Shaklee mak dan ayah saya tidak menghidap apa-apa penyakit. Begitu juga saya dan suami.

Dan Alhamdulillah juga, setelah bertahun-tahun istiqomah mengambil beberapa produk Shaklee, ujian darah kami setiap tahun juga masih cantik.

Kami tak bimbang sangat dengan khabar angin yang Shaklee rosakkan buah pinggang. Sebab sejak Shaklee masuk Malaysia lebih 20 tahun lepas, tidak pernah ada saman ke atas Shaklee berkaitan produk Shaklee menyebabkan kerosakan buah pinggang atau apa jua penyakit lain.

Ujian darah inilah bukti yang Shaklee tak merosakkan buah pinggang kami. Bukti yang Shaklee selamat kami ambil untuk jangka masa panjang.

shaklee rosakkan buah pinggang

Inilah keputusan ujian darah saya yang terbaru, Julai 2020. Alhamdulillah fungsi buah pinggang dan hati normal. Tahun ke-8 sebagai consumer konsisten produk-produk Shaklee yang pelbagai. Keputusan mak dan ayah pun syukur normal fungsi buah pinggang dan hati.

.

Kesimpulannya, take home message untuk anda:

  • Jangan mudah percaya dengan khabar angin terutamanya yang tiada bukti.
  • Jangan mudah kongsi info yang tidak tentu salah benarnya. Silap haribulan, dikhuatiri anda menanggung kerosakan fitnah.
  • Dapatkan info dari sumber yang boleh dipercayai. Contohnya, nak tahu tentang nutrisi, tanyalah pakar nutrisi, nak tanya tentang Matematik, tanyalah yang pakar tentang Matematik, nak tahu tentang memasak ikutilah resepi tukang masak dan sebagainya.
  • Sebanyak mana pun ilmu yang kita pelajari, ilmu Allah itu jauh berganda-ganda lebih luasnya. Diibaratkan ilmu yang kita tahu hanyalah setitik sahaja dari seluas lautan dunia.
  • Ada banyak punca kerosakan buah pinggang yang terbukti melalui kajian, seperti kencing manis dan darah tinggi, yang kebanyakannya berpunca dari sikap kita sendiri (makan tak sihat, malas bersenam dan lain-lain)

Akhir kata….

“Eat Healthily, Exercise Regularly, Supplement Wisely”

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Bahaya Lemak Trans Terhadap Kesihatan

Bahaya Lemak Trans Terhadap Kesihatan

bahaya lemak trans

Bahaya lemak trans, sudah ramai yang sedia maklum, Tetapi adakah anda tahu terdapat makanan seharian anda yang mengandungi lemak ‘jahat’ ini?

Yang jarang-jarang makan makanan tidak sihat itu tidak mengapalah lagi kan. Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan sesuatu sumber makanan itu makanan yang diambil (hampir) setiap hari tanpa mereka sedar yang ianya mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi?

.

Apa Itu Lemak Trans?

.

Lemak trans ialah lemak yang terhasil daripada penambahan hidrogen ke dalam minyak sayuran yang menukarkan cecair lemak kepada bentuk pepejal pada suhu bilik (proses ini dipanggil hidrogenasi).

Ianya boleh didapati di dalam produk haiwan secara semulajadi, di dalam shortening dan produk marjerin, makanan segera, makanan yang telah diproses (processed foods) serta yang telah dibakar (seperti roti dan pastri).

Lemak trans sangat digemari oleh pengeluar makanan kerana berupaya memanjangkan jangka hayat produk. Teksturnya yang berkrim dan kurang berminyak boleh membuatkan sesuatu produk seperti pastri nampak lebih menarik dan menyelerakan. Ia juga boleh diguna semula di dalam memasak terutamanya untuk menggoreng dan membakar, jadinya menjimatkan kos bahan mentah.

Namun, di sebalik ‘kebaikan’ bagi pengeluar makanan yang telah disebutkan, sebenarnya terlindung bahaya lemak trans kepada kesihatan pengguna sehingga boleh membawa maut dalam diam!

jenis lemak

Pada tahun 2015, Food and Drug Administration, FDA telah mengeluarkan lemak trans dari senarai makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)”

.

Keburukan Lemak Trans Yang Anda Perlu Tahu

.

Pernah suatu ketika dahulu, salah seorang anak saya pertama kali merasa French fries. Ketika itu berlangsungnya kenduri saudara-mara kami. Biasalah, kalau kenduri akan ada makanan ‘merapu’ untuk budak-budak huhu…

Boleh dikatakan semua makanan yang mengandungi lemak trans sedap rasanya. Budak-budak pula, apa lah yang mereka tahu tentang kandungan nutrisi, yang mana baik yang mana buruk. Kalau sedap mereka akan suka, dan lagi lah banyak yang mereka makan. Dan ya, ketika itu anak saya memang makan banyak French fries tu.

Petang itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, anak saya mengadu sakit perut dan hendak membuang air besar. Seingat saya, ketika itu anak saya baru berusia 3 tahun dan masih memakai pampers. Jadi, kami berhenti di R&R untuk mencuci dan menukar pampersnya.

Terkejutnya saya bila mendapati anak saya berak berdarah! Tidak pernah-pernah anak saya alami sakit perut sehingga berak berdarah begitu. Saya risau dan terus memantau anak saya. Alhamdulillah hanya sekali dua sahaja najisnya berdarah. Selepas itu dah seperti biasa sahaja.

Dalam kes ini, salah satu keburukan lemak trans ialah ianya lebih sukar untuk dicernakan.

Terutamanya bagi kanak-kanak kecil yang perut mereka masih ‘fragile‘, jika diberi berlebihan akan lebih mudah mengalami sakit perut, sembelit dan tak mustahil boleh mengalami masalah usus jika terlalu melampau pengambilannya.

Setakat itu sahajakah keburukan lemak trans?

Tidak. Ada bahaya yang lebih menakutkan lagi. Sebab itulah ianya telah di-ban dari digunakan dalam makanan oleh FDA.

.

Bahaya Lemak Trans Juga Adalah Kerana Ianya Bersifat Pro-radang

.

Keradangan (inflammation) adalah punca bagi kebanyakan penyakit seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Keradangan berlaku apabila bahagian tubuh terasa panas, kemerahan dan membengkak – gejala yang mungkin kita anggap biasa. Dalam jangka masa panjang, keradangan mengakibatkan kecederaan yang tidak kelihatan di dalam tisu, saluran darah dan sendi-sendi, serta tidak mustahil kegagalan organ.

Contohnya, keradangan pada otak menyebabkan hubungan antara sel-sel otak menjadi lemak, mengakibatkan kecelaruan minda. Memori boleh menjadi lebih lemak dan tempoh fokus juga menjadi lebih pendek.

Dan ada kajian juga mendapati, keradangan yang berterusan di otak meningkatkan risiko migrain dan Alzheimer.

Kalau terjadi inflamasi pada jantung pula, akan meningkatkan risiko darah tinggi, degupan jantung tidak menentu dan serangan jantung.

Contoh lain lagi, inflamasi pada sendi pula menyebabkan sakit sendi, kekejangan dan bengkak sendi.

.

Lemak Trans Meningkatkan Paras Kolesterol “Jahat” LDL

.

Umumnya, kolesterol terbahagi kepada kolesterol “baik” (HDL, high density lipoprotein) dan “jahat” (LDL, low density lipoprotein; TGL, triglycerides).

LDL dinamakan kolesterol “jahat” kerana peningkatan parasnya membawa keburukan kepada kesihatan kita.

  • Menjadikan salur arteri menjadi lebih keras (kurang kenyal) dan lebih mudah tersumbat, menyebabkan risiko masalah kardiovaskular akan semakin meningkat (darah tinggi, strok, serangan jantung)
  • Meningkatkan kerintangan terhadap insulin (insulin resistance). Lalu, paras gula yang meningkat merisikokan pesakit kepada penyakit kencing manis. Untuk jangka masa panjang, kencing manis merupakan penyakit kronik yang membawa pelbagai komplikasi ‘advanced’ yang lebih menakutkan seperti kegagalan buah pinggang (perlu dialisis), kerosakan mata, masalah kulit, kerosakan saraf dan kehilangan anggota akibat amputasi.

.

Selain itu, lemak trans lain juga akan meningkatkan lemak visceral dan obesiti, menyebabkan pertambahan abnormal bakteria ‘jahat’ di dalam usus, meningkatkan risiko kemurungan, mengganggu kesuburan dan banyak lagi.

bahaya lemak trans

Antara makanan yang tinggi kandungan lemak trans ialah seperti dalam gambar ini.

.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Makanan Yang Mengandungi Lemak Trans?

.

Pada tahun 2015, lemak trans tidak lagi termasuk dalam kategori makanan “Generally Recognized as Safe (GRAS)” oleh FDA.

Dari buku Family Health Modern Diseases, hasil tulisan Dr. Bruce Miller, ada menyatakan, pengeluar makanan sebolehnya tidak akan menggunakan perkataan “lemak trans” pada pembungkus makanan, sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan yang lebih “suci murni” untuk mengaburi mata pengguna.

“The following fancy words on food labels indicate the presence of trans fatty acids:

  • zero trans fats
  • hydrogenated vegetable oil
  • partially hydrogenated oil
  • vegetable shortening
  • cholesterol free
  • cooked in vegetable oils
  • low in saturated fats
  • made with 100% vegetable oil
  • vegetable oil and fat
  • vegetable oil”

.

Tudia. Tertipu sungguh rasanya bila tahu kebenaran ini. Rasanya saya sendiri sudah banyak kali juga membeli makanan dengan beberapa label ini. Ku sangkakan makanan sihat, tetapi rupa-rupanya ada lemak trans yang tersembunyi!

Selain label-label tadi, menurut Mary G.Enig (pakar nutrisi yang mengkaji aspek nutrisi lemak dan minyak), makanan rapu (junk foods), makanan yang telah diproses (processed foods) dan makanan segera (fast foods) mempunyai kandungan lemak trans yang tinggi. Kata beliau, sebagai contoh ialah French fries yang mengandungi kira-kira 40% lemak trans!

bahaya lemak trans

.

Kesimpulannya, banyakkan membaca tentang nutrisi dan lebih cakna tentang kesihatan diri. Belajarlah membaca label makanan sebelum membeli. Elakkan makanan segera, makanan yang telah diproses dan makanan rapu untuk mengurangkan pengambilan lemak trans yang membahayakan.

Kurangkan keradangan kronik sebagai usaha mengurangkan risiko kanser dan penyakit-penyakit kronik lain.

Baca juga Manfaat Kesihatan Omega-3, lemak “baik” yang diperlukan tubuh untuk mengekalkan kesihatan anda.

.

Sumber:

  1. Food and Drug Administration, FDA
  2. Family Health Modern Diseases by Dr. Bruce Miller
  3. Dr Jocker
Apa Itu GERD & Langkah Pencegahan

Apa Itu GERD & Langkah Pencegahan

Apa Itu GERD? | GERD ialah singkatan bagi gastro-esophageal reflux disease.

Gastro‘ bermaksud perut, ‘esophagus‘ ialah salur pencernaan yang menyambungkan mulut kepada perut, dan ‘reflux‘ pula bermaksud ‘patah balik’.

Lihat gambar ini.

apa itu gerd

Gambar sebelah kanan menunjukkan keadaan normal di mana apabila makanan masuk ke dalam perut, injap (sphincter) yang menghubungkan hujung esophagus dengan perut akan mengecut dan menutup laluan masuk ke perut.

Di sebelah kiri pula menunjukkan keadaan GERD, di mana injap tadi masih terbuka, menyebabkan kandungan berasid perut boleh masuk semula (‘patah balik’) ke dalam esophagus.

.

Kenapa Ini Boleh Berlaku?

.

Punca utamanya ialah injap yang berfungsi secara abnormal. Ini boleh terjadi disebabkan faktor-faktor seperti obesiti, mengalami hiatal hernia, ibu hamil (faktor hormon dan perut yang semakin membesar) atau ada masalah tisu penghubung (connective tissue disease, contohnya scleroderma).

Keadaan boleh menjadi lebih buruk sekiranya anda:

  • seorang perokok
  • mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak
  • makan lewat malam
  • mengambil makanan tertentu terutamanya yang berlemak dan bergoreng
  • mengambil minuman tertentu seperti alkohol dan kopi (kafein)
  • mengambil ubat tertentu seperti aspirin

apa itu gerd

Ibu hamil cenderung mengalami GERD kerana pelbagai faktor – hormon progesteron merehatkan injap, pencernaan lebih lambat, perut yang semakin membesar.

.

Anda yang mengalami GERD mempunyai gejala-gejala ini…

.

Apabila kandungan perut yang berasid tadi masuk semula ke dalam esophagus, anda boleh mengalami masalah berikut – rasa seperti terbakar di bahagian tengah dada (burning sensation), sakit dada (perlu ke klinik untuk pastikan anda bukan mengalami serangan jantung), kesukaran untuk menelan (rasa seperti ada ketulan di tekak) dan mengalami rasa pahit masam yang memedihkan di tekak.

Ada juga yang diserang GERD pada waktu malam ketika sedang tidur. Mereka biasanya mengalami batuk yang kronik tak ketahuan punca dan tidur terganggu.

Dan terdapat juga pesakit yang tiba-tiba kerap pula mengalami kesukaran bernafas lalu didiagnos asthma. Manakala yang sudah sedia ada asthma pula, tidak mustahil boleh mengalami penat yang lebih teruk dan serangan yang lebih kerap.

Baca juga entri Buang Angin Dalam Badan Dengan 7 Tips Mudah.

apa itu gerd

.

Apa Akan Jadi Jika Keadaan Ini Berterusan?

.

Lapisan esophagus yang terganggu secara berterusan oleh kandungan perut yang berasid, lama kelamaan boleh menyebabkan laluan esophagus menjadi sempit. Bila laluan ke perut semakin sempit, susahlah anda nak telan makanan. Anda boleh rasa seperti makanan tersekat di dada.

Selain itu, kerana asid sifatnya menghakis, ulser boleh terbentuk menyebabkan pedih perut yang menyakitkan.

Dan lagi satu, masalah GERD yang kronik boleh menjurus kepada pembentukan Barrett’s esophagus. Keadaan ini bahaya sebab meningkatkan risiko kanser esophagus!

.

“Jadi, apa perlu saya buat kalau ada masalah di atas?”

.

Segeralah berjumpa doktor. Pertamanya untuk pastikan anda bukan sedang alami masalah yang leih serius seperti serangan jantung. Keduanya, untuk diagnos GERD dan dapatkan rawatan yang betul.

Antara rawatan yang dicadangkan bertujuan mengurangkan faktor risiko yang ada seperti:

  1. Kawal pemakanan dengan mengambil makanan seimbang (Baca tentang Pemakanan Suku Suku Separuh)
  2. Elakkan makanan tinggi lemak, bergoreng dan pedas.
  3. Makan malam lebih awal sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum masuk tidur.
  4. Kunyah sehingga lumat dan makan perlahan-lahan (molekul makanan yang lebih kecil lebih mudah dicerna).
  5. Elakkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein.
  6. Mendapatkan berat badan ideal.
  7. Berhenti merokok.
  8. Tinggikan katil sedikit kira-kira 2-5 inci supaya kepala anda lebih tinggi ketika tidur.

.

Selain mengubah corak pemakanan yang lebih sihat dan gaya hidup yang sihat, rawatan perubatan ialah:

  1. Mengambil ubat yang dipreskripsi seperti yang disarankan.
  2. Pembedahan dilakukan untuk kes-kes tertentu sahaja.

.

apa itu gerd

Sekian entri “Apa Itu GERD?”. Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin hidup sihat.