Buang Angin Dengan 7 Tips Mudah

Buang Angin Dengan 7 Tips Mudah

buang angin

Pernah tak, anda alami sakit perut menyucuk, rasa tak sedap badan, pening kepala pusing-pusing, sakit kepala yang kuat dan sebagainya, disebabkan tak dapat membuang angin yang rasa macam banyak sangat dalam badan tu?

Badan berangin ni boleh jadi dari pelbagai punca. Antaranya ialah seperti berikut:

  • cirit-birit atau sembelit
  • makan berlebihan
  • suka kunyah chewing gum (pada masa yang sama, anda juga telan angin)
  • merokok (toksin dalam rokok mengganggu saluran pemakanan)
  • makanan tertentu (orang-orang tua kata makanan ‘sejuk’ – tiada penjelasan saintifik tetapi ada benarnya)
  • minuman berkafein seperti kopi
  • ada masalah kesihatan contohnya GERD (gastroesophageal reflux disease)

.

Sebenarnya, ‘angin’ termasuk dalam proses pencernaan kita. Makanan yang kita makan, akan dicerna dan secara fisiologinya akan menghasilkan ‘angin’ ini.

Berdasarkan kajian, secara puratanya, seorang dewasa akan kentut kira-kira 13 hingga 21 kali dalam sehari. Wah, tak sangka sebanyak itu kita kentut dalam sehari kan, haha!

Yang menjadi masalah ialah apabila susah benar nak buang angin tu atas sebab-sebab tertentu. Maka akan jadilah simptom-simptom seperti yang disebutkan awal tadi.

Jadi, saya kongsikan 7 tips yang boleh anda cuba untuk atasi masalah badan berangin.

.

7 Tips Buang Angin Dengan Cara Mudah

.

1# Peppermint Bantu Buang Angin (Ada kajian rupanya!)

Berdasarkan beberapa kajian, minyak peppermint ialah langkah selamat dan berkesan untuk membantu membuang ‘angin’ berlebihan di dalam badan untuk jangka masa pendek. Untuk kesan minyak peppermint untuk jangka masa panjang pula masih memerlukan kajian lagi.

peppermint gingerplus

Peppermint GingerPlus diformulasi daripada 4 herba semulajadi (peppermint, halia, anise, fennel) yang sejak tradisi digunakan untuk melegakan ketidakselesaan perut.

.

2# Teh Chamomile

Bagi penggemar teh, anda boleh cuba minum teh chamomile sebelum makan dan sebelum tidur jika mengalami masalah susah nak melepaskan gas.

.

3# Ubat over-the-counter

Kalau kebetulan anda berada di luar pula, bolehlah cari ubat ‘angin’ dari farmasi seperti simethicone dan activated charcoal.

Simethicone bertindak dengan memecahkan gas-gas kecil, membentuk ‘buih’ yang lebih besar. Ini dipercayai mampu mengeluarkan gas terkumpul dengan lebih mudah melalui sendawa dan kentut.

Activated charcoal pula berfungsi dengan menyerap gas terkumpul dalam usus lalu melegakan perut kembung dan rasa badan berangin.

.

4# Cuka Epal

Berdasarkan pengalaman, cuka epal juga didapati boleh melegakan masalah angin dalam badan. Campurkan sesudu besar cuka epal ke dalam minuman anda, dan ambil sebelum makan sebanyak tiga kali sehari sehingga masalah anda lega.

buang angin

Ibu hamil antara yang kerap ada masalah badan berangin ni terutamanya di awal kehamilan (alahan mengandung).

.

5# Senaman

Senaman menggerakkan otot-otot usus untuk menggerakkan gas yang terkumpul. Apa lagi, kalau rasa macam susah nak kentut tu, cubalah buat senaman ringan. Di rumah sahaja pun boleh.

.

6# Enzim Lactase, Apa Tu?

Lactase ialah sejenis enzim yang berfungsi mencernakan laktosa dalam makanan atau minuman seperti susu.

Jika anda ialah penghidap lactose intolerance (alah kepada susu), cuba dapatkan suplemen yang mengandungi lactase dari farmasi untuk membantu masalah ‘angin’ anda.

.

7# Bunga Cengkih Pun Boleh Bantu Buang Angin Yer

Ha, bukan boleh dibuat tumis untuk masak-masak sahaja. Anda juga boleh mencuba titikkan 2-5 titik minyak bunga cengkih ke dalam minuman anda. Ambil selepas makan untuk melegakan ‘angin’.

Bunga cengkih dipercayai berupaya menggalakkan fungsi enzim pencernaan yang seterusnya mengurangkan gas dalam badan.

buang angin

Ni ha bunga cengkih. Jangan silap plak hehe.

.

Wallahuálam.

.

PERINGATAN: Jika simptom berterusan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Entri ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, mengubat atau mencegah sesuatu penyakit. 

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).

tentang esp shaklee

ESP Shaklee merupakan minuman dengan protein berkualiti lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ yang tidak boleh dihasilkan badan. Antara manfaat ESP ialah seperti di dalam gambar ini.

.

1) Apakah maksud soya non-GMO

Non-GMO ialah singkatan bagi non-genetically modified organism, bermaksud yang tidak diubah genetiknya. Maknanya, kacang soya ESP adalah bahan organik dan tiada hormon tambahan. Jadi dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

.

2) Bagaimana isoflavon kacang soya menyerupai hormon wanita?

Kerana molekulnya. Tetapi, tindakbalas tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan berbanding fitoestrogen isoflavon.

.

3) Bagaimana ESP membantu wanita mengandung?

ESP menyediakan protein berkualiti tinggi dan serat. Ini membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

.

4) Bagaimana pula ESP membantu wanita yang ingin hamil?

Protein diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, termasuk hormon-hormon kesuburan dan sel-sel dalam sistem pembiakan. ESP menyediakan protein berkualiti tinggi yang diperlukan badan.

.

5) Soya tidak baik untuk lelaki – fakta atau auta?

Setakat ini tiada kajian sahih yang membuktikan, yang soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

.

6) Bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai alahan terhadap kekacang, kerana ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik kepada soya sehingga selepas pembelian ESP.

Sebaiknya pemeriksaan darah dibuat di klink atau hospital untuk mengesan alahan terhadap sesuatu makanan.

.

7) Dari segi perbidanan Melayu, dikatakan soya menyebabkan urat sejuk dan kembang kerana ia dikategorikan di dalam kumpulan kekacang. Sejauh mana kebenarannya?

Tiada kajian sahih yang membuktikan soya penyebab ‘urat sejuk’ dan ‘kembang’.

.

8) Berapa sudu ‘dos’ harian ESP? Ada yang kata 3 sudu besar, ada yang kata 6 sudu besar. Adakah memudaratkan jika melebihi kuantiti?

Sukatan yang disarankan ialah 3 sudu besar setiap hari. Ini bersamaan dengan 14gram protein. Secara puratanya, kebanyakan individu memerlukan 50-60gram protein setiap hari. Jadi, mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan ditambah dengan satu hidangan ESP sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan protein harian.

.

9) Kenapa ambil ESP boleh menaikkan berat badan dan kenapa ada yang ambil untuk kurus?

Pengawalan berat badan perlukan diseimbangkan dengan pemakanan, senaman dan suplemen berkesan.

Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan suplemen tanpa kawalan makanan dan senaman, ini akan membantutkan program kurusnya dan boleh menyebabkan berat badan naik. Juga perlu minum banyak air kosong agar proses penyerapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

.

10) Untuk yang nak berdiet, macam mana dengan pengambilan ESP dan bila waktunya untuk minum ESP?

Boleh diambil sebagai ‘meal replacement‘ pada waktu pagi, 3 jam selepas sarapan atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan sarapan dan makan malam dikawal).

.

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah nilai GI nya yang rendah!

tentang esp shaklee

Salah satu yang istimewa tentang ESP Shaklee ialah indeks glisemiknya di dalam kategori rendah, iaitu 39 sahaja. Makanan dengan nilai GI yang rendah membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang lebih lama kerana glukosa dilepaskan perlahan-lahan. Sesuai sangat buat minuman ‘wajib’ untuk mereka yang sedang berdiet!

.

11) ESP tidak boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain?

Boleh, tiada masalah.

.

12) Ada mitos mengatakan soya tidak bagus untuk kesihatan lelaki dan wanita. Ada juga yang mengatakan soya penyebab kulit bayi sensitif.

Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan. Malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

.

13) Soya tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (“makanan” sel kanser). Betul ke?

Soya dari sumber non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak membahayakan. Soya ini juga telah dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam.

.

14) Bolehkah ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang manjalani dialisis?

Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

.

15) ESP penyebab ruam bayi?

Tidak.

.

16) Adakah ESP boleh menyebabkan tulang lemah? Jika ibu hamil mengambil ESP, adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?

Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan ibu mengambil Ostematrix juga untuk menampung keperluan kalsium semasa mengandung.

.

17) Bolehkah wanita yang bermasalah fibroid dan cyst mengamalkan produk berasaskan soya seperti ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik sumber protein untuk mereka?

Digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walau bagaimanapun, soya bukan penyebab masalah cyst.

.

18) Ibu yang menyusukan bayi yang ada masalah G6PD, bolehkah dia mengambil ESP selama tempoh menyusu itu? Ada kesan sampingan pada bayi?

Tidak digalakkan, kecual dengan kebenaran doktor.

.

19) Orang yang bermasalah gout boleh ambil ESP?

Boleh.

.

20) Ibu menyusu yang mengambil ESP, adakah akan memberi kesan ke atas berat badan bayi? Boleh bertambah atau sebaliknya?

Bergantung kepada pemakanan ibu dan anak.

tentang esp shaklee

Teruja baca feedback Puan Aeinna ni. Ibu hamil DAN menyusu dalam masa yang sama, pun boleh berpuasa penuh Alhamdulillah. Patutlah ramai ibu suka bertanya tentang ESP Shaklee dan nak cuba. Baca juga Koleksi Testimoni ESP untuk feedback lebih ramai penggemar ESP Shaklee.

.

21) Cara pengambilan ESP untuk membantu menaikkan berat badan?

ESP menyediakan kandungan asid amino lengkap kepada tubuh badan Dan ia dapat membantu penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempeungaruhi berat badan.

.

22) Cara makan ESP untuk mengelak kenaikan berat badan?

Rujuk jawapan untuk soalan 10).

.

23) Benarkah di awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran?

Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatkan hormon.

.

24) Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukan apabila sudah tidak diambil lagi?

Tidak. Rujuk jawapan kepada soalan 9).

.

25) Apa kaitan ESP boleh putihkan kulit?

ESP ialah protein, asas untuk pembinaan sel. Apabila sel sihat, organ akan sihat, sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, akan memberi kesan positif kepada kulit.

.

26) Kanak-kanak boleh consume ESP tak? Kalau boleh, berapa sukatannya?

Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Meal Shakes.

.

27) Sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabetes?

Seperti biasa. 1 hingga 2 kali sehari.

.

28) Apa bukti soya ESP adalah non-GMO?

ESP dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP). di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga proses pemprosesan. Ia adalah pihak ketiga yang memastikan produk ESP adalah nOn-GMO.

.

29) Pengambilan ESP dikatakan membantu kenyang lebih lama. Tetapi mengapa ada yang selepas sajam dua dah mula lapar? Adakah terdapat kesilapan di dalam cara pengambilan?

Pengambilan ESP adalah sebanyak 3 sudu besar bersamaan dengan 14gram protein (105kcal).

Proses penyerapan protein setiap individu adalah berbeza, sekitar 509g setiap jam. Jadi, dalam masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu tersebut hanya mengambil ESP sahaja.

Dinasihatkan makan juga pada kalori rendah dengan ditambah ESP.

.

30) ESP dikatakan baik untuk pesakit gastrik. Kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mengandungi kalsium?

Ya betul. ESP mempunyai kalsium 500g bagi setiap hidangan (50% daripada saranan keperluan harian).

tentang esp shaklee

Selain asid amino ‘perlu’, ESP Shaklee juga mengandungi banyak nutrisi lain seperti kalsium, zat besi, lemak ‘baik’ dan sebagainya.

.

31) Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita menopaus?

Wanita menopaus adalah disebabkan paras hormon estrogen turun mendadak. Soya mengandungi isoflavon, dapat membantu mengawal penurunan hormon ini.

,

32) ESP yang sudah expired kerana jarang diambil, adakah masih boleh diminum?

Disarankan tidak minum ESP selepas expired date.

.

33) Betulkah kesesuaian ESP adalah mengikut jenis darah? Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?

Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh yang membuktikan ini.

.

34) Benarkah ESP tidak boleh diambil oleh pesakit cyst kerana kandungan soya dalam ESP?

Soya bukan penyebab cyst. Tetapi pesakit cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.

.

35) Ibu menyusu yang tiada eczema, akan menyebabkan bayi yang disusukan itu mempunyai eczema sekiranya ibu tadi mengambil ESP. Benarkah?

Tidak. Kecuali bayi tersebut mempunyai alahan kepada soya. Kebarangkalian adaah rendah.

.

36) Adakah ESP mengandungi soy isoflavone yang menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?

Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi ia tidak akan mengganggu paras hormon dalam badan.

.

37) Betul ke ambil ESP berlebihan boleh merosakkan buah pinggang?

Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan faktor pengambilan soya. Tetapi dari pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan dalam badan.

.

38) Siapa yang memang tidak boleh mengambil soya?

Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit kronik.

.

39) Sukatan pengambilan ESP sehari untuk ibu hamil dan menyusu?

Disarankan ambil 3 sudu besar minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu besar mengikut keperluan.

.

40) Adakah kegatalan badan selepas mengambil ESP adalah “healing crisis” atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasanya jika healing crisis?

Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air kosong. Dan sebaiknya buat pemeriksaan untuk mengenalpasti tahap alahan terhadap makanan.

Rujuk entri Koleksi Cara Bancuh ESP Shaklee Sedap Untuk Dicuba, untuk pelbagai resepi bancuhan selain minum ia begitu sahaja.

.

41) Betul ke ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan untuk dapatkan kulit cerah?

ESP bukan ubat. Ia bertindak dengan membina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem tubuh badan akan sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Collagen Powder untuk kesihatan kulit.

.

42) Kenapa ESP ada berasa pahit?

ESP tidak pahit. Sila laporkan kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan. (Email ke customerinquiry@shaklee.com)

.

43) Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, demam panas?

Bergantung kepada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP diperkenalkan pada tahun 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.

.

44) Adakah ESP boleh diambil oleh pesakit yang disyaki mengalami denggi?

Boleh, tiada masalah. Dalam masa yang sama, pesakit disarankan minum air secukupnya juga.

.

45) Pesakit psoriasis perlukah mengambil ESP dan apakah kebaikannya untuk pesakit?

Untuk masalah autoimun, sila dapatkan nasihat doktor.

.

46) Kenapa selepas minum ESP, ada orang yang rasa bloated dan ‘berangin’?

Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul dan cukupkan pengambilan air kosong.

.

47) Jika ibu hamil yang memang mengambil ESP dari sebelum hamil lagi, tetapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu mengambil ESP lagi, ada cara minum yang lebih sesuai tak?

Boleh cuba mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

.

48) Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser mengambil ESP?

Boleh, atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan apa-apa suplemen.

.

49) Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?

Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisis-nya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun, penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing.

.

50) Abang saya ada asthma. Ambil ESP terus trigger asthma.

Kemungkinan abang anda ada masalah alahan pada makanan tertentu juga. Sila buat pemeriksaan dokor terlebih dahulu.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee kegemaran ramai ini?

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

apa itu virus corona covid19

Sejak pertama kali dikesan di wilayah Wuhan, China pada hujung tahun 2019, jangkitan coronavirus telah mengakibatkan satu dunia gelabah! Jom kita lihat apa itu virus COVID19 yang anda perlu tahu.

.

Apa Itu Virus COVID19?

.

1# COVID-19 Ialah Virus Corona Jenis (Strain) Baru Yang Tidak Pernah Dijumpai Menjangkiti Manusia Sebelum Ini

Pada 31 Dec 2019, World Health Organization (WHO) telah menerima laporan dari China tentang penyakit seperti jangkitan paru-paru (pneumonia-liked) yang dikesan di Wuhan. Bukan pneumonia biasa-biasa tetapi mengakibatkan kegagalan sistem respiratori dengan cepat dan ianya amat pantas merebak dan menyebabkan kematian!

Kajian makmal dijalankan, mendapati ianya berpunca dari virus corona jenis baru yang tidak pernah dijumpai menjangkiti manusia sebelum ini. Asalnya virus corona hanya boleh dijangkiti oleh haiwan kepada haiwan lain (zoonotic transmission). Tetapi mutasi genetik dipercayai telah berlaku membolehkan virus ini berupaya menjangkiti manusia (Wallahuálam).

Pesakit yang dijangkiti boleh mempunyai gejala respiratori ringan sahaja atau teruk sehingga kematian. Antaranya demam panas melebihi 38 darjah Celcius, batuk dan sesak nafas. Gejala boleh bermula kira-kira 14 hari dari masa dijangkiti (incubation period of 14 days).

.

2# Diisytiharkan Sebagai Public Health Emergency of International Concern

Dalam masa sebulan sahaja, iaitu pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan jangkitan virus corona sebagai Public Health Emergency of International Concern, bila mana virus ini mula menular ke kebanyakan negara lain selain China – 5 kawasan (regions) di bawah WHO telah terkesan dalam masa sebulan ini!

Suratan atau kebetulan, hujung bulan Januari 2020 itu pula merupakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year). Ketika itulah terdapat pergerakan keluar masuk manusia dari dan ke China yang tinggi. Yang masuk ke daerah Wuhan atau negara China mula dijangkiti, yang keluar dari situ pula menjadi pembawa virus ke tempat lain.

.

apa itu virus corona covid19

Apa itu virus COVID19? Daripada wabak di Wuhan, dalam masa yang singkat telah diisytiharkan sebagai pandemik apabila dijangkiti hampir seluruh dunia!

3# Diisytiharkan Sebagai Pandemic

Penyebaran virus corona COVID-19 adalah sangat pantas dan efektif. Pada 7 Mac 2020, sebanyak 100,000 kes dilaporkan di 100 buah negara (dalam tempoh 2 bulan lebih sahaja)!

Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Tahap penularan sesuatu penyakit atau wabak, boleh dikategorikan kepada endemik, epidemik dan pandemik. Apakah perbezaan ketiga-tiganya?

  • Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud di dalam sesuatu kawasan atau masyarakat. Dengan kata lain, sepanjang tahun pun boleh ada penyakit ni tapi pada kadar yang rendah dan stabil. Contohnya denggi, sepanjang tahun pun boleh ada kes pesakit dengan denggi.
  • Epidemik ialah apabila sesuatu penyakit meningkat lebih dari biasa, merebak ke kawasan sekitar dan boleh dilihat dengan jelas dalam sesuatu komuniti. Penyakit epidemik juga dikenali sebagai ‘wabak’. Contohnya COVID-19 ni, sebelum menjadi pandemik, ianya ialah epidemik di China.
  • Pandemik ialah apabila penyakit itu menular dengan lebih meluas lagi melibatkan seluruh dunia! Contohnya COVID-19 yang sekarang ini lah, dah melibatkan beratus-ratus negara, kes pun dah melebihi ratusan ribu!

.

Bila telah diisytiharkan sebagai PANDEMIK, bermakna jangkitan COVID-19 ialah suatu penyakit berjangkit yang sangat serius dan memerlukan perhatian seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia!

.

4# Cara Jangkitan dan Merebak

Bagaimana seseorang boleh berjangkit dan dengan mudahnya menular kepada orang lain?

Seseorang dengan mudahnya boleh dijangkiti virus corona jika terdedah kepada droplet yang mengandungi virus dari pesakit secara langsung dan tidak langsung:

  • batuk dan bersin dari pesakit
  • kontak fizikal dengan pesakit
  • kontak dengan permukaan atau objek yang tercemar dengan droplet dari pesakit

Daripada kajian yang dijalankan, seorang pesakit yang telah dijangkiti mampu menjangkiti 3 orang yang lain. 3 orang ini pula boleh menjangkiti 9 orang dan seterusnya. Tidak hairanlah dengan begitu cepat sekali COVID-19 tersebar ke seluruh negara China dan luar China.

Kajian lanjutan mendapati, virus yang terdapat dalam droplet dari pesakit yang batuk atau bersin, boleh berada di dalam udara beberapa ketika sahaja dan akan jatuh ke permukaan objek pada jarak 1 meter (zarah virus ini berat molekulnya). Sebab itulah salah satu kaedah pencegahan penularan penyakit ini ialah penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

 

 

.

5# Cara Mencegah Jangkitan COVID-19

Bila dah tahu apa itu virus COVID19, cara jangkitan dan penularannya, bolehlah kita cuba mencegah daripada dijangkiti dan penularannya dengan cara-cara berikut:

  • Menutup hidung dan mulut ketika batuk dan/atau bersin. Buang tisu terus setelah digunakan dan cuci tangan dengan bersih. Baca juga entri Siapa Perlu dan Jenis Topeng Muka Yang Sesuai.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, atau menggunakan sanitizer jika tiada air dan sabun. Baca juga entri berkaitan: 7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul.
  • Pesakit yang bergejala memakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, serta mengamalkan etika batuk yang betul. (Baca juga, Siapa Perlu Pakai Topeng Muka)
  • Elakkan perhimpunan yang melibatkan jumlah yang besar
  • Penjarakan sosial (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain semasa berada di luar rumah. Kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti atau siapa pembawa virus ini.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap.
  • Isolasi sekurang-kurangnya 14 hari sekiranya anda baru pulang dari negara atau tempat yang diserang wabak ini atau dari kontak dengan pesakit yang diketahui positif
  • Segera ke hospital untuk screening sekiranya bergejala atau anda merupakan kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan positif
  • Jangan menipu staf kesihatan jika anda bergejala, merupakan kontak rapat (close contact) pesakit positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara.

.

tempoh masa covid19 hidup

.

6# Rawatan COVID-19

Sehingga kini, masih tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan virus corona. Rawatan yang diberi pula hanyalah rawatan sokongan (supportive management).

.

7# “Saya sihat je. Bolehlah saya keluar berjalan-jalan dan tak perlu buat langkah pencegahan di atas.

Ada juga pesakit yang telah dijangkiti tetapi tidak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi awas, anda boleh menjangkiti orang lain tanpa anda sedar sekiranya langkah pencegahan penularan tidak diikuti.

Berikut adalah golongan berisiko tinggi yang mudah dijangkiti dan mengalami komplikasi:

  • Warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas)
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser

.

Penyakit COVID-19 merupakan masalah kesihatan awam. Semua orang bertanggungjawab untuk banteras. Jalankan peranan masing-masing, saling bantu-membantu, barulah kita akan berjaya putuskan rantaian penularan COVID-19. Negara Italy ialah salah satu negara yang patut kita jadikan teladan agar penularan yang lebih teruk dapat kita elakkan.

Kasihanilah warga KKM yang telah berhempas pulas dan berkorban segalanya sebagai ‘tentera pertahanan’ atau ‘fronliners‘ negara kita. Meningkatnya bilangan pesakit COVID-19, tak mustahil frontliners kita boleh tumbang.

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan jangkitan covid-19, selain langkah pencegahan yang disarankan pihak berkuasa, apa yang kita perlu lakukan setiap hari ialah ber doa dijauhkan wabak penyakit yang amat berkesan dan pantas merebak ini.

Wabak penyakit adalah suatu dugaan yang menimpa masyarakat dan memerlukan kerjasama semua. Kita lakukan tugas mencegah bersama-sama, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Dari Dia ujian ini datang dan kepada DIa juga kita akan kembali.

Berikut merupakan beberapa amalan doa minta dijauhkan wabak penyakit yang boleh diamalkan setiap hari terutamanya ketika dilanda wabak.

.

Koleksi Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk atau mengerikan lainnya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari bala atau bendana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”

.

doa dijauhkan wabak penyakit

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

.

Langkah-langkah Pencegahan Wabak Penyakit Covid-19

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat menjalankan langkah-langkah pencegahan berikut bagi menghalang penularan Covid-19 dari menjadi lebih teruk (Sumber: KKM):

  1. Mengamalkan tahap kebersihan optimum setiap masa (kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air (Langkah Mencuci Tangan Yang Betul) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Mengamalkan jarak sosial (“Social distancing“) , iaitu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan kontak rapat bagi mengurangkan penularan wabak, terutamanya jika bergejala. Contohnya:
    • Duduk di rumah, elakkan tempat tumpuan orang ramai.
    • Pakai penutup mulut dan hidung bila anda perlu keluar rumah.
    • Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
    • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
    • Menutup bangunan, mnangguh atau membatalkan suatu majlis dan upacara yang melibatkan ramai oramai.
    • Tidak menghadiri perhimpunan yang ramai (“mass gathering“).
  4. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
  5. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar atau negara yang telah diisytiharkan sedang mengalami penularan wabak.
  6. Bekerjasama dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, kerap bersenam, dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk menguatkan sistem imun badan.

Baca juga Makanan Tambahan Untuk Menguatkan Sistem Imun Badan.

Promosi Vitamin C Shaklee Bulan Ni!

Promosi Vitamin C Shaklee Bulan Ni!

Ada promosi Vitamin C Shaklee bulan ni guys! Happy sangat sebab Shaklee sangat memahami di kala negara kita diuji dengan masalah kesihatan dan penyakit mudah berjangkit seperti influenza dan virus corona. Tapi bukan vitamin C sahaja tau, ada banyak lagi promosi lain Shaklee beri bulan ini. Jom check it out!

.

1# PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE

promosi vitamin c shaklee

Ini dia vitamin C yang tengah promosi bulan Februari 2020 ni. Ceq memang pengguna setianya sejak Oktober 2012. In love sungguhla dengan dia!

Umumnya, vitamin C terkenal sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan imuniti, selain untuk kecantikan kulit. Apa yang menjadikan SR Vita C Shaklee istimewa ialah seperti berikut:

  • Diformulasi dari ekstrak jagung dengan molekul vitamin C semulajadi (sumber yang tidak berasid seperti kebanyakan sumber vitamin C lain seperti buah oren, jadi sesuai untuk penghidap gastrik)
  • Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release”) yang membebaskan vitamin C secara berperingkat agar dapat digunakan oleh badan untuk jangka masa berterusan
  • 1 tablet menyediakan 500mg vitamin C (100mg setiap jam untuk 5 jam berterusan)
  • Diperkaya bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C
  • Murah. Harga runcit sebotol vitamin C (180 tablet) ialah RM97.50 (54sen sehari)

.

Promosinya ialah BELI 2 BOTOL DISKAUN 5% ya. Harga runcit untuk 2 botol selepas diskaun ialah RM185.25 (jimat RM9.75). Wah, boleh buat stok untuk setahun kerana sebotol ada 180 tablet untuk kegunaan 6 bulan.

.

Selain promosi Vitamin C Shaklee, kita juga ada promosi beberapa produk lain.

.

2# PERFORMANCE DRINK

Selain promosi vitamin C Shaklee, sesuai dengan musim panas di awal tahun ini juga kita ada promosi Performance Drink.

Performance Drink diformulasi dengan Optiolyte yang menggabungkan enam elektrolit – magnesium, potassium, fosforus, kalsium, natrium dan klorida – dan karbohidrat unik yang penting untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Seriously, rasa berbeza sangat ambil PD di kala tekak terasa begitu kering. Patutlah atlit-atlit terkemuka dunia sukakan PD sebagai minuman untuk tenaga.

Dapatkan PENJIMATAN 5% DENGAN BELIAN 2 TONG PD. Harga runcit selepas diskaun ialah RM163.88 bagi 2 tong PD Oren (jimat RM8.60) dan RM282.63 bagi 2 tong PD lemon-lime (jimat RM15).

resepi performance drink shaklee

Yang dah beli boleh rujuk entri Resepi Bancuhan Performance Drink untuk resepi cadangan. Ain suka bancuh begitu saja dengan air sejuk. Refreshing!

.

3# GARLIC COMPLEX

Anda juga boleh memilih Garlic Complex untuk pilihan menguatkan sistem imuniti yang lebih bajet, Beli 2 botol pada harga runcit RM106.88 sahaja (jimat 5% iaitu sebanyak RM5.60). Sebotol 60 tablet untuk sebulan.

Baca juga apa 7 Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan selain menguatkan sistem imun badan.

.

4# MEAL SHAKES & VITALEA FOR CHILDREN (promosi untuk kanak-kanak)

Kanak-kanak antara golongan berisiko mudah dijangkiti virus dan kuman, Terutamanya jenis yang susah makan, makan memilih dan ada masalah kesihatan yang kronik (dapatkan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu).

Jadi, inilah masanya untuk anda kuatkan imuniti anak-anak dengan PENJIMATAN 5% DENGAN 2 TONG MEAL SHAKES atau/dan 2 BOTOL VITALEA FOR CHILDREN.

Apa perbezaan nutrisi dari Meal Shakes dan Vitalea for Children? Anda boleh baca lebih lanjut di entri-entri ini ya:

.

Jadi, harga runcit selepas diskaun ialah:

  • RM228 (jimat RM12) bagi Meal Shakes. Satu tong dengan 544gram serbuk vanila yang sedap
  • RM211.38 (jimat RM11) bagi Vitalea for Children. Sebotol 90 biji, untuk kegunaan 3 bulan.

kerap sakit

Lindungi diri, lindungi juga anak-anak anda.

.

5# CoQ TROL PLUS

Selain promosi produk untuk menguatkan imuniti, kita juga ada promosi CoQ Trol Plus.

Coenzim Q10 merupakan antioksidan yang dihasilkan secara semulajadi di dalam badan kita, Ianya nutrien larut lemak yang hadir di dalam hampir kesemua sel tubuh kita. CoQ10 penting untuk menjana tenaga di dalam mitokondria. Jadi, sangat diperlukan oleh anda yang selalu keletihan, memerlukan lebih tenaga dan individu yang aktif setiap hari.

Keistimewaan CoQ Trol Plus ialah seperti berikut:

  • Menyediakan coenzim Q10 berkepekatan tinggi (100mg setiap hidangan)
  • Ditambah 5mg tocopherol sebagai antioksidan
  • Juga mengandungi 2mg resveratrol yang bersifat anti-radang
  • Mempunyai Sistem Penyerapan Berpaten oleh minyak zaitun untuk penyerapan optimum
  • Bebas gluten

coq trol plus shaklee

Info lanjut CoQ Trol Plus. Harga runcit selepas diskaun ialah RM401.63 (jimat RM44.62) bagi 2 botol CoQ Trol Plus. Sebotol 30 biji, untuk kegunaan sebulan.

.

6# EXTENDED PROMO

Rujuk entri Promosi Januari 2020 untuk info tentang entended promo berikut:

  • Zinc Complex Beli 1 Percuma 1
  • Percuma YOUTH Radiance C+E dengan belian 200uv produk YOUTH
  • Jom Shaklee Sets (untuk ahli baru sahaja)
    • Prenatal Set
    • Postnatal Set
    • Daily Essential Set
    • YOUTH Starter Set
    • Vivix Set

.

promosi vitamin c shaklee

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Promosi Omega Guard dan Zinc Complex

Promosi Omega Guard dan Zinc Complex

PROMOSI OMEGA GUARD sepanjang Januari 2020 ini guys! Beli 2 Botol Diskaun 5%. Atau beli 4 set promosi ini (total 8 botol) akan dapat percuma sebotol Omega Guard (Beli 8 Dapat 9 Botol).

Untuk yang belum tahu apa kepentingan “lemak baik” ini, omega-3 bermanfaat untuk:

  • kesihatan jantung
  • menyokong fungsi otak
  • kesihatan sendi
  • ibu hamil dan menyusu (termasuk bayi dalam kandungan dan yang disusukan)
  • kecantikan kulit
  • membantu penurunan berat badan yang sihat
  • menggalakkan sistem imun
  • mengawal selia penghasilan dan fungsi hormon dalam badan

Untuk detail lebih lanjut, boleh baca entri 8 Khasiat Omega-3 Fish Oil Untuk Kesihatan Kita.

promosi omega guard

Harga promosi Omega Guard : (1) Twinpack RM258.88 (JIMAT RM13), (2) 8+1 botol RM1035.50 (JIMAT RM129) dengan keahlian & pos PERCUMA, serta cashback RM41.

.

Selain promosi Omega Guard, kita ada banyak lagi promosi produk lain!

.

Berita gembira juga buat penggemar ZINC COMPLEX, kerana sepanjang bulan Januari 2020 ini, dengan pembelian sebotol Zinc Complex, akan mendapat PERCUMA sebotol Zinc Complex lagi. Buy 1 FREE 1 tau. Jimat 50%!

Zinc Complex antara produk Shaklee yang berkesan, mampu milik dengan harga runcit RM56 sebotol, dan boleh tahan sehingga 4 bulan (120 tablet).

Baca kelebihan Zinc Complex di entri Zinc Complex Shaklee Is Back!.

promosi zinc complex shaklee

Ni kalau nak beli sebotol sahaja pun, TERPAKSA terima lagi sebotol PERCUMA. Kalau beli 2 botol, akan dapat 4 botol dan seterusnya. Bulan ini sahaja korang. Harga runcit sebotol ialah RM56.25.

.

Untuk anda yang dah habis stok atau nak cuba rangkaian penjagaan kulit wajah YOUTH pula, bulan inilah anda boleh dapatkan PERCUMA Radiance C+E dengan belian produk YOUTH minima 200uv dalam satu resit.

Perlu ke Radiance C+E yang mengandungi vitamin C & E tulen berkepekatan tinggi tu? Baca kehebatan dan kelebihan Radiance C+E dalam entri Shaklee YOUTH Radiance C+E Review. Untuk melihat sendiri keberkesanan produk YOUTH, boleh rujuk Koleksi Testimoni YOUTH ini ya.

promosi percuma radiance c+e youth

Nak tengok produk YOUTH mana untuk cukupkan 200uv untuk dapatkan percuma Radiance C+E ini, rujuk Senarai Harga Produk Shaklee. 200uv bersamaan kira-kira RM700.

.

Promosi terakhir ialah promosi WELCOME SETS, khas untuk ahli baru sahaja. Kalau sebelum ini Shaklee telah tawarkan 3 Welcome Sets (Vivix Welcome Set, YOUTH Welcome Set dan Daily Essential Welcome Set), bulan ini Shaklee tambah dua lagi Welcome Set baru iaitu Prenatal Welcome Set dan Postnatal Welcome Set.

Hey, semua Welcome Sets ini istimewa ok. Sebabnya, anda layak dapat semua di bawah:

  • Diskaun 10% dari harga AHLI (ahli sedia ada pun tak dapat diskaun ni)
  • Keahlian PERCUMA bernilai RM65 (walaupun ada set yang tak cukup 200uv – syarat keahlian percuma ialah belian minima 200uv dalam satu resit)
  • Penghantaran PERCUMA (jimat lagi RM10)
  • Cashback (berbeza mengikut Welcome Set yang dipilih)
  • Redeem Welcome Sets lain dalam masa 60 hari dari tarikh mendaftar (masih berpeluang beli Welcome Sets selain yang telah dibeli, dengan penjimatan & cashback seperti dalam syarat)

.

promosi shaklee januari 2020

Senarai harga runcit Welcome Sets adalah seperti di dalam bulatan ungu (harga selepas diskaun).

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016-4214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum

4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum

Jenis senaman yang berbeza mempunyai fungsi dan manfaat yang berbeza. Tahukah anda, ada 4 kumpulan senaman dengan ciri-ciri dan manfaat yang berbeza untuk menyokong kesihatan.

Amnya, senaman yang dilakukan secara berkala akan membentuk tulang dan otot yang kuat, membantu menurun dan mengekalkan berat badan (ideal), dan menyokong kesihatan jantung. Tidak kurang juga senaman mampu menyihatkan fungsi kognitif (otak) anda.

Apa pula 4 senaman berbeza yang diperlukan itu?

jenis senaman

.

4 Jenis Senaman Yang Diperlukan Untuk Kekal Sihat

.

1. AEROBIK

Contoh paling mudah senaman jenis aerobik adalah seperti brisk walk, berjogging, bermain bola, berbasikal, berenang dan zumba.

Senaman jenis ini ialah senaman yang akan meningkatkan denyutan jantung dan kadar pernafasan anda. Bila ini terjadi, jantung akan mengepam lebih efisyen untuk membekalkan darah ke seluruh badan.

Denyutan jantung semasa rehat (“resting” heart rate) dan tekanan darah anda semasa rehat juga akan lebih rendah. Disebabkan inilah, kebanyakan atlit mempunyai denyutan nadi dan tekanan darah yang lebih rendah (ini adalah ‘normal’ bagi mereka).

Dna sebab itulah juga senaman aerobik ini baik untuk kesihatan jantung, paru-paru dan sistem pengaliran darah anda. Mereka yang rajin bersenam aerobik juga mempunyai risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok, serta kencing manis yang lebih rendah.

Untuk pesakit penyakit-penyakit ini pula, sekiranya tiada kontraindikasi kesihatan yang serius, adalah amat disarankan melakukan senaman jenis ini. Turunkan risiko anda, maka akan baiki juga tahap kesihatan anda. Tentu gembira rasanya kalau berjaya dapatkan bacaan tekanan darah dan/atau paras gula yang “cantik”dan turunkan dos ubat, atau doktor suruh berhenti ubat terus, kan?

Senaman jenis aerobik ini pula boleh dibahagikan kepada 3 intensiti berbeza berdasarkan ciri-ciri seperti dalam jadual ini:

  • Intensiti rendah : jantung berdenyut lebih laju dari biasa tetapi anda masih mampu berkomunikasi dengan mudah dan meneruskan senaman lebih lama tanpa keletihan berlebihan
  • Intensiti sederhana : anda mula berpeluh, masih mampu berkomunikasi tetapi dengan sedikit tercungap-cungap
  • Intensiti tinggi : denyutan jantung sangat laju,

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk perbezaan senaman mengikut intensiti.

jenis senaman

Perbezaan intensiti senaman.

.

2. KEKUATAN

Nama pun senaman “kekuatan”, sudah tentulah jika rajin melakukannya anda akan mempunyai tulang dan otot yang kuat.

Contoh senaman jenis ini ialah angkat berat, ‘push-ups’, ‘crunches’, plank dan apa jua senaman yang menggunakan otot anda untuk melawan kerintangan.

Walaupun senaman ini sangat digemari oleh mereka yang ingin menjadi ‘sado’, anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan juga tidak harus memandang sebelah mata akan senaman jenis ini.

Ini kerana, ia juga boleh membantu memperbaiki komposisi tubuh badan anda dengan membina lebih banyak otot semasa pembakaran lemak.

Bagaimana dengan banyaknya otot membantu pembakaran lemak?

Lebih banyak otot, bermakna metabolisma menjadi lebih tinggi, jadi berupaya membakar lebih banyak lemak lagi. Nak kurus, kenalah bakar lebih banyak lemak kan? Jadi, anda yang nak kurus rajin-rajinlah buat senaman jenis ini ya. =)

Baca juga bagaimana leucine membantu mengekalkan otot semasa pembakaran lemak.

jenis senaman

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Plank? (Klik gambar untuk baca seterusnya)

.

3. FLEKSIBILITI

Senaman jenis ini pula akdalah untuk meregangkan otot dan memperbaiki fungsi sendi anda untuk bergerak. Jadinya, tubuh anda lebih fleksibel dan tidak mudah tercedera semasa senaman atau ketika melakukan perkara lain.

Contoh yang popular ialah yoga dan senaman regangan.

.

4. KESEIMBANGAN

Untuk anda yang sudah berusia atau mempunyai masalah keseimbangan badan (seperti ibu mengandung dan orang yang obes), senaman jenis ini boleh memperbaiki keupayaan anda untuk mengawal keseimbangan badan agar tidak mudah jatuh.

Sebagai contoh berdiri sebelah kaki, tai chi dan berjalan dalam satu garisan lurus.

Yang masih muda dan belum bergelar warga emas juga elok lakukan senaman ini, Semakin anda tua, semakin kurang stabil pula tubuh anda kan?

jenis senaman

.

Bagaimana pula saranan jenis senaman dan berapa kerap untuk dilakukan setiap jenis?

Center of Disease Control (CDC) menyarankan, untuk proses penuaan yang sihat, orang dewasa yang berusia 65 tahun dan ke atas, yang tiada kontraindikasi untuk senaman, digalakkan melibatkan diri dengan salah satu dari 3 cadangan di bawah :

  1. 2 jam setengah seminggu (150 minit) senaman aerobik dengan intensiti sederhana dan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu untuk senaman jenis kekuatan
  2. 1 jam suku seminggu (75 minit) senaman aerobik dengan intensiti tinggi dan sekurang-kurangnya 2 hari seminggu untuk senaman jenis kekuatan
  3. masa yang setara dengan 1. dan 2. untuk senaman aerobik dengan intensiti sederhana, termasuk 2 hari senaman kekuatan

.

Untuk kiraan yang lebih mudah, anda boleh membahagikan 150 minit seminggu senaman intensiti sederhana, contohnya kepada 30 minit 5 kali seminggu. Misalannya, brisk walk selama 30 minit 5 kali dalam seminggu.

Atau bahagikan 75 minit seminggu senaman intensiti tinggi kepada 15 minit 5 kali seminggu. Contohnya, berjogging 15 minit 5 kali seminggu.

jenis senaman

Kesimpulannya, boleh sangat kalau kita nak stay fit dengan senaman secara konsisten. Melihat saranan di atas, kita hanya perlukan 15 hingga 30 minit sahaja sehari untuk bersenam.

Hendak seribu daya, mahu seribu cara. =)

Hargai Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Hargai Nikmat Sihat Sebelum Sakit

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya yang lima. Iaitu sihat sebelum sakit, kaya sebelum sempit (miskin), lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadith Riwayat Al-Hakim Al-Baihaqi)

.

Ayah Ain pernah didiagnos glaukoma. Ada sakit lutut juga on off…

sihat sebelum sakit

Ini ayah Ain. Umur beliau tahun ini 66 tahun. Seorang yang suka makan, sangat rajin bersenam seperti berbasikal, hiking dan berenang serta suka travel.

Ayah Ain dahulunya seorang yang skeptical dengan suplemen (macam anaknya yang ni jugak hihihi). Tapi bila diperkenalkan dengan suplemen Shaklee, sendiri rasa kesan badan rasa lebih sihat, ayah mula jadi seorang Shaklee Lover. =)

Macam-macam ayah tanya dulu. Selamat ke tak suplemen Shaklee ni? Tak pe ke makan banyak jenis? Boleh ke makan lama-lama? Macam mana action produk itu ini…dan sebagainya.

Kalau tak silap Ain, Ain mula bagi ayah cuba Vivix dan Carotomax lebih 2 tahun lepas. Masa tu hari-hari ayam bermuram durja sebab baru didiagnos glaukoma. Dengan penglihatan yang mencabar, sakit kepala yang kuat, kena titik ubat mata beberapa kali sehari, keluar belanja untuk rawatan, ambil masa untuk sembuh. Siapala yang tak stress kalau semua itu terjadi kan?

Syukur Ain dengar cakap Ain (ayah agak degil orangnya hehe) suruh teruskan makan Vivix dan Carotomax. Lepas hampir setahun baru ayah kata mata ayah ada beza banyak. Dan lepas dari tu sampai hari ni, Ain tak pernah dengar lagi ayah “bising-bising” pasal mata ayah macam sebelum tu. Alhamdulillah.

Bila mata dah ok, ayah nak cuba suplemen untuk turunkan kolesterol yang kejap naik kejap turun tu. Almaklumlah suka makan. Tapi kolesterol ayah tak tinggi mana, around 5.5-5.8 macam tu (fluctuating). Dan ayah on off pergi buat treatment untuk sakit lututjuga. Kata pakar ortho, cecair kat lutut dah kurang.

Ayah dah cuba macam-macam produk juga, last sekali ayah setia dengan semua ni:

  • Carotomax – untuk kesihatan mata (tak mau lagi kena glaukoma, teruk rasanya kata ayah)
  • Zinc Complex – ayah rasa lebih bertenaga ambil zinc
  • Omega Guard – ayah memang dari dulu suka minyak ikan (dulu ambil Scott’s Emulsion) dan untuk kesihatan sendi juga sebab selalu sakit lutut
  • Ostematrix – bantu otot rehat lepas senaman, tidur lena, bangun fresh
  • Vitamin C – antioksidan dan immune booster
  • B Complex – tenaga dan kesihatan saraf

.

Baru ni saja-saja timbang dan ukur komposisi badan ayah dengan mesin timbang Karada. Keputusannya:

  • Berat 62kg
  • BMI 22.9 (Normal)
  • Subcutaneous fat 15.3% (Normal)
  • Otot 69% (Normal)
  • Visceral fat 7 (Normal) (VF – lemak yang membaluti organ. Jika tinggi berisiko mengganggu fungsi organ)
  • Body age 46

.

Apa Itu Body Age?

Body age tidak sama dengan chronological age.

Chronological age ialah usia yang semakin bertambah setiap tahun.

Body age pula ialah biological age, iaitu umur tubuh mengikut tahap kesihatan dan kecergasan.

Bacaan komposisi tubuh yang mempunyai nilai lemak yang lebih tinggi akan memberi bacaan body age yang lebih tua. Dan sebaliknya jika komposisi otot lebih tinggi.

Kalau dapat body age yang lebih tua dari chronological age kita, maksudnya badan kita dah makin tak sihat macam orang yang lebih tua. Biasanya orang yang ada penyakit kronik macam kencing manis, darah tinggi yang tak terkawal, mempunyai body age yang lebih tua.

Kalau dapat sama dengan chronological age, ok lagi lah, badan kita tua seiring usia. Kalau dapat lebih muda macam ayah Ain ni, maknanya masih sihat cergas seperti orang muda walaupun usia sebenar lebih tua. Alhamdulillah.

.

Body Age Mak Ain Pula Macam Mana?

sihat sebelum sakit

Ini pula mak Ain. Mak Ain jenis suka makan sihat-sihat, rajin bersenam juga especially bila ayah ajak. Sama lah macam ayah, rajin berbasikal, hiking dan swimming.

Sejak dari Ain sekolah lagi, kalau balik kampung or jumpa kawan-kawan mak, ramai yang akan kata kami nampak macam adik beradik. Auwww… Mak memang dari dulu nampak lebih muda dari usia.

Tapi apa guna kalau di luar nampak muda tapi dalaman tua kan? So kami pun check body age mak juga.

Alhamdulillah, asbab pemkanan sihat, rajin bersenam dan amalkan Shaklee juga, body age mak jauh lebih muda dari usia sebenar – 8 tahun lebih muda

Wah. ingat senang ke nak dapat result macam ni? Ain check body age Ain pun 2 tahun lebih TUA ok, huhuhu. Malu dengan mak ayah tau.

Mak pun dah cuba beberapa suplemen Shaklee, tapi setakat ni cuma konsisten semua di bawah:

  • Vitalea, ESP dan Ostematrix untuk kesihatan tulang seperti yang pakar nutrisi suggest masa Bone Check 2 tahun lepas. Boleh baca sharing Ain sebelum ini tentang result kepadatan tulang mak yang AMAZINGGG dalam entri Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.
  • Omega Guard dan B Complex sebagai ikhtiar lebih sihat dari slipped disc
  • Mak konsisten Omega Guard juga untuk bantu kawal kolesterol yang tinggi. Baca “living proof” mak kat entri “Turunkan Kolesterol Dalam Dua Bulan” untuk info lanjut.
  • Vitamin C untuk boost imuniti

.

=======

Tak ramai yang cakna untuk mencegah dari mengubat. Yang ramainya, bila dah kena baru nak berubat.

Nak konsisten beli suplemen setiap bulan atau nak topup bila habis membazir duit?

Hakikatnya, kos merawat bila dah terkena jauh lebih tinggi daripada usaha mencegah sakit dengan pemakanan sihat, bersenam dan pengambilan suplemen berkualiti.

Sebab itulah kita dinasihatkan menghargai nikmat sihat sebelum sakit.

Kesimpulannya, nak kekalkan kesihatan optimum dan awet muda dari dalam, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, rajin bersenam dan amalkan pengambilan suplemen berkualiti.

Perlukah suplemen sebagai ikhtiar sihat sebelum sakit? Baca lebih lanjut dalam entri “Suplemen – Keperluan Atau Kehendak?

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth sejak 2012
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Mengantuk Ketika Memandu dan Microsleep

Mengantuk Ketika Memandu dan Microsleep

Mengantuk ketika memandu sehingga anda terlelap tanpa disedari, walaupun cuma beberapa saat sahaja, boleh membahayakan nyawa anda jika terlibat dalam kemalangan. Keadaan yang dipanggil “microsleep” ini boleh berlaku bukan sahaja semasa memandu, tetapi di mana-mana pada bila-bila masa sahaja dan anda tidak dapat mengawalnya.

Punca utama ialah tidak mendapat tidur secukupnya, yang mana boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Bacaan lanjut tentang microsleep, rujuk entri Cegah Kemalangan : Apa Itu Microsleep?

.

“Kalau jenis setiap kali akan mengantuk ketika memandu walaupun dah cukup tidur, macam mana pula?”

.

Ambillah Cinch Energizing Tea Mix Shaklee sebelum memulakan perjalanan anda.

Cinch Energizing Tea Mix berupaya meningkatkan tenaga secara semulajadi, memberi rasa yang nyaman. Ianya diperbuat daripada gabungan tiga warna teh : teh eksotik putih, merah dan hijau matcha.

Serbuk teh hijau matcha merupakan teh hijau gred tertinggi dari Jepun yang memiliki sifat antioksida yang tinggi. Ia merupakan penggalak tenaga dan metabolisma, serta mampu membakar kalori sehingga 4 kali ganda!

Tidak hairanlah mereka yang mengambil teh ini sebelum memulakan perjalanan jauh, rasa bertenaga lebih berpanjangan dan tidak rasa mengantuk langsung!

mengantuk ketika memandu

“Kami sekeluarga selalu balik kampung bertolak tengah malam. Sebelum bertolak, saya akan minum Cinch Tea. Mata tak mengantuk sepanjang perjalanan 6 ke 7 jam.” (FB: Amir Marzhuki)

.

mengantuk ketika memandu

“Cinch Tea the best. Saya drive seorang diri dari KL ke Penang, tak lemau langsung. Walhal sehari sebelum tu, dari pagi ke malam ulang alik Puncak Alam ke KL dan Sunway. Saya recommend juga Cinch Tea untuk student.” (FB: Raudhahrini Abdul Razak)

.

mengantuk ketika memandu

“Cinch Tea ni kalau untuk travel, segar mata nak drive. Nak sedap, letak lemon slice sekali. Kalau exercise, minum Cinch Tea. Berpeluh-peluh. Extra energy untuk bakar kalori.” (FB: Wanie Suhaimi)

.

Setiap hidangan Cinch Energizing Tea Mix ini menyediakan jumlah kalori yang sangat rendah, iaitu 5 kalori sahaja.

Harga runcit bagi sekotak Cinch Energizing Tea Mix ialah RM131.25 dan mengandungi 28 sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Cara bancuhan pula seringkas dengan segelas air kosong sahaja. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh juga dicampur dengan Performance Drink Orange atau Lemon-lime, atau letakkan sahaja sehiris lemon untuk rasa masam manis yang enak.

Dapatkan Cinch Energizing Tea Mix sekarang untuk bekalan perjalanan jauh anda.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia