Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

anak picky eater

“Anak saya ni apa pun tak mau makan. Nak minum susu botol je. Sehari sampai 4-5 botol minum. Nasi pun 2-3 suap je pastu tak nak dah.”

“Saya dah cuba bagi anak macam-macam tapi semua diluahkan semula. Dia tak nak makan lah doktor. Apa perlu saya buat ya?”

Demikianlah dilema ibu-ibu atau bapa-bapa dengan kerenah anak-anak yang picky eater. Bukan main memilih makanan – yang merapu macam biskut, coklat, jajan dan aiskrim bukan main laju lagi. Tapi kalau nasi berlauk pandang pun tak mahu.

Jangan cepat mengeluh ibu bapa sekalian. Pertama kita cari dulu apa punca anak picky eater.

Berdasarkan kajian, kebanyakan punca anak-anak makan memilih ialah ibu bapa sendiri!

Wah, macam mana pulak tu kan?

Sejak kecil lagi, ibu bapa lah yang pertama-tamanya memperkenalkan makanan dan minuman kepada anak-anak. Membesarkan anak ini, memerlukan ilmu sepanjang hayat. Ada kalanya kita rasa buntu tak tahu apa nak buat untuk kebaikan anak-anak. Macam tu juga dengan pemakanan anak-anak.

Anak-anak TIDAK PERNAH terus tahu jenis-jenis makanan dan minuman yang ada, sehinggalah anda memperkenalkannya.

Mari kita tengok satu-persatu apa ‘kesalahan‘ kita sebagai ibu bapa yang menyebabkan anak jadi seorang picky eater.

.

1# Kita Sendiri Adalah Contoh Tak Baik Untuk Anak-anak

Anak-anak ibarat kain putih yang bersih tanpa kekotoran dan apa-apa warna. Kitalah yang mencorakkan kain putih ini.

Kalau di mulut suruh anak makan itu ini, tapi di ‘belakang tabir’ kita sendiri makan fast food, minum air bergas dan sebagainya, dah macam mana tu?

Pulak tu, buatnya anak-anak ternampak plastik atau kotak fast food, ditanya pula mana untuk mereka?

Jadi, untuk mengubah tabiat pemakanan anak-anak, kita kenalah ubah dulu diri kita

sendiri. Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak.

Sebab itu dikatakan, punca penyakit ‘keturunan’ (contoh kencing manis, darah tinggi) ialah apa yang diperturunkan kepada anak-anak (cara pemakanan dan gaya hidup tak sihat). Mak ayah suka makan manis, anak-anak pun turut sama makan minum manis berlebihan. Macam mana la tak ‘mewarisi’ penyakit kencing manis tu.

So, nak anak anda tak makan memilih, anda sendiri perlu mengubah diri untuk makan semua benda berkhasiat. Tak nak anak-anak anda suka makan fast food yang boleh memudaratkan, elakkan diri sendiri suka makan fast food juga. Gitewww…

Fikirkan semua. Perubahan yang bakal anda lakukan adalah demi anak-anak yang utamanya. Anda pula automatik akan sihat juga secara tidak langsung. 🙂

.

anak picky eater

.

2# Anak-anak Lebih Gemarkan Snek

Dah siapa yang bagi anak-anak snek tu? Mereka sendirikah yang membeli atau meminta dari kedai?

Mestilah anda yang beri sebab kasihankan anak tak nak makan nasi!

Memberi anak-anak snek yang tinggi kandungan garam dan MSG boleh mengganggu perut anak-anak, menyebabkan ketagihan terhadap snek ini, dan menolak makanan berkhasiat dan lebih mengenyangkan, menjadikan mereka picky eater.

Anda yang beri, kemudian anda yang katakan anak anda makan memiih?

Lepas tu anda pula merungut berat anak tak naik-naik, saiz badan pun kecil berbanding kanak-kanak lain, setiap bulan pula asyik demam dan mudah jatuh sakit.

Ingat ya. Ibu bapa lah yang sepatutnya menentukan apa makanan atau minuman yang diberi kepada anak-anak. Bukan mereka yang tentukan apa yang mereka mahu makan atau minum.

Bertegas untuk kebaikan tidak pernah salah!

anak picky eater

Anak picky eater bukan alasan untuk anda beri makanan yang bukan-bukan kepada mereka.

.

3# Anak Tertekan

Boleh jadi juga anak anda tertekan kerana anda terlalu memaksa anak-anak anda makan.

Bila tiba masa makan, tidak perlu letakkan amaun makanan yang banyak untuk perut anak yang kecil. Berilah peluang anak-anak berfikir positif.

“Nasi ni sikit je pun. Mesti boleh habis punyalah”

Kata-kata semasa anak-anak sedang makan juga penting. Cubalah memuji melambung-lambung jika anak anda berjaya habiskan sesuatu.

Contoh, anak hanya makan ikan sahaja, tetapi tidak menghabiskan nasi. Puji sahaja dengan mengatakan contohnya, “wah, bagusnya adik habiskan ikan. Patutlah adik kuat. Tapi kalau dihabiskan nasi juga mesti lagi kuat dan sihat.”

Usaha untuk menjayakan sesuatu tak semestinya akan berjaya dengan cubaan pertama, kedua atau ketiga.

Anda sebagai ibu bapa perlu teruskan usaha dan terus bersabar dengan berdoa yang akhirnya pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, anda terus mencuba.

.

4# Anda Paksa Anak-anak Makan

Ya. Memang anda mengharapkan anak-anak suka makan sayur dan buah. Tetapi dalam masa yang sama anak anda tak macam tu!

Akhirnya, anda naik berang dan paksa anak-anak makan makanan yang anda mahukan.

Kalau begitu apa kata anda pula yang dipaksa makan semua itu? Mestilah anda pun tak suka dipaksa kan?

So, berilah peluang untuk anak memilih. Kalau pilihannya tidak baik, jelaskan kenapa tak baik. Cadangkan juga kenapa makanan itu ini pula yang bagus.

Kata-kata yang diulang berkali-kali akan lebih mengaktifkan minda separa sedar anak-anak. Sebagai ibu bapa juga, sentiasa ingat yang anda perlu terus berfikiran positif.

anak picky eater

Nak menangani anak picky eater bukan sesuatu yang mudah. Ibu bapa memainkan peranan terpenting dalam hal ini.

.

Jadi…Apa Yang Anda Boleh Buat?

Tips-tips ini adalah untuk yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada bayi contohnya yang berusia 6 bulan ke atas.

Mula-mula, bertenang dan katakan pada diri anda yang memperkenalkan makanan kepada bayi adalah suatu perkara baru. Perkara baru memerlukan masa dan that’s ok.

Anda boleh cuba makanan dengan perasa yang sama sekurang-kurangnya 15 kali untuk merangsang deria rasa bayi. Sebagai contoh, berikan bayi anda puri kentang sebanyak paling kurang 15 kali supaya bayi lebih biasa dengan rasa kentang itu dan menerimanya.

Ni ramai saja ibu bapa yang bila ditanya berapa kali dah mencuba bagi anak-anak makan? Kata mereka baru cuba 3-4 kali…

Selain itu, cuba flashback semula, masa anda beri bayi anda makan. Adakah selepas menyusu (atau minum susu)? Kalau bayi anda menolak makanan, kemungkinan juga bayi anda tak berasa lapar lagi.

Boleh juga cuba mencampurkan dengan makanan atau minuman lain yang memang mereka suka. Contohnya ialah mencampurkan jus oren segar bersama susu yang mereka minum.

meal shakes shaklee

Meal Shakes suplemen multivitamin untuk kanak-kanak yang tinggi serat dan membantu melengkapkan nutrisi harian anak anda.

.

Akhir kata, teruskan berusaha, teruskan mencuba dan teruskan berdoa. Siapa lagi nak pastikan kebaikan untuk anak-anak kalau bukan kita sebagai ibu bapa?

Sebelum meletakkan noktah pada entri ini, Ain mohon maaf kalau ada terkasar bahasa terguris perasaan. Ain juga seorang ibu, seorang manusia biasa yang banyak membuat silap.

Tapi Ain pasti, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? 🙂

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Beg Comel Promosi Shaklee Mei 2018

Korang yang mood PRU14 sejak awal bulan Mei ni, dah habis PRU ada yang masih tak tahu apa promosi Shaklee Mei 2018 ni? Maaf ya korang, Ain baru perasan belum up lagi entri pasal promosi bulan ni (melayan PRU14 punya pasal hihi)

Macam biasa, Shaklee suka sangat bagi promosi best-best untuk kita. So, kali ini, Shaklee bergembira untuk buat promosi macam dalam poster kat bawah ni.

promosi shaklee mei

Promosinya yang macam mana tu?

Ok, kalau korang tengok poster, atas skali ialah barisan 3 twin sets semuanya:

  1. Twin Set Meal Shakes (2 tong)
  2. Twin Set Performance Drink (2 tong)
  3. Twin Set Cinch Shake Vanilla (2 tong)

Promosinya ialah, beli mana-mana twin set di atas, anda akan dapat diskaun sebanyak 10% daripada harga yang asal. Wah, kalau yang member lagi murahlah, sebabnya, sudahlah harga ahli dah 10-15% lebih menjimatkan. Bulan ni Shaklee nak bagi lagi EXTRA diskaun sempena nak menyambut bulan mulia bulan Ramadhan. Vitamin-vitamin ni plak memang sesuai sangat diamalkan sepanjang bulan puasa.

So, apa manfaat vitamin-vitamin ni?

PERFORMANCE DRINK

  • penghilang dahaga
  • menghidrat dengan baik kerana mengandungi elektrolit-elektrolit yang diperlukan badan
  • memberi tenaga segera dan lebih berpanjangan

.

MEAL SHAKES

  • minuman berkhasiat yang mudah disediakan
  • diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi optimum badan
  • dilengkapi dengan serat, asid amino, kalsium dan zink
  • mengandungi protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu selepas bersenam
  • kalsium membantu perkembangan tulang yang sihat dan kuat

.

CINCH SHAKE VANILLA

  • kaya dengan protein dan kalsium
  • sedap dan mudah disediakan
  • menyediakan khasiat hidangan makanan, sebab itu sangat sesuai dijadikan ‘meal replacement’ bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan
  • juga diperkaya leucine yang mengekalkan otot untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan (memutuskan kitaran diet ‘yo-yo’ (makin diet makin gemuk)

promosi shaklee mei

Nak promosi lagi?

Haa, kalau anda beli mana-mana 2 twin sets pula, anda bukan saja akan dapat diskaun 10% tadi. Tapi akan dapat PERCUMA beg ‘Eco Pack-N-Go warna hijau yang comel macam dalam poster di atas.

Contohnya anda beli kombinasi berikut:

  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Performance Drink
  • 1 Twin Set Meal Shake + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla
  • 1 Twin Set Performance Drink + 1 Twin Set Cinch Shake Vanilla

Jom kita tengok rupa beg ni besar mana boleh muat apa semua.

.

Kalau anda TAK berminat dengan mana-mana twin set tadi, tapi nak dapatkan beg comel ni, don’t worry. Ada lagi dua cara untuk dapatkan…

Belian Set ‘Cleanse & Burn‘ ATAU ‘Revitalise Set‘, juga akan layak untuk mendapat beg comel ni secara PERCUMA. Beza dengan twin sets tadi, tak ada diskaun 10%.

.

SET ‘CLEANSE & BURN

Yang nak KURUS secara sihat di bulan puasa ni sesuai ambik SET ‘CLEANSE & BURN‘ ni. Sebab dalam Set ‘Cleanse & Burn‘ ada vitamin-vitamin berikut dengan fungsi khusus untuk membantu anda menurunkan berat badan :

  • DTX Complex – detox hati
  • Herblax – detox usus
  • Peppermint GingerPlus – buang angin
  • Alfalfa Complex – detox darah
  • B Complex – menukarkan makanan kepada tenaga
  • Lecithin – pengemulsi lemak (bakar lemak)

.

‘REVITALISE SET’

Untuk ‘REVITALISE SET‘ pula, terdiri daripada gabungan 3 vitamin hebat untuk meningkatkan metabolisma dan memberi TENAGA ni:

  • Vivix – antioksida sel (peringkat paling asas tubuh_, menjana tenaga, detox sel
  • CoQ Trol Plus – menjana tenaga (combine dengan resveratrol dalam Vivix memang bertenaga!)
  • Cinch Energizing Tea – energy booster yang baik walaupun satu hidangan menyediakan hanya 5 kalori sahaja (juga sesuai untuk orang yang nak kurus)

.

Eh, belum habis lagi tau. Ada lagi promosi bulan ni…

promosi shaklee mei 2018

Dapatkan PERCUMA Radiance C+E (worth lebih RM400) dengan pembelian Intensive Treatment And Repair Set Youth. Promosi sehingga 31 May 2018 selagi stok masih ada. Klik Youth Skincare untuk info lanjut.

.

promosi shaklee mei 2018

Shaklee Baby pula, kalau anda beli 2 Set akan dapat PERCUMA 1 Set. Dengan kata lain, beli 2 set tapi dapat 3 set. Untuk promosi Shaklee Baby pula, sehingga 18 Mei 2018 selagi stok masih ada. Info lanjut Shaklee Baby.

.

Sekian, itu saja promosi Shaklee Mei 2018 yang baaaaaanyak sangat!

Akhir kata dari Ain,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin Muslimat di seluruh Malaysia dan dunia. Nak grab promosi atau mana-mana vitamin Shaklee, roger Ain dengan klik mana-mana gambar dalam entri ni. :).

Meal Shakes Shaklee Untuk Anak-anak

Meal Shakes Shaklee Untuk Anak-anak

meal shakes shaklee

Meal Shakes Shaklee ialah multivitamin dalam bentuk minuman yang sedap, berkrim dan berkhasiat.

Diformulasi untuk melengkapkan nutrisi harian dewasa dan juga sesuai untuk kanak-kanak.

Kebiasaannya diberikan kepada anak-anak yang makan memilih. Mereka ini dikhuatiri tentang nutrisi harian yang diperoleh untuk pertumbuhan sihat.

Baca juga entri Anak Picky Eater – Apa Tindakan Anda?

.

(more…)