Resepi Daging Dendeng Sedap

Resepi Daging Dendeng Sedap

resepi daging dendeng sedap

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk Ain wish Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan bagi semua Muslimin Muslimat di seluruh dunia. Macam biasa, masuk saja bulan Ramadhan encik suami Ain suka request untuk bersahur atau berbuka puasa dengan daging dendeng sedap.

Boleh dikatakan resepi daging dendeng sedap ni antara menu kegemaran encik suami dan anak-anak juga. Nak membuat masakan ini bagi Ain tak susah mana, tapi agak memakan masa juga.

Sudah namanya pun daging, perlulah merebus sehingga empuk. Tapi zaman sekarang zaman maju dah ada macam-macam yang boleh membantu memasak dengan cepat, macam periuk Noxxa.

Ok, jom kita tengok resepi daging dendeng sedap yang mudah je nak buat ni.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Daging Dendeng Sedap

.

  • Daging
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan
  • Asam keping
  • Kicap
  • Gula
  • Garam

.

Cara-cara Membuat Daging Dendeng Sedap

.

Daging dibasuh bersih dan direbus sehingga lembut. Ain buat setengah kilogram, cukuplah sekali makan kami 5 beranak.

Selesai merebus sehingga lembut, asingkan daging dari air rebusan. Hiris nipis-nipis kemudian tumbuk sedikit dengan lesung. Kemudian perapkan dengan kicap sebelum digoreng garing.

Segenggam cili kering dibuang biji, direbus sehingga lembut, dibuang airnya, dibasuh kemudian dikisar bersama bahan-bahan lain. Bawang besar, Ain bajet-bajet dalam 3 kali ganda daripada cili kering (lagi banyak bawang lagi manis lagi sedap kuahnya nanti). Bawang putih 3-4 ulas sahaja. Boleh tambah seinci halia juga untuk dikisar. Jangan lupa belacan juga.

Untuk kisar, masukkan air sehingga melepasi paras pisau mesin kisar sahaja. Kalau tak cukup tambah sikit-sikit. Kalau air banyak, jenuhla nak tunggu sambal tumis kering nanti hihihi.

Masa kisar, dah boleh panaskan minyak dalam kuali. Banyak mana minyak, sebaiknya sampai tenggelam semua sambal yang akan ditumis nanti. Kemudian bolehlah tumis bahan kisar sehingga pecah minyak atau sambal telah garing.

Bila dah pecah minyak, letakkan asam keping dalam sambal. Banyak mana nak letak, bergantung kepada kemasaman yang anda mahu. Biasanya Ain letak sekeping dulu, kemudian kena rasa kalau-kalau dah masam cepat-cepat keluarkan asam keping tadi supaya tak jadi lebih masam.

Lepas tu, masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Dah siap kuahnya, bolehlah gaulkan sebati dengan hirisan daging yang telah digoreng tadi.

Ada orang lebih suka bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.

Tadaa!!! Daging dendeng sedap dah siap dan sedia untuk dihidang dan dinikmati sekeluarga.

Senang je kan membuatnya? Selamat mencuba ya.

resepi daging dendeng sedap

Rujuk 30 Cadangan Resepi Sahur di Bulan Ramadhan untuk koleksi resepi masakan lain.

Resepi Nugget Ayam Home-Made

Resepi Nugget Ayam Home-Made

resepi nugget ayam

Umi : Achik makan berapa nugget Umi goreng tadi?

Achik : Achik makan macam ni (sambil tunjuk 1 tapak tangan, maksudnya makan 5 ketul)

Umi : Wah, banyak jgak sebab nugget Umi tu gemuk-gemuk. Good girl. Achik kenyang?

Achik : Kenyang (angguk-angguk)

Umi : Kalau kenyang cakap apa?

Achik : “Alhamdulillah” (dalam pelat dia la)

.

Resepi Nugget Ayam

.

Ada banyak resepi nugget home-made yang orang dah share.

Yang Ain dah buat,

1. Isi ayam

Ain rebus beberapa ketul parts isi ayam. Kemudian blender syarat je, tak perlu sampai hancur. Yang ni first time Ain buat, Ain pi blender sampai hancur, dah tak rasa isi ayam kat nugget tu.

So next time kalau buat lagi tau dah blender skit-skit je.

2. Ubi kentang

Beberapa biji ubi kentang direbus sampai empuk. Tak perlu blender sebab lenyek je dah boleh hancur.

resepi nugget ayam

Isi ayam yang telah siap direbus. Asingkan tulang kemudian blender (tak perlu sampai hancur).

.

3. Tepung gandum.

Masukkan skit-skit dalam campuran ayam & ubi kentang tadi, sampai agak-agak boleh dibentuk.

4. Garam secukup rasa

Gaulkan dalam adunan tadi

5. Bahan-bahan lain

Kalau korang suka brokoli ke, mixed herbs ke, cheese ke (Ain letak), carrot ke. Yang perlu dilembutkan, rebus dan blender dulu. Pandai-pandai la yer.

6. Serbuk roti (bread crumps)

Last skali, salutkan dengan serbuk roti sebelum digoreng.

Haa yang ni wajib. Kalau tak ada, tak ada la “rupa” nugget tu. Dan serbuk roti ni jgak yang but rasa crunchy nugget tu.

Kalau korang buat banyak, salut je siap-siap sebelum dijadikan frozen nugget. Nak makan keluarkan sekejap then dah boleh goreng.

Siap!

resepi nugget ayam

Inilah kejadiannya dari resepi nugger ayam di atas. Nak senang aje, buat bentuk macam ni. Hehehe

.

Bagi Ain berbaloi sangat buat home-made nugget sebab anak-anak & husband suka. Biasanya encik suami dapatlah merasa seketui dua (tu pun kalau dapat).

Mak-mak yang free boleh cuba. Mudah, jimat masa especially time hari bekerja kita nak jimat masa masak tapi nak jgak masak.

Paling happy, bila licin semuanya. Puas hati memasak bila semua orang suka makan kan?

So, selamat mencuba mak-mak semua. (more…)

Koleksi Resepi ESP Sedap Untuk Dicuba

Koleksi Resepi ESP Sedap Untuk Dicuba

Tak suka dengan rasa soya asli ESP (Energizing Soy Protein)? Rasa macam nak buang je ESP sebab tak tahu bila pula akan minumnya? Tunggu dulu, anda boleh cuba beberapa resepi ESP sedap di bawah.

resepi esp sedap

Resepi ESP Sedap yang pertama, rasanya paling popular dan paling mudah dibancuh. Cuma campurkan segelas susu segar perisa kegemaran korang dengan 3 sudu besar ESP. Kalau ada blender Ferrano, blend sampai berbuih-buih tu memang yummy creamy jadinya, lagi2 kalau minum sejuk-sejuk. Nyums.

.

resepi esp sedap

Penggemar avocado pula, boleh cuba resepi ESP sedap yang kedua ni. Cuma kisarkan 3 sudu besar ESP bersama secawan susu rendah lemak, secawan avocado dan secawan ais.

Avocado ialah antara buah tinggi antioksidan untuk melambatkan penuaan. Mengamalkan avocado juga mampu menguatkan sistem imunisasi badan .

.

resepi esp sedap

Kalau Ain, Ain lagi suka blend ESP dengan mangga kot. Barulah dapat rasa kesedapan buah mangga. Tapi terpulang kat korang ye.

Kalau anda merupakan ibu hamil yang sedang mengalami alahan mengandung, boleh cuba resepi ini untuk dapatkan ESP. Kerana buah mangga dikatakan mampu mengurangkan rasa mual dan loya, di samping kaya dengan vitamin C, asid folik dan zat besi yang baik untuk pertumbuhan janin,

.

resepi esp sedap

Wah smoothie kiwi dengan ESP mesti sedap minum sejuk-sejuk. Kisarkan 3 sudu besar ESP bersama secawan susu rendah lemak, secawan kiwi dan secawan ais.

Kalau korang pentingkan kecantikan kulit, pastikan rajin-rajin buat smoothie kiwi ni. Sebabnya, kiwi ialah buah yang kaya dengan antioksidan dan vitamin, yang baik untuk kesihatan kulit. Bila kulit sihat, pastilah akan jadi cantik secara automatik.

.

resepi esp sedap

Jika anda nak cuba campurkan ESP dengan strawberi, penambahan oat dapat memberi rasa lemak yang lebih lagi. Tak percaya cubalah.

.

resepi esp sedap

Haa, resepi ESP sedap ni sesuai sangat untuk ibu mengandung yang selalu kelaparan, ataupun mereka yang merancang untuk berpuasa. Sangat membantu memberi tenaga yang lebih berpanjangan jika diambil ketika sahur.

Satu lagi tips untuk resepi ini ialah rendamkan 3-5 biji kurma dalam air suam semalaman untuk melembutkan kurma. Keesokan paginya, lebih mudahlah kurma nak hancur apabila dikisar dengan ESP.

.

resepi esp sedap

Yang sukakan rasa manis-manis tu boleh cuba kisarkan ESP dengan biskut Oreo macam dalam resepi ESP sedap ni. Make sure jangan banyak-banyak sangat Oreo nya sebab biskut-biskut ini ada kandungan gulanya yang tersendiri. Ah sedapnya!

.

resepi esp sedap

Kombinasi campuran ESP dengan buah betik dan halia ni rasanya elok sangat untuk yang ada masalah sembelit dan perut berangin. Mesti lancar je ke toilet dan lepaskan angin kus kus lepas minum jus ni. Hehehe.

.

resepi esp sedap

Yang terakhir dalam koleksi resepi ESP sedap ni ialah campuran ESP dengan buah nenas. Erm, dapat bayangkan rasa smoothie masam-masam-manis bila tengok resepi ni. Alamak, dah teringin pula. Haha.

Macam mana, ada mana-mana resepi yang berkenan di hati? Atau anda ingin share resepi ESP kegemaran anda, boleh share sama-sama di ruangan komen.

Resepi Lasagna Sedap dan Mudah

Resepi Lasagna Sedap dan Mudah

 

 

resepi lasagna

Penggemar makanan Italy kena cuba buat di rumah guna resepi lasagna yang sedap dan mudah sangat ni. Kali pertama Ain buat lasagna ialah beberapa tahun lepas.

Masa tu husband bagitau yang dia suka lasagna. Jadi kita ni nak menambat hati suami, pun google la resepi lasagna, cuba nak buat tapi tak menjadi dan tak sedap pun. Makanya teruslah kemurungan daku, dah tak mau buat lasagna dah sejak tu. Kadang order kat kedai pun tak dapat rasa seperti yang diharapkan. Lagilah frust menonggeng. Nasib baik masa tu tak pregnant kalau tak kempunan tau haha.

Tapi hati kita ni Allah yang pegang. Entah macam mana, pada suatu hari tahun lepas, terasa nak buat lasagna sendiri di rumah. Time ni dah anak tiga. So kena cari resepi yang betul-betul sedap sebab ramai nak makan.

Resepi lasagna kedua ni memang sedap korang. Berebut-rebut suami dan anak-anak makan sampai kekenyangan.

Ain kalau jumpa dan buat satu-satu resepi tu jadi sedap, memang terus save dalam fon dan blog, Senang untuk reference di masa akan datang kalau tukar fon atau terhilangkan resepi ni.

So, baru-baru ni Humaira (anak sulung) mintak buatkan lasagna lagi. Budak ni kalau datang teringin dia memang akan mintak mintak dan mintak sampai dapat.

Jadi, meh nak share resepi lasagna sedap ni dengan kengkawan yang lain.Ā Ada beberapa bahan yang Ain tak masukkan sebab anak-anak tak makan.

So, kalau korang nak tengok resepi asal ada di blog www.ayueidris.com. Terima kasih daun keladi cik puan empunya blog.

.

BAHAN-BAHAN DALAM RESEPI LASAGNA & CARA BUAT

1# Sos Daging

Bahan-bahan Yang Diperlukan

  • Kepingan lasagna secukupnya
  • Bawang merah dipotong dadu (3 biji)
  • Bawang putih dicincang halus (6 ulas)
  • Daging kisar (Ain suka guna ayam kisar Ayamas, guna separuh pack dah cukup banyak)
  • Sos spageti Bolognaise botol kecil (tak kisah brand apa, Ain selalu beli Prego)
  • Serbuk oregano (2 sudu besar)
  • Garam secukup rasa (pertama kali buat jadi masin, kali kedua buat tawar plak, so better rasa sebelum letak ya)
  • Gula (1 sudu besar)

.

Cara Buat Sos Daging

  1. Rebus kepingan lasagna sekeping dalam satu masa sehingga boleh dilentur bila diangkat, toskan dan letak atas dulang atau pinggan. Tak perlu sehingga masak lembik macam spageti tu nanti akan pecah-pecah dan susah nak angkat. Dan pastikan rebus sekeping dalam satu masa (kalau rebus banyak keping semua akan melekat sesama sendiri). Lepas rebus pun jangan tindihkan sesama kepingan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar, kacau-kacau sehingga daging masak. Pastikan daging hancur sekecil yang boleh supaya nanti nak buat lapisan tak berketul-ketul atau terlalu tebal.
  4. Kemudian masukkan sos spageti, serbuk oregano, gula dan garam. Sos daging dah siap.

.

resepi lasagna

Rebus sekeping sahaja dalam satu masa sampai boleh dilentur sahaja, tak perlu sampai lembik. Lepas toskan, jangan letak bertindih-tindih. Kepingan lasagna ini sangat mudah melekat.

.

resepi lasagna

Rupa bawang merah dan putih yang siap ditumis, dan dicampurkan dengan daging kisar. Hancur-hancurkan daging kisar sehalus yang boleh.

.

resepi lasagna

Sos daging dah siap dan sedia untuk dilapiskan.

.

Resepi asal ada juga lobak merah, sos cili, cendawan dan lada hitam – Ain tak letak.

.

2# Sos Putih

Bahan-bahan Yang Diperlukan

  • Cheddar cheese (1 pack)
  • Mentega (2 sudu besar) – Ain guna Buttercup sebab banyak lagi
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Fresh milk full cream (2 cawan) – Ain guna Dutch Lady
  • Garam secukup rasa

.

Cara Buat Sos Putih

  1. Dalam bekas yang lain, cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum dan masak sehingga kekuningan.
  2. Lepas tu masukkan pula susu segar dan cheddar cheese. Gaul sehingga rata.
  3. Perasakan dengan garam. Dan sos putih juga telah siap.

.

resepi lasagna

Agak-agak likat elok ok la sos putih ni.

.

Tips Penting : Kalau mentega lebih akan jadi lebih cair, kalau tepung lebih akan jadi lebih pekat. So, sesuaikan ikut korang nak pekat atau cair ya. Yang lebih pekat agak susah nak buat lapisan yang nipis nanti. Kali kedua Ain buat ni sos putih ni jadi agak pekat, so, lapisan sos putih agak tebal dan bila dah masak nak potong akan bermasalah skit. Nasib sedap, so kami telan je. Haha.

.

3# Lain-lain

  • Parmesan cheese
  • Mozarella cheese

Total 3 jenis cheese semuanya. Tu sebab lasagna ni sedap nak mampuih, berkrim dan berlemak.

.

Seterusnya…

.

  1. Ambil pula loyang untuk membuat lasagna, sapukan mentega sedikit supaya adunan tidak melekat selepas masak nanti.
  2. Susun kepingan lasagna menjadi satu lapisan. Kalau dapat saiz kepingan yang sama saiz dengan loyang memang cun.
  3. Lapisan kedua pula, lapiskan sos daging.
  4. Lapisan ketiga pula, sos putih diikuti 2 jenis cheese yang lain.
  5. Ulang kesemua lapisan ini mengikut turutan (kepingan lasagna – sos daging – sos putih – 2 cheese lain) diakhiri dengan lapisan 2 cheese di atas sekali.
  6. Dah penuh loyang bolehlah bakar mengikut oven masing-masing. Ain setkan suhu 160 darjah Celcius, bakar selama 50 minit. Nak tahu dah masak atau belum, bahagian cheese sedikit keperangan seperti dalam gambar.

.

resepi lasagna

Kepingan lasagna disusun paling bawah, diikuti lapisan sos daging.

resepi lasagna

Lapisan sos putih (kanan bekas), diikuti lapisan 2 jenis cheese lagi. Tutup keseluruhan lapisan bawah ya. Ni saja nak tunjuk lapisan-lapisan je.

resepi lasagna

Ulang lapisan-lapisan tadi (kepingan lasagna – sos daging – sos putih – cheese) sehingga penuh loyang. Dan diakhiri dengan lapisan cheese. Bakar dalam oven (setting ikut oven masing-masing – Ain bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 50 minit)

.

Gambar lasagna yang siap dimasak ada di permulaan entri ini.

Layers lasagna ni tak sempat nak diambil gambar sebab kebuluran semuanya lasagna lambat sangat masak. Masing-masing bertambah-tambah makannya sampai licin satu loyang ni ha. Hihihi. Alhamdulillah.

Selamat mencuba ya. =)

Klik Resepi Masakan untuk koleksi resepi mudah dan sedap yang lain.

Resepi Sos Steamboat Ala Johnny

Resepi Sos Steamboat Ala Johnny

sos steamboat

Buat peminat steamboat, mesti korang tahu yang rahsia pengunjung tak putus-putus ke kedai steamboat tu salah satunya ialah sosnya.

Barang-barang mentahnya lebih kurang sama je yang frozen tu – hotdog, fish ball, meat ball dan lain-lain.

Kalau sos yang nak dicicah tu sedap, sedaplah. Kalau sos tu tak berapa, memang potong kan? Hihih…

Contoh kedai steamboat yang dah bertahun-tahun tak putus-putus dikunjungi ialah Kedai Steamboat Johnny.

So, sebab dah agak lama tak buat steamboat kat rumah, jadi here we go!

Dah lama dulu, Ain pernah buat sos steamboat ala Johnny ni. Jadi, sedap (bukan nak puji diri sendiri, tpi husband yang cakap hehe).

Nasib baik Ain simpan lagi resepi tu.

.

Bahan-bahan Sos Steamboat Ala Johnny

Untuk blender:

  • 10 biji cili merah hidup
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah cawan air

Bahan sos:

  • 5 sudu besar minyak bijan (Ain tak guna)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka atau apple cider (Ain guna cuka)
  • 2 sudu besar kicap manis (Ain guna cap Kipas Udang)
  • 2 sudu besar sos tiram

Lain-lain:

  • Gula secukup rasa (Ain guna satu setengah sudu besar)
  • Garam secukup rasa (Ain guna setengah sudu kecil)
  • Sunquick ikut korang nak masam banyak mana (Ain guna 2 sudu besar)
  • Tepung jagung (kalau cair, tambah sikit demi sedikit sampai pekat)
  • Bijan yang digoreng kering terlebih dahulu (ikut korang suka banyak mana)
  • Sedikit daun ketumbar (bagi wangi dan menyelerakan nyum)

.

Cara Buat Sos Steamboat Ala Johnny

.

Lepas bahan-bahan dah diblender, masukkan dalam periuk dan masukkan bahan-bahan buat sos satu per satu.

Kacau sebati dan sampai pekat.

Perasakan ikut selera masing-masing.

Senang sangat buatnya!

sos steamboat

Siap dah sos steamboat Ain. Ada rupa macam sos Johnny tak n?

.

Terima kasih kepada penulis asal resepi ini (Ain dah lupa mintak maaf).

Semoga semakin dimurahkan rezeki orang yang share resepi ini ya.

Resepi-resepi dalam blog ni, adalah yang mudah, cepat tetapi sedap. Ain ni mak anak tiga yang suka masak senang-senang tapi sedap je. Hehe.

Nak tengok resepi lain lagi?

Jemput klik Koleksi Resepi untuk beberapa resepi lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba. =)

Resepi Kek Batik Coklat Sedap & Mudah

Resepi Kek Batik Coklat Sedap & Mudah

Baru-baru ni, mak Ain request buatkan kek batik untuk makan lepas lunch. Dah lama jugak rasanya tak buat kek batik ni. Sejak pertama kali buat memang semua family Ain gemarkannya.

Pernah buat untuk raya puasa, satu loyang licin dimakan dek sepupu-sepupu belah encik suami.

Time lain Ain buat untuk jamuan raya taman. Masa tu buat 3 bancuhan dapat 9 bekas, licin juga Alhamdulillah. Ingatkan jamuan raya orang tak pandang sangat desert macam kek batik biasa ni. Hihihi…

So, marilah kita mengabadikan resepi kek batik coklat yang senang, mudah, cepat dan sedap ni dalam blog.

Sudahlah bahan-bahannya pun 4 sahaja. Tak perlu guna mixer ke, bakar ke semua tu. Ajom lah kite!

.

Bahan-bahan Resepi Kek Batik Coklat Sedap

.

Macam yang Ain bagitahu tadi, bahan-bahan dalam resepi kek batik coklat sedap ni ada 4 saja.

Yang lebih penting, senang nak dapatkan bahan-bahan ni:

  • 250gram butter (Ain guna Buttercup)
  • Secawan serbuk koko (Ain biasa guna Van Houtan dalam kotak tu. Kalau kotak kecik, 1 bancuhan guna sekotak tu terus)
  • 3/4 tin susu pekat (brand tak kisah)
  • Sepeket biskut Meri (jangan beli yang dalam sachet plak, biskutnya kurang)

.

Cara-cara Membuat Kek Batik Sedap

.

Nak buat pun mudah sangat.

Kadang-kadang anak nak tolong pun no hal punya.

  1. Mula-mula cairkan butter dalam periuk. Guna api kecik cukup dah.
  2. Bila butter dah cair, masukkan serbuk koko. Gaul sebati.
  3. Tutup api & lepas tu masukkan susu pekat pula dan gaul sebati juga.
  4. Sejukkan adunan tadi.
  5. Dalam bekas yang lain, patah-patahkan biskut Meri (sekeping patah 3-4 macam tu, tak payah kecik-kecik sangat)
  6. Gaul sebati dengan adunan coklat tadi.
  7. Padat-padatkan dalam loyang.

.

resepi kek batik coklat

Butter yang telah dicairkan

.

resepi kek batik coklat

Adunan coklat yang telah siap. Nampak yummy sangat kan?

.

Untuk campurkan adunan dengan biskut, dulu Ain prefer patahkan biskut dalam loyang, then gaulkan adunan coklat dalam loyang.

Sekarang, Ain lagi suka patahkan biskut dalam adunan terus. Boleh gaul terus dalam tu.

Kalau korang suka cara kedua, make sure periuk tu cukup besar untuk gaul biskut-biskut ni nanti.

Kalau boleh masa gaul tu, make sure cebisan biskut ni disaluti adunan coklat. Tak perlu patah-patahkan lagi biskut.

resepi kek batik coklat

Salah satu cara ialah patah-patahkan biskut dalam loyang siap-siap. Lepas tu tuangkan adunan coklat , gaul sampai semua biskut disaluti coklat, padat-padatkan. Yang ni Ain campur biskut Meri original & perasa kopi.

.

Masa nak padat-padatkan pula, kalau korang rajin, boleh susun biskut-biskut tu cantik-cantik.

Last skali, sejukkan dalam peti sejuk.

Bila boleh makan?

Mestilah bila kek dah melekat dan cukup keras.

Biasanya, kalau Ain buat pagi, petang dah boleh makan. Kalau buat petang, esok baru makan.

Ok. Itu saja resepi kek batik coklat dengan bahan-bahan dan cara yang mudah sangat.

Cubalah.

Mesti korang akan teringin lagi.

Inilah rupa kek batik yang dah dipotong. Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar masuk blog. Sila abaikan rupa yang tak menarik ni ya. Yang penting sedap. Haha.

.

Baca juga Koleksi Resepi Mudah & Senang yang biasa Ain buat.

Resepi Bubur Asyura Utara

Resepi Bubur Asyura Utara

resepi bubur asyura

Rasanya masih belum terlambat untuk buat bubur Asyura kan, walaupun Hari Asyura dah berakhir beberapa hari lepas.

Kali ini, Ain buat bubur ni sebab nak tunaikan permintaan mak yang teringin nak makan bubur Asyura. Asalnya, mak request nak join kalau-kalau group taman ada nak buat bubur ni. Tapi sunyi ja group dari topik ni. Hihihi…

Jadi, pertama kali dalam hidup, Ain pun google la resepi bubur Asyura kat internet. Ada lah beberapa resepi yang Ain go through. Tapi paling berkenan hat resepi dari blog Sajian Dapur Bonda.

Terima kasih banyak puan punya blog Sajian Dapur Bonda. Ain tiruvasi resepi akak yang baik hati ya.

Meh kita tengok apa jadi haha.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Bubur Asyura Stail Utara

.

Resepi asal macam agak banyak untuk Ain kacau sorang-sorang. So Ain bahagikan kuantiti bahan-bahan menjadi satu per empat sahaja. Resepi asal bubur Asyura ni korang boleh tengok kat entri Resepi Bubur Asyura Utara ni ya.

Di bawah ni ialah resepi yang telah di-ubahsuai. Nanti Ain bagitau kalau ikut resepi ni dapat banyak mana ya.

Bahan-bahan A :

  • Tepung beras 250gram
  • Tepung jagung 50gram
  • Pisang 500gram (Ain guna pisang cavendish)
  • 250ml santan (Ain beli dalam kotak je)
  • Susu cairĀ 1/4 tin
  • Jagung manisĀ 1/4 tin
  • Gula pasit 250gram
  • Gula merah 125gram
  • Sagu putih 200gram
  • Garam secukup rasa
  • Perasa pandan (kalau ada daun pandan lagi bagus)

.

Bahan-bahan B :

  • Kacang hijau 200gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang kuda 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang ketupat 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang soya 75gram (Ain tak masukkan)
  • Kacang merah ABC 75gram
  • 75gram jagung
  • Ubi keledek kuning 250gram

.

resepi bubur asyura

Pebagai jenis kekacang dalam resepi bubur Asyura stail utara.

.

Cara-cara Membuat Bubur Asyura Stail Utara

.

  1. Pisang dibuang kulit dan dipotong dadu lebih kurang lebar setengah inci. Asingkan.
  2. Ubi keledek juga dipotong dadu.
  3. Rebus semua bahan B secara berasingan sehingga lembut. Kecuali bagi ubi keledek, rebus sampai 3/4 empuk sahaja dan airnya jangan buang. Nak digunakan untuk bancuh tepung.
  4. Sagu direndam sehingga kembang, kemudiannya dibersihkan dan ditoskan.
  5. Dalam satu periuk, campurkan gula pasir dan gula merah bersama air secukupnya untuk melarutkan gula. Kemudian ditapis (Ain tak tapis pun hehe).
  6. Di dalam bekas yang lain pula, masukkan tepung beras, tepung jagung, santan, susu cair, air rebusan keledek, dan larutan gula tadi untuk digaul sebati.
  7. Bila dah sebati, sama ada tapis adunan ini (mak Ain kata orang dulu-dulu tapis guna kain) untuk menghaluskan adunan, ataupun blender sahaja. Of course Ain pilih blender hehe.
  8. Lepas tu masukkan dalam periuk besar untuk dikacau di atas api yang sederhana besar.
  9. KENA pastikan sentiasa ada orang yang mengacau bubur ini sampai siap. Kalau tak, adunan boleh melekat di dasar periuk dan hangit!
  10. Apabila adunan dah separuh pekat, masukkan semua bahan B yang telah direbus dan kacau lagi sehingga lebih pekat.
  11. Apabila sudah 3/4 pekat, masukkan pula pisang, jagung tin dan sagu. Kacau sehingga masak.
  12. Tips yang akak ni share untuk tahu sama ada adunan sudah masak atau tidak ialah : letakkan sedikit adunan di atas piring dan sejukkan. Kalau tak melekat tu kira cun lah.
  13. Akhir sekali, tutup api, sejukkan adunan dan masukkan dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dimakan.
  14. Bubur Asura utara ni memang agak pekat dah nak macam agar-agar tu. Dipenuhi kekacang dan enak dimakan sebagai pencuci mulit.

.

resepi bubur asyura

Kalau follow resepi yang telah diubah suai ni, Ain dapat 5 bekas ni. Sila abaikan rupa bubur ni ya. Orang amatur ja yang membuatnya. Yang penting sedap walaupun lenguh tangan mengacau bubur ni sampai pekat.

Selamat mencuba! =)

Nak cuba resepi masakan lain yang pernah Ain cuba buat yang mudah dan senang?

Boleh rujuk Resepi Makanan untuk tengok koleksi Ain.

Resepi Mudah Brownies Kedut Sukatan Cawan

Resepi Mudah Brownies Kedut Sukatan Cawan

Hari ini, membrownies lagi kita memandangkan encik suami request buat lagi. Nasib baiklah dapat resepi dari seorang kawan dari FB yang memang kerjanya mem-baking.

Asalnya resepi ni dalam ukuran timbang-timbang. Tapi sebab nak memudahkan kerja, first time buat je Ain guna timbang ni. Lepas tu Ain convertkan semua jadi sukatan cawan.

Setakat ni, tiap kali buat brownies resepi ni Alhamdulillah menjadi.

Tips penting untuk buat brownies ialah gunakan chocolate berkualiti yang memang dah diketahui sedapnya. Yang pernah Ain guna sebelum ni ialah coklat masakan cap Nona. Cap lain yang gerenti sedap ialah Beryls dan Van Houtan.

Kali ni cari punya cari tak jumpa plak coklat masakan cap Nona. Yang jumpa ialah cap Meriah macam dalam gambar kat bawah ni ha. Cuba je lah kan.

Ok, here we go!

.

resepi mudah brownies kedut

Cap ‘Meriah’ pun cap meriah la. Harap-harap sedap jugak jadinya.

.

Bahan-bahan Dalam Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan :

.

3/4 cawan butter (Ain guna Buttercup)

3/4 cawan coklat masakan

1/4 cawan serbuk koko (Ain guna Van Houtan)

1 sudu kecil esen vanila

1/4 sudu kecil garam

3/4 cawan gula kastor

2 biji telur

1 cawan tepung gandum

1/4 sudu kecil baking powder

Hiasan : contoh kacang badam, chocolate rice, chocolate chip, etc.

.

resepi mudah brownies kedut

Kaedah double boil ialah dengan memanaskan bahan di dalam satu bekas yang diletakkan di atas bekas lain yang mengandungi air. Bila atas api, air dalam bekas yang mendidih itulah yang akan mencairkan bahan-bahan di dalam bekas yang lagi satu.

.

Cara-caranya :

.

  1. Cairkan butter, coklat masakan dan serbuk koko menggunakan teknik double boil.
  2. Selepas semuanya cair, tutup api dan sejukkan.
  3. Dalam satu bekas yang lain (kita namakan bekas A untuk mudah faham), dengan menggunakan whisk kacau sebati vanila, garam, gula kastor dan telur. Ain guna garfu sahaja sebab takde whisk hihihi.
  4. Kemudiannya, satukan hasil double boil tadi dengan bahan-bahan dalam bekas A dan kacau sebati. Untuk ini, kacau manja-manja sahaja yang penting sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking soda. Juga kacau sebati semuanya.
  6. Nak letak perhiasan pun boleh lepas adunan dimasukkan ke dalam loyang. Ain nak habiskan bahan-bahan lebihan buat kuih raya baru ni. Jadi Ain tabur chocolate rice dan kacang badam (lebihan buat Biskut Almond London hari tu). Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Even nak biarkan kosong (classic brownies) pun no problem).
  7. Bakar adunan di dalam oven selama 30 minit pada suhu 160 Celcius (setting dan tempoh masa bakar ikut oven masing-masing)

.

resepi mudah brownies kedut

Gigih dua beradik ni tabur kacang badan dan chocolate chip warna warni kat brownies ni.

.

Untuk pengetahuan, brownies yang ‘menjadi’ ialah brownies yang mempunyai dua lapisan. Lapisan atasnya keras tapi crunch. Manakala lapisan di bawahnya lembut dan enak.

.

Sementara untuk dapatkan brownies yang ‘berkedut’ seribu tu, selepas siap bakar sejukkan di bawah kipas atau udara biasa. Tak lama kemudian akan muncullah kedutan seribu yang cantik tu.

Nama pun brownies ‘kedut’ kan? =)

.

resepi mudah brownies kedut

Tadaaa! Inilah kejadiannya. Tak berapa nak nampakla kedutnya sebab dah penuh dengan hiasan. Hihihi. Selamat mencuba!

Resepi Almond London Sedap & Mudah

Resepi Almond London Sedap & Mudah

resepi almond london sedap

Puas hati rasanya dapat buat biskut Almond London sendiri. Buat satu bancuhan saja tapi dapat banyak jugak Alhamdulillah. Dan buat sendiri jgak puas hati dapat tabur kacang badam cincang yang banyak kat atas coklat ni haha!

Almond London ni kan salah satu biskut raya yang tak pernah luput dek zaman. Since Ain kecik masa sekolah rendah lagi dah kenal biskut ni.

Terkenal dengan biskut yang mewah dengan coklat dan kacang Almond, sedap sungguh makan ramai-ramai masa raya.

Sebab Almond London ni salah satu biskut raya kegemaran Ain, bila dah jadi mak budak ni teringinlah nak buat sendiri kan. Tapi masa kecik-kecik, Ain dok dengar-dengar macam susah dan leceh nak buat biskut Almond London ni.

Sampai lah pada suatu hari, saja la Google resepip Almond London sedap dan cuba buat.

First time buat ialah untuk raya last year. Time tu rasanya terlebih gula la kot yang jadi manis skit haha. Tahun ni buat skali lagi Alhamdulillah jadi sedap. Anak-anak suka makan dan encik suami pun tak cukup 3-4 biji sekali makan. =)

Credits to pemilik asal resepi Almond London sedap ni. Maaf Ain terlupa search kat mana tahun lepas. Hehe…

.

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega
  • 2 + 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • badam biji dipanggang secukupnya
  • badam cincang untuk hiasan
  • coklat masakan secukupnya
  • mangkuk kertas / paper cup warna hitam (paling sesuai)
  • sedikit minyak jagung

.

Cara-caranya :

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan sebati. Bila warna mentega berubah menjadi kuning pucat dan tekstur ringan, ok la tu.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pula nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai jadi dok yang boleh dibentuk menjadi bulatan.
  4. Ambil sedikit doh, masukkan biji badam ke dalam doh dan bentukkan doh. Saiz dan bentuk (bulat atau bujur) adalah mengikut citarasa anda. Biasanya Almond London orang buat bujur lah kan?
  5. Bakarkan pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing), atau sehingga masak dan kemudian sejukkan.
  6. Untuk coklat bagi menyelaputi doh yang siap dibakar, cairkan coklat masakan dan minyak jagung di atas api menggunakan kaedah double boil. Minyak jagung berfungsi mencairkan sedikit coklat masakan dan mengilatkan ia. Kalau agak-agak coklat tu macam pekat lagi, boleh tambah minyak sedikit demi sedikit.
  7. Setelah coklat cair, salutkan ke setiap doh yang siap dibakar. Hiaskan dengan badam cincang dan sejukkan.
  8. Bila semua coklat sudah kering, simpan dalam bekas tertutup.
  9. Siap. Senang je kan? Selamat mencuba! =)

.

resepi almond london sedap

Tadaaa!!! Resepi Almond London sedap ni bukan saja senang, tapi sat ja siap!

.

Biskut raya kegemaran Ain yang lain ialah Mazola. Mazola ni pun resepinya mudah sangat dan sedap! =)