Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

berpantang dengan vivix

Anak bertuah Umi Walid yang keempat, Alhamdulillah selamat dilahirkan secara pembedahan Czer pada 26 Jun 2019 jam 23:23.

Bersambung dari entri Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency. Entri kali ini, saya kongsikan cabaran selepas itu dan pengalaman berpantang dengan Vivix pula (pertama kali dalam sejarah berpantang saya).

.

Bimbangkan Luka Czer

Seperti ibu-ibu yang bersalin melalui czer, saya juga bimbangkan luka pembedahan itu.

Sekali-sekala, datang ibu-ibu selepas bersalin dengan masalah luka czer yang terbuka, ada lelehan ‘air bisa’ atau nanah, tak kurang juga luka yang lambat sembuh.

Luka bersalin czer bukanlah seperti luka pembedahan lain. Jika dilihat dari luar (kulit) kita hanya boleh nampak satu garisan jahitan sahaja. Tetapi hakikatnya, di dalam perut kita ada beberapa lapisan jahitan yang telah dibuat sebelum menutup kulit selepas selesai mengeluarkan bayi.

Untuk pengetahuan, untuk sampai ke uterus (rahim), perlu melalui banyak lapisan selepas kulit. Rujuk gambar ini:

9 lapisan di bahagian abdomen kita sebelum ‘sampai’ ke uterus (rahim).

.

Saya Paling Banyak Bergerak dan Tak ‘Berpantang’ Langsung Bersalin Kali Ini

.

Selain bimbangkan luka pembedahan czer, antara cabaran lain saya ialah:

  • Menguruskan diri sendiri di wad (seperti ibu-ibu bersalin czer lain)
  • Sehari 2 kali suami akan bawa saya melawat bayi di NICU/SCN. Nak tak nak kena banyak bergerak juga ke sana ke mari
  • Teman bayi keluar masuk wad (total 3 kali admission: lepas bersalin, untuk establish feeding, bayi jaundice dan mengalami dehidrasi)
  • Saya makan hidangan hospital. Saya tak ikut pantang makanan lepas bersalin dah. Sambal ke, ayam ke, sayur sejuk ke, semua ku telan haha)

.

Disebabkan semua cabaran ini, sudah tentulah saya bimbang sangat dengan luka pembedahan dan proses penyembuhan badan selepas bersalin (czer plak tu!).

berpantang dengan vivix

Zachary Zulqarnain bin Khairil Azrul, ni day 3 of life kalau tak silap.

.

Berpantang Dengan Vivix : Mujur Ada Lebihan Vivix Yang Saya Ambil Semasa Mengandung

.

Saya teringat Vivix yang masih berbaki kurang dari sebotol rasanya. Vivix ni on off saya makan semasa mengandungkan Ucu  ni. Ada lebih, jadi saya sambung sahajalah makan selepas bersalin. Itu pun on off (sebab lebih risaukan baby kan). Suplemen dalam Set Prenatal lain saya masih konsisten ambil macam biasa.

Hasilnya, paling mengejutkan saya sendiri, luka czer saya bercantum dan kering seawal hari kedua lagi. Suami tolong check luka pun terkejut. Dan walaupun saya banyak bergerak ke sana ke mari, admit wad tiga kali, Alhamdulillah tak rasa lembik sangat.

Bila terfikirkan tiga kali bersalin sebelum ini, menyesal pula tak pernah rasa nak mencuba ambil Vivix masa pantang. Recommended sangat!

.

Berapa Harga Vivix?

.

Sebotol Vivix dijjual dengan harga runcit RM475. 1 hidangan Vivix hanyala sesudu kecil sekali setiap hari.

Tapi buat apa bayar lebih kalau boleh bayar kurang. Dengan sebotol Vivix sahaja, anda layak dapat keahlian percuma jadinya automatik harga ahli yang jauh lebih menjimatkan!

Hubungi Ain 016-4214704 untuk order.

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Sememangnya sudah sedia ada Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, ESP, Vita C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard. Namun, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

.

Badan Bertenaga Lepas Bersalin Cesar. Muka Dah Tak Pucat. Luka Cepat Kering

berpantang dengan shaklee vivix

Testimoni Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Shieda masa first Cesar, pada usia hujung 20-an, tak ambil Vivix. Hanya ambil Set Berpantang dan add on Zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.

Untuk second Cesar, usia 30-an, Shieda ambil Vivix. Masa tu, rasa sakit Cesar kedua lebih teruk dari yang pertama. Tapi Alhamdulillah asbab ambil Vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering. Badan pun rasa bertenaga sampai terlupa tengah pantang.

Untuk third Cesar, Shieda baru lepas habis pantang ni. Ambil Vivix juga sebab dah tahu sakit Cesar macam mana.

Pengalaman tak boleh lupa, Cesar ketiga ni muntah-muntah lepas Cesar. Sebelum tu tiada. Masuk makanan je muntah. Sampai menggigil tak bertenaga sebab makanan semua keluar. Doc dan nurse risau sebab nampak muka pucat sangat malam tu lepas 6 jam puasa.

Dan Shieda memang ada thalassemia. Hb memang low. Malam tu jugak ambil Vivix dan esok pagi nurse cakap muka dan tak sepucat semalam. Luka pun cepat kering dan baik.” (Shieda Balqis)

.

Husband Terkejut Bila Luka Dah Tutup Kering

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Ain sempat perhabis Vivix masa pantang sebab tinggal sikit saja. Ini first time Cesar. Luka kat kulit ceat kering. Hari kedua husband tegur dengan terkejutnya, “Dah cantum elok kulit dan kering!”.

Masa tu juga first time pantang ambil Zinc juga. Siapa-siapa nak bersalin terus suggest berpantang dengan Vivix dan Zinc juga. Risau juga sebab seminggu tu keluar masuk hospital (baby prem) dan banyak sungguh bergerak sana sini.” (Ainniah Zulkefli)

.

Luka Cepat Baik. Tiada Kesan Luka, Nampak Garis Halus Je

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Saya bersalin baru ni pun emergency Cesar. Serius takut nak menghadapinya sebab tiada pengalaman Cesar. Tekad beli Vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan Vivix ni best. 

Alhamdulillah luka cepat baik, tiada kesan pun luka tu, nampak garis halus je sekarang. Pantang pun tak rasa macam bersain Cesar, rasa macam bersalin normal je. Lepas 3 minggu siap boleh mandikan dan menjaga kakak-kakak si baby (3 dan 2 tahun).

Doc pesan jangan angkat benda berat, haaa itu memang jaga sampai sekarang.” (Idayu Rosli)

.

Luka Baik Dalam 2 Minggu, Badan Cergas Sangat

Saya anak first Cesar tak kenal Shaklee lagi. Nombor 2 pun Cesar, minum Vivix, luka baik dalam 2 minggu, rasa cergas sangat-sangat. Orang tegur nampak macam tak pantang. Masa yang first, luka bersalin ambil masa sebulan, baru nak baik.” (Indira Ananth)

.

Muka Tak Pucat, Luka Dah Baik Dalam 2 Minggu

Syida pun berpantang dengan Set Pantang Shaklee full set masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua Syida add on Vivix. Orang memang tegur cergas dalam pantang.

Ena datang lawat Syida masa anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan tengah pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit dah. Syida bersalin normal kedua-dua anak.

Masa bersalinkan anak kedua ni, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor terpaksa gunting sebab baby dah lemas time tu.” (Syahida Ali)

.

Teruja Bila Luka Cepat Baik, Badan Pun Bertenaga

Ena nak kongsi pengalaman Ena sendiri. Ada beza berpantang dengan Set Berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua, Ena dah rasa.

Masa berpantang anak first tak ambil apa-apa suplemen, luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan lepas berpantang pun kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.

Bila amal Set Berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga. Kena jaga juga.

Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat baik. Badan pun cepat recover, bertenaga dan kulit pun makin berseri.

Ramai yang tegur, Ena tak macam baru lepas bersalin jer.” (Aeinna Musa)

.

Ingin berpantang dengan gembira dengan Set Berpantang Shaklee dan Vivix juga? Whatsapp Ain 016-4214704 untuk info lanjut dan order.

Koleksi Testimoni ESP Shaklee Untuk…

Koleksi Testimoni ESP Shaklee Untuk…

testimoni esp shaklee untuk

Kalau nak dikumpulkan semua testimoni ESP Shaklee untuk penggunanya, memang tak terkira banyaknya!

Mari kita tengok beberapa feedback pengguna yang dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni.

.

1# Testimoni ESP Shaklee Untuk Masalah GASTRIK

.

“Wawa dulu ada pengalaman gastrik teruk sampai pengsan!

Ni waktu zaman belajar 2010/2011. Tak boleh langsung lapar, tak boleh langsung kenyang. Alih-alih badan yang kurus kering sebab makan cukup syarat. Hehe.

Kat rumah memang prepare ubat gastrik dalam peti ais. Sampai macam kalih dah. Duu tak suka makan ubat tu sebab rasa macam ubat gigi kan.

Lepas jumpa ESP tahun 2014, Wawa makan ESP tak henti sampai sekarang. Alhamdulillah, belum pernah kena gastrik lagi. Ubat pun dah lama tak jumpa. Alhamdulillah, Shaklee effect pada Wawa.

.

2# Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu MENYUSU

.

“Saya pun consume ESP untuk menyusu anak kedua. Alhamdulillah, ESP bantu saya sihat, susah demam, bertenaga, susu untuk anak mencukupi dan mengenyangkan. Anak saya pun tidur lama. Yang paling best, kulit saya pun cerah dan licin Alhamdulillah. Nampaklah kulit saya ni sihat.

Saya memang tak boleh miss ESP. If ter-miss sekali rasa tak sedap jer, rasa tak lengkap jer hidup.”

.

testimoni esp shaklee untuk

.

3# Testimoni ESP Shaklee Untuk Kesihatan KULIT

.

“Saya mula makan ESP kerana masalah kuku rapuh. Alang-alang ambil set kulit cantik plus Zinc Complex. Alhamdulillah kuku semakin pulih.

Dan baru tadi saya perasan keloid pada lengan kiri saya selepas pembedahan 22 tahun dulu dah semakin pudar dan lembut. Sebelum ni ia keras dan timbul. Syukur sangat.”

.

4# Testimoni ESP Shaklee Untuk KURUS SELEPAS BERSALIN

.

“Start ambil ESP lepas bersalinkan anak kedua. Saya ambil Set Bersalin Premium. Memang bertenaga masa dalam pantang compared dengan masa anak first. Yang paling best, berat badan pun turun dengan gembira! Masa pregnant punyala berat sampai 97kg. Lepas pantang habis jadi 65kg jer.

Ini tengah pregnant anak ketiga tengah trimester pertama harapkan ESP je ni sebab alah banyak benda tak lalu makan. Mujur ESP bagi tenaga, ada lah tenaga untuk uruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Kalau tak, memang melepek jer ler.”

.

5# Kawan tanya, “Pakai produk Korea ke kasi nampak Glowing?

.

“Assalamualaikum, saya nak share pengalaman minum ESP. Mula-mula minum rasa tak yakin sebab terbaca info yang salah tanpa kaji selidik soya tak elok untuk perempuan dan lelaki. Dengar-dengar juga dari mulut-mulut yang bercerita minum soya semasa mengandung baby boleh dapat alergik yang teruk.

Bila cuba sendiri nikmatnya ESP memang tak sama dengan soya yang ada kat pasaran. Tak manis, tak tawar. Rasa soya ESP dah sangat perfect kalau tak bancuh dengan perisa lain.

Masa minum ESP saya amakan juga Alfalfa untuk masalah alergik, Vitamin C untuk sistem imun, GLA untuk masalah irregular period cycle. Rasa bahagia yang teramat ambil 4 suplemen Shaklee ni.

‘Mak’ Shaklee saya bagitau yang ESP juga boleh dibuat masker. Saya cuba buat masker ESP & Alfalfa. Ya Allah lembut moist sangat kulit. Lepas buat tu makan GLA sebelum tidur.

Kebetulan kawan mak sakit, jenguk dia sambil borak. Tiba-tiba kawan saya tanya, “pakai produk Korea ke kasi nampak glowing?”. Rahsianya suplemen Shaklee la, saya makan konsisten. Terus dia pun terjebak dengan Set Cantik Shaklee.”

.

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi.

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

Sembelit Ibu Berpantang Kini Tiada Lagi

set puasa shaklee

Sembelit Ibu Berpantang | Anda ibu berpantang yang sedang mengalami masalah sembelit yang menakutkan?

Kalau ada luka episiotomi yang teruk, selagi boleh nak elakkan membuang air besar kan?

Seriau rasanya, memikirkan kot-kot luka tertetas semula dek membuang najis keras.

Nak ke hospital jahit untuk kali kedua pun mimpi ngeri juga!

Boleh baca entri 9 Tips Penjagaan Luka Episiotomi juga untuk pengetahuan.

Kini, ibu-ibu dalam pantang tak perlu bimbang lagi. Kerana kami sudah ada penyelesaian mudah dan pantas untuk mengatasi masalah sembelit ibu berpantang.

Semudah menelan 3 kaplet comel setiap malam sebelum tidur, keesokannya pasti proses ‘Indah Water‘ ibu-ibu akan lancar selancar-lancarnya.

sembelit ibu berpantang

“Rasa nak buat print screen komen-komen semua orang. Hehe. Alhamdulillah. Sama. Start Ostematrix lepas pantang anak kedua. Benda yang ingat masa pantang pertama sembelit. Ya Allah seksa sangat. Menangis sokmo dalam tandas. Pantang kedua ambik Set Pantang Shaklee. Ya Allah suka sangat! Nak gi tandas pun suka. Susu mencurah-curah. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Alhamdulilah. Allahuakbar. Subhanallah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Makan Ostematrix ok Alhamdulillah dan boleh berak dah.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Hilang Dengan Ostematrix

“Suka Ostematrix sebab lawas. Ada masalah pembuangan dari dulu. Lepas jumpa Ostematrix masalah pun selesai. Harga murah dan berbaloi-baloi.”

 

sembelit ibu berpantang

Testimoni Sembelit Ibu Berpantang

“Yat pun suka Ostematrix ni. Tiap2 malam wajib telan. Paling ketara kesannya lawas. Lepas bersalinkan Dasuki, Yat ada buasir. Ha, kalau sembelit memang naya la. 

Dulu sangat takut nak membuang. Lagi2 kalau berhari tak membuang. Tapi sekarang dah tak risau. Masa pregnantkan Dasuki, selalu lenguh2 betis. So far, dah 3 bulan ni takde lagi la spa kat rumah, tukang urut2 ni. 

Hubby pun ambik jugak sebab ada pengalaman jatuh motor masa belajar. Cepat sakit dan lenguh pinggang. Lepas ambik Ostematrix, takde lagi nak suruh urut/pijak pingganh dia tu.”

.

Kenapa Ostematrix Suplemen Wajib Untuk Sembelit Ibu Berpantang?

.

Ostematrix Shaklee diformulasi daripada galian Laut Mati, bukan sahaja mengandungi kalsium yang diperlukan.

Tetapi juga lengkap dengan magnesium, vitamin D, zink, boron dan lain-lain yang ‘bekerjasama’ untuk memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah terbukti secara klinikal, iaitu selepas 12 jam dari pengambilan.

kaki cramp ketika mengandung

Graf di atas menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

Juga sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan produk tenusu atau mempunyai alahan susu (lactose intolerance).

Membantu melegakan masalah sembelit ibu berpantang, kerana kalsium membantu otot-otot usus ‘berehat’ dengan baik, lalu melancarkan pergerakan usus.

Katakan TIDAK kepada sembelit semasa pantang sekarang juga.

Info lanjut tentang Ostematrix, boleh terus klik Ostematrix Shaklee.

ainniahzulkefli

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut.