Kisah Benar Nak Kurus Cara Sihat

Kisah Benar Nak Kurus Cara Sihat

Rupa-rupanya nak kurus cara sihat dan selamat tak susah mana pun.

“Assalam Dr. Nak tanya, berat saya tak turun-turun. Rasa timbang sama ja 55kg. Nak buat macam mana ya? Malam tak makan. Hadoi risau jgak. Tapi baju rasa longgar. Seluar pun sama. Suplemen makan tiap-tiap hari.”

nak kurus cara sihat

Baru sebulan amalkan pemakanan mengikut meal plan detox Shaklee dan konsisten pengambilan suplemen, dah dapat feedback best dari customer sorang ni. =)

.

Kenapa berat badan tak berubah tapi pakaian dirasakan lebih longgar? Memang macam ni ke kalau nak kurus cara sihat?

Begini. Selain bendalir badan dan organ-organ dalaman, berat badan juga ditentukan oleh otot dan lemak.

Masa customer ni beritahu pasal ni, apa yang terlintas dalam kepala Ain ialah komposisi otot customer ni mungkin dah jadi lebih banyak daripada sebelum itu.

Otot adalah lebih berat berbanding lemak kan?

Jadi bila berdiet dengan cara yang betul, lemak hilang tetapi bukan otot. Boleh baca lebih lanjut di entri Cara Mudah Kekalkan Bentuk Badan Cantik.

nak kurus cara sihat

Akak ni kata ukuran pinggang dah berkurang dari 32 kepada 29. Dah kurang 3 inci! Alhamdulillah.

.

Kehilangan inci tanpa atau dengan minima penurunan berat badan bukanlah petanda diet anda tidak berjaya. Tetapi ianya adalah satu petanda yang anda telah berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Otot dalam badan bertanggungjawab untuk proses metabolisma tubuh supaya terus mampu membakar lemak badan.Semakin banyak otot sudah tentulah meningkat jugak keupayaan untuk membakar lebih lemak lagi. Kita mestilah nak kurus tanpa perlu risaukan kesan ‘rebound’ kan? Jadi, inilah caranya!

.

Kalau nak kurus cara sihat, bagaimana nak tingkatkan komposisi otot?

Mudah sahaja. Iaitu dengan hanya melakukan senaman berkala secara konsisten. Nak buat senaman apa, berapa lama sehari atau seminggu, boleh rujuk entri Ain sebelum ni bertajuk 4 Jenis Senaman Untuk Kesihatan Optimum.

Anda juga digalakkan mengambil Cinch Shake yang kaya dengan leucine. Leucine ialah zat yang membantu mengekalkan otot semasa pembakaran lemak. Baca juga entri Diet Yoyo : Adakah Anda Salah Seorang? untuk lebih memahami tentang ini.

.

Bagaimana nak tahu yang detox anda berjaya?

Proses detoksifikasi bertujuan menyingkirkan toksin berlebihan dan mengoptimumkan sistem detoksifikasi semulajadi badan. Amnya, detox memberi 8 manfaat berikut:

  1. Membantu menurunkan berat badan berlebihan secara sihat dan selamat
  2. Melegakan kembung perut, ketidakhadaman dan masalah sembelit
  3. Meningkatkan tenaga
  4. Menangani masalah ‘ketagihan’ seperti makanan manis dan minuman berkafein yang melampau
  5. Menyokong kesihatan kulit
  6. Mengurangkan tekanan
  7. Menguatkan sistem imun badan
  8. Memperbaiki kualiti tidur

.

Jadi, detox anda dikatakan ‘berjaya’ jika anda berjaya merasai mana-mana manfaat di atas. =)

.

Kenapa Set Jom Detox Shaklee?

  • Merupakan rangkaian makanan tambahan yang menyokong keseluruhan sistem detoksifikasi semulajadi badan
    • Cinch Shake : “meal replacement” yang tinggi nutrisi tetapi rendah kalori
    • Peppermint GingerPlus : melegakan “angin” dan ketidakhadaman yang boleh terjadi di peringkat awal detox anda terutamanya
    • Alfalfa Complex : mengalkalikan darah, dikenali sebagai “Father of All Foods” dengan nutrisi tanah yang tak tercapai oleh tumbuhan berakar tunjang lain
    • Herblax : melancarkan pencernaan dan menyokong kesihatan usus
    • DTX Complex : menyokong kesihatan hati yang merupakan salah satu organ detox penting
  • Selamat diambil untuk jangka masa panjang : Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun. Landmark Study
  • Sumber semulajadi dan bukan GMO, diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP) yang menjamin keaslian produk Shaklee dari proses penanaman benih lagi.
  • Bebas gluten
  • Mudah disedia dan diambil (dalam bentuk serbuk untuk dibancuh dan tablet yang mudah ditelan)
  • Harga berpatutan dan lebih dari berbaloi

.

Harga promosi RM465 untuk satu Set Jom Detox ialah sehingga 30 November 2019 sahaja. Anda yang nak kurus cara sihat, cepat-cepat grab sebelum terlambat.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Rahsia Turun Berat Badan Cara Semulajadi

Rahsia Turun Berat Badan Cara Semulajadi

rahsia turun berat badan

Rahsia Turun Berat Badan Susi

Masalah yang dihadapi SEBELUM detox:

  • badan lemau
  • cepat letih dan mengantuk
  • berat badan berlebihan
  • sentiasa rasa nak makan (yang ni paling tak suka sebab bila makan berat pun naik cepat dan akan mengantuk)

Kenapa Susi rasa nak detox?

  • dah pernah detox sebelum ini dan rasa kebaikan detox
  • ingin kesihatan yang lebih baik
  • dah tak nak tidur dalam kelas!

Pengalaman semasa detox:

  • First day detox dah rasa mual dan lidah rasa nak garam tapi teruskan juga ambil sayur dan buah sahaja.
  • Hari seterusnya dah boleh bertahan, dah boleh campur sup dan menu-menu detox yang lain walaupun terpaksa terima sindiran yang kata kambing.
  • Perut cepat lapar tapi dah dapat cover dengan air dan buah or almond sebagai snek.

Results SELEPAS detox:

  • dah tak mengantuk dalam kelas
  • badan lebih segar dan ringan
  • berat dari 65kg ke 63.4kg
  • ukuran loss 1 inci

Recommended pada semua!

Buatlah detox paling kurang sekali sebulan macam saya yang malas ni hehe.

Credit : FB Nur Susi

manfaat detox

5 SEBAB UNTUK ANDA MEMILIH SHAKLEE DETOX PLAN

  • Permulaan segar dan rahsia turun berat badan secara semulajadi yang berkesan – sejarah lebih 100 tahun dalam dunia nutrisi dan telah menyiarkan lebih 125 kertas saintifik
  • ‘Personalized’, tidak terlalu strict dan boleh disesuaikan ikut badan masing-masing – boleh pilih antara menu Extreme, Energetic, Relax
  • Sokongan dari yang pakar, kumpulan sokongan yang bersemangat
  • Boleh dijadikan platform untuk menjana pendapatan kerana anda sendiri mampu menjadi testimoni bergerak
  • Bukan sahaja menawarkan kaedah mudah untuk menurunkan berat badan secara sihat, tetapi juga memberi manfaat kesihatan lain

Rujuk entri 8 Manfaat Detox Untuk Tubuh Kita.

Rahsia turun berat badan yang bukan lagi rahsia. Bertindaklah sekarang juga!

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

Set Detox Shaklee : Fungsi, Pilihan, & Harga

ASAS

Peppermint

  • Melega & menenangkan perut
  • Menangani masalah kembung dan berangin
  • 90 tablet sebotol

Herblax

  • Daun senna, herba yang ‘mesra usus’
  • Menangani masalah sembelit
  • Menggalakkan kesihatan sistem pencernaan
  • Sebotol 90 tablet

POPULAR

Peppermint

Herblax

DTX Complex

  • Milk thistle ialah sejenis tonik hati
  • Mencantikkan kulit
  • 120 tablet sebotol

Alfalfa

  • Sifatnya yang alkali, ‘melawan’ keasidan yg disebabkan toksin
  • 330biji (S), 700biji (L)

PREMIUM

Peppermint

Herblax

DTX

Alfalfa

Vivix

  • Polifenol ialah sumber antioksidan yang baik
  • Energy booster
  • Sebotol untuk sebulan

Testimoni Set Detox Shaklee : Apa Kata Mereka?

Saya amalkan Set Detox Shaklee (Alfalfa + Herblax) dan Lecithin, eat clean (kurang gula putih, nasi putih, tepung), makan suku-suku separuh dan defisit kalori. Berat turun dari 68kg kepada 60kg.
Umi Nazrah

Total loss 6kg.

Best. Buncit kat perut dan tak kelihatan.

Azliza

Raya tahun lepas XL, raya tahun ni M pun still longgar. Tak nak lah ambik saiz S. Kang ikut fitting badan sungguh. Hehehe.
Halimatus Saadiah

Salam. Nak share jgak walau tak setara mana. Dari 86.2kg kepada 79.6kg.” (Norliza)
Norliza

Berusaha turunkan berat badan untuk kurangkan risiko darah tinggi dan kolesterol. Hasil detox cara Shaklee dan amalkan set detox Shaklee, berjaya turun lebih 15kg. (Master Dosh)
Master Dosh

Mak saya 63 tahun saiz boleh tahan montel. Setahun lepas saya mula eat clean mak kata nak join. Mak mula beli macam-macam peralatan workout, workout daily, air kosong banyak, control food portion, …. dia berjaya turun berat badan! Size baju 54 jadi 50.”
Halimatus Saadiah