Shaklee Bahaya Untuk Kesihatan Betul Ke?

Shaklee Bahaya Untuk Kesihatan Betul Ke?

Shaklee bahaya ke? Meh Ain nak share cerita Ain sendiri.

Syukur Alhamdulillah. Result routine blood test Ain dah balik. Siap special boh dalam sampul yang di-seal lagi sebab depa tau ni doktor punya. Hihihi…

  • sel darah merah, putih, beku normal
  • fungsi buah pinggang normal
  • asid urik normal
  • fungsi hati normal
  • kalsium pun cantik
  • kolesterol cantik
  • gula pun elok

shaklee bahaya

Ini keputusan darah Ain. Syukur ke hadrat Allah semuanya normal.

.

Alhamdulillah. Untuk pengetahuan, Ain consumer tegar Set Menyusu Optimum Shaklee sejak 2012. Hampir 6 TAHUN dah konsisten ambil 5-6 JENIS suplemen Shaklee setiap hari WITOUT FAIL.

Pagi-pag bancuh 3 sudu besar ESP, telan terus skali sebiji Vitalea, sebiji Vitamin C dan 5 biji Alfalfa (duu 10 biji Alfalfa, sekarang plan nak slow weaning anak menyusu).

Malam sebelum tidur plak Ain akan ambil 4 biji Ostematrix, sebiji B Complex dan sebiji Vitamin E. Jadinya, total setiap hari Ain ambil 13 tablet dan 3 sudu besar serbuk protein (14 gram). On off plak Ain ada minum Performance jgak, kadang-kadang perabih Meal Shakes anak hihihi.

Dengan rutin macam ni, Ain sendiri rasa makin sihat setiap hari walaupun sibuk dengan kerja sampai malam, kerja-kerja rumah dan anak-anak. Bukan sebulan dua tau tapi dah lebih 5 tahun Ain lebih sihat dari sebelum tu.

nak kurus dengan cepat

Betul ke Shaklee bahaya? Gambar kiri masa Ain student lagi. Kalau orang lain lepas beranak pinak badan bagai dpam-pam dan dah mula sakit badan dan kerap demam semua tu, kenapa Ain tak? (Alhamdulillah sangat)

.

So, siapa kata Shaklee bahaya untuk jangka masa panjang?

Ain terus menerus consume vitamin Shaklee kerana percaya dengan Landmark Study.

Landmark Study ni kajian kesan pengambilan beberapa suplemen selepas lebih 20 tahun tau. Ada satu ni saja kajian macam ni dalam dunia sebab hanya Shaklee je yang berani diuji keberkesanannya. Dah memang bagus kan, so kenapa nak takut dedngan cabaran oleh pihak ketiga yang tak berkaitan langsung dengan Shaklee?

Dalam Landmark Study, pengguna multiple suplemen Shaklee paling sihat & mempunyai parameter kesihatan terbaik selepas 20 tahun, berbanding kumpulan tanpa suplemen dan pengguna multivitamin sahaja (bukan Shaklee).

Kajian ini diketuai oleh pihak ketiga yang berkuasa penuh ke atas kajian (Shaklee cuma keluarkan dana untuk kajian sahaja). Siap ada evaluation by pakar dalam bidang yg sama sebelum diterbitkan (peer-reviewed) lagi. Memang strong lah kajian ni!

Bukti klinikal kukuh yg Shaklee sememangnya mementingkan kesihatan kita dah memang ada.

Bukti depan mata ni haa pun ada (Ain la salah sorang hehe).

Korang boleh klik LANDMARK STUDY untuk baca lebih lanjut tentang kehebatan dan keputusan stunning kajian ini.

Ain buat test ni annually untuk membuktikan yang Shaklee memang betul2 selamat untuk jangka masa panjang bagi mereka yang NAK mencegah sebelum kena.

Kalau dah ada penyakit, memang ada la bacaan2 yg abnormal tu. Terbaiknya, sebelum start makan Shaklee, check darah dulu. Baru kita boleh tahu betul ke Shaklee penyebab masalah abnormal darah korang tu kan? 🙂

Ambil suplemen the best is SEBELUM sakit. Sebab suplemen bukan ubat.

Cegah sebelum kena. Dan cegahlah sebelum lebih parah. 🙂

Biar Semua Tahu Betapa Bahayanya Makan Shaklee!

Biar Semua Tahu Betapa Bahayanya Makan Shaklee!

Betul ke Shaklee bahaya? Dok dengar ada orang makan Shaklee 7 bulan hati rosak la, makan 2 bulan cyst jadi lagi besar la, baru makan tak habis sebotol lagi jerawat makin banyak la…ye ke semua tu?

Kali ini saya nak cerita satu kisah benar tentang mak ayah saya sendiri. Biar semua tahu BETAPA BAHAYANYA MAKAN SHAKLEE ni!

Ok.

Ini mak ayah kesayangan saya.

Tahun ni (2018) ayah umur 65 tahun, mak pula 59 tahun. Siapa tak sayang mak ayah kan?

betul ke shaklee bahaya

Di kala orang lain seusia mak ayah didiagnos pelbagai penyakit kronik, kena makan ubat setiap hari dan most of the time ‘sakit’, mak ayah saya Alhamdulillah bebas penyakit-penyakit ‘orang tua’ dan cergas berjalan ke sana ke mari serta rajin bersenam (berbasikal, naik turun bukit – saya pun kalah!).

Faktor keturunan BUKAN penghalang untuk kita terus sihat tau. Jangan jadikan keturunan ‘alasan’ kita sakit. Mak ayah saya dua-dua ada family history darah tinggi & penyakit jantung.

Tapi, selagi boleh kawal apa yang mak ayah mampu kawal untuk sihat, mak ayah buat.

Mak ayah saya bukanlah jenis ‘jaga makan’ sangat especially ayah haha. Tetapi sebab anak depa ni doktor & tak nak sakit macam orang lain, awareness pasal kesihatan tu Alhamdulillah ada.

Exercise pula no problem. Seminggu beberapa kali naik turun bukit Tokun tu ha. Kadang naik beskal dengan kawan-kawan ayah juga.

.

Mak Ayah Naik ABC

betul ke shaklee bahaya

Betul ke Shaklee bahaya? Kalau bahaya saya tak berani nak bagi mak ayah saya makan.

.

Ini gambar mak ayah saya tahun lepas masa naik Annapurna Base Camp (ABC). ABC ni antara bukit2 yang ‘berjiran’ dengan Gunung Everest (read: Everest ya, bukan Bukit Larut hihi).

Nak naik ABC ni bukan senang tau. Dengan cuaca sejuk mencabar semangat, jalan licin bersalji, pakai jaket tebal lagi, nak gendong beg lagi…kalau ajak saya memang tak nak!

Tapi saya kagum sangat sebab mak ayah boleh buat!

Lagi kagum sebab yang lain-lain dalam group mak ayah tu semua muda-muda. Lagi muda dari mak ayah. Mak ayah ialah lelaki dan perempuan paling berusia dalam kumpulan tu. Tengok sendiri gambar depa kumpul ramai2 ni.

betul ke shaklee bahaya

Kawan-kawan mak ayah masa naik ABC tahun lepas.

 

betul ke shaklee bahaya

Semua pun nampak jauh lagi muda dari mak ayah kan?

.

Mak ayah saya pengguna Shaklee sejak 2 tahun lepas (sebelum naik ABC ni lagi). Mak ayah konsisten BEBERAPA vitamin antaranya Vivix, Omega Guard, Vitamin C, Ostematrix dan ESP (mak saja).

.

Apa pengakuan mak ayah lepas consume Shaklee?

Badan rasa beza sangat sejak makan Shaklee. Rasa lagi sihat. Recommended sangat untuk orang lain. Mak ayah nak teruskan.”

Mak ayah saya setiap bulan beli sendiri vitamin-vitamin kat branch (dekat saja dengan rumah).

Personally, saya nampak ada baaaanyak Shaklee effect yang mak ayah dapat. Tapi yang saya paling bersyukur:

  • kolesterol ‘degil’ mak turun dari 6.88 jadi 5.88 lepas 2 bulan follow detox cara Shaklee & consume Vivix. Latest kolesterol 5.2 (first time normal sejak berpuluh2 tahun!).
  • ayah dapat rasa mata ayah makin sihat (pernah diagnos glaucoma, kena laser & ayah sangat down sebab risau sangat takut2 jadi buta, muka hari2 monyok ja)
  • badan mak dah jaaaaarang sangat berangin. Kalau tak dulu tu asyik2 belahak (sendawa), kepala pusing, pening2 & sakit badan. Kesian sangat tengok! Ambil masa beberapa hari pula tu nak baik semula.

betul ke shaklee bahaya

.

Kalau betul Shaklee bahaya, kenapa saya berani bagi mak ayah makan Shaklee?

.

Sebab Shaklee bukan sembarangan suplemen lah saya berani cadangkan mak ayah ambil beberapa jenis vitamin untuk menyokong kesihatan.

Shaklee ialah syarikat nutrisi yang sangat ‘obses’ dengan kualiti produk. Sanggup belanja paling kurang 1juta dolar setahun untuk penyelidikan sahaja, buat beratus-ratus ujian kualiti, buat ujian untuk semak keselamatan setiap satu bahan yang digunakan.

Setiap produk Shaklee juga adalah ‘beyond organic’. Maksudnya, kalau sekian-sekian standard diperlukan untuk dapat title ‘organik’ tu, yang Shaklee punya adalah 3 kali ganda lebih dari standard yang ditetapkan kat US.

Siap ada Innovation Center khas untuk buat R&D. Yang kerja di situ pula saintis-saintis yang hebat-hebat.

Yang saya share ni cuma beberapa point kelebihan produk Shaklee. Nak tahu lebih lagi boleh baca kat entri Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan ni.

Kalau orang tanya, takpe ke bagi mak ayah makan beberapa vitamin bertahun-tahun macam ni?

Jawapan saya, kalau Shaklee InsyaaAllah selamat dan boleh. Makin bermanfaat untuk lebih sihat. Rujuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere untuk bacaan lanjut.

betul ke shaklee bahaya

Shaklee sendiri sarankan tiga perkara ni – eat healthily, exercise regularly, supplement wisely.

.

Ya. Memang banyak lambakan suplemen mengarut-ngarut sekarang ni (Saya masih skeptikal dengan suplemen hehe).

Jadi buat pilihan yang bijak. Tanya pada yang TAHU pasal Shaklee.

Kalau tanya orang yang anti-Shaklee, of course ada pelbagai perisa & MSG yang boleh merosakkan badan. Kita pun makan dan makan je la sebab sedap rasanya walaupun sebenarnya bawa mudarat dalam diam. 

Kalau nak percayakan sesuatu cerita pun, janganlah membabi buta. Kita manusia ada otak untuk fikir mana betul mana salah, mana logik mana fantasi. Mana patut klik button share, mana patut hide dan unfriend or unfollow.

Kan?

So korang rasa betul ke Shaklee bahaya? Tepuk dada, tanya hati dan akal. =)

betul ke shaklee bahaya

Jaga-jaga dengan fitnah akhir zaman. Kalau Shaklee bahaya macam mana boleh bertahan lebih 20 tahun sejak masuk Malaysia tahun 90an? Macam mana produk pertamanya masih wujud lebih 100 tahun (Vitalea pertama kali dihasilkan pada tahun 1915)

Perlukan bantuan untuk masalah kesihatan atau kecantikan anda atau orang yang anda sayang?

Hubungi saya segera untuk konsultasi penuh dan cadangan vitamin terbaik untuk anda.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan

Keistimewaan Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan

keistimewaan shaklee

Teruja sekali lagi selesai kelas online pertama Maestro Academy Elite  malam semalam. Tajuknya “Keistimewaan Shaklee”.

.

1# Kami Mengutamakan Kesihatan

.

Bagi Ain, nak pilih sesuatu suplemen yang bagus kena lah pastikan betul-betul selamat dahulu. Punya macam-macam jenis ‘suplemen’ di pasaran sekarang, kalau tersilap langkah boleh membawa padah!

Shaklee berpendapat bahawa kesihatan yang baik adalah perkara paling berharga di dunia. Sebab itulah Shaklee melaburkan sejumlah wang yang besar untuk penyelidikan, kajian klinikal dan pembangunan produk. (Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.)

LEBIH

JUTA DOLAR

dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan, dan pembangunan.

LEBIH

UJIAN KUALITI

setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

LEBIH

KERTAS SAINTIFIK

dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan, dan pembangunan.

KUALITI

MELANGKAUI ORGANIK

“BEYOND ORGANIC”

Paling membanggakan ialah kami ada Landmark Study. Satu-satunya kajian seumpamanya yang mengkaji kesan pengambilan beberapa jenis suplemen untuk jangka masa panjang (lebih 20 tahun). Bacaan lanjut boleh klik Landmark Study.

.

2# Kami Mengutamakan Kehidupan Harmoni Bersama Alam Semulajadi

.

Shaklee merupakan perintis yang mencapai keneutralan karbon pada 2000, dan telah menggerakkan rangkaiannya untuk menanam satu juta pokok untuk dunia, yang bukan sahaja merupakan satu pencapaian hebat, malah menjadi inspirasi buat semua – terutamanya di sektor korporat.

(Dr. Wangari Maathai, Penerima Anugerah Kemananan Nobel 2004, pengasas Green Belt Movement, dan Duta Global untuk kemen Sejuta Pokok, Sejuta Impian Shaklee [Shaklee A Million Trees, A Milliion Dreams.])

Anugerah yang telah Shaklee terima:

  • Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award
  • 2002 EPA Climate Protection Award
  • 2006 EPA Climate Leader
  • 2009 Business Environmental Award for Sustainability

Dan Shaklee juga telah menerajui pergerakan alam sekitar melalui teladan selama beberapa dekad.

  • kempen menanam sejuta pokok
  • penajaan tiga ekspedisi Kutub Utara untuk mengukur kesan pemanasan global
  • sumbangan bekalan pembersihan mesra alam, digunakan di atas kapal penyelidikan Jacques Cousteau
  • kerjasama dengan Dr. Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerja-kerja alam sekitar
  • menyokong matlamat Pembangunan Milenia Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Millennium Development Goals) untuk menggalakkan hak kemanusiaan dan menamatkan kemiskinan
  • sumbangan vitamin dan minuman nutrisi kepada kanak-kanak kekurangan zat dan mangsa gempa Bumi
  • penajaan rasmi Hari Bumi – sumbangan hampir setengah juta dolar kepada tabung bantuan taufan AS
  • pemberian tahunan yang melebihi 3 juta dolar

3# Kami Melakukan Perkara Yang Benar

.

7 daripada buku 25 Greatest Adventure of All Time terbitan Time-Life telah dikuasakan oleh produk Shaklee.

Julian Yee

Peluncur ais bertaraf dunia, merupakan atlit Malaysia pertama menyertai Shaklee Pure Performance Team.

137 Pingat

Atlit bertaraf dunia telah memanangi 137 pingat semasa perlawanan musim sejuk dan panas, dikuasakan oleh Shaklee.

Voyager

Penerbangan tanpa henti mengelilingi dunia oleh Voyager, dikuasakan oleh Shaklee.

Angkasawan NASA

NASA meminta Shaklee menghasilkan suplemen untuk angkasawan ke bulan dan terhasillah Astro-Ade.

Pendakian Everest

Rakyat Amerika pertama yang mendaki Gunung Everest tanpa oksigen diperkasakan oleh nutrisi Shaklee.

Ekspedisi Kutub Utara

Penjelajah Kutub Utara, Will Stegar, dikuasakan oleh Shaklee.

Jacques Cousteau

Jacques Cousteau hanya menggunakan pembersih mesra alam Shaklee untuk pembersihan kapal penyelidikannya, Calypso dan Alcyone.

Projek Daedalus

Penerbangan kuasa manusia sejauh 72 batu merentasi Lautan Aegean, dikuasakan oleh Shaklee Performance.

4# Kami Utamakan Dunia Yang Lebih Baik

 

Kehidupan masa hadapan anda bergantung kepada apa yang anda usahakan.” (Dr. Forrest C. Shaklee)

Kami percaya setiap orang berhak mencapai kejayaan, tanpa mengira tahap pendidikan, kelas, bangsa, jantina atau lokasi.

Kami percaya setiap orang berhak menjalani kehidupan yang telah mereka bayangkan.

Kami percaya asetiap individu memiliki nilai yang tiada tandingan dan berhak untuk bahagia, serta mencari kehidupan yang penuh dengan matlamat dan tujuan.

Landmark Study Kajian Penting Suplemen Makanan

Landmark Study Kajian Penting Suplemen Makanan

Landmark Study merupakan kajian nutrisi tentang corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna beberapa jenis suplemen untuk jangka masa panjang.

Antara soalan-soalan ‘cepumas’ yang kerap ditanya pengguna,

“Boleh ke ambil banyak-banyak suplemen Shaklee ni dalam satu-satu masa?”

“Ada kesan tak kalau makan suplemen ni bertahun-tahun lamanya?”

Entri tentang Landmark Study ini menjawab persoalan-persoalan ini.

(more…)