7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk

7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk

Jadi ibu bekerjaya ni selalu terfikir, kalau dapat masak setiap hari macam surirumah sepenuh masa kan best.

Mana taknya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan bila memasak sendiri dengan makan di luar setiap hari, banyak yang boleh dijimatkan.

Macam untuk keluarga Ain sendiri, kami suami isteri pernah buat kira-kira secara kasar beza dalam RM500 jugak sebulan! Banyak tu kan?!

Lagi satu yang buat Ain selalu rasa nak masa sendiri ialah nutrisi dalam makanan di rumah dan makanan luar.

Bukanlah Ain nak kecam makanan luar semua tak bagus, tapi kebanyakannya dimasak dengan minyak, garam dan gula berlebihan.

Belum lagi cerita pasal ajinomoto dan MSG untuk menyedapkan makanan. Untuk jangka masa panjang memang boleh buat macam-macam masalah kesihatan dan penyakit kronik yang tidak diingini.

Jadi, berdasarkan pengalaman Ain sendiri sebagai ibu berkerjaya dan dalam masa yang sama amat gembira kalau dapat memasak di rumah, ini adalah beberapa tips yang Ain buat.

Sangat berguna terutamanya masa bulan puasa yang kita nak masak hari-hari untuk sahur dan berbuka.

.

masak setiap hari

.

1# Merancang Menu

.

Bukan sahaja dalam dunia surirumah, tapi dalam apa jua pekerjaan pun kalau kita nak semuanya berjalan lancar, perancangan mesti ada dan teratur.

Untuk memasak hari-hari, biasanya Ain akan plan menu apa nak masak setiap hari untuk 3-4 hari (bergantung kepada korang). Barulah mudah plan apa barang yang nak dibeli dan disediakan nanti.

Kenapa Ain plan untuk 3-4 hari?

Sebab kebanyakan sayur tak tahan lama sangat. Kalau barang basah beku bolehlah plan beli untuk seminggu dua (or sebulan). Bergantung kepada jenis dan sayur apa jgak.

Kadang-kala Ain tanya suami dan anak-anak, apa mereka nak makan untuk hari esok. Sebabnya kita bukan masak untuk mengisi perut sendiri saja. So apa yang suami dan anak-anak teringin nak makan pun penting bagi Ain.

Kalau kata sempat untuk dimasak hari minggu, kita masak hari minggu. Dan kalau sebaliknya, kita masak la hujung minggu atau hari cuti yang lebih banyak masa untuk memasak. Kan?

Di samping menu untuk beberapa hari tu, rancang juga apa nak masak untuk keesokan hari supaya otak lebih bersedia sebaik bangun dari tidur.

Bila plan nak masak apa untuk esok, biasanya kita dah boleh bayangkan bahan-bahan apa nak ambil, nak tumis apa, nak rendam apa, nak potong siap-siap ke apa ke kan?

.

masak setiap hari

Nak masak apa hari ini? Barulah tahu apa barang yang nak dibeli. Rancang menu makan setiap hari untuk beberapa hari, contohnya seminggu.

.

2# Spend 1 Hari Khas Untuk Menyediakan Bahan-bahan

.

Untuk ini, Ain pilih hari Sabtu sebab dalam seminggu hanya hari Sabtu je Ain sepenuhnya di rumah. Ikut masing-masing ya.

So, hari Sabtu tulah pagi-pagi Ain mintak husband belikan barang-barang basah dan sayur-sayuran di pasar.

Seharian ini jugaklah Ain akan cuba selesaikan kerja siang-menyiang, blend bawang- blend cabai kering, siang dan basuh sayur siap-siap untuk disimpan dalam peti ais.

Bagaimana nak simpan pula?

Kita tengok next tips.

.

masak setiap hari

Ikhsan dari Google. Blend segala benda untuk menumis.

.

3# Simpan Bahan Ikut Konsep “Sekali Guna”

.

Ain rasa ramai mak-mak kat luar sana yang buat tips ni. Once barang-barang dapur dibeli, mesti ada yang suka asingkan mengikut sukatan ‘sekali guna’.

Ya. Ain memang apply tips ni.

Lepas siang barang basah macam ikan, ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain, Ain akan bahagikan ke dalam beberapa tupperware untuk ‘sekali guna’.

Contohnya kalau korang beli 20 ekor ikan kembung, sekali masak biasanya 10 ekor, bolehlah masukkan ke dalam 2 bekas berasingan.

Tips ini bukan sahaja memudahkan dan menjimatkan masa. Tapi boleh menjaga kualiti barang basah yang dibekukan tu.

Kalau sayur-sayuran lagi senang apply tips ni. Tak perlu lagi nak buang masa agak-agak berapa banyak nak siang, basuh dan guna.

.

masak setiap hari

Gambar dari Google.

.

4# Pilihan Menu

.

Pilihan menu pula, Ain suka sangat kalau family Ain suka makanan yang simple, mudah nak masak, jimat masa tapi sedap.

Kena lah sedar yang kita ni ibu berkerjaya. Nak masak di rumah tapi kalau boleh mestilah nak masak yang semua orang suka makan.

Satu kepuasan tau bila kita masak, semua berselera makan dan habis. =)

Antara lauk-lauk simple yang Ain suka masak dan family suka makan ialah :

  • ikan bilis goreng dengan bawang + cili api + kicap
  • ikan goreng + air asam
  • kangkung sambal tumis belacan
  • sup sayur
  • ayam bakar (sapu dengan garlic spread + lada hitam + garam – semua ni panaskan atas api dulu)
  • sotong goreng tepung
  • udang goreng kunyit
  • sup ayam atau daging
  • sambal tumis ikan bilis, sotong
  • telur dadar
  • spageti carbonara

.

Pernah Ain share 30 Cadangan Resepi Sahur di Bulan Ramadhan sebelum ni. Boleh je untuk masak setiap hari kan?

.

5# Pastikan Sentiasa Ada Menu ‘Penyelamat’

.

Hahaha. Menu-menu penyelamat ni sangat berguna kalau tiba-tiba dah tak ada idea nak masak apa. But still senang nak masak, simple, dan bahan available.

Contoh paling senang telur, ikan pekasam, ikan masin, sayur suhun dan pucuk, ikan bilis dan lain-lain.

Sebaiknya elakkan memilih ‘processed food’ (hotdog, nuget, fish cake, etc) dan makanan dalam tin. Semua ni last choice Ain untuk keluarga.

Kita tak tahu bila kita akan terlebih sibuk dari biasa atau ada emergency (contoh anak tak sihat kena bawa ke hospital) atau apa masalah sekalipun. Sebab itulah namanya menu ‘penyelamat’. Hihihi…

.

masak setiap hari

Elakkan memilih processed food. Walaupun ianya menjimatkan masa memasak, namun ianya tinggi kalori dan rendah nutrisi!

.

6# Multitasking Bila Perlu

.

Kalau korang buat sup contohnya, masa tengah tunggu air nak menggelegak, boleh je korang pergi basuh beras masak nasik ke, cuci pinggan mangkuk dulu ke, potong bawang untuk menu lagi satu ke…

Bila perlu, selitkan apa jua aktiviti yang boleh, bergantung kepada keadaan.

Jangan pula time goreng telur korang nak cuci pinggan mangkuk. Hangit ler!!!

Selalunya Ain dah ada dalam kepala otak ni, nak selit buat apa bila-bila.

Dan untuk kerja-kerja multitasking ni jgak, bagi Ain perlukan fokus yang baik juga. Sekali tiba-tiba anak mai mintak ayaq, dah garing sambal umi! Jaga-jaga korang! Hahaha…

.

masak setiap hari

Multitasking BILA PERLU di dapur.

.

7# Mindset

.

Sebenarnya mindset ni patut letak nombor satu. Tapi yang terakhir tak semestinya tak penting kan?

Untuk yang belum tahu, kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan. Apa yang Ain apply, ialah sebelum memasak Ain akan tengok jam dulu.

Berdasarkan menu yang telah di-plan, Ain akan agak bila boleh selesai masak.

Walaupun masa yang ada nampak macam singkat, tapi kalau hati ini rasa sempat, mesti sempatlah siapkan memasak walaupun terkejar-kejar masa.

Masa inilah penting untuk menggabungkan keyakinan, fokus, multitasking semua ni.

Kalau kita rasa boleh dan sempat, mesti sempat punyalah. When we think positive, only positive things come to us. Acecece…

Tapi again, kena lah realistik ya. Kalau masa yang ada setengah jam je tapi korang nak buat nasi ayam memang selamat tinggal la. Kahkahkah!

.

masak setiap hari

.

Itu saja 7 tips biasa-biasa tapi kesan luar biasa untuk ibu berkerjaya yang nak masak setiap hari. Kalau ada tambahan tips lain yang best-best dan praktikal, jemput share di ruang komen.

7 tips ni berdasarkan pengalaman Ain sendiri saja.

Sharing is caring.

Ikhlas dari Ain yang tak terer masak tapi nak masak setiap hari untuk family. InsyaaAllah. =)