Produk Untuk Kulit Kering, Cari Mana-mana 13 Bahan Ini

Produk Untuk Kulit Kering, Cari Mana-mana 13 Bahan Ini

Pemilihan produk untuk kulit kering pastinya sesuatu yang dititik beratkan buat anda yang mempunyai kulit (masalah) jenis ini. Jika tersilap membuat pilihan dikhuatiri boleh mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering, lebih mengelupas dan ianya mestilah memedihkan!

Anda yang mempunyai kulit kering juga lebih cenderung untuk mempunyai garisan halus dan kedutan lebih cepat berbanding mereka yang berkulit berminyak, kombinasi atau normal. Jadi, pemilihan produk penjagaan kulit amat penting supaya tidaklah anda akan tampak jauh lebih tua dari usia.

produk untuk kulit kering

Tidak tahu kulit anda jenis yang bagaimana? Bacalah entri Cara Tentukan Jenis Kulit Muka Anda ini.

.

1# ASID HIALURONIK (HYALURONIC ACID)

Ianya merupakan bahan yang secara semulajadinya terdapat di dalam kulit kita. Asid hialuronik berupaya memegang 1000 kali ganda beratnya di dalam air, jadi merupakan penghidrat yang sangat powerful! Sebab itulah asid hialuronik sangat popular digunakan di dalam kebanyakan losyen dan pelembap kulit.

.

2# ASID LAKTIK (LACTIC ACID)

Asid laktik ialah sejenis AHA (alpha-hydroxy acid) yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati dari permukaan luar kulit.

Selain dari itu, asid laktik juga merupakan “humectant“, iaitu bahan yang berupaya menarik kelembapan dan mengumpulkan molekul air di sekitarnya untuk menghidrat.

Ianya dihasilkan daripada susu.

.

3# VITAMIN E (TOCOPHEROL)

Merupakan bahan bersifat anti-keradangan semulajadi, vitamin E sangat dikenali sebagai bahan yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya kulit jenis sensitif. Kulit jenis sensitif kebiasaannya amat mudah mengelupas dan kegatalan. Jadi, masukkan vitamin E dalam senarai yang anda perlu cari ya.

.

4# ALOE VERA

Berasal dari tumbuhan renek yang mudah ditanam dan didapati di mana-mana sahaja, aloe vera mempunyai batang tebal yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Sangat baik disapu pada wajah yang kemerahan selepas mengalami sunburn.

produk untuk kulit kering

Baca 10 manfaat aloe vera untuk kesihatan dan kecantikan kulit DI SINI.

.

5# PETROLATUM

Bahan ini bersifat “occlusive“. Petrolatum yang disapu pada kulit akan menghasilkan satu lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan dari kulit. Oleh kerana itu, ia sesuai disapukan sebagai lapisan terakhir selepas pelembap atau “humectant“.

.

6# GLISERIN (GLYCERIN)

Gliserin juga adalah sejenis “humectant” yang mampu menarik kelembapan dari sekitarnya, selain kandungan kelembapan dan emoliennya yang tinggi. Banyak juga produk penjagaan kulit yang mempunyai gliserin di pasaran.

.

7# SHEA BUTTER

Haaa, shea butter ni tindakannya istimewa sedikit, berbeza dengan bahan-bahan lain. Shea butter yang disapu  akan meresap ke dalam kulit lalu menghasilkan selapisan yang berfungsi mengekalkan kelembapan.

.

8# MINYAK ARGAN

Diekstrak dari pohon Argan, ianya kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang berfungsi untuk menangani masalah kulit kering.

minyak argan

Selain manfaatnya untuk kulit kering, minyak argan juga banyak dijadikan produk untuk kesihatan dan kecantikan rambut kerana khasiatnya.

.

9# ALKOHOL BERLEMAK (FATTY ALCOHOLS)

Contoh bahan dalam kategori alkohol berlemak ialah lauryl, stearyl dan oleyl. Pernah dengar kan?

Bahan-bahan ini adalah lemak dan minyak semulajadi yang menghasilkan lapisan pelindung yang melembapkan. Dan dalam masa yang sama menghalang kehilangan air dari kulit. Sambil menyelam minum air gitu!

.

10# UREA

Ya, urea ialah sejenis pelembap dan mampu menanggalkan sel kulit mati (eksfoliasi) dengan berkesan. Walau bagaimanapun, hati-hati dengan penggunaannya, kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit terutamanya kulit sensitif.

.

11# CERAMIDE

Molekul ceramide terdiri daripada lapisan lemak yang berminyak. Ceramide ialah bahan yang penting dalam lapisan paling luar kulit yang dinamakan stratum corneum. Lapisan ini ialah lapisan pelindung semulajadi kulit kita.

.

12# SQUALENE

Squalene bertindak seperti pelembap semulajadi di dalam kulit kita. Jadi, ianya tidak akan menyebabkan iritasi atau menyumbatkan liang pori.

Selain itu, squalene juga bersifat anti-oksidasi dan mempunyai sifat anti-penuaan. Sesuai sangat untuk anda yang tidak mahu cepat nampak tua!

.

13# PANTHENOL

Merupakan provitamin kepada vitamin B5, panthenol berfungsi sebagai pelembap khas untuk mempercepatkan penyembuhan luka kerana bersifat “humectant“.

produk untuk kulit kering

Kulit kering lebih cenderung garisan halus dan kedutan. Pemilihan produk yang betul mampu melambatkan penuaan kulit anda.

.

CADANGAN PRODUK UNTUK KULIT KERING

Produk-produk di bawah hanyalah cadangan dari saya dari pembacaan dan hasil carian di laman sesawang.

  • Neutrogena, SkinCeutical (mengandungi asid hialuronik)
  • Dermalogica (mengandungi asid laktik)
  • Vaseline, Aquaphor (mengandungi petrolatum)
  • Cetaphil, La Roshe-Posay (mengandungi gliserin)
  • Kiehl’s, Murad (mengandungi alkohol berlemak)
  • CosRX Ceramide, CeraVe (mengandungi ceramide)

.

Jadi, sudah semak semula produk penjagaan kulit anda? Adakah mempunyai mana-mana daripada bahan-bahan ini?

Kalau produk untuk kulit kering yang sekarang tidak membantu anda, bolehlah mulakan pencarian produk yang sesuai berdasarkan bahan-bahan dalam entri ini. Semoga ada manfaatnya untuk anda. Terima kasih kerana membaca!

Untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dari dalam pula, sudilah menambah pengetahuan dari entri INI.

 

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

vitamin c untuk covid-19

Vitamin C Untuk Covid-19? Sejauh mana keberkesanannya?

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak lebih setahun ini, sehingga kini masih belum dijumpai rawatan khas untuk pesakit yang dijangkiti.

Pesakit yang dijangkiti kebanyakannya mengalami demam tinggi, batuk, sesak nafas serta sakit badan. Terdapat juga kes yang disahkan positif mengalami jangkitan dengan simptom yang lebih teruk, melibatkan kerosakan paru-paru akut (acute lung injury) atau acute respiratory distress syndrome (ARDS) yang seterusnya mengakibatkan kegagalan organ-organ dalaman lain serta kematian.

Telah dilaporkan, semua ini terjadi berpunca dari sistem imun tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, dipanggil “cytokine storm“, yang mana respon imuniti tubuh terganggu dan menjadi hiperaktif.

Sementara menantikan kajian dan penyelidikan tentang vaksin yang selamat, pelbagai usaha ’empirikal’ dilakukan untuk menyelamatkan pesakit termasuklah pemberian vitamin C secara intravena kepada pesakit-pesakit covid-19 yang kritikal.

Amnya, vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik, penting untuk menyokong mekanisma pertahanan tubuh yang normal dan berfungsi dengan baik. Vitamin C ialah sejenis antioksidan dengan ciri-ciri anti-keradangan, berupaya mempengaruhi imuniti selular serta membantutkan keradangan, meningkatkan fungsi imuniti sel dan memperbaiki penghasilan bahan untuk kesihatan salur darah (vasopressor).

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah ialah bukti keberkesanan vitamin C yang diberi secara intravena kepada pesakit Covid-19 yang kritikal. Ini adalah berdasarkan bukti yang ada sehingga 16 November 2020.

.

.

Bukti Keberkesanan Intravena Vitamin C Untuk Covid-19

.

Kes 1

Satu kes yang dijalankan melibatkan 17 pesakit yang disahkan positif SARS-CoV-2 yang mana kesemua mereka dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan sekurang-kurangnya 30% oksigen (FiO2). Ujian darah untuk memeriksa tahap keradangan juga diambil sebelum dan selepas rawatan dengan vitamin C.

17 pesakit ini telah diberi vitamin C secara intravena sebagai salah satu rawatan. Dos vitamin C yang diberi ialah sebanyak 1g setiap 8 jam untuk tiga hari berturut-turut.

Hasilnya, didapati penurunan signifikan bacaan yang menunjukkan keradangan dan kebergantungan kepada oksigen juga menunjukkan trend menurun.

.

Kes 2

Seorang warga emas berusia 74 tahun dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas telah diambil swab didapati positif SARS-CoV-2.

Pada hari keenam di unit isolasi, pesakit mengalami ARDS dan septic shock (kegagalan jantung kerana jangkitan). Bantuan pernafasan telah diberi, ubat untuk menyokong jantung dimulakan, serta diberi vitamin C dos tinggi secara intravena.

Dalam 5 hari, keadaan klinikal pesakit menjadi lebih baik dan berjaya bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan lagi.

.

Kes 3

Kajian dijalankan di kalangan pesakit covid-19 yang kritikal, membandingkan mereka yang dirawat dengan vitamin C dos tinggi dengan yang tidak dirawat dengan vitamin C.

Latar belakang klinikal, komorbid (penyakit kronik), tahap jangkitan serta skor semasa dimasukkan ke hospital adalah sama untuk semua pesakit. 12 daripada 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan ventilator.

Hasil kajian mendapati,:

  • Kadar kematian (mortality rate) kumpulan yang menerima vitamin C jauh lebih rendah (14.3%) berbanding yang tidak menerima vitamin C (71.4%)
  • Jumlah hari yang memerlukan sokongan ventilator adalah lebih pendek bagi kumpulan yang menerima vitamin C berbanding tidak dirawat dengan vitamin C (14 hari berbanding 19.6 hari)
  • Pesakit yang diberi vitamin C lebih cepat dapat diturunkan kebergantungan kepada oksigen (16 hari berbanding 23.5 hari)

.

vitamin c untuk covid-19

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C yang boleh anda amalkan untuk kesihatan.

.

Sebagai kesimpulan, teruskan patuh kepada SOP, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, gaya hidup sihat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pendemik ini. Tanggungjawab ini tanggungjawab kita bersama, tak kira siapa anda.

.

Sumber : Covid-19 Malaysia.

Ingin mendapatkan vitamin C organik yang telah melalui kajian klinikal oleh saintis-saintis, dipastikan selamat serta bebas bahan kimia berbahaya?

SR Vita C Plus 500mg dihasilkan pada tahun 1981, berasaskan tumbuhan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release“) yang pertama.

Hubungi saya segera untuk dapatkannya.

Ainniah Zulkefli

Pengguna SR Vita C Plus 500mg sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

vitamin untuk wanita menopause

Entri kali ini mari kita memahami apa itu menopause, gaya hidup sihat serta cadangan vitamin untuk wanita menopause.

“Saya berumur 52 tahun. Haid saya dah beberapa bulan dah tak betul. Sekejap banyak, sekejap spotting sahaja. Kadang-kadang datang sehari saja, Kadang-kadang lebih 15 hari. Selalu rasa tak keruan. Saya dah menopause ke?”

Menopause ialah apabila seorang wanita yang berusia di antara 45 hingga 55 tahun, tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut serta mempunyai simptom-simptom tertentu, tanpa sedang mengambil pil perancang atau apa-apa rawatan hormon.

Menopause terjadi apabila hormon reproduktif wanita berhenti dihasilkan oleh ovari. Menopause menandakan berakhirnya kesuburan seorang wanita yang mana wanita itu sudah tidak boleh mengandung lagi sehingga ke akhir hayatnya.

Kebanyakan wanita secara semulajadinya mengalami menopause. Namun, ada juga yang menopause disebabkan faktor pembedahan (contohnya kedua-dua ovari terpaksa dibuang kerana kanser) atau perubatan (contohnya kecederaan teruk ovari selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi).

.

Simptom-simptom Menopause

.

Kebanyakan simptom menopause adalah sangat tidak disenangi. Antaranya:

  1. Hot flush (dialami oleh kira-kira 75% wanita menopaus)
  2. Berpeluh di malam hari (night sweat)
  3. Gangguan tidur
  4. Mood swing (contoh: mudah marah tanpa sebab munasabah)
  5. Kesukaran untuk fokus
  6. Perubahan vagina (kering, sel vagina mengecut (atrophy), keluar cairan vagina)
  7. Perubahan kulit (kendur, mengecut, rambut semakin nipis)
  8. Dan banyak lagi. Rujuk entri 30 Tanda Anda Semakin Hampir Menopaus untuk info lanjut.

.

Hormon reproduktif wanita juga mempunyai banyak fungsi lain selain untuk kesuburan dan memberi rupa kepada seorang wanita. Jadi, parasnya yang semakin merosot boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi seperti di bawah:

vitamin untuk wanita menopause

Salah satu risiko kesihatan wanita selepas menopause ialah osteoporosis. Ia berlaku perlahan-lahan dalam senyap tetapi bahaya kerana boleh mengakibatkan tulang patah yang tidak boleh diubati (kepadatan tulang merosot) (Sumber gambar Google)

.

Rawatan Menopause

.

Untuk menangani masalah-masalah ini, kebanyakan wanita menopause memerlukan rawatan dengan ubat yang mengandungi hormon pengganti serta rawatan khusus untuk masalah kesihatan yang timbul (contohnya wanita menopaus eyang mengalami jangkitan air kencing dirawat dengan antibiotik).

Selain rawatan khusus untuk masalah yang timbul, berikut merupakan saranan gaya hidup sihat untuk membantu wanita yang semakin hampir dan telah menopause untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh dan memperbaiki kualiti hidup:

  1. Mengurangkan kalori harian dari pemakanan sebanyak kira-kira 400-600 kalori kerana kadar metabolisma yang semakin rendah
  2. Pengambilan makanan seimbang dengan semua kumpulan makanan dan air kosong 2 liter setiap hari
  3. Bersenam 20-30 minit sehari yang membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mood
  4. Menggunakan pelembap atau ‘pelincir’ yang tidak mengandungi hormon pada vagina semasa hubungan intim untuk mengurangkan rasa sakit kerana kekeringan
  5. Krim dengan estrogen untuk vagina yang semakin ‘mengecut’
  6. Produk penjagaan kulit dari sumber semulajadi untuk merawat dan memulih
  7. Dapatkan nasihat dan rawatan doktor jika simptom mengganggu hidup anda

.

Nutrisi Sihat Untuk Wanita Menopause

.

Untuk wanita yang menghampiri dan telah menopause, dicadangkan mengambil nutrisi berikut:

  • PROTEIN SOYA : membantu membekalkan tenaga berpanjangan. Protein juga diperlukan untuk membina rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • ASID LEMAK OMEGA-3 : menggalakkan kesihatan jantung.
  • VITAMIN C : memberi perlindungan antioksidan dan sistem imun yang kuat.
  • MULTIVITAMIN : membantu mengisi jurang nutrisi harian wanita.
  • POLIFENOL : bertindak melambatkan penuaan sel dan menghalang degenerasi kolagen yang penting untuk kesihatan kulit dan sendi.
  • KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D : menyokong kesihatan tulang untuk mencegah osteoporosis
  • OMEGA-6 ASID GAMMA LINOLEIK : digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang mengawal atur pelbagai proses tubuh, dan berdasarkan kajian membantu mengurangkan simptom menopause

vitamin untuk wanita menopause

Wanita hampir dan telah menopause memerlukan nutrisi-nutrisi ini untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan melambatkan komplikasi menopause.

.

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

1. ESP

Protein soya non-GMO terpilih (Identity Preservation Program) dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein dan kadar kebolehserapan) dan nilai indeks glisemik rendah (39 sahaja).

Harga runcit ESP = RM161 (850 gram untuk kegunaan sebulan)

.

2. Omega Guard

Proses penyulingan berperingkat menghasilkan omega-3 ultra tulen dan berkepekatan tinggi sebanyak 90% (peratusan tertinggi berbanding jenama lain). Omega Guard juga mendapat pengiktirafan dari Friends of the Sea (FoS) yang menjamin keterlangsungan sumber untuk menghasilkannya.

Harga runcit Omega Guard = RM136 (90 sofgel untuk kegunaan sebulan).

.

3. SR Vita C Plus

Sistem pelepasan berperingkat memastikan tubuh anda mendapat 100mg vitamin C setiap jam untuk 5 jam berterusan. Ianya juga ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C.

Harga runcit Vitamin C = RM97 (180 tablet untuk kegunaan 6 bulan maksima).

.

4. Vitalea Iron Formula

Diformulasi menggunakan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten yang direka khas untuk memastikan penyerapan asid folik. Setiap hidangan mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang diperlukan tubuh.

Harga runcit Vitalea = RM93 (120 tablet untuk kegunaan 4 bulan maksima).

.

5. Vivix / ResV

Disokong oleh Kajian Telomere, mempunyai paten dan eksklusif hanya dari Shaklee.

Vivix dan ResV, kedua-duanya diperbuat dari buah-buahan tinggi polifenol yang bertindak melambatkan penuaan sel. Apakah perbezaan keduanya? Baca entri ini untuk jawapan : Vivix dan ResV, Serupa Tapi Tak Sama.

Harga runcit Vivix = RM475 (150ml),
ResV = RM508 (60 sofgel),
Kedua-duanya untuk kegunaan sebulan.

.

6. Ostematrix

Penyerapan kalsium sepenuhnya terbukti melalui ujian klinikal. Rujuk entri penuh tentang Ostematrix untuk info lanjut.

Harga runcit Ostematrix = RM61 (120 tablet untuk kegunaan 40 hari)

.

7. GLA Complex

Dihasilkan dari minyak bunga borage dengan kepekatan tertinggi (25%) berbanding dari minyak blackcurrant (15%) dan minyak evening primrose (8%)

Harga runcit GLA Complex = RM91 (60 sofgel untuk kegunaan sebulan)

.

hot flush menopause

Dapatkan penjimatan lebih RM250 dengan pembelian semua produk dalam set cadangan ini (keahlian PERCUMA, penghantaran PERCUMA, penjimatan harga ahli ~20%, cashback RM44+)

Sokonglah kesihatan menyeluruh mereka dengan nutrisi yang diperlukan. Dapatkan hanya yang berkualiti, selamat dan berkesan untuk yang anda sayangi.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Promosi Shaklee November 2020

Promosi Shaklee November 2020

Kalau bulan lepas Shaklee bagi beg ‘Gucci’ Shaklee percuma, promosi Shaklee November 2020 ini lebih menarik lagi sebab boleh dapatkan Vitamin C dan/atau Zinc Complex secara percuma!

.

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2020

promosi shaklee november 2020

BEST SELLERS SET – PERCUMA ZINC PLUS!

Shaklee Best Sellers Set terdiri daripada:

  • Energizing Soy Protein, ESP : minuman protein lengkap dengan kesemua asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan badan, diperbuat dari soya nonGMO, dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein)
  • B Complex : lengkap dengan 8 vitamin B termasuk asid folik dan biotin
  • Omega Guard : omega-3 berspektrum luas dengan kandungan DHA & EPA sebanyak 90%
  • Ostematrix : kalsium lengkap yang telah diuji secara klinikal diserap sepenuhnya ke dalam tulang selepas 12 jam pengambilan
  • Vitamin C : antioksidan dan membantu menguatkan sistem imun badan

.

Dengan set ini juga, anda layak semua ini, dengan jumlah penjimatan lebih RM200:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Zinc Complex (JIMAT RM56)
  • Automatik harga ahli (JIMAT RM103)

.

Best Seller Set + Zinc Complex disarankan untuk siapa?

  • Yang nak kulit sihat dah cantik dari dalam
  • Untuk membantu meningkatkan tenaga
  • Kuatkan sistem imun badan
  • Ibu berpantang dan menyusu
  • Nak kekalkan kesihatan secara menyeluruh
  • Untuk orang tua
  • Pasangan ikhtiar zuriat

.

VIVA VIVIX SET – PERCUMA VITAMIN C!

promosi shaklee november2020

Untuk mendapatkan Vitamin C PERCUMA pula, cepat-cepat dapatkan Viva Vivix Set ini.

Viva Vivix Set terdiri daripada 2 botol Vivix yang akan melayakkan anda mendapat:

  • PERCUMA keahlian (JIMAT RM35)
  • PERCUMA postage (JIMAT RM10)
  • PERCUMA sebotol Vitamin C (JIMAT RM98)
  • Automatik harga ahli (JIMAT 190)
  • Cashback RMXX

Jumlah penjimatan dengan set ini pula ialah lebih RM350!

Baca juga Koleksi Testimoni Vivix yang membantu menyokong kesihatan dan kecantikan.

Ini pula tentang Sebab Kenapa Vivix Item Premium Eksklusif Dari Shaklee.

.

Kenapa anda harus memilih Shaklee sebagai produk makanan tambahan harian anda?

  1. Shaklee sangat obses terhadap kualiti setiap produknya
    • 350 ujian dijalankan ke atas setiap bahan botani untuk memastikan bebas dari bahan kimia berbahaya, pestisid dan bahan berbahaya lain
    • 100,000 ujian kawalan setiap tahun untuk memastikan kualiti dan ketulenan produk
    • Produk-produk Shaklee adalah ‘beyond organic‘, iaitu melepasi standard organik yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia melebihi 3 kali ganda.
  2. Formula Shaklee yang unik sangat eksklusif hanya dari Shaklee

dr elizabeth blackburn

“The Landmark and Telomere studies show that the Shaklee population is remarkably healthier than the general population” (Dr. Elizabeth Blackburn, 2009 Nobel Prize Winner in Medicine)

.

 

Promosi Vitamin C dan Zinc Complex PERCUMA ini berlangsung sepanjang November 2020 sahaja. Dan selagi stok masih ada.

Hubungi Ain segera untuk dapatkan/

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Vitamin Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Vitamin Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Vitamin untuk kulit cantik yang terdapat di pasaran ada macam-macam. Yang paling popular ialah vitamin C, vitamin E dan kolagen.

Tetapi, tahukah anda, terdapat kombinasi nutrisi untuk tujuan ini yang bertindak dari setiap sudut tubuh untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat?

Untuk kulit cantik bukan sekadar perlukan antioksidan sahaja. Anda juga memerlukan protein, vitamin B dan beberapa nutrisi lain lagi. Adalah lebih baik lagi apabila kita sendiri faham bagaimana setiap satu nutriti itu berfungsi untuk menyokong kesihatan dan kecantikan kulit.

tudung mengikut bentuk muka

Gambar hiasan : Kalau kulit sihat dari dalam, mekap sikit-sikit pun dah naik seri.

.

Cadangan Kombo Vitamin Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

.

1# Protein

Dalam pembentukan kulit yang sihat, protein diperlukan untuk:

  • Membantu memperbaiki dan membina sel-sel kulit baru (contoh: menggantikan sel kulit pada luka dan parut)
  • Membina tona kulit supaya kekal anjal (kekurangan protein menyebabkan kulit kendur dan geleber)
  • Sel-sel kulit juga memerlukan protein untuk terus ‘hidup’ (protein terlibat dalam pelbagai fungsi enzim dan hormon)
  • Menyokong fungsi kolagen (kolagen juga ialah sejenis protein)

.

KELEBIHAN ESP

ESP merupakan minuman protein lengkap daripada soya nonGMO dan mempunyai nilai keboleh-cernaan asid amino (PDCAAS = Protein Digestibility-corrected Amino Acid) dengan nilai 1.0. Nilai ini ialah nilai tertinggi PDCAAS, bermaksud sumber yang diberi nilai 1.0 adalah protein berkualiti dan mengandungi asid amino ‘perlu’ (essential amino acids) yang tidak boleh dihasilkan badan.

Apabila sesuatu sumber protein dimakan, ianya akan dicernakan di dalam usus, dipecahkan kepada pelbagai asid amino untuk pelbagai keperluan. Asid amino yang berbeza diperlukan untuk tujuan yang berbeza. Dan jika ada kelompongan mana-mana asid amino, boleh mengganggu proses tertentu dalam tubuh.

Asid amino ‘perlu’ tidak dapat dihasilkan oleh badan. Tetapi amat sukar untuk mendapatkan kesemua 9 asid amino jenis ini dari pemakanan sahaja.

Nasib baik ada ESP yang lengkap dengan kesemua asid amino perlu ini.

vitamin untuk kulit

Saranan keperluan protein harian. Adakah anda mendapat protein yang cukup? Tidak cukup protein harian pun boleh mengganggu kesihatan kulit.

.

2# Vitamin C

Vitamin C pula ialah sejenis vitamin larut air yang hilang dari badan setiap hari, disingkirkan melalui air kencing. Badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C dan seharusnya kita mengambil vitamin C dari pemakanan setiap hari jika mahukan kulit yang sihat.

Bagaimana vitamin C membantu mencantikkan kulit:

  • Sebagai antioksidan : melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mempercepatkan pembaikan luka dan parut
  • Menghalang pigmentasi kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit

.

Bacaan lanjut di entri 5 Rahsia Kulit Cantik Berseri Oleh Vitamin C.

.

KEISTIMEWAAN SR VITA C PLUS

  1. Diformulasi dari ekstrak jagung yang lembut kepada perut (Sesuai diambil oleh penghidap gastrik)
  2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (“sustained-release”) yang melepaskan vitamin C secara berperingkat (100mg vitamin C setiap jam untuk 5 jam berterusan). Sistem ini memastikan penggunaan optimum vitamin C dan mengelakkan pembaziran (vitamin C berlebihan akan disingkirkan melalui air kencing – tidak boleh disimpan oleh badan)
  3. Ditambah bioflavonoid yang meningkatkan fungsi vitamin C
  4. Untuk mendapatkan nilai vitamin C dari 1 tablet 500mg ini adalah bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren setiap jam untuk 5 jam berterusan (dengan jumlah 7 setengah biji oren sehari)

kebaikan vitamin c

Buah-buahan berwarna-warni sebegini mempunyai kandungan vitamin C yang banyak.

.

3# Vitamin-vitamin B

Vitamin B pula membekalkan tenaga untuk kegunaan sel-sel kulit. Nak ‘bekerja’ menyihat dan mencantikkan kulit perlukan tenaga.

.

KENAPA B COMPLEX?

B Complex Shaklee lengkap dengan semua 8 vitamin B yang wujud. Sangat jarang tau nak jumpa B Complex yang lengkap macam ni, lebih-lebih lagi biotin (B7) sebab harganya mahal!

Selain itu, ada sistem penyerapan berpaten juga dalam B Complex Shaklee. Ini penting untuk memastikan penyerapan optimum terutamanya asid folik.

Perbandingan B Complex Shaklee dengan beberapa jenama lain.

.

4# Omega-3 (EPA, DHA)

Omega-3, atau panggilan yang lebih popularnya ‘minyak ikan’, juga sangat baik sebagai vitamin untuk kulit cantik. Bagaimana omega-3 berfungsi untuk ini:

  • Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinar ultraviolet; meningkatkan kerintangan kulit terhadap sunburn dan mengurangkan kulit kemerahan selepas terdedah kepada sinar uv
  • Mengurangkan kemunculan jerawat secara tidak langsung (kerana ianya mengurangkan keradangan)
  • Membantu menghidrat kulit
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka (kajian ke atas haiwan)

.

SEBAB PATUT PILIH OMEGA GUARD?

  1. Diproses dari kumpulan ikan kecil (kurang bertoksik)
  2. Diproses melalui proses penyuilingan berperingkat untuk menyingkirkan toksin berbahaya (seperti logam berat dan merkuri) serta untuk mendapatkan omega-3 yang tulen
  3. Omega-3 dari Omega Guard berkepekatan tinggi. Perbandingan dengan beberapa jenama mendapati Omega Guard memiliki DHA, EPA tertinggi (90% setiap hidangan)!
  4. Omega-3 dari Omega Guard berspektrum penuh.
  5. Diiktiraf Friend of the Sea (FoS) yang memastikan kelangsungan sumber untuk menghasilkannya

.

5# Kalsium

Kalsium membantu otak menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan yang merangsang tidur iaitu melatonin”. (William Sears, MD)

Tentu anda pernah dengar tentang ‘beauty sleep‘, iaitu tidur yang ‘cukup’ untuk membantu kulit sihat dan cantik.

Tidur ‘cukup’ di sini bermaksud kualiti tidur yang baik. Tidur berkualiti membantu proses pembaikan dan pemulihan kulit berjalan lancar.

Secara peribadi, saya sendiri rasakan jerawat yang muncul di muka akan cepat kecut keesokannya jika saya dapat tidur yang berkualiti malam sebelum tu.

Dan nak dapatkan tidur yang lena, cubalah amalkan pengambilan kalsium dan magnesium sebelum tidur.

Rata-rata ramai lah yang berjaya mendapat tidur lena yang puas bila mengambil Ostematrix (ada kalsium dan magnesium).

.

KENAPA OSTEMATRIX?

  1. Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D, zink, boron dan kuprum yang bekerjasama memastikan penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.
  2. Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui ujian klinikal.
  3. Ostematrix murah dan berkesan

.

keistimewaan shaklee

.

Shaklee ‘obses’ dengan kualiti setiap produknya, akan dipastikan setiap bahan yang digunakan selamat dan menjalankan ujian kualiti setiap tahun.

Untuk kulit kekal cantik berseri untuk jangka masa panjang, pilihlah yang selamat dan berkesan. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dari dalam juga memerlukan masa (bergantung kepada tubuh masing-masing).

Berikhtiar dengan vitamin yang bagus, lambat atau cepat kesannya, yang pastinya anda pasti akan berpuas hati asalkan terus bersabar dan istiqomah.

Daripada dalam seminggu bertukar menjadi Snow White kemudiannya merana kerana breakout teruk. Lebih baik lagi kulit anda berubah perlahan-lahan, terus dibaiki secara sihat.

Slowly but surely

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Hubungi Ain untuk pertanyaan.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020

Promosi Shaklee Oktober 2020 ialah percuma beg cantik (macam dalam video), percuma keahlian dan percuma penghantran dengan pembelian mana-mana dari dua set di bawah:

1# Best Seller Set

Kalau korang sedang berkira-kira nak mula amalkan suplemen tapi tak tahu nak pilih yang mana satu, saya cadangkan Best Seller Set ni. Sebabnya, produk-produk dalam set ini menyediakan nutrisi paling asas yang diperlukan oleh tubuh kita. Jom saya tunjukkan satu per satu.

.

Protein

Secara amnya, protein merupakan blok binaan asas setiap sel dalam badan kita, Hampir seluruh badan kita ni terbina dari protein tau. Jadi, kalau kita kekurangan protein, macam-macam boleh muncul.

Antara manfaat protein ialah seperti berikut:

  • membekalkan tenaga berkekalan
  • menyokong kehamilan shat
  • menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • membantu pembekalan susu ibu yang berterusan
  • penting untuk kulit yang sihat
  • menyokong perkembangan otot
  • mengurangkan sindrom menopaus
  • mengurangkan paras kolesterol (berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari akan memberi kesan penurunan kolesterol darah)
  • menyokong sistem imun tubuh (protein diperlukan untuk pembinaan antibodi)

.

Betulkah ESP membekalkan protein yang berkualiti?

  1. ESP diperbuat dari soya bukan GMO (tak diubah secara genetik) di mana soya asli sahaja yang digunakan
  2. 1 hidangan ESP membekalkan 14 gram protein dengan indeks glisemik rendah (Rujuk entri tentang Indeks Glisemik)
  3. Skor keupayaan untuk dicerna (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score, PDCAAS) ialah 1.0, di mana nilai ini ialah nilai tertinggi untuk kualiti protein
  4. Membekalkan kesemua 9 asid amino ‘perlu’ yang tak dapat dihasilkan badan
  5. Kaya dengan kalsium (setiap hidangan menyediakan 50% keperluan kalsium harian)
  6. Berdasarkan kajian, pengambilan 25 gram protein soya setiap hari memberi kesan penurunan paras kolesterol dalam 3 bulan

waktu terbaik minum susu

Promosi Shaklee Oktober 2020

.

Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan lemak ‘sihat’ yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi antaranya seperti di bawah:

  • mengurangkan keradangan punca pelbagai masalah kesihatan
  • membantu mengawal paras kolesterol dan tekanan darah
  • menyokong kesihatan jantung
  • menyokong kesihatan otak
  • membantu menurunkan berat badan secara sihat (omega-3 meningkatkan metabolisma)
  • melawan kemurungan dan kebimbangan
  • menggalakkan kesihatan sendi
  • menyokong kesihatan mata

.

Badan kita tak dapat menghasilkan omega-3. Jadi, nak tak nak kita memang perlu dapatkan dari pemakanan seharian atau suplemen yang berkualiti.

Keistimewaan Omega Guard?

  1. Telah melalui proses penyulingan 3 peringkat yang mana proses ini penting untuk menapis bahan berbahaya seperti logam berat dan merkuri, serta mendapatkan omega-3 yang tulen
  2. Mempunyai kepekatan omega-3 yang tertinggi iaitu sebanyak 90% EPA dan DHA
  3. Sumbernya adalah dari ikan kecil kerana ikan kecil mempunyai kurang pengumpulan toksin
  4. Diiktiraf oleh Friends of the Sea (FoS) yang mana bekalannya sentiasa berterusan tanpa menjejaskan alam sekitar
  5. Mempunyai spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  6. Bau dan rasa hanyir yang sangat minima

.

Vitamin C

Vitamin C juga tidak dapat dihasil dan disimpan oleh badan kita. Kalau kita tak ambil vitamin C dari pemakanan hari itu, maknanya kita tak dapatlah vitamin C untuk hari tersebut.

Padahal vitamin C diperlukan untuk menfaat-manfaat berikut:

  • Fungsi imun badan : merangsang pengeluaran pelbagai sel imun, membantu menghasilkan antibodi. Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin C mengurangkan tempoh selesema dan mengurangkan rasa demam dan kesejukan
  • Mempercepatkan tempoh pemulihan dari selesema
  • Menggalakkan kulit cerah sihat kerana vitamin C ialah sejenis antioksida
  • Merangsang penghasilan kolagen yang bukan sahaja untuk kesihatan kulit tetapi juga kesihatan sendi
  • Membantu pembaikan tisu dan penyembuhan luka
  • Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil dan menyusu
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan oleh radikal bebas (vitamin C ialah antioksida)

.

Apa pula kelebihan SR Vita C Plus?

  1. Bersumberkan dari ekstrak jagung yang lembut terhadap perut (sesuai diambil oleh penghidap gastrik)
  2. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang mana 1 tablet membekalkan 500mg vitamin C untuk tempoh 5 jam secara berterusan. Ini bersamaan dengan 7.5 biji oren, atau 6 cawan brokoli, atau 119 lobak merah!
  3. Diperkaya 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi bersama vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya
  4. Kos efektif : sebiji vitamin C bernilai 54 sen sahaja (harga ahli pastilah lebih murah)

testimoni vitamin c shaklee

Klik Testimoni Vitamin C untuk koleksi testimoni dari pengguna

.

Vitamin-vitamin B (B complex)

Selain terkenal membantu meningkatkan tenaga, vitamin-vitamin B juga memberi manfaat-manfaat kesihatan berikut:

  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan tahap imuniti badan
  • Membantu menghasilkan sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan (B12)
  • Menyokong jantung dan sistem peredaran darah sihat (B6 dan B12)
  • Baik untuk kesihatan rambut dan kuku (B7)
  • Menyokong kesihatan kulit (B5)
  • Menyokong perkembangan otak dan saraf fetus (B9)

.

Tahukah anda, B Complex termasuk dalam National Essential Medicine List (NEML), menunjukkan yang ianya nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap orang.

.

B Complex dari Shaklee sangat istimewa:

  1. Membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang
  2. Dilengkapi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang penting untuk memastikan ianya lebih mudah diserap terutamanya asid folik

.

Kalsium

Berikut ialah antara manfaat kalsium secara am:

  • Penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta gigi
  • Menyeimbangkan tekanan darah
  • Membantu melegakan senggugut
  • Membantu masalah insomnia
  • Menyokong sistem saraf yang sihat
  • Menggalakkan pergerakan usus yang sihat
  • Denyutan nadi yang sihat
  • Melegakan sakit sendi

.

Ostematrix, bukan sekadar membekalkan kalsium semata-mata tetapi lebih dari itu. Bukan kalsium sahaja yang diperlukan untuk pembinaan tulang yang kuat.

  1. Mengandungi campuran 7 nutrisi untuk membina ketumpatan tulang yang sihat
    • Kalsium : bahan utama untuk tulang dan gigi
    • Magnesium : bertindak seperti ‘kenderaan’ untuk membawa kalsium masuk ke dalam tulang
    • Vitamin D : merangsang penyerapan kalsium dalam usus
    • Boron : penting untuk metabolisma tulang
    • Mangan, zink dan kuprum : mengaktifkan enzim-enzim yang terlibat
  2. Penyerapan kalsium dari Ostematrix telah diuji secara klinikal

.

2# Viva Vivix Set

Vivix ialah minuman botani yang kaya dengan nutrisi polifenol. Baca lebih lanjut tentang Manfaat Kesihatan Polifenol.

Info lanjut tentang keistimewaan Vivix pula di sini : Vivix Shaklee Malaysia.

promosi shaklee oktober 2020

Whatsapp Ain 016-4214704 untuk grab promosi Shaklee Oktober 2020 ini segera! Sehingga 31 Oktober 2020 dan selagi stok masih ada.

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

5 Langkah Cegah Bedsores Pesakit Terlantar

cegah bedsores

pesakit terlantar

Bedsores, nama lainnya ialah pressure sores, biasanya terjadi pada pesakit terlantar apabila tisu kulit ditekan di antara dua permukaan keras (yang mana salah satunya ialah tulang).

Keadaan ini mengganggu pengaliran darah di bahagian kulit tersebut, menyebabkan kulit mengalami keadaan seperti “serangan jantung” atau “stroke“. Tisu-tisu tersebut kemudiannya “tercedera” kerana kekurangan darah, lama kelamaan akan ‘mati’ dan berisiko dijangkiti kuman.

Jika dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, amat berisiko mengalami jangkitan darah (sepsis), komplikasi kerosakan organ-organ dalaman dan akhirnya kematian!

.

Pesakit Terlantar Paling Berisiko Mengalami Bedsore

.

Oleh kerana ‘culprit‘ utamanya ialah tekanan yang berpanjangan, pesakit yang terlantar adalah golongan yang paling berisiko.

Contohnya, pesakit yang tidak sedarkan diri atau tidak mampu bergerak sendiri seperti biasa selepas serangan stroke, pesakit kemalangan dengan ‘multiple trauma‘ (patah tulang kaki dan tangan), pesakit yang kronik di ICU dan banyak lagi.

.

Gejala-gejala

.

Tekanan ke atas tisu kulit yang berpanjangan, akan mengakibatkan pengaliran darah terganggu. Lalu akan terhasilnya gejala-gejala berikut:

  • Perubahan warna kulit – kemerahan dan kebiruan
  • Perubahan suhu kulit – suhu rendah (sejuk) menandakan gangguan pengaliran darah sudah berlaku, manakala suhu tinggi (panas) menandakan keradangan
  • Perubahan konsistensi tisu kulit – keradangan menyebabkan bengkak, jadi konsistensi kulit menjadi lebih lembut
  • Perubahan deria rasa apabila saraf ditekan – pesakit boleh merasa kebas dan menyucuk
  • Terdapat ruam berisi cecair (blisters) atau luka terbuka dengan cecair (serous or pus if infected)
  • Pembentukan ulser

.

pesakit terlantar

4 Tahap Bedsores

Gejala-gejala ini boleh terjadi mengikut tahap bedsores yang boleh dibahagikan kepada 4, seperti dalam gambar di atas:

  1. Tahap 1 : apabila terdapat perubahan warna dan perubahan suhu kulit sahaja
  2. Tahap 2 : kehilangan lapisan dermis kulit membentuk ulser
  3. Tahap 3 : ulser lebih dalam tetapi struktur kulit yang lebih dalam seperti tendon dan tulang tidak kelihatan
  4. Tahap 4 : ulser yang dalam sehingga kelihatan tulang, tendon dan struktur bawah kulit yang lain

.

5 Langkah Mudah Cegah Bedsores

.

Walaupun komplikasi bedsores boleh membawa kepada kematian, berita baiknya ialah ianya boleh dicegah.

Langkah-langkah pencegahan berikut memerlukan usaha dan kerjasama dari ahli keluarga atau penjaga pesakit.

  1. Kerap mengubah posisi pesakit sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Contohnya 2 jam pertama baring, 2 jam seterusnya mengiring ke kanan, 2 jam berikutnya mengiring ke kiri. Kalau boleh duduk tepi katil lebih baik juga.
  2. Melapik bahagian yang berisiko dengan kusyen lembut untuk mengurangkan tekanan. Antaranya menggunakan tilam khas untuk pesakit terlantar (Ripple mattress), meletakkan pelampung atau sarung tangan getah yang diisikan dengan air.
  3. Pemeriksaan kulit pesakit setiap hari adalah ‘wajib’ untuk pengesanan awal bedsores dan mencegah menjadi lebih teruk
  4. Menggunakan produk mandian yang sesuai terutamanya jika pesakit berkulit kering, selalu gatal dan berkulit sensitif.
  5. Pemakanan sihat dan seimbang untuk menyokong kesihatan, pembentukan otot dan pembaikan tisu-tisu rosak. Amalkan pemakanan suku-suku-separuh untuk nutrisi seimbang yang diperlukan badan.

.

pesakit terlantar

Ini ialah bahagian tubuh yang berisiko mengalami bedsores. Salah satu langkah untuk cegah bedsores ialah dengan menukar posisi pesakit dengan kerap, sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk 1 posisi.

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

apa itu virus corona covid19

Sejak pertama kali dikesan di wilayah Wuhan, China pada hujung tahun 2019, jangkitan coronavirus telah mengakibatkan satu dunia gelabah! Jom kita lihat apa itu virus COVID19 yang anda perlu tahu.

.

Apa Itu Virus COVID19?

.

1# COVID-19 Ialah Virus Corona Jenis (Strain) Baru Yang Tidak Pernah Dijumpai Menjangkiti Manusia Sebelum Ini

Pada 31 Dec 2019, World Health Organization (WHO) telah menerima laporan dari China tentang penyakit seperti jangkitan paru-paru (pneumonia-liked) yang dikesan di Wuhan. Bukan pneumonia biasa-biasa tetapi mengakibatkan kegagalan sistem respiratori dengan cepat dan ianya amat pantas merebak dan menyebabkan kematian!

Kajian makmal dijalankan, mendapati ianya berpunca dari virus corona jenis baru yang tidak pernah dijumpai menjangkiti manusia sebelum ini. Asalnya virus corona hanya boleh dijangkiti oleh haiwan kepada haiwan lain (zoonotic transmission). Tetapi mutasi genetik dipercayai telah berlaku membolehkan virus ini berupaya menjangkiti manusia (Wallahuálam).

Pesakit yang dijangkiti boleh mempunyai gejala respiratori ringan sahaja atau teruk sehingga kematian. Antaranya demam panas melebihi 38 darjah Celcius, batuk dan sesak nafas. Gejala boleh bermula kira-kira 14 hari dari masa dijangkiti (incubation period of 14 days).

.

2# Diisytiharkan Sebagai Public Health Emergency of International Concern

Dalam masa sebulan sahaja, iaitu pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan jangkitan virus corona sebagai Public Health Emergency of International Concern, bila mana virus ini mula menular ke kebanyakan negara lain selain China – 5 kawasan (regions) di bawah WHO telah terkesan dalam masa sebulan ini!

Suratan atau kebetulan, hujung bulan Januari 2020 itu pula merupakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year). Ketika itulah terdapat pergerakan keluar masuk manusia dari dan ke China yang tinggi. Yang masuk ke daerah Wuhan atau negara China mula dijangkiti, yang keluar dari situ pula menjadi pembawa virus ke tempat lain.

.

apa itu virus corona covid19

Apa itu virus COVID19? Daripada wabak di Wuhan, dalam masa yang singkat telah diisytiharkan sebagai pandemik apabila dijangkiti hampir seluruh dunia!

3# Diisytiharkan Sebagai Pandemic

Penyebaran virus corona COVID-19 adalah sangat pantas dan efektif. Pada 7 Mac 2020, sebanyak 100,000 kes dilaporkan di 100 buah negara (dalam tempoh 2 bulan lebih sahaja)!

Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Tahap penularan sesuatu penyakit atau wabak, boleh dikategorikan kepada endemik, epidemik dan pandemik. Apakah perbezaan ketiga-tiganya?

  • Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud di dalam sesuatu kawasan atau masyarakat. Dengan kata lain, sepanjang tahun pun boleh ada penyakit ni tapi pada kadar yang rendah dan stabil. Contohnya denggi, sepanjang tahun pun boleh ada kes pesakit dengan denggi.
  • Epidemik ialah apabila sesuatu penyakit meningkat lebih dari biasa, merebak ke kawasan sekitar dan boleh dilihat dengan jelas dalam sesuatu komuniti. Penyakit epidemik juga dikenali sebagai ‘wabak’. Contohnya COVID-19 ni, sebelum menjadi pandemik, ianya ialah epidemik di China.
  • Pandemik ialah apabila penyakit itu menular dengan lebih meluas lagi melibatkan seluruh dunia! Contohnya COVID-19 yang sekarang ini lah, dah melibatkan beratus-ratus negara, kes pun dah melebihi ratusan ribu!

.

Bila telah diisytiharkan sebagai PANDEMIK, bermakna jangkitan COVID-19 ialah suatu penyakit berjangkit yang sangat serius dan memerlukan perhatian seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia!

.

4# Cara Jangkitan dan Merebak

Bagaimana seseorang boleh berjangkit dan dengan mudahnya menular kepada orang lain?

Seseorang dengan mudahnya boleh dijangkiti virus corona jika terdedah kepada droplet yang mengandungi virus dari pesakit secara langsung dan tidak langsung:

  • batuk dan bersin dari pesakit
  • kontak fizikal dengan pesakit
  • kontak dengan permukaan atau objek yang tercemar dengan droplet dari pesakit

Daripada kajian yang dijalankan, seorang pesakit yang telah dijangkiti mampu menjangkiti 3 orang yang lain. 3 orang ini pula boleh menjangkiti 9 orang dan seterusnya. Tidak hairanlah dengan begitu cepat sekali COVID-19 tersebar ke seluruh negara China dan luar China.

Kajian lanjutan mendapati, virus yang terdapat dalam droplet dari pesakit yang batuk atau bersin, boleh berada di dalam udara beberapa ketika sahaja dan akan jatuh ke permukaan objek pada jarak 1 meter (zarah virus ini berat molekulnya). Sebab itulah salah satu kaedah pencegahan penularan penyakit ini ialah penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

 

 

.

5# Cara Mencegah Jangkitan COVID-19

Bila dah tahu apa itu virus COVID19, cara jangkitan dan penularannya, bolehlah kita cuba mencegah daripada dijangkiti dan penularannya dengan cara-cara berikut:

  • Menutup hidung dan mulut ketika batuk dan/atau bersin. Buang tisu terus setelah digunakan dan cuci tangan dengan bersih. Baca juga entri Siapa Perlu dan Jenis Topeng Muka Yang Sesuai.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, atau menggunakan sanitizer jika tiada air dan sabun. Baca juga entri berkaitan: 7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul.
  • Pesakit yang bergejala memakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, serta mengamalkan etika batuk yang betul. (Baca juga, Siapa Perlu Pakai Topeng Muka)
  • Elakkan perhimpunan yang melibatkan jumlah yang besar
  • Penjarakan sosial (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain semasa berada di luar rumah. Kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti atau siapa pembawa virus ini.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap.
  • Isolasi sekurang-kurangnya 14 hari sekiranya anda baru pulang dari negara atau tempat yang diserang wabak ini atau dari kontak dengan pesakit yang diketahui positif
  • Segera ke hospital untuk screening sekiranya bergejala atau anda merupakan kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan positif
  • Jangan menipu staf kesihatan jika anda bergejala, merupakan kontak rapat (close contact) pesakit positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara.

.

tempoh masa covid19 hidup

.

6# Rawatan COVID-19

Sehingga kini, masih tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan virus corona. Rawatan yang diberi pula hanyalah rawatan sokongan (supportive management).

.

7# “Saya sihat je. Bolehlah saya keluar berjalan-jalan dan tak perlu buat langkah pencegahan di atas.

Ada juga pesakit yang telah dijangkiti tetapi tidak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi awas, anda boleh menjangkiti orang lain tanpa anda sedar sekiranya langkah pencegahan penularan tidak diikuti.

Berikut adalah golongan berisiko tinggi yang mudah dijangkiti dan mengalami komplikasi:

  • Warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas)
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser

.

Penyakit COVID-19 merupakan masalah kesihatan awam. Semua orang bertanggungjawab untuk banteras. Jalankan peranan masing-masing, saling bantu-membantu, barulah kita akan berjaya putuskan rantaian penularan COVID-19. Negara Italy ialah salah satu negara yang patut kita jadikan teladan agar penularan yang lebih teruk dapat kita elakkan.

Kasihanilah warga KKM yang telah berhempas pulas dan berkorban segalanya sebagai ‘tentera pertahanan’ atau ‘fronliners‘ negara kita. Meningkatnya bilangan pesakit COVID-19, tak mustahil frontliners kita boleh tumbang.

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan jangkitan covid-19, selain langkah pencegahan yang disarankan pihak berkuasa, apa yang kita perlu lakukan setiap hari ialah ber doa dijauhkan wabak penyakit yang amat berkesan dan pantas merebak ini.

Wabak penyakit adalah suatu dugaan yang menimpa masyarakat dan memerlukan kerjasama semua. Kita lakukan tugas mencegah bersama-sama, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Dari Dia ujian ini datang dan kepada DIa juga kita akan kembali.

Berikut merupakan beberapa amalan doa minta dijauhkan wabak penyakit yang boleh diamalkan setiap hari terutamanya ketika dilanda wabak.

.

Koleksi Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk atau mengerikan lainnya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari bala atau bendana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”

.

doa dijauhkan wabak penyakit

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

.

Langkah-langkah Pencegahan Wabak Penyakit Covid-19

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat menjalankan langkah-langkah pencegahan berikut bagi menghalang penularan Covid-19 dari menjadi lebih teruk (Sumber: KKM):

  1. Mengamalkan tahap kebersihan optimum setiap masa (kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air (Langkah Mencuci Tangan Yang Betul) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Mengamalkan jarak sosial (“Social distancing“) , iaitu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan kontak rapat bagi mengurangkan penularan wabak, terutamanya jika bergejala. Contohnya:
    • Duduk di rumah, elakkan tempat tumpuan orang ramai.
    • Pakai penutup mulut dan hidung bila anda perlu keluar rumah.
    • Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
    • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
    • Menutup bangunan, mnangguh atau membatalkan suatu majlis dan upacara yang melibatkan ramai oramai.
    • Tidak menghadiri perhimpunan yang ramai (“mass gathering“).
  4. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
  5. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar atau negara yang telah diisytiharkan sedang mengalami penularan wabak.
  6. Bekerjasama dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, kerap bersenam, dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk menguatkan sistem imun badan.

Baca juga Makanan Tambahan Untuk Menguatkan Sistem Imun Badan.