Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi Bulan Ramadhan Buat Seisi Keluarga

Promosi bulan Ramadhan kali ni, Shaklee tawarkan produk-produk yang sangat sesuai untuk diambil seisi keluarga.

Bagi kami sekeluarga, dah beberapa tahun kami jadikan Performance Drink & Cinch Shake santapan ‘wajib’ bersahur dan/atau berbuka. Berbeza sangat kalau ambil dan kalau tak ambil dua ni masa berpuasa.

promosi bulan ramadhan

.

Promosi Bulan Ramadhan: Beli 2 Diskaun 10%

.

PERFORMANCE DRINK (Produk Popular Dalam Promosi Bulan Ramadhan Shaklee)

  • Membekalkan tenaga segera dan berterusan
  • Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal
  • Mencegah dehidrasi
  • Menghilangkan rasa haus selepas seharian berpuasa
  • Mengelakkan cramp
  • Melembapkan kulit
  • Mengelakkan keletihan walaupun bekerja di bawah terik matahari
  • Menggantikan minuman isotonik bergula

.

Sehingga 31 Mei 2020, pembelian mana-mana 2 tong Performance Drink akan dapat diskaun 10%.

  1. Lemon Lime x 2
  2. Orange x 2
  3. Lemon Lime + Orange

.

Pastikan anda mencuba koleksi Resepi Performance Drink ini kalau dah beli ya.

Secara peribadinya, saya dapat rasakan tenaga luar biasa bila bersahur dengan PD. Dan sangat refreshing dan lega sangat buat minuman pertama semasa berbuka puasa! 🙂

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM267.75 (2 x Lemon-lime), RM155.25 (2 x Orange), RM211.50 (Orange + Lemon-lime)

.

CINCH SHAKE

  • Sumber protein berkualiti tinggi
  • Membekalkan tenaga lebih lama
  • Mengurangkan rasa lapar dan kenyang lebih lama (GI rendah)
  • Membantu mengurangkan berat badan (sebagai “meal replacement“)
  • Didatangkan dengan 3 perisa – vanila, choc, latte

.

Pembelian mana-mana set di bawah sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%:

  1. Perisa Vanila x 2
  2. Perisa Choc x 2
  3. Perisa Latte x 2
  4. Perisa Vanila + Perisa Choc
  5. Perisa Vanila + Perisa Latte
  6. Perisa Choc + Perisa Latte

Harga promosi : RM326.25 bagi mana-mana kombinasi 2 perisa Cinch Shake.

.

CINCH TEA MIX

  • Penggalak tenaga semulajadi (energy booster)
  • Membantu mengurangkan berat badan (5 kcal sahaja setiap hidangan)
  • Penggalak fokus, membantu bekerja dengan lebih fokus
  • Meningkatkan metabolisma
  • Membantu mengawal selera makan
  • Meningkatkan pembakaran lemak 3 kali ganda bagi yang bersenam

.

Wah. Melihatkan kebanyakan point di atas, Cinch Tea Mix ni sesuai sangat buat anda yang dah lama berusaha nak turunkan berat badan.

Kan semasa berpuasa kita dilarang makan minum di siang hari, dah kurang pengambilan kalori harian tu. Apa lagi? Tingkatkan metabolisma pada masa yang sama supaya lebih banyak lemak dapat dibakar. Hasilnya, berat senang turun dan tak mudah rebound (sebab metabolisma dah tinggi).

Alang-alang tu, tengah promosi bulan Ramadhan ni grab terus 2 kotak, dapat juga diskaun 10%. Sekotak mengandungi 28 sticks dan promosi ini sah sehingga 30 Mei 2020 sahaja.

Info lanjut Cinch Tea Mix

.

MEAL SHAKES

  • Meningkatkan imuniti kanak-kanak
  • Multivitamin pelengkap nutrisi kanak-kanak ‘picky eater’
  • Ditambah serat untuk membantu kanak-kanak yang sembelit
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan
  • Meningkatkan fokus dalam pembelajaran

.

Kalau Anda Pertama Kali Ajar Anak Berpuasa?, bolehlah beri cuba Meal Shakes untuk bantu anak berpuasa penuh insyaaAllah.

Pembelian 2 tong Meal Shakes sehingga 30 Mei 2020, akan dapat diskaun 10%.

promosi bulan ramadhan

Harga promosi : RM236.25 (Twin pack Cinch Tea), RM216 (Twin pack Meal Shakes)

.

Untuk mana-mana promosi bulan Ramadhan di atas, pembelian mana-mana 2 Twin Set di atas pula, akan dapat PERCUMA Beg “Shaklee Pack and Go (seperti dalam gambar poster pertama).

Contoh : 1 Twin Pack Meal Shakes + 1 Twin Pack Performance Drink (total 4 tong). Kalau beli 8 tong dapat 2 beg.

Bagi anda yang kerap mengalami masalah kesihatan semasa berpuasa, boleh rujuk entri Set Puasa Lengkapkan Nutrisi Semasa Ramadhan untuk panduan produk untuk menyokong kesihatan anda semasa berpuasa.

.

Promosi Bulan Ramadhan Ni Juga Ada Vivix Twin Pack Diskaun 5%

.

Sepanjang bulan April 2020 juga ada promosi Vivix. Beli 2 botol diskaun 5% untuk anda.

Automatik keahlian PERCUMA, pos PERCUMA, beg kertas “Live Vibrantly” percuma dan layak dapat cashback juga.

Info lanjut Vivix

Koleksi Testimoni Vivix

promosi vivix shaklee

.

Pomosi Welcome Sets Untuk Ahli BARU Sahaja

.

Kini, ada 3 cara untuk ahli BARU mendaftar:

  1. Yuran pendaftaran RM35
  2. PERCUMA keahlian dengan belian minima 100uv dalam satu resit
  3. PERCUMA keahlian dengan pembelian mana-mana Welcome Sets di bawah.
    • Prenatal Welcome Set
    • Postnatal Welcome Set
    • Daily Essential Welcome Set
    • YOUTH Welcome Set

.

Kelebihan Grab Welcome Set Selain Keahlian PERCUMA:

  • Penjimatan 10% dari harga AHLI (ahli sedia ada pun tak dapat harga semurah ini)
  • PERCUMA pos
  • Boleh redeem Welcome Sets lain dalam masa 60 hari
  • Cashback sehingga 11% (RMXXX)

.

Promosi Welcome Sets adalah sepanjang bulan April 2020 dan selagi stok masih ada sahaja.

welcome sets april 2020

Untuk pertanyaan dan order, whatsapp saya Ain 016-4214704 😉

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

Apa Itu Virus Corona Covid-19?

apa itu virus corona covid19

Sejak pertama kali dikesan di wilayah Wuhan, China pada hujung tahun 2019, jangkitan coronavirus telah mengakibatkan satu dunia gelabah! Jom kita lihat apa itu virus COVID19 yang anda perlu tahu.

.

Apa Itu Virus COVID19?

.

1# COVID-19 Ialah Virus Corona Jenis (Strain) Baru Yang Tidak Pernah Dijumpai Menjangkiti Manusia Sebelum Ini

Pada 31 Dec 2019, World Health Organization (WHO) telah menerima laporan dari China tentang penyakit seperti jangkitan paru-paru (pneumonia-liked) yang dikesan di Wuhan. Bukan pneumonia biasa-biasa tetapi mengakibatkan kegagalan sistem respiratori dengan cepat dan ianya amat pantas merebak dan menyebabkan kematian!

Kajian makmal dijalankan, mendapati ianya berpunca dari virus corona jenis baru yang tidak pernah dijumpai menjangkiti manusia sebelum ini. Asalnya virus corona hanya boleh dijangkiti oleh haiwan kepada haiwan lain (zoonotic transmission). Tetapi mutasi genetik dipercayai telah berlaku membolehkan virus ini berupaya menjangkiti manusia (Wallahuálam).

Pesakit yang dijangkiti boleh mempunyai gejala respiratori ringan sahaja atau teruk sehingga kematian. Antaranya demam panas melebihi 38 darjah Celcius, batuk dan sesak nafas. Gejala boleh bermula kira-kira 14 hari dari masa dijangkiti (incubation period of 14 days).

.

2# Diisytiharkan Sebagai Public Health Emergency of International Concern

Dalam masa sebulan sahaja, iaitu pada 30 Januari 2020, WHO telah mengisytiharkan jangkitan virus corona sebagai Public Health Emergency of International Concern, bila mana virus ini mula menular ke kebanyakan negara lain selain China – 5 kawasan (regions) di bawah WHO telah terkesan dalam masa sebulan ini!

Suratan atau kebetulan, hujung bulan Januari 2020 itu pula merupakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year). Ketika itulah terdapat pergerakan keluar masuk manusia dari dan ke China yang tinggi. Yang masuk ke daerah Wuhan atau negara China mula dijangkiti, yang keluar dari situ pula menjadi pembawa virus ke tempat lain.

.

apa itu virus corona covid19

Apa itu virus COVID19? Daripada wabak di Wuhan, dalam masa yang singkat telah diisytiharkan sebagai pandemik apabila dijangkiti hampir seluruh dunia!

3# Diisytiharkan Sebagai Pandemic

Penyebaran virus corona COVID-19 adalah sangat pantas dan efektif. Pada 7 Mac 2020, sebanyak 100,000 kes dilaporkan di 100 buah negara (dalam tempoh 2 bulan lebih sahaja)!

Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Tahap penularan sesuatu penyakit atau wabak, boleh dikategorikan kepada endemik, epidemik dan pandemik. Apakah perbezaan ketiga-tiganya?

  • Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud di dalam sesuatu kawasan atau masyarakat. Dengan kata lain, sepanjang tahun pun boleh ada penyakit ni tapi pada kadar yang rendah dan stabil. Contohnya denggi, sepanjang tahun pun boleh ada kes pesakit dengan denggi.
  • Epidemik ialah apabila sesuatu penyakit meningkat lebih dari biasa, merebak ke kawasan sekitar dan boleh dilihat dengan jelas dalam sesuatu komuniti. Penyakit epidemik juga dikenali sebagai ‘wabak’. Contohnya COVID-19 ni, sebelum menjadi pandemik, ianya ialah epidemik di China.
  • Pandemik ialah apabila penyakit itu menular dengan lebih meluas lagi melibatkan seluruh dunia! Contohnya COVID-19 yang sekarang ini lah, dah melibatkan beratus-ratus negara, kes pun dah melebihi ratusan ribu!

.

Bila telah diisytiharkan sebagai PANDEMIK, bermakna jangkitan COVID-19 ialah suatu penyakit berjangkit yang sangat serius dan memerlukan perhatian seluruh lapisan masyarakat dari seluruh dunia!

.

4# Cara Jangkitan dan Merebak

Bagaimana seseorang boleh berjangkit dan dengan mudahnya menular kepada orang lain?

Seseorang dengan mudahnya boleh dijangkiti virus corona jika terdedah kepada droplet yang mengandungi virus dari pesakit secara langsung dan tidak langsung:

  • batuk dan bersin dari pesakit
  • kontak fizikal dengan pesakit
  • kontak dengan permukaan atau objek yang tercemar dengan droplet dari pesakit

Daripada kajian yang dijalankan, seorang pesakit yang telah dijangkiti mampu menjangkiti 3 orang yang lain. 3 orang ini pula boleh menjangkiti 9 orang dan seterusnya. Tidak hairanlah dengan begitu cepat sekali COVID-19 tersebar ke seluruh negara China dan luar China.

Kajian lanjutan mendapati, virus yang terdapat dalam droplet dari pesakit yang batuk atau bersin, boleh berada di dalam udara beberapa ketika sahaja dan akan jatuh ke permukaan objek pada jarak 1 meter (zarah virus ini berat molekulnya). Sebab itulah salah satu kaedah pencegahan penularan penyakit ini ialah penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan.

 

 

.

5# Cara Mencegah Jangkitan COVID-19

Bila dah tahu apa itu virus COVID19, cara jangkitan dan penularannya, bolehlah kita cuba mencegah daripada dijangkiti dan penularannya dengan cara-cara berikut:

  • Menutup hidung dan mulut ketika batuk dan/atau bersin. Buang tisu terus setelah digunakan dan cuci tangan dengan bersih. Baca juga entri Siapa Perlu dan Jenis Topeng Muka Yang Sesuai.
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air, atau menggunakan sanitizer jika tiada air dan sabun. Baca juga entri berkaitan: 7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul.
  • Pesakit yang bergejala memakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, serta mengamalkan etika batuk yang betul. (Baca juga, Siapa Perlu Pakai Topeng Muka)
  • Elakkan perhimpunan yang melibatkan jumlah yang besar
  • Penjarakan sosial (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain semasa berada di luar rumah. Kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti atau siapa pembawa virus ini.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap.
  • Isolasi sekurang-kurangnya 14 hari sekiranya anda baru pulang dari negara atau tempat yang diserang wabak ini atau dari kontak dengan pesakit yang diketahui positif
  • Segera ke hospital untuk screening sekiranya bergejala atau anda merupakan kontak rapat kepada pesakit yang telah disahkan positif
  • Jangan menipu staf kesihatan jika anda bergejala, merupakan kontak rapat (close contact) pesakit positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara.

.

tempoh masa covid19 hidup

.

6# Rawatan COVID-19

Sehingga kini, masih tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan virus corona. Rawatan yang diberi pula hanyalah rawatan sokongan (supportive management).

.

7# “Saya sihat je. Bolehlah saya keluar berjalan-jalan dan tak perlu buat langkah pencegahan di atas.

Ada juga pesakit yang telah dijangkiti tetapi tidak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi awas, anda boleh menjangkiti orang lain tanpa anda sedar sekiranya langkah pencegahan penularan tidak diikuti.

Berikut adalah golongan berisiko tinggi yang mudah dijangkiti dan mengalami komplikasi:

  • Warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas)
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser

.

Penyakit COVID-19 merupakan masalah kesihatan awam. Semua orang bertanggungjawab untuk banteras. Jalankan peranan masing-masing, saling bantu-membantu, barulah kita akan berjaya putuskan rantaian penularan COVID-19. Negara Italy ialah salah satu negara yang patut kita jadikan teladan agar penularan yang lebih teruk dapat kita elakkan.

Kasihanilah warga KKM yang telah berhempas pulas dan berkorban segalanya sebagai ‘tentera pertahanan’ atau ‘fronliners‘ negara kita. Meningkatnya bilangan pesakit COVID-19, tak mustahil frontliners kita boleh tumbang.

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

Dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan jangkitan covid-19, selain langkah pencegahan yang disarankan pihak berkuasa, apa yang kita perlu lakukan setiap hari ialah ber doa dijauhkan wabak penyakit yang amat berkesan dan pantas merebak ini.

Wabak penyakit adalah suatu dugaan yang menimpa masyarakat dan memerlukan kerjasama semua. Kita lakukan tugas mencegah bersama-sama, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Dari Dia ujian ini datang dan kepada DIa juga kita akan kembali.

Berikut merupakan beberapa amalan doa minta dijauhkan wabak penyakit yang boleh diamalkan setiap hari terutamanya ketika dilanda wabak.

.

Koleksi Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk atau mengerikan lainnya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari bala atau bendana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”

.

doa dijauhkan wabak penyakit

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

.

Langkah-langkah Pencegahan Wabak Penyakit Covid-19

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat menjalankan langkah-langkah pencegahan berikut bagi menghalang penularan Covid-19 dari menjadi lebih teruk (Sumber: KKM):

  1. Mengamalkan tahap kebersihan optimum setiap masa (kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air (Langkah Mencuci Tangan Yang Betul) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Mengamalkan jarak sosial (“Social distancing“) , iaitu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan kontak rapat bagi mengurangkan penularan wabak, terutamanya jika bergejala. Contohnya:
    • Duduk di rumah, elakkan tempat tumpuan orang ramai.
    • Pakai penutup mulut dan hidung bila anda perlu keluar rumah.
    • Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
    • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
    • Menutup bangunan, mnangguh atau membatalkan suatu majlis dan upacara yang melibatkan ramai oramai.
    • Tidak menghadiri perhimpunan yang ramai (“mass gathering“).
  4. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
  5. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar atau negara yang telah diisytiharkan sedang mengalami penularan wabak.
  6. Bekerjasama dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, kerap bersenam, dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk menguatkan sistem imun badan.

Baca juga Makanan Tambahan Untuk Menguatkan Sistem Imun Badan.

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

Baru beberapa hari mula dijual, dah ada banyak yang beri testimoni ResV Shaklee yang positif-positif.

Untuk pengetahuan, ResV diperbuat dari sumber tumbuh-tumbuhan terpilih yang kaya dengan polifenol berspektrum tinggi. Polifenol ialah sejenis antioksidan yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya dan terbukti banyak manfaat kesihatannya.

 

Koleksi Testimoni ResV Shaklee

1# Kesan Parut Semakin Pudar, Kulit Makin Licin

testimoni resv shaklee

“Yana memang nampak perubahan kat husband in terms of skin dia tau. Sebab sebelum ni parut kat muka dia bahagian pipi susah betul nak hilang, tapi bila dia consume ResV memang nampak kulit dia makin bersih. Kesan parut dah start pudar, kulit pun makin licin.”(FB: Lyana Hisham)

.

2# Testimoni ResV Shaklee: Sakit Pinggul Dah Hilang Selepas Seminggu

testimoni resv shaklee

“Bulan 9 tahun lepas, Nana jatuh terduduk, so tulang pnggul ni memang jadi sakit sangat-sangat. Kalau duduk lama, dia akan jadi macam sakit gila-gila. Even masa BLNC tempohari pun, Nana rasa tak selesa bila duduk lama-lama. Seminggu selepas makan ResV ni, Nana perasan sakit tu dah hilang. Duduk lama pun dah tak sakit dah.” (FB: Nana Macarona)

.

3# Testimoni ResV Shaklee: Badan Rasa Cergas

testimoni resv shaklee

“Selepas makan ResV ni, badan tak rasa letih walaupun sehari suntuk duduk dalam kelas. Lepas tu, drive balik lagi. Sampai di rumah, tak kelepek pun. Memang best.”(FB: Lisa Sueriati Omar)

.

4# Bangkit Tidur Rasa Ringan Gila!

“Nak bagi testimoni ni. Semalam tiba-tiba sakit tekak macam kena pisau. Pastu gatal-gatal macam nak batuk. Balik dari Teluk Bahang saya ambil Vitamin C 2000mg pastu ambil ResV 2 biji. Saya tidur dalam keadaan tekak sakit, badan pun sakit-sakit terutama kaki lenguh. Bangkit tidur rasa ringan gila. Ya Allah bestnya rasa!” (FB: Normi Laili)

.

5# Energy Lain Macam, Mood Happening

“Alhamfulillah first time cuba hari ni ResV memang luar biasa. Sepatutnya time ni mengantuk dah. Tapi hari ni energy lain macam plus mood happening je. Fuhh best lah macam ni kalau hari-hari kan.” (Cik Fida)

.

6# Berjalan Jauh Pun Tak Rasa Letih

testimoni resv shaklee

“Sejak start ambil ResV ni, rasa lebih bertenaga. Pi berjalan jauh pun tak rasa letih. Memang terbaik ResV super power.” (Puan Zayatie)

.

5 Keistimewaan ResV Yang Tak Ada Pada Produk Lain

  • Diformulasi secara saintifik daripada sumber-sumber semulajadi yang kaya polifenol berspektrum tinggi
  • Proses pengekstrakan teknologi canggih yang telah dipatenkan (cecair polifenol dikapsulkan menjadi sofgel)
  • Kuasa polifenol 13 kali ganda
  • Disokong oleh banyak kajian klinikal, salah satunya ialah Kajian Telomere yang membuktikan, pengguna Shaklee mempunyai kadar pemendekan telomere yang lebih lambat sebanyak 40% (40% lebih lambat “tua”)
  • Sofgel boleh disimpan pada suhu bilik dan mudah dibawa ke mana-mana

.

Nak untung banyak, dapatkan ResV sekarang.

promosi resv shaklee

Beli 6 dapat 7 (Harga Runcit RM3,060, Jimat RM510). Beli 2 diskaun 5% (Harga Runcit RM969, jimat RM51). Beli sebotol sahaja pun dah dapat keahlian PERCUMA. Whatsapp Ain 0164214704 untuk pertanyaan dan order.

ResV Shaklee, 13x Ganda Lebih Polifenol

ResV Shaklee, 13x Ganda Lebih Polifenol

resv shaklee

ResV Shaklee merupakan formulasi saintifik untuk menyokong kesihatan menyeluruh, mengekalkan keremajaan dan kesejahteraan hidup.

Formulasi 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi ini adalah berdasarkan sains, mempunyai 6 paten (eksklusif hanya dari Shaklee) dan mengandungi spektrum luas polifenol.

Dan bila dah masuk pasaran Malaysia ini, semestinya ianya adalah halal.

.

Hanya bahan-bahan SEMULAJADI yang tinggi kandungan polifenol berspektrum luas sahaja terpilih untuk dijadikan ramuan dalam ResV Shaklee.

.

Pemilihan bahan untuk menghasilkan ResV bukan semudah yang disangka. Bertahun-tahun lamanya penyelidikan terperinci dijalankan oleh saintis-saintis, Shaklee hanya memilih secara spesifik bahan botani yang menyediakan polifenol berspektrum luas sahaja.

  • Anggur Muscadine : antioksida yang mempunyai kandungan asid elagik dan ellagitannis yang tinggi (kedua-duanya adalah polifenol)
  • Japanese Knotweed : kaya dengan resveratrol (juga sejenis polifenol) yang terbukti secara klinikal mempunyai banyak manfaat kesihatan
  • Purple Carrot : polifenol yang terdapat di dalamnya dikenali sebagai anthocyanin dan lutein
  • Chebulic Myrobalan : juga dikenali sebagai “Raja Ayurveda:, ianya menyediakan manfaat terapeutik luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallik dan asid elagik
  • Delima : tinggi kandungan nutrisi seperti ellagitannis, asid ellagik dan flavonoid
  • Black Currant : padat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C
  • Anggur Pomace dan Merah : kandungan polifenol tinggi, iaitu proanthocyanidin

.

faktor penuaan

Anggur Muscadine merupakan salah satu buah-buahan yang sukar didapati tetapi mempunyai kandungan polifenol yang tidak boleh didapati dari buah-buahan lain. Untuk membolehkan anda terus menikmati nutrien polifenol bermanfaat ini, Shaklee amat komited kepada piawaian yang tinggi dalam pertanian mesra alam yang berterusan sepanjang tahun.

.

Proses Pengekstrakan BERPATEN

.

Segala kebaikan polifenol bioaktif telah digabungkan di dalam sofgel melalui proses pengekstrakan berpaten. Dengan ini, anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa dengan mudah hanya daripada sebiji sofgel.

Teknologi untuk mengkapsulkan cecair polifenol kepada sofgel hanya ada pada Shaklee sahaja.

.

Disokong Oleh Banyak Kajian Klinikal

.

Berdekad lamanya, terdapat banyak kajian klinikal tentang polifenol yang telah terbukti baik untuk kesihatan.

Dari laman web rasmi Shaklee, antara manfaat polifenol adalah seperti berikut:

  • Untuk kulit sihat
  • Peredaran darah yang sihat
  • Tahap gula yang sihat
  • Menyokong detoks berkesan
  • Menyokong fungsi otak
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
  • Perkembangan sel yang sihat
  • Memelihara dan menyokong kesihatan sendi

.

Pengambilan diet tinggi polifenol untuk jangka masa panjang boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama.

Rujuk entri Kajian Telomere yang membuktikan, pengguna Shaklee mempunyai kadar pemendekan telomere 40% lebih rendah.

.

Perbandingan Dengan Vivix

.

PERSAMAAN

Kedua-dua Vivix dan ResV mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Jadi, fungsi keduanya adalah lebih kurang sama (manfaat-manfaat kesihatan polifenol).

Vivix dan ResV juga, seperti produk Shaklee yang lain adalah bebas pewarna, bebas perasa tambahan, bebas gluten.

.

PERBEZAAN : BAHAN-BAHAN

Vivix diperbuat dari 4 ramuan utama yang kaya dengan polifenol, manakala ResV terdapat tambahan 5 bahan lain yang juga tinggi kandungan polifenol.

Oleh itu, ResV mempunyai kuasa polifenol 13 kali lebih hebat!

.

PERBEZAAN : BENTUK

Vivix dihasilkan dalam bentuk cecair yang mudah diminum. Sebab itulah rasanya sedap (masam-masam manis).

Tetapi perlu disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) untuk mengekalkan kesegarannya. Jadi kalau anda kerap travel, terpaksalah bawa cooler bag dan ice pack untuk menyimpan Vivix dalam perjalanan.

Shelf life Vivix juga hanya 12 bulan dari penghasilan.

ResV pula adalah dalam bentuk sofgel yang mudah ditelan tanpa perlu memikirkan bagaimana rasanya.

Jadi, shelf life ResV adalah lebih panjang (24 bulan) dan kerana ianya dalam bentuk sofgel, boleh disimpan pada suhu bilik sahaja. Lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa.

vivix dan resv

Vivix mula dijual pada tahun 2008. ResV (“adik” Vivix) pula ialah inovasi dari Vivix yang mula berada di pasaran pada 2019.

.

Cara Pengambilan ResV

.

Dos saranan seperti tertera pada botol ResV ialah 2 sofgel setiap hari, diambil sebelum tidur untuk menyokong proses pembaikan sel.

Jika diambil bersama Vivix, cara pengambilan cadangan adalah:

  • 2 sofgel ResV sebelum tidur
  • 1 sudu kecil Vivix selepas sarapan

.

Bolehkah Ibu Hamil, Ibu Menyusu dan Kanak-kanak Diberi ResV?

.

Setakat ini, tiada kajian dibuat terhadap tiga kumpulan ini. Oleh itu, pengambilan adalah atas risiko sendiri.

.

resv shaklee

Harga runcit sebotol RM510 (60 sofgel mudah diserap untuk kegunaan sebulan). Hubungi Ain untuk keahlian PERCUMA.

.

Koleksi Testimoni ResV

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Sememangnya sudah sedia ada Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, ESP, Vita C, B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex dan Omega Guard. Namun, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

.

Badan Bertenaga Lepas Bersalin Cesar. Muka Dah Tak Pucat. Luka Cepat Kering

berpantang dengan shaklee vivix

Testimoni Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Shieda masa first Cesar, pada usia hujung 20-an, tak ambil Vivix. Hanya ambil Set Berpantang dan add on Zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.

Untuk second Cesar, usia 30-an, Shieda ambil Vivix. Masa tu, rasa sakit Cesar kedua lebih teruk dari yang pertama. Tapi Alhamdulillah asbab ambil Vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering. Badan pun rasa bertenaga sampai terlupa tengah pantang.

Untuk third Cesar, Shieda baru lepas habis pantang ni. Ambil Vivix juga sebab dah tahu sakit Cesar macam mana.

Pengalaman tak boleh lupa, Cesar ketiga ni muntah-muntah lepas Cesar. Sebelum tu tiada. Masuk makanan je muntah. Sampai menggigil tak bertenaga sebab makanan semua keluar. Doc dan nurse risau sebab nampak muka pucat sangat malam tu lepas 6 jam puasa.

Dan Shieda memang ada thalassemia. Hb memang low. Malam tu jugak ambil Vivix dan esok pagi nurse cakap muka dan tak sepucat semalam. Luka pun cepat kering dan baik.” (Shieda Balqis)

.

Husband Terkejut Bila Luka Dah Tutup Kering

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Ain sempat perhabis Vivix masa pantang sebab tinggal sikit saja. Ini first time Cesar. Luka kat kulit ceat kering. Hari kedua husband tegur dengan terkejutnya, “Dah cantum elok kulit dan kering!”.

Masa tu juga first time pantang ambil Zinc juga. Siapa-siapa nak bersalin terus suggest berpantang dengan Vivix dan Zinc juga. Risau juga sebab seminggu tu keluar masuk hospital (baby prem) dan banyak sungguh bergerak sana sini.” (Ainniah Zulkefli)

.

Luka Cepat Baik. Tiada Kesan Luka, Nampak Garis Halus Je

testimoni berpantang dengan shaklee vivix

Berpantang Dengan Shaklee Vivix

Saya bersalin baru ni pun emergency Cesar. Serius takut nak menghadapinya sebab tiada pengalaman Cesar. Tekad beli Vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan Vivix ni best. 

Alhamdulillah luka cepat baik, tiada kesan pun luka tu, nampak garis halus je sekarang. Pantang pun tak rasa macam bersain Cesar, rasa macam bersalin normal je. Lepas 3 minggu siap boleh mandikan dan menjaga kakak-kakak si baby (3 dan 2 tahun).

Doc pesan jangan angkat benda berat, haaa itu memang jaga sampai sekarang.” (Idayu Rosli)

.

Luka Baik Dalam 2 Minggu, Badan Cergas Sangat

Saya anak first Cesar tak kenal Shaklee lagi. Nombor 2 pun Cesar, minum Vivix, luka baik dalam 2 minggu, rasa cergas sangat-sangat. Orang tegur nampak macam tak pantang. Masa yang first, luka bersalin ambil masa sebulan, baru nak baik.” (Indira Ananth)

.

Muka Tak Pucat, Luka Dah Baik Dalam 2 Minggu

Syida pun berpantang dengan Set Pantang Shaklee full set masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua Syida add on Vivix. Orang memang tegur cergas dalam pantang.

Ena datang lawat Syida masa anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan tengah pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit dah. Syida bersalin normal kedua-dua anak.

Masa bersalinkan anak kedua ni, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor terpaksa gunting sebab baby dah lemas time tu.” (Syahida Ali)

.

Teruja Bila Luka Cepat Baik, Badan Pun Bertenaga

Ena nak kongsi pengalaman Ena sendiri. Ada beza berpantang dengan Set Berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua, Ena dah rasa.

Masa berpantang anak first tak ambil apa-apa suplemen, luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan lepas berpantang pun kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.

Bila amal Set Berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga. Kena jaga juga.

Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat baik. Badan pun cepat recover, bertenaga dan kulit pun makin berseri.

Ramai yang tegur, Ena tak macam baru lepas bersalin jer.” (Aeinna Musa)

.

Ingin berpantang dengan gembira dengan Set Berpantang Shaklee dan Vivix juga? Whatsapp Ain 016-4214704 untuk info lanjut dan order.

Suplemen Untuk Mata Yang Ayah Consume

Suplemen Untuk Mata Yang Ayah Consume

“Bila jadi macam tu, ayah rasa macam…dah nak mati.”
 
Astaghfirullahalázim. Risau, sedih yang amat bila ayah cakap macam tu.
 
suplemen untuk mata vitamin glaukoma

Bila waktu terbaik mengamalkan suplemen untuk mata, waktu masa masih sihat atau apabila sudah bermasalah?

 
.

Ayah Didiagnos Glaukoma

.
Ayah Ain, 3 tahun lepas diuji dengan masalah mata. Bermula dengan mata kemerahan (conjunctivitis) around masa nak balik dari umrah lagi. Hairan, sebab baru sahaja baik sakit mata, lepas seminggu dua tu, mata jadi merah semula.
.
Lepas dah ok tu, pada suatu hari ayah rasa penglihatan ayah tiba-tiba jadi kabur dengan mendadak! Gabra wei kalau bangun pagi tiba-tiba dah blur!
.
Lebih merisaukan lagi, bila ada juga sakit kepala yang amat menyakitkan. Jadi, ayah pun terus ke hospital pakar mata Vista di Bukit Mertajam untuk diagnosis dan rawatan.
.
Ayah didiagnos acute glaucoma. Terus menjalani rawatan emergency laser sebab bacaan tekanan dalam mata (intraocular pressure) dah sangat tinggi sampai 27! Pakar mata masa tu ada beritahu, yang bacaan tekanan dalam mata yang normal ialah antara 17-20 sahaja.
.
Glaukoma terjadi apabila cecair dalam mata berkumpul di dalam bola mata, mengakibatkan peningkatan tekanan dalam mata (intraocular pressure). Peningkatan tekanan ini boleh menekan saraf penglihatan (optic nerve), menyebabkan buta jika tidak segera mendapatkan rawatan. Glaukoma merupakan punca utama mata buta di kalangan mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas. (Sumber & bacaan lanjut)
suplemen untuk mata

Antara simptom glaukoma ialah mata kemerahan, loya dan muntah, sakit di bahagian mata, sakit kepala yang kuat dan gangguan penglihatan yang terjadi secara tiba-tiba.

.
Nasib ayah baik sebab ayah segera berjumpa pakar mata. Tekanan dalam mata ni, kalau berterusan sangat tinggi, boleh menyebabkan buta! Nauzubillahiminzaalik. Alhamdulillah syukur sangat.
.
Selesai laser, ayah diberi ubat titik mata yang bermacam-macam jenis. Dose fluctuating sebab kesihatan mata ayah tak berapa stabil. Sekejap ok, sekejap tidak, sekejap merah balik dan sebagainya. Jadi, selain terus mengikut kata pakar mata dan teruskan ubat titik yang ada, Ain rasa Ain kena buat sesuatu.
.

Ain Perkenalkan Suplemen Untuk Mata Untuk Menyokong Kesihatan Mata Ayah

.
Kami semua tahu, yang ayah risau sangat dengan keadaan mata ayah. Mak lagilah risau, suami dia kot. Huhu.
.
Setiap kali jumpa ayah, ayah mesti cerita topik yang sama – glaukoma. Walaupun ayah kata “ok“, “tak ada apa-apa“, muka ayah nampak risau. Dahi berkerut-kerut memikirkan apa yang akan terjadi. Tak pernah Ain tengok muka ayah ‘ketat’ macam tu. Bukan sehari dua, tapi berminggu-minggu!
.
Ain bukan doktor yang pakar tentang mata. Ain tak ingat pun topik-topik Oftalmologi masa belajar medik dulu. Tak praktik makanya tak ingatlah. Hihihi. Bukan semua doktor tahu pasal semua penyakit ya. Kat sini lah, pentingnya bertanya kepada yang pakar. Dan leganya, ayah dah berjumpa pakar mata dan dapatkan rawatan segera.
.
Apa yang Ain boleh bantu, Ain perkenalkan Vivix & Carotomax kat ayah. Ini ialah suplemen untuk mata yang insyaaAllah boleh menyokong kesihatan mata ayah.
.
Vivix kaya dengan kandungan polifenol, sejenis antioksidan yang baik untuk bantu baiki kerosakan sel. Sel ialah yang paling asas dalam badan kita. Daripada gabungan sel-sel akan membentuk tisu. Gabungan tisu-tisu akan membentuk organ dan seterusnya sistem-sistem.
.
Carotomax plak merupakan prekursor vitamin A, juga antioksidan yang baik untuk kesihatan mata. Carotomax ada pelbagai jenis carotenoids yang susah kita nak dapat sepenuhnya dari makanan.
.
Ain bagitau juga, semua ni cuma suplemen untuk mata, bukannya ubat. Bukan. Bukan hari ni makan, esok terus baik, tak. Nutrisi yang baik membantu menyihatkan dari dalam, ambil masa untuk lebih sihat jadi kena bersabar.
.
suplemen untuk mata vitamin glaukoma

Gambar ayah dengan suplemen untuk mata yang Ain cadangkan.

.

Sebulan berlalu…

“Ayah rasa ada kesan la Vivix & Carotomax tu.”
Pendek saja ayat ayah. Tetapi cukup untuk Ain rasakan yang ayah dah sukakan Vivix & Carotomax tu. Alhamdulillah. Sampai satu masa tu, setiap kali ‘balik kampung’ (rumah Ain dengan parents 5-10 minit naik kereta je) itulah ayat ayah haha.
.
Sekarang, ayah dah nampak lebih ceria macam dulu. Leganya hanya Allah sahaja yang tahu. Terima kasih Allah sebab mudahkan Ain untuk tolong ayah lebih sihat.
.
Dalam hidup ni, ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Belajarlah dari cerita orang lain. Kalau nak belajar dari cerita kita sendiri, kita tak tahu masa tu dah terlambat atau tidak.
.
Kadang kala, kita tidak sedar yang sesuatu tu amat berharga bagi kita sampailah kita hampir-hampir atau dah pun kehilangannya. Tak ramai yang cakna pentingnya mencegah dari mengubat. Bila dah sakit, tak semua bernasib baik dapat sembuh sepenuhnya. Tak semua orang diberi peluang kedua, ketiga atau ke berapa kali pun.
.
Kesimpulanya, cegahlah sebelum terlambat. Dan cegahlah sebelum menjadi lebih parah.
.
(Produk ini bukan bertujuan mengubat, merawat, mendiagnos, mencegah sesuatu penyakit. Kesan pengambilan mungkin berbeza bagi orang yang berbeza)

.

Nak tahu apa lagi yang jadi kat ayah Ain lepas makan suplemen untuk mata tu? Terjah entri “Biar Semua Tahu Betapa Bahayanya Makan Shaklee“. Perlukan konsultasi kesihatan dan kecantikan dari dalam secara semulajadi? Hubungi Ain 016-4214704

Promosi Vivix dan Set Detox

Promosi Vivix dan Set Detox

promosi vivix

Promosi Vivix dan Set Detox kembali lagi sepanjang bulan Oktober 2019 ini!

Kali ini didatangkan dengan cabaran baru yang dinamakan Prove It! Live It! Share It!, yang mana anda boleh menyertai program detox untuk ‘reset’ sistem tubuh ke arah kesihatan yang lebih baik dalam masa 7 hari sahaja.

Untuk menyertai, anda mempunyai 2 pilihan set seperti berikut:

.

1. Jom Detox Set

Terdiri daripada:

  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)
    • Memberikan tenaga segera dan berpanjangan
    • Membantu meningkatkan jisim otot dan pembinaan otot baru
    • Membantu membakar lemak visceral (lemak di sekeliling organ-organ dalaman)
    • Info lanjut Cinch Shake
  • Herblax
    • Membantu masalah sebelit
    • Mengempiskan perut
    • Melancarkan proses penghadaman
    • Info lanjut Herblax
  • DTX Complex
    • Melindungi dan meningkatkan fungsi hati daripada toksin
    • Membantu membina semula sel-sel hati
    • Info lanjut DTX Complex
  • Peppermint GingerPlus
    • Membuang angin dan mengurangkan masalah kembung perut
    • Melegakan perut yang tidak selesa
    • Info lanjut Peppermint GingerPlus
  • Alfalfa Complex

*Harga promosi RM 465 (JIMAT RM 35)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

.

2. Jom Vivix Set

Terdiri daripada:

  • Vivix
    • Membantu meningkatkan metabolisme badan
    • Meningkatkan sistem imun
    • Menyokong kesihatan tubuh yang menyeluruh
    • Mengandungi asid elagik yang berfungsi membantutkan sel lemak
    • Info lanjut Vivix
  • Cinch Shake (Vanila atau Chocolate)

*Harga promosi RM 590 (JIMAT RM66)
*PERCUMA beg Shaklee Pack-and-Go

vivix shaklee

Asid ellagik dan ellagitannin di dalam anggur Muscadine (bahan dalam Vivix), apabila bergabung dengan polifenol lain, membentuk kuasa antioksidan yang hebat!

.

Selain itu, kita ada juga promosi Ostematrix dan YOUTH Masks

Ostematrix Buy 3 Off 5%

Sebotol Ostematrix RM61.25
2 Botol Ostematrix RM122.50
3 Botol Ostematrix RM174.56

Baca Kelebihan Ostematrix Shaklee berbanding suplemen kalsium jenama lain.

kaki cramp ketika mengandung

Salah satu kelebihan Ostematrix :Kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan (Sumber: Laman Web Rasmi Shaklee).

.

YOUTH Masks

Anda tercari-cari masker untuk kulit lebih halus mulus dan berseri? Inilah masa untuk anda mencuba YOUTH Mask.

  • YOUTH Hydrating Gel Mask untuk kulit kering
  • YOUTH Purifying Clay Mask untuk kulit berminyak

Dengan mana-mana 2 masker, anda akan menerima PERCUMA beg organza, berus wajah dan booklet YOUTH Masks. Info lanjut YOUTH Mask.

.

Pertanyaan dan order,

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 016 421 4704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Kepala Batas, Bertam
Poslaju ke seluruh Malaysia

Betul ke Vivix Shaklee Ada Arak?

Betul ke Vivix Shaklee Ada Arak?

Vivix Shaklee ada arak, betul ke?
vivix shaklee ada arak
.
 
On and off, entah kenapa akan timbul ‘kontroversi’ tentang Vivix di media sosial. Macam-macam tohmahan oleh orang-orang yang tidak betul-betul mengenali atau memang membenci Vivix. Mungkin juga mendapat info dari sumber yang salah. Wallahuálam.
 
Baru-baru ini, ada seseorang menyiarkan posting di Facebook yang mengatakan Vivix Shaklee ada arak pula. Haha. Meh Ain cerita satu persatu ya.
.

Betul ke Vivix Shaklee Ada Arak?

.
Dalam posting tersebut, dikatakan Vivix ada arak sebab dia Google “full ingredients of Vivix” dan keluarlah list bahan-bahan dalam Vivix. Salah satunya ialah “red wine”.
.

1. RED WINE ialah nama SEJENIS ANGGUR 🍇, bukannya arak.

Boleh rujuk laman web di sini untuk kenali jenis-jenis anggur red wine:
.
vivix shaklee ada arak

Tudia. Anggur Red Wine saja ada 20 jenis dah.

.

2. Anggur Muscadine

Anggur yang digunakan untuk menghasilkan Vivix ialah anggur Muscadine. Bukan anggur Red Wine tadi.
 
Semua suplemen Shaklee yang masuk Malaysia ni special sebab kena follow requirement KKM. Nama suplemen mungkin sama di seluruh dunia tetapi formulasi tak semestinya sama.
 
Jadi kalau nak check info tentang suplemen Shaklee di MALAYSIA, masuklah web Shaklee MALAYSIA, bukan Shaklee negara lain. Ini website rasmi Shaklee MALAYSIA: www.shaklee.com.my
 
Ada “.my” kat belakang tu ya.
.

3. Emosi boleh bawa fitnah. Careful!

Nak dapatkan info, dapatkan dari sumber yang sohih. Jangan terus jump to conclusion then terus tulis ikut emosi (contohnya sebab memang tak suka or benci sesuatu), rupa-rupanya tersebar fitnah.
 
Marahkan orang percayakan sumber Google, jangan kita juga mudah terpengaruh dengan Google juga. Satu jari yang menunjuk kesalahan orang, dalam tak sedar ada 4 jari lagi yang menuding ke arah diri sendiri. Jaga-jaga…
 
Info RASMI Vivix untuk pasaran MALAYSIA, Shaklee dah sediakan dengan detail & lengkap kat sini:
.
vivix shaklee ada arak

Ini senarai FAQ tentang Vivix. Masuk website www.shaklee.com.my dan baca kat situ apa yang korang nak tahu.

.

4. ISA tu apa?

ISA ialah short form bagi Islamic Service of America, merupakan sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan yang akan dieksport ke luar negara.
 
LEBIH 70 BUAH NEGARA mengiktiraf badan ini. Termasuklah JAKIM kat Malaysia ni, pun iktiraf ISA.
 
Pendek kata, sijil halal Shaklee diberi oleh ISA. Dan ISA diiktiraf oleh JAKIM.
 
Ain ada cerita kat blog, kaitan ISA dengan JAKIM beserta rujukan (bukan main cakap je). Ain share semula link kat sini:
.
vivix shaklee ada arak

Kalau Vivix Shaklee ada arak, takkanlah ada kelulusan ISA ni. ISA ialah badan yang memberi tanda halal kepada produk-produk yang akan diimport. ISA diiktiraf oleh banyak negara Islam lain selain JAKIM Malaysia.

.

5. Ada keraguan tentang produk Shaklee, boleh terus tanya Shaklee.

Dah beberapa kali ‘fitnah’ pasal suplemen Shaklee tular di media sosial. Dan Shaklee dah ‘jawab’ semuanya.
 
Anda boleh email ke customerinquiry@shaklee.my untuk pertanyaan bila-bila masa sahaja.
.

6. Media social is about, just one click you can share anything.

So yang nak klik button ‘Share’ pun make sure pastikan tak sebar fitnah juga.
.
P/s: Haters gonna forever hate. So…FREE marketing lagi. =)
.

Pernah dengar apa itu telomere? Menarik tau. Orang yang nak lambatkan proses penuaan kena ambil tahu. Baca entri “Telomere Study Buktikan Yang…

.

Kesimpulannya, Vivix Shaklee ada arak ke tak?

Tak. 🙂