cegah kemalangan

Mata mengantuk tapi nak terus tahan dan teruskan memandu di jalan raya?

Awas, anda mungkin bakal menjadi mangsa microsleep.

Microsleep ialah episod tertidur sekejap yang tidak boleh dikawal, yang terjadi pada masa yang sangat singkat (selama kurang dari sesaat ataupun 10 saat sahaja), namun boleh memberbahaya terutamanya jika anda sedang memandu di jalan raya.

Seseorang yang mengalami microsleep kebiasaannya tidak sedar pun keadaan ini. Tetapi boleh menunjukkan tanda-tanda di bawah:

  • hilang fokus secara tiba-tiba
  • ‘hilang ingatan’ untuk seketika
  • kepala tersengguk-sengguk
  • hilang kawalan otot secara tiba-tiba
  • terjatuh tanpa sedar
  • terlepas barang yang sedang dipegang tanpa sedar

.

Puncanya, cuma tidak mendapat tidur yang cukup sahaja. Jadi, penyelesaiannya ialah mendapatkan tidur yang cukup dan yang lebih penting, tidur berkualiti.

Tidur yang cukup ialah dari segi tempoh masa tidur. Baca entri Berapa Jam Kita Perlu Tidur Setiap Hari? untuk rujukan saranan tempoh masa tidur mengikut usia. Petua mendapatkan tidur yang berkualiti pula adalah seperti berikut.

cegah kemalangan

.

Petua Mendapatkan Tidur Berkualiti

.

  1. Sebelum tidur, elakkan terjebak dengan gajet seperti televisyen, radio, dan telefon bimbit (cahaya dari telefon bimbit membantutkan penghasilan hormon tidur).
  2. Tidur di tempat atau bilik yang khas untuk tidur sahaja.
  3. Berdasarkan “Rule of Stimulation Control”, jika anda masih berjaga selepas 15 hingga 20 minit, bangun dan cuba buat sesuatu sehingga mengantuk semula, barulah masuk tidur.
  4. Cuba untuk aktif pada waktu siang agar pada sebelah malam, badan anda sudah ‘bersedia’ untuk berehat.
  5. Amalkan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur seperti aromaterapi.
  6. Yang terbaiknya, adalah tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
  7. Hati-hati dengan apa yang anda makan atau minum di sebelah petang terutamanya minuman dan makanan berkafein.

.

“On the way balik Penang lewat petang tu, rasanya langsung tak menguap. Bulat ja mata dia driving. Bila ditanya, mengantuk tak kali ni driving? Katanya, eh, tak mengantukla. Macam fresh ja. Dan dia sendiri mengaku rasa beza badan bila ambik CoQ pagi tadi tu. Terus plan nak buat tabung CoQ untuk beli CoQ bulan depan. Hihihi…”

Cerita penuh dalam entri Cara Untuk Lebih Bertenaga dan Tak Mengantuk.

.

Ainniah Zulkefli
Pengedar Shaklee Butterworth
Whatsapp 0164214704
COD Seberang Jaya, Sungai Dua, Butterworth, Kepala Batas
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak