kuku cengkam

Kuku cengkam – beginilah keadaan jari dan kuku yang terlibat.

Adududuuu siapa yang pernah ada pengalaman masalah ni, mesti tahu betapa nyut nyut nyutnya kesakitan yang dihadapi.

Cengkam kuku, nama lainnya ialah cagu, merupakan masalah kuku yang tumbuh ke dalam isi. Sesuaila dengan ‘nama’nya di dalam bahasa Inggeris – “ingrown nail” – bermaksud kuku yang tumbuh ke dalam.

Bila ini terjadi, akan menyebabkan jari dan kuku yang berkenaan sakit dan ada kalanya boleh mengakibakan jangkitan (bengkak, kemerahan, bernanah).

Puncanya, kebanyakannya disebabkan cara memotong kuku yang salah.

Cuba tengok gambar di bawah ini.

kuku cengkam

Cara potong kuku untuk mengelak kuku cengkam ialah cara yang paling kanan sahaja.

Hanya yang paling kanan merupakan cara memotong kuku yang betul, iaitu kuku dipotong mengikut satu garisan lurus. Bukannya membentukkan kuku menjadi bulat hujungnya atau berbentuk V. Dan memotong kuku terlalu dalam seperti gambar paling kiri juga boleh menyebabkan masalah cengkam kuku.

Jadi lepas ni check semula cara potong kuku anda kalau tak nak kena cagu ni.

Punca lain boleh jadi dari pemakaian kasut yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Contohnya kasut yang tirus hujungnya dan bertumit tinggi pula. Tekanan ke atas kuku akhirnya boleh menyebabkan masalah ini.

Apa nak buat bila dah kena cagu ni?

.

Rawatan Untuk Kuku Cengkam

.

Oleh sebab simptom-simptom berpunca dari kuku yang tumbuh ke dalam isi, rawatan utama bertujuan melepaskan isi dari cengkaman kuku tadi dan merawat simptom yang muncul.

Sebagai contoh dengan mengepit kuku yang mencengkam isi, atau menggunakan floss untuk memisahkan kuku dan isi (floss ialah ‘tali’ halus yang digunakan untuk membersihkan celah-celah gigi).

Jika tidak memberi perubahan atau untuk kes yang lebih teruk contohnya telah terjadi jangkitan, segeralah ke klinik untuk rawatan lanjut.

Anda mungkin memerlukan pembedahan minor sebagai rawatan. Ubat makan seperti ubat tahan sakit, surut bengkak, krim sapu dan antibiotik, akan diberikan jika ada indikasi.

Perubahan yang baik seperti bengkak semakin kecut, sakit semakin berkurangan dan tiada lagi nanah, merupakan petunjuk yang baik cekam kuku anda semakin pulih.

Lepas dah sembuh, bolehlah anda kenal pasti punca dan amalkan cara untuk mencegah dari terjadi lagi, ok?

P/S: Kadang-kadang benda kecil pun boleh buat sakit yang teramat sangat.