Yang tengah mencari-cari kereta 7 seater sebab anak ramai tu, bolehlah consider kereta Citroen juga. Jarang-jarang nak nampak kereta ni kat jalanraya kan. Review pun tak banyak. So meh nak buat review Citroen Grand C4 Spacetourer skit. 😉

citroen grand c4 spacetourer

Ada 4 pilihan warna yang available kat Malaysia – putih, hitam, biru, merah.

.

“Don’t Judge A Book By Its Cover”

.

Tengok gambar di atas, dari luar nampak bisher-bisher kan? Tapi bila korang godek-godek kat dalam & tengok apa yang ada pada kereta ni, terus rasa wow!  (at least bagi Ain la). Especially kemudahan yang ada untuk anak-anak.

Jujurnya, Ain tak arif langsung pasal kereta terutamanya bab-bab yang biasanya orang laki yang lebih tahu. Asal tengok rupa cantik dah boleh suka haha. Nasib baik encik suami Ain memang suka ambil tahu pasal kereta. Jadi Ain serahkan bab-bab tu kat encik suami. Hehe.

Apa yang Ain nak share kat sini adalah tentang kemudahan yang kereta ni ada untuk family besar atau anak ramai. Lebih spesifik lagi, pasal carseat dan kemudahan-kemudahan lain.

Pertama sekali, oleh sebab namanya pun “7 seaters“, sudah tentulah ia mempunyai 7 tempat duduk maksimum: 2 di hadapan (pemandu dan sebelahnya), 3 di tengah dan 2 lagi di belakang sekali, macam dalam gambar kat bawah ni.

review citroen grand c4 spacetourer 1

7 seats semuanya. Persoanally, Ain rasa setiap seat lebar dan selesa untuk orang saiz sederhana. Serius luas bila masuk kat dalam. Yang bahagian belakang sekali tu, rasanya bahagian kaki tu macam 7 seaters lain jgak, tak sesuai untuk orang tinggi atau yang berkaki panjang hehe.

.

CARSEATS

.

  1. Kalau ikut manualnya, kesemua 6 kerusi penumpang boleh diletakkan carseats, termasuk seat depan sebelah pemandu (ada ‘syarat-syaratnya’ lah).
  2. Barisan kedua plak ada 3 kerusi yang setiap satu dilengkapi isofix & top teether. Boleh letak carseats 3 across kat sini. Of course kena ikut model carseat juga & the best ialah test pasang sendiri sebab carseats yang bulky mungkin tak ‘celuih’ untuk 3 across walau seluas mana pun space dalam kereta.
  3. Setiap kerusi ada seat belt. So yang ada anak ramai tu pandai-pandailah arrange carseat mana nak boh tengah, sapa nak dok belakang semua tu.
  4. Setiap kerusi di barisan tengah boleh dilipat, di-adjust ke depan-ke belakang secara berasingan. So memudahkan orang belakang nak keluar masuk kereta. Just lipat kerusi tengah kiri or kanan je, tak payah lipat the whole 3 kerusi kat tengah tu.

Untuk jenis carseat yang sesuai untuk setiap kerusi, boleh rujuk gambar yang ada. Lagi senang kalau tengok jadual dalam manual.

review citroen grand c4 spacetourer

Semua seat termasuk sebelah driver boleh diletakkan carseat. Ikut juga jenis carseat apa.

.

Kat sini tertulis boleh letak carseat kat sebelah driver (sama ada rear-facing atau front-facing)

Isofix dan top teethers ada kat 3 kerusi bahagian tengah sahaja. Kat bahagian tengah ni juga, boleh letak 3 carseats in a row (ikut jenis dan brand juga. The best ialah test depan mata).

.

FAMILY-ORIENTED

.

Selain boleh letak banyak carseat, ada banyak features yang “kids-friendly” pada kereta ni especially kat seats tengah.

Antaranya:

  • Ada tempat simpan rahsia kat lantai barisan kedua. Ikut kome ler nak simpan apa. Contohnya untuk simpan kasut (anak ramai kan) jadi tak la serabut semua kasut bersepah kat lantai tu.
  • Ada ‘tray’ untuk makan & letak cawan kat belakang seat pemandu & sebelah pemandu. Boleh lipat simpan macam kat dalam flight tu wei. Orang yang dok tengah best la ada ‘meja’ untuk makan minum.
  • Pintu child lock (dua pintu belakang saja)
  • Ruang yang luas untuk family anak ramai – luar nampak tak besar sangat, masuk dalam tuuudia luas la jugak untuk kereta 7 seaters! Nak masuk tolong anak-anak buckle carseat kat belakang sekali pun tak lah sempit sangat. Lipat je seat barisan tengah, tolak ke depan & settle.
  • Aircond ada sampai belakang. EACH boleh adjust nak kalih ke arah mana, kipas nak kuat mana & boleh on-off sendiri. Kiri kanan untuk barisan kedua, dan 2 aircond kat siling untuk 2 kerusi belakang). In case anak-anak suka main aircond, pemandu boleh off setting ni dari depan. Dok main aircond sangat kan, hambek kita off terus tak payah aircond, berkubanglah hampa kat belakang nuh. Kah
  • Lampu yang banyak. Kat depan macam biasa. Yang tengah ada lampu kat siling kereta & reading lamps bila buka ‘tray’ tadi. Yang belakang pun ada lampu masing-masing.
  • Ada build-in side blinds kat tingkap tengah kiri kanan. Time panas terik tu, naikkan je benda alah ni.
  • Bonet kereta boleh buka tutup guna sensor (halakan kaki kat bawah bonet). In case tengah dukung anak sambil angkat beg berat susah nak buka bonet/nak cari kunci untuk tekan buka bonet, elok sangat ada benda ni.

Tak sangka kereta Citroen Grand C4 Spacetourer ni ada macam-macam di dalamnya.

.

ADA PRO, ADA CONS JUGA

.

Kekurangan kereta ni plak, bila dah kat dalam penuh dengan manusia, ruang bonet yang ada jadi limited lah.

So kalau ada yang nak letak stroller gedabak ke, nak travel jauh berhari-hari nak bawa banyak beg tu, kena pandai-pandailah.

.

LAIN-LAIN REVIEW CITROEN GRAND C4 SPACETOURER?

.

Macam Ain dah bagitau awal-awal tadi, cerita enjin, minyak, lampu luar, safety features yang tak ada pada kereta lain, bla bla bla lagi tu…yang tu boleh pi test drive & tanya sendiri kat kedai kereta ya.

Yang mak-mak macam Ain ni tau, naik kereta start enjin, kereta bleh jalan, anak-anak happy & selesa atas carseats masing-masing, ok dah tu. Eleh, korang pun macam tu jgak kan,kan, kan? Kihkihkih!

DISCLAIMER: Ini adalah review personal dan tidak mewakili mana-mana pihak. Dan Ain juga bukan penjual kereta. 😉