coq trol plus shaklee

CoQ Trol Plus Shaklee (dulu dipanggil CoQ Health), kini kembali dengan nama dan formula baru yang jauh lebih baik.

Juga ditambah dengan resveratrol dan tocopherol untuk meningkatkan keberkesanan fungsinya.

Mari kita dalami tentang coenzim Q 10 (coQ10) dan apa kebaikannya untuk kesihatan tubuh.

.

APA ITU COENZIM Q10 (COQ10)?

.

Coenzim Q 10 (coQ10) ialah sejenis nutrien larut lemak yang terdapat di dalam hampir kesemua sel kita.

Ianya merupakan antioksidan semulajadi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga.

CoQ boleh dijumpai di dalam mitokondria, ‘stesyen jana kuasa’ yang terdapat di dalam sel.

Di sini, ia bertindak sebagai ‘suis’ untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan.

Manusia — Organ-organ — Tisu-tisu — Sel-sel —Mitokondria — CoQ10

coq trol plus shaklee

MANFAAT COQ10

.

Membekalkan Tenaga

Dengan coQ yang cukup, anda akan mendapat tenaga yang diperlukan, lalu akan:

  • menyokong kehidupan aktif anda
  • mengekalkan kecergasan sepanjang hari
  • meningkatkan kekuatan otot (Sumber info)
  • mempercepatkan proses pemulihan luka (Sumber info)

.

Kesihatan Jantung dan Sistem Peredaran Darah

Jantung merupakan organ yang mempunyai kepekatan coQ10 tertinggi.

Memandangkan jantung ialah organ yang memerlukan tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Berdasarkan American Heart Association (AHA), kira-kira 80% penyakit jantung BOLEH DICEGAH! Sekiranya anda:

  • memperbaiki cara pemakanan
  • rajin bersenam
  • mengawal tekanan darah
  • dan mengawal paras kolesterol.

Jadi bagaimana coQ10 membantu kesihatan jantung?

  1. menguatkan otot jantung (Kajian Klinikal)
  2. melancarkan pengaliran darah
  3. menurunkan risiko penyakit jantung (Kajian Klinikal)
  4. memberi tenaga kepada pesakit yang mengambil statin (boleh rujuk entri Ubat Kolesterol Tinggi untuk info lanjut) (Kajian Klinikal)

Tahukah anda, statin menyebabkan penghasilan enzim HMG-CoA berkurang?

Enzim ini digunakan untuk menghasilkan coQ10. So, kurang enzim ini bermakna kuranglah coQ10. Sebab itulah pesakit yang mengambil statin kerap letih lesu.

.

Menyokong Kesuburan

Bagi lelaki, paras coQ10 yang tinggi meningkatkan pergerakan sperma.

Selain itu, CoQ10 bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sperma (benih lelaki) dari kerosakan oleh radikal bebas.

Jadi, ini akan meningkatkan jumlah sperma yang sihat.

Untuk perempuan pula, ovum (telur wanita) ialah sel terbesar di dalam badan manusia.

Oleh kerana itu mengandungi jumlah mitokondria tertinggi berbanding sel-sel lain, iaitu sebanyak kira-kira 200,000.

Paras coQ10 yang tinggi menyediakan tenaga yang cukup.

Jadi, bolehlah ovum membahagi dengan efektif.

Apabila kedua-dua sperma dan ovum sihat, peluang untuk mendapat zuriat adalah lebih baik InsyaaAllah (kita dah usaha kan? Selebihnya kuasa Allah).

Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Di dalam kulit kita, coQ10 paling banyak terdapat di lapisan epidermis dengan sel-sel lemak.

Wanita yang mementingkan kecantikan semulajadi wajib mendapat coQ10 yang cukup kerana ianya bertindak sebagai:

  • sunblock yang melindungi kulit dari kerosakan oleh sinar uv
  • antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan oleh radikal bebas (sinar UV, pencemaran, bahan kimia, etc)
  • pemberi tenaga untuk membaiki sel kulit dan menghasilkan sel kulit baru

Dengan coQ10, kecantikan kulit secara semulajadi kini bukan lagi mimpi semata-mata.

Kulit anda akan lebih anjal, kurang kedutan, permukaan lebih lembut, kulit lebih sihat dan awet muda. (Sumber info)

coq trol plus shaklee

CoQ10 memperbaiki potensi antioksidan kulit. Kedutan kurang jelas, kulit nampak lebih tegang.

.

Ketajaman Mental

Otak kita memerlukan coQ10 sebagai ‘makanan’ untuk fungsi otak yang sihat.

Malangnya, dengan penambahan usia, paras coQ10 akan semakin menurun.

Seseorang yang mengalami Alzheimer (nyanyuk) mempunyai plaq amyloid di dalam sel-sel otak.

Dalam hal ini, coQ10 bertindak sebagai ‘perisai’ antioksidan yang mengurangkan kehadiran plaq amyloid tadi. (Sumber info)

Berdasarkan kajian, coQ10 meningkatkan ketajaman mental :

  • lebih fokus dan alert
  • risiko penyakit penuaan seperti Alzheimer (nyanyuk) dan Parkinson lebih rendah (Sumber info)
  • memori dapat ditingkatkan
  • keupayaan untuk belajar menjadi lebih baik

.

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN COQ10?

.

Kita Takkan Dapat Jumlah CoQ10 Yang Cukup Dari Pemakanan Seharian

.

Makanan zaman moden, kita lebih gemarkan makanan segera yang mengandungi vitamin yang sangat kurang.

Sedangkan untuk menghasilkan tenaga, kita perlukan semua vitamin itu.

Ditambah pula dengan pencemaran yang semakin berleluasa di mana saja.

Pencemaran-pencemaran ini merupakan radikal bebas yang terus membantutkan kebolehan badan menghasilkan coQ10.

Lebih malang lagi bagi pesakit yang mengambil ubat kolesterol tinggi statin.

Kerana statin menyebabkan coQ10 di dalam semakin berkurang.

Baca juga entri Ubat Kolesterol Tinggi : Apa Anda Perlu Tahu.

Jadi, untuk fungsi dalam badan yang optimum, kita disarankan mengambil 100mg CoQ10 setiap hari. Ini bersamaan dengan:

  • 100 sudu kecil minyak Canola
  • 3kg daging merah
  • 3.3kg peanut butter
  • 100 cawan brokoli rebus

Uih, tak mampu mak! Haha! (^^,)

.

Paras CoQ10 Semakin Menurun Bermula Usia 20 Tahun

.

Lihat saja graf di bawah ini. Bukan orang tua sahaja perlukan suplemen coQ10. Bermula usia 20 tahun, kita sudah pun mengalami kekurangan coQ10.

coq trol plus shaklee

Paras cOq10 semakin menurun selepas 20 tahun.

Daripada graf ini, tak hairanlah student-student U pun dah mula letih lesu macam orang tua!

.

Dulu CoQ Health Shaklee, Kini CoQ Trol Plus Shaklee!

.

CoQ Trol Plus Shaklee, seperti namanya;

CoQ10 (coenzim Q10) + Trol (resveratrol) + Plus (tocopherol, minyak zaitun)

Formula CoQ Trol Plus Shaklee BARU ini mempunyai:

  • kepekatan CoQ10 yang lebih tinggi, iaitu 100mg (100% keperluan coQ10 harian)
  • kombinasi dengan 2mg resveratrol (akan dihuraikan di bawah)
  • juga dicampur 5mg tocopherol sebagai antioksidan
  • Sistem Penyerapan Berpaten oleh minyak zaitun untuk penyerapan yang lebih baik
  • bebas gluten

.

Kenapa CoQ Trol Plus Ditambah Resveratrol?

.

Lihat gambar di bawah:

coq trol plus shaklee

Resveratrol ialah sejenis polifenol yang meningkatkan jumlah mitokondria di dalam sel.

CoQ10 pula menghasilkan tenaga daripada makanan yang kita makan.

Kalau tak faham, boleh tengok gambar seterusnya pula.

coq trol plus shaklee

Resveratrol seperti menghasilkan lebih banyak kilang.

CoQ10 pula seperti mendapatkan lebih banyak pekerja untuk setiap kilang.

Kilang makin banyak, kalau tak cukup pekerja pun tak guna. Betul kan?

.

Harga CoQ Trol Plus

.

Harga runcit sebotol CoQ Trol Plus Shaklee ialah RM148.75, mengandungi 30 tablet untuk kegunaan sebulan.

Dos cadangan ialah sebiji sehari, untuk tenaga bagi seluruh badan sepanjang hari.

testimoni coq trol plus shaklee

Rujuk entri Testimoni CoQ Trol Plus untuk koleksi feedback pengguna.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth