cucuk kancing gigi semasa hamil Cucuk kancing gigi semasa hamil – kenapa perlu?

Kancing gigi (tetanus) ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh neurotoksin yang dihasilkan oleh kuman Clostridium tetani yang mudah dijumpai di mana-mana sahaja terutamanya di dalam tanah yang panas dan lembap.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti kuman ini.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai luka terbuka, sebagai contoh selepas kemalangan.

Kuman Clostridium tetani yang memasuki tubuh akan menghasilkan neurotoksin yang menyerang sistem saraf manusia, menyebabkan simptom-simptom berikut:

  • sakit kepala
  • kejang di bahagian rahang
  • kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba tanpa kawalan (paling membahayakan jika melibatkan otot pernafasan – boleh mengakibatkan terhenti pernafasan yang boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera!)
  • otot mengeras di mana-mana bahagian badan (boleh jadi seluruh badan juga) yang menyakitkan
  • masalah untuk menelan
  • tekanan darah tinggi, jantung berdebar
  • tarik / sawan

cucuk kancing gigi semasa hamil

Penyakit kancing gigi TIDAK berjangkit dari manusia ke manusia.

Namun, kerana komplikasi bahayanya yang boleh melibatkan otot-otot pernafasan (menyebabkan terhentinya pernafasan dan maut!), imuniti terhadap tetanus telah diwajibkan sejak dari bayi dilahirkan lagi.

Rawatan seseorang yang mengalami tetanus ialah dengan memberi sejenis antitoksin yang dipanggil human tetanus immunoglobulin yang hanya boleh didapati di hospital sahaja.

Selain itu, rawatan lain yang juga penting ialah penjagaan luka, dan pemberian ubat-ubat seperti antibiotik dan untuk mengawal kekejangan otot.

Untuk kes tetanus yang teruk (melibatkan pernafasan), pesakit memerlukan bantuan pernafasan daripada mesin sehingga sembuh.

Seseorang yang telah mengalami kancing gigi TIDAK mempunyai perlindungan sepenuhnya terhadap kancing gigi. Mereka masih memerlukan suntikan vaksin tetanus sebagai perlindungan.

Imuniti ‘penuh’ terhadap tetanus adalah satu-satunya langkah pencegahan yang paling berkesan.

cucuk kancing gigi semasa hamilKancing gigi pada bayi (neonatal tetanus) boleh membawa maut!

.

JADUAL IMUNISASI TETANUS

Di bawah Program Imunisasi Nasional oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suntikan ATT menyasarkan golongan kanak-kanak dan ibu hamil.

Seperti kebanyakan kita sedia maklum terutamanya ibu bapa, anak-anak kita wajib diberi suntikan vaksin tetanus primer sebanyak 3 kali semasa mereka berusia 2, 3 dan 5 bulan.

Kemudiannya, booster dose akan disuntik apabila mereka berusia 7 dan 15 tahun.

CUCUK KANCING GIGI SEMASA HAMIL

cucuk kancing gigi semasa hamil

Bagi ibu hamil pula, diwajibkan suntikan vaksin tetanus untuk mencegah tetanus pada bayi (neonatal tetanus) apabila dilahirkan nanti.

Bayi yang bakal dilahirkan berisiko mengalami neonatal tetanus kerana dikhuatiri kuman Clostridium tetani yang mencemari alatan untuk menggunting tali pusat nanti.

Sebab itulah juga, selain cucuk kancing gigi semasa hamil, labor room hendaklah memastikan penggunaan alatan yang sterile sahaja ketika menyambut kelahiran bayi.

Di bawah ialah jadual suntikan vaksin tetanus semasa hamil.

 
Total 5 kali cucuk kancing gigi semasa hamil dikatakan mampu memberi perlindungan terhadap tetanus lebih dari 10 tahun (rujuk baris terakhir jadual).
Secara amnya, ibu hamil pertama kali akan diberi suntikan sebanyak 2 kali dengan jarak sekurang-kurangnya sebulan antara kedua-dua suntikan.
Kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik dari mengubat yang mungkin sudah terlambat.

Set Hamil Shaklee lengkapkan nutrisi ibu hamil dan bayi dalam kandungan.