Dagu berlapis, lebih dikenali sebagai ‘double chin‘ dalam masyarakat kita ialah hasil pengumpulan lemak di bawah dagu (submental fat).

Pengumpulan lemak ini menyebabkan dagu kelihatan hodoh kerana berlapis-lapis.

Ianya terjadi disebabkan faktor tertentu seperti pertambahan berat badan, kulit semakin kurang anjal, pertambahan usia dan penurunan berat badan secara mendadak (dagu menggeleber).

Agak sukar untuk menyembunyikan kehadiran dagu berlapis ini.

Baik ketika muka anda bersahaja, tersenyum atau ketawa, lapisan lemak berlebihan ini pasti akan jelas kelihatan oleh orang sekeliling.

Jom teruskan baca untuk tahu apa 6 petua untuk menghilangkan ‘double chin‘ anda tu.

dagu berlapis

.

6 Senaman Muka Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

.

Seperti yang telah diberitahu tadi, salah satu punca dagu berlapis ialah kerana kurang keanjalan kulit.

Jadi, untuk menghilangkan ‘double chin‘ anda, lakukanlah 6 senaman di bawah untuk menguat dan memberi tona kepada otot-otot di bahagian dagu anda.

  1. Straight Jaw Jut
    • Dongakkan kepala memandang siling
    • Tekan dagu ke depan dan anda akan rasakan regangan di bahagian dagu
    • Kira sehingga 10 dan kembali ke posisi kepala asal
  2. Senaman Menggunakan Bola
    • Letakkan bola sebesar kira-kira 9-10 inci di bawah dagu anda
    • Tekan dagu melawan bola itu
    • Ulang 25 kali
  3. Chin Lift (seperti yang telah Ain ceritakan dalam entri 8 Tips Kuruskan Pipi Tembam sebelum ini)
  4. Tongue Stretch
    • Dengan kepala memandang tegak ke depan, jelirkan lidah anda ke depan semaksima yang boleh
    • Kemudian angkatkan lidah ke atas ke arah hidung
    • Tahan 10 saat
  5. Neck Stretch
    • Kepala mendongak ke siling
    • Di dalam mulut, lidah tekan ke atas lelangit
    • Tahanlah sehingga 5-10 saat
    • Ulang dengan kepala lentok ke kiri pula
  6. Bottom Jaw Jut
    • Dongak kepala anda kemudian lentok sedikit ke kanan
    • Bawakan rahang bawah anda ke hadapan dan tahan 5-10 saat
    • Ulang dengan kepada lentok ke kiri pula

.

Mudah saja kan senaman-senaman ini?

Jadi mulai hari ini, bolehlah anda spend beberapa minit untuk berusaha hilangkan dagu berlapis anda.

Untuk anda yang mempunyai dagu berlapis kerana kenaikan berat badan pula, boleh rancang pemakanan seharian untuk menurunkan berat badan.

Rujuk entri 3 Tips Turunkan Berat Badan Berdasarkan Sains untuk info tentang cara menurunkan berat badan anda secara semulajadi, selamat dan berkesan.

Selamat mencuba dan berjaya ya! =)

Anda Serius Untuk Lebih Sihat?

Categories

WhatsApp chat