Dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan jangkitan covid-19, selain langkah pencegahan yang disarankan pihak berkuasa, apa yang kita perlu lakukan setiap hari ialah ber doa dijauhkan wabak penyakit yang amat berkesan dan pantas merebak ini.

Wabak penyakit adalah suatu dugaan yang menimpa masyarakat dan memerlukan kerjasama semua. Kita lakukan tugas mencegah bersama-sama, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. Dari Dia ujian ini datang dan kepada DIa juga kita akan kembali.

Berikut merupakan beberapa amalan doa minta dijauhkan wabak penyakit yang boleh diamalkan setiap hari terutamanya ketika dilanda wabak.

.

Koleksi Doa Minta Dijauhkan Wabak Penyakit

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk atau mengerikan lainnya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

.

doa dijauhkan wabak penyakit

“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari bala atau bendana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”

.

doa dijauhkan wabak penyakit

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”

.

Langkah-langkah Pencegahan Wabak Penyakit Covid-19

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat menjalankan langkah-langkah pencegahan berikut bagi menghalang penularan Covid-19 dari menjadi lebih teruk (Sumber: KKM):

  1. Mengamalkan tahap kebersihan optimum setiap masa (kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air (Langkah Mencuci Tangan Yang Betul) atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk, seterusnya membasuh tangan dengan serta-merta.
  3. Mengamalkan jarak sosial (“Social distancing“) , iaitu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan kontak rapat bagi mengurangkan penularan wabak, terutamanya jika bergejala. Contohnya:
    • Duduk di rumah, elakkan tempat tumpuan orang ramai.
    • Pakai penutup mulut dan hidung bila anda perlu keluar rumah.
    • Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain.
    • Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain.
    • Menutup bangunan, mnangguh atau membatalkan suatu majlis dan upacara yang melibatkan ramai oramai.
    • Tidak menghadiri perhimpunan yang ramai (“mass gathering“).
  4. Segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.
  5. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar atau negara yang telah diisytiharkan sedang mengalami penularan wabak.
  6. Bekerjasama dengan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang bertungkus lumus mengesan dan merawat pesakit.

Selain itu, amalkan pemakanan seimbang dengan kesemua kumpulan makanan, kerap bersenam, dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk menguatkan sistem imun badan.

Baca juga Makanan Tambahan Untuk Menguatkan Sistem Imun Badan.