foremilk dan hindmilk

Perbezaan ‘rupa’ kolostrum (paling pekat dan kekuningan), foremilk (paling cair) dan hindmilk.

Tahukah anda, terdapat 4 tahap perubahan dalam komposisi susu ibu dari sebelum bersalin lagi sehinggalah selesai penyusuan bayi?

Susu dalam setiap tahap mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dan pastilah kandungan dan fungsi setiap satu juga berbeza.

.

Kolostrum

Beberapa minggu sebelum kelahiran, kolostrum mula dihasilkan. Kolostrum ini dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit tapi penuh berkhasiat untuk bayi.

Antara khasiat kolostrum untuk bayi yang baru dilahirkan tanpa ‘tentera’ di dalam badan ialah:

  • kaya dengan antibodi untuk sistem imun bayi di awal kelahiran
  • mengandungi protein sebagai sumber tenaga segera untuk bayi, selepas berhempas pulas semasa proses kelahiran
  • terdapat faktor pertumbuhan (growth factor) untuk pertumbuhan bayi
  • mempunyai efek lawas yang membantu penyingkiran mekonium (najis pertama bayi yang berwarna hijau kehitaman, berkilat dan melekit)
  • rendah lemak, karbohidrat dan garam

Pada masa ini, susu dihasilkan BUKAN berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘.

Jadi, walaupun anda tidak menyusukan atau mengepam pun, kolostrum ini akan tetap dihasilkan.

Tapi kalau dari awal lagi susu dah banyak, rugilah kalau tak bagi bayi menyusu atau pam siap-siap buat stok kan?

Oleh kerana kolostrum sangat pekat, ibu-ibu semasa berpantang mudah tersumbat salur susu.

Jadi, anda digalakkan untuk terus menyusukan bayi di samping mengurut dan mengamalkan petua-petua melegakan salur susu tersumbat yang lain.

foremilk dan hindmilk

Ada hikmah bayi menyusu lama kerana kebarangkalian bayi mendapat hindmilk lebih tinggi.

.

Susu Transisi (Transitional Milk)

Selepas seminggu dua kelahiran, akan mula dihasilkan susu transisi.

Susu ini dihasilkan berdasarkan konsep ‘Demand and Supply‘. Jadi, waktu inilah anda sudah boleh mula ‘strategi’ banyakkan susu selepas bersalin dan buat stok ebm.

Lagi awal anda berusaha untuk banyakkan susu, lagi awal susu anda akan menjadi lebih banyak.

Pada masa inilah paling sesuai anda lakukan cara banyakkan susu selepas bersalin.

Ketika susu transisi dihasilkan, bayi sudah mula ada pertahanan dalam badan. Sebab itulah susu ini mengandungi lebih lemak dan laksosa.

Ini penting untuk memastikan:

  • bayi mempunyai paras gula yang normal
  • perkembangan otak yang optimum (lemak mempunyai peratusan lemak tertinggi dalam otak)
  • fungsi retina yang baik
  • paras tenaga bayi baik

.

Susu Matang (Mature Milk)

Subhanallah. Komposisi susu matang sangat menarik. Boleh berubah-ubah dan sentiasa cukup untuk bayi.

Anda tidak perlu bimbang kalau-kalau susu akan berkurang, kerana selagi ada ‘demand‘ (bayi terus menyusu, anda pun rajin pam), susu ini akan terus ada.

Susu matang terbahagi kepada foremilk dan hindmilk.

Foremilk dihasilkan di awal penyusuan bayi. Susu ini lebih cair, rendah lemak dan tinggi laktosa. Susu ini bertujuan melegakan dahaga bayi.

Hindmilk pula akan dihasilkan selepas foremilk. Susu ini lebih pekat, tinggi lemak, protein dan nutrien lain. Tujuannya untuk mengenyangkan bayi.

Semakin lama bayi menyusu, semakin banyak hindmilk yang akan bayi peroleh. Makanya, tidak perlu risaukan sekiranya bayi menyusu untuk tempoh yang lama. Kan ada je bayi yang jenis suka mengempeng lama-lama? Haa, inilah hikmahnya! =)

banyakkan susu selepas bersalin

Antara ketiga-tiga ini, kolostrum paling pekat. Foremilk dan hindmilk pula berbeza dari segi kepekatan dan warna (hindmilk lebih pekat dan lebih kekuningan).

.

Susu involutional

Selepas 6 bulan, apabila bayi sudah mula makan, susu ini akan dihasilkan. Susu ini hanya untuk menyokong bayi sebelum bayi sudah pandai ‘independent‘.

Ujian Saringan Abnormaliti Kromosom

NIPT ialah ujian saringan abnormaliti kromosom untuk mengenalpasti risiko bayi dilahirkan dengan abnormaliti genetik tertentu seperti…

Pengalaman Berpantang Dengan Vivix

Entri kali ini, saya kongsikan cabaran selepas itu dan pengalaman berpantang dengan Vivix pula (pertama kali dalam sejarah berpantang saya).

Pengalaman Bersalin Czer Secara Emergency

Kali keempat bersalin, Allah berikan pengalaman bersalin czer untuk saya. Pengalaman baru dan berharga kerana ketiga-tiga anak sebelum ini…

50 Jawapan Nutritionist Tentang ESP Shaklee

Berikut ialah 50 soal jawab tentang ESP Shaklee bersama pakar nutrisi Shaklee (nutritionist).1) Apakah maksud soya non-GMONon-GMO ialah singkatan bagi…

Bezanya Berpantang Dengan Shaklee Vivix!

Selain Set Berpantang Shaklee, berpantang dengan Shaklee Vivix lebih menambahkan senyuman di wajah ibu-ibu berpantang ini. =)

Protein Menggemukkan, Fakta Atau Mitos?

Untuk mengurangkan pengambilan protein kerana bimbang ianya menggemukkan, adalah tidak wajar sama sekali. Kurang protein dalam badan akan mengganggu…

Kebaikan Vitamin C Bukan Untuk Kulit Sahaja

Kebanyakannya mengaitkan vitamin C dengan kecantikan kulit dan awet muda, tetapi hakikatnya, kebaikan vitamin C adalah jauh lebih banyak dari…