Game Kanak-kanak | Memikirkan kanak-kanak zaman moden yang banyak mengadap gajet, risau pun ada, runsing pun iya. Jika zaman kita 20-30 tahun lepas, petang-petang mesti keluar beraktiviti fizikal dan bermain dengan kawan-kawan di padang.

Galah panjang, lompat getah, batu selambut, congkak, kejar-kejar, polis-polis, teng-teng dan sebagainya – semua ini hanya tinggal kenangan.

Mungkin juga parents memikirkan bahaya membiarkan anak-anak bermain bebas dengan kawan-kawan sebab kes jenayah yang semakin meningkat berbanding zaman dahulu.

Sebenarnya, ada banyak jenis game kanak-kanak yang baik untuk perkembangan otak mereka, baik bermain di luar atau pun di dalam rumah.

Bermain adalah sesuatu yang ‘serius’ untuk anak-anak. Ianya membantu pembelajaran berkonsep, pemikiran kritikal, kreativiti, menyelesaikan masalah, kemahiran berbahasa, komunikasi dengan kawan-kawan dan banyak lagi.

Amat rugi jika membiarkan anak-anak membesar tanpa bermain dengan secukupnya, terutamanya bagi anak-anak berusia 2 hingga 5 tahun di mana otang sedang pesat berkembang.

Kali ini, Ain nak share 11 jenis permainan untuk anak-anak untuk membantu perkembangan otak secara sihat. Diharap dapat beri idea sedikit sebanyak untuk anda bermain bersama anak-anak.

.

10 Game Kanak-kanak Yang Harus Dicuba

.

1# Blok (2-4 tahun)

game kanak kanak

Berikan sahaja anak anda blok-blok pelbagai warna untuk disusun. Ini merangsang otak untuk mengenal pelbagai bentuk dan warna blok yang ada, menggalakkan pemikiran kreatif.

Bermula dengan blok se-simple kotak kecil, kepada yang lebih kompleks seperti Lego pelbagai bentuk.

.

2# Puzzles (2-8 tahun)

.

Bermain game jenis puzzle, membantu koordinasi, penyelesaian masalah dan kemahiran motor halus (fine motor skills).

Sebagai contoh puzzle atas papan, scrabble, sudoku dan teka silang kata macam dalam paper dulu-dulu tu.

.

3# Halangan Mencabar (2-5 tahun)

.

game kanak kanak

.

Juga dikenali sebagai ‘obstacle courses‘, anda cuma perlu kreatif menggunakan sumber-sumber yang ada di rumah untuk dijadikan game ini.

Contohnya macam dalam gambar di atas ini.

Gunakan barang-barang untuk membuatkan kanak-kanak melompat di atas papan-papan yang disusun, melalui gelung rotan/plastik, berjalan meniti kayu yang panjang dan lain-lain.

Kanak-kanak pasti sukakan permainan mencabar macam ni!

.

4# Permainan ‘Stacking‘ (2-4 tahun)

.game kanak kanak

.

Nampak je simple permainan dalam gambar di atas ni kan?

Padahal hakikatnya, sangat hebat membantu perkembangan otak anak-anak:

  • menggalakkan kemahiran motor halus
  • merangsang persepsi penglihatan
  • belajar tentang keseimbangan, susunan dan koordinasi
  • membantu kemahiran pre-math

.

Semasa bermain permainan ini jugalah kita boleh membantu anak-anak berfikir apabila kita boleh tanyakan soalan-soalan berkaitan:

“Lepas letak ini, boleh letak yang mana pulak?”

“Yang ni muat ke nak masuk dalam ni?”

“Kenapa adik rasa yang ni tak muat masuk?”

.

5# Permainan Buka Pita Pelekat (2-4 tahun)

.

Fokus semasa bermain merupakan kunci kepada perkembangan otak anak-anak.

Dalam permainan ini, tampalkan pita pelekat di mana-mana seperti pada buku, dinding dan lantai.

Arahkan anak anda untuk merasa pita itu, cuba korek keluar hujungnya dan keluarkan keseluruhan pita tersebut dari permukaan itu.

Pada masa inilah anak-anak sedang mengembangkan deria sentuhan, bunyi dan kepuasan apabila dapat mengeluarkan pita tersebut.

.

6# ‘Role Play‘ (2-6 tahun)

.

game kanak kanak

.

Acah-acah berangan macam puteri, main mak-mak, cikgu-cikgu dan sebagainya – permainan ‘role model‘ ini menggalakkan perkembangan kognitif dan sosial anak-anak.

Selain itu, game jenis ini juga membantu perkembangan kemahiran berbahasa, dan emosi. Ia juga menggalakkan kanak-kanak berimagnasi.

Dan inilah masa yang sesuai untuk anda bertanyakan soalan ‘OPEN-ended‘ untuk merangsang pemikiran anak-anak.

(Soalan ‘CLOSE-ended‘ ialah soalan dengan jawapan sama ada Ya atau Tidak sahaja).

7# Storytelling (6-12 tahun)

.

Berbanding mendengar cerita dari ibu bapa atau membaca sendiri dari buku, permainan bercerita memerlukan anak-anak fokus untuk jangka masa yang lebih panjang dan membantu menjana memori secara sihat.

Ini kerana mereka perlu mengingat jalan cerita dan watak-watak dalam cerita mereka.

Storytelling juga memperbaiki bahasa, vocabulary dan membantu membina keyakinan diri.

.

8# Phonic (6-12 tahun)

.

Game ini simple tapi menyeronokkan kerana ia menggalakkan anak-anak berfikir dengan cepat, membentuk komunikasi, memperbaiki kebolehan membuat keputusan dan membina keyakinan diri.

Caranya mudah sahaja. Arahkan anak anda membina satu ayat pendek di mana kata nama mestilah bermula dengan huruf atau bunyi yang sama seperti contoh di bawah:

Saya nak ke Kedai untuk membeli Kuih

Saya nak ke Surau untuk Sembahyang

Boleh juga bermain menyebut perkataan yang berakhir dengan bunyi yang sama seperti CAT, RAT, HAT dan sebagainya.

.

9# Permainan Memori (5-12 tahun)

.

game kanak kanak

.

Seperti namanya, permainan ini membantu memperbaiki memori, konsentrasi, menambahbaik fungsi kognitif, melatih memori dari penglihatan (visual memory) dan merangsang fokus dan perhatian.

Paling mudah, tunjukkan beberapa kad bergambar kepada anak anda. Kemudian, minta anak anda menyebut semula apa gambar yang masih diingat. Boleh beri 1 markah untuk setiap gambar untuk menjadikan permainan lebih menarik.

.

10# Matematik (5-12 tahun)

.

Untuk anak-anak yang sudah pandai mengira, permainan matematik membantu mengasah kebolehan mengira mereka.

Semasa dalam perjalanan di dalam kereta pun boleh main permainan ini.

Jadilah kreatif sama ada anda mahu anak mengira hasil tambah, tolak, darab atau bahagi, bergantung kepada kebolehan anak masing-masing.

.

game kanak kanak

.

Sekian 10 jenis game kanak-kanak yang boleh anda lakukan bersama anak-anak. Di samping kebaikan-kebaikan yang telah disebut, paling utama sebenarnya ialah bonding antara ibu bapa dan anak-anak anda. Sibuk bukan alasan untuk anda tidak meneman anak-anak bermain.

Jangan biarkan gajet merampas hubungan anda dengan anak-anak anda.

Baca entri Kesan Gajet Kepada Anak-anak Membimbangkan.