tudung mengikut bentuk muka

Pernah terfikir tak, bila kita tengok seseorang pakai tudung satu gaya ni nampak cantik dan manis saja. Tapi bila kita sendiri kenakan tudung sebegitu, tak secantik yang kita harapkan.

Bentuk muka seseorang memainkan peranan yang penting dalam menentukan gaya tudung yang boleh menampakkannya cantik di mata orang lain. Tak semestinya apa yang digayakan oleh mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, sesuai digayakan oleh wanita yang berbentuk muka bulat.

Setiap kita dilahirkan dengan bentuk muka yang unik dan berbeza. Even kembar seiras pun boleh mempunyai bentuk muka yang tidak sama.

Mari kita kenali dulu bentuk muka masing-masing.

Mula-mula, berdiri di hadapan cermin dengan pencahayaan yang cukup. Sekiranya rambut anda panjang dan menutupi pipi, sisirkannya ke belakang telinga atau boleh juga gunakan cekak. Untuk mengetahui bentuk muka sebenar anda, anda perlulah dapat melihat keseluruhan muka anda dengan jelas.

 Berdasarkan ciri-ciri bentuk muka seperti di bawah, bentuk muka kita boleh dibahagikan kepada :

.

1# Bujur

Mereka yang berwajah bujur mempunyai dahi yang lebih lebar berbanding dagu.

Panjang muka juga adalah lebih berbanding lebar muka.

Wanita dengan wajah berbentuk bujur paling mudah mengenakan tudung kerana bentuk muka mereka sesuai dengan apa jua jenis tudung, fesyen dan gaya samada tudung bawal atau shawl, anak tudung syria atau yang longgar.

tudung mengikut bentuk muka

Tudung mengikut bentuk muka, kalau kena gayanya memang cantik dipandang.

.

2# Bulat

Dahi dan dagu mempunyai kelebaran yang lebih kurang sama dan pipi adalah yang paling menonjol di muka anda.

Kerana itu, wanita berbentuk muka bulat sebaiknya menggunakan cekak atau anak tudung terlebih dahulu supaya boleh memberi efek muka bujur selepas memakai tudung.

Untuk jenis fakrik pula, pilihlah fabrik jenis lembut untuk mengurangkan kebulatan muka anda.

Muka bulat yang disebabkan berat badan berlebihan boleh diatasi dengan menurunkan berat badan secara semulajadi dan sihat. Baca Tips Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu Secara Sihat.

.

3# Panjang

Wanita yang memiliki wajah berbentuk panjang mempunyai dagu yang panjang.

Kening mereka lebih lonjong dan tinggi. dengan lebar pelipis yang hampir sama dengan lebar rahang.

Oleh itu, mereka yang berbentuk muka panjang dicadangkan pemakaian anak tudung yang menutup sedikit kening untuk mengurangkan kedudukan kening yang tinggi tadi. Contohnya tudung syria.

Beruntung mereka yang bermuka panjang kerana sesuai dengan apa juga gaya shawl.

tudung mengikut bentuk muka

Mereka yang berwajah panjang memiliki pelipis dan rahang yang lebih kurang sama lebar, dan dagu yang panjang.

.

4# Petak

Mudah saja untuk mengenali mereka yang berwajah petak. Lebar pelipis dan rahang lebih kurang sama, dengan rahang yang lebih menonjol.

Disebabkan rahang yang lebih menonjol, dagu mereka kurang kelihatan.

Jadi, pemilihan tudung yang paling sesuai untuk mereka yang berwajah petak ialah dengan menyembunyikan rahang untuk wajah kelihatan lebih bujur. Caranya dengan menggunakan anak tudung atau cekak terlebih dahulu.

Shawl pula disarankan memilih jenis yang boleh dililit untuk menyembunyikan rahang yang lebih lebat.

Tudung jenis siap awning juga sesuai untuk bentuk muka ini.

.

5# Segi Tiga (Hati)

Dagu mereka yang memiliki wajah bentuk segi tiga paling menonjol. Dengan lebar pelipis yang lebih daripada lebar rahang.

Bagi menyerlahkan bentuk wajah comel mereka dan menonjolkan rahang, dsarankan untuk menarik tudung ke belakang yang boleh. Sebagai contoh dengan menggayakan shawl

Jika ingin menggayakan shawl pula, gaya pintalan atau sanggul paling sesuai untuk bentuk muka segi tiga. Pastikan shawl yang digunakan dapat menyembunyikan kekurangan di wajah.

.

Jadi, anda berada dalam kumpulan bentuk muka yang mana satu? Ketahui dengan jelas apa bentuk muka anda, terimalah kenyataan walaupun anda berwajah bulat. Anda pasti akan kelihatan cantik jika kena dengan gayanya.

.

tudung mengikut bentuk muka

Ini bukan tudung mengikut bentuk muka ni dik. Ni gaya macam-macam. Hihihi =P