Gerhana Bulan Penuh 2018, dikenali sebagai “Super Blue Blood Moon” dikatakan gerhana bulan yang istimewa kerana tiga sebab:

  1. Ianya adalah yang ketiga dalam siri “supermoon“, apabila bulan semakin menghampiri Bumi di dalam orbitnya (dikenali sebagai ‘perigee‘), dan kira-kira 14% lebih terang dari biasa.
  2. Gerhana bulan kali ini merupakan bulan penuh kedua dalam bulan ini, kebiasaannya dikenali sebagai “blue moon“.
  3. Super blue moon ini akan melintasi bayang-bayang Bumi dan memberi lokasi yang tepat bagi gerhana bulan penuh. Semasa bulan berada dalam bayang-bayang Bumi, bulan akan kelihatan seperti berwarna merah berkarat. Maka ianya digelar “blood moon“.

.

Bila Boleh Lihat Gerhana Bulan Penuh 2018?

.

gerhana bulan penuh 2018

Dalam gambar di atas, ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan-kawasan yang akan mengalami gerhana bulan penuh 2018 (“super blue blood moon”).

Gerhana bulan penuh akan mula kelihatan sebelum matahari terbit 31 Januari 2018 di Amerika Utara, Alaska dan Hawaii.

Manakala penduduk di Timur Tengah, Asia, timur Russia, Australia dan New Zealand boleh melihat “super blue blood moon” ini semasa bulan naik pada hari yang sama.

.

Peringkat-peringkat Gerhana Bulan Penuh 2018

.

Cuba anda lihat gambar di bawah ni.

Kebanyakan peringkat gerhana bulan ini akan dapat dilihat dari bandar-bandar utama US, negara Barat dan Hawaii.

Penduduk East Coast pula hanya dapat melihat peringkat-peringkat awal gerhana bulan sahaja sebelum bulan naik.

gerhana bulan penuh 2018

Kalau anda terlepas untuk melihat gerhana bulan penuh kali ini, anda perlu menunggu hampir setahun untuk gerhana seterusnya di Amerika Utara.

Kata Johnston, gerhana bulan penuh dijangka terjadi pada 21 Januari 2019. Ini juga dijangka supermoon, walaupun bulan blue moon.

Jom kita tengok video pendek pasal gerhana bulan penuh 2018 ni plak.

.

Apa Nak Buat Semasa Gerhana Bulan Penuh 2018?

Antara amalan-amalan sunat ketika gerhana bulan dan matahari ialah seperti berikut:

  1. Solat sunat berjemaah di masjid dan surau dengan tatacara yang sedikit berbeza dari solat biasa. Bagina Nabi S.A.W menyatakan ia adalah sunat mu’akkad (wallahu’alam).
  2. Memperbanyakkan berdoa, beristighfar, bertaubat dan berzikir serta secara spesifik minta lindung dari azab kubur (berdasarkan hadith sahih, wallahu’alam).
  3. Menyedari kekuasaan Allah.
  4. Memahami bahawa ia tiada kaitan dengan kematian atau kehidupan.
  5. Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari, digalakkan bersedekah.

Wallahu’alam. Selamat beramal. 🙂

http://ainniahzulkefli.com

Sumber : NASA