HFMD Malaysia | Saban hari semakin banyak sekolah dan pusat asuhan diarahkan untuk ditutup berikutan penularan penyakit HFMD di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Sehingga 19 Julai 2018, Dr. Noor Hisham Abdullah (Health Director-General) menyatakan sebanyak 33,425 kes HFMD dilaporkan. Dan berdasarkan berita pada 20 Julai 2018 juga, sejumlah 449 premis diarahkan untuk ditutup. Ini termasuklah 198 buah pusat asuhan kanak-kanak, 197 buah tadika dan 23 buah sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD di Malaysia tahun ini, mendatangkan kebimbangan akan penyakit bawaan virus enterovirus ini.

Mari kita kenali dahulu apa itu HFMD.

.

hfmd malaysia

.

Apa Itu HFMD?

.

HFMD merupakan singkatan kepada hand-foot-mouth-disease (penyakit kaki tangan mulut), iaitu penyakit bawaan virus enterovirus yang sangat mudah berjangkit.

Jangkitan berlaku melalui sentuhan terus (direct) terhadap pesakit (cecair hidung, kulit dan lain-lain) ataupun secara tidak langsung (indirect) sentuhan terhadap barang-barang pesakit yang telah dijangkiti atau alatan lain yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini sangat mudah berjangkit terutama di premis yang menempatkan ramai kanak-kanak seperti pusat asuhan, tadika dan sekolah-sekolah.

Sebagaimana nama penyakit ini, ruam lepuh (vesicles) yang muncul pada pesakit adalah pada bahagian kaki, tangan dan mulut. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, ruam lepuh juga boleh timbul di bahagian punggung dan private part mereka.

Selain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga mengalami simptom-simptom tidak spesifik berikut :

  • demam low grade
  • sakit tekak
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • tidak aktif

.

Bahayakah Penyakit HFMD Ini?

.

Kebanyakan kes HFMD Malaysia akan sembuh dengan sendirinya.

Amat jarang sekali boleh mendatangkan komplikasi bahaya seperti radang otak dan jantung.

Yang menjadi cabaran ialah kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit dan perlunya kuarantin yang ketat untuk mengelakkan penularan. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti seharusnya dielakkan ke tempat-tempat awam sehingga betul-betul sembuh.

.

Nasihat Kepada Ibu Bapa dan Penjaga

.

1. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera sekiranya mendapati tanda-tanda HFMD pada anak-anak.

2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak seperti kerengsaan dan senang mengantuk, tidak aktif.

3. Segera membawa anak-anak ke hospital sekiranya mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan, tidak aktif dan nampak keletihan.

4. Elakkan menghantar anak-anak ke pusat asuhan, tadika atau sekolah sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom di atas.

5. Sapu dan bersihkan hidung dan mulut anak dengan tisu dan segera buang tisu tersebut dengan sempurna.

6. Amalkan cucian tangan yang betul untuk menjaga kebersihan tangan (Baca 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul).

7. Sekiranya dijangkiti HFMD, kuarantin anak anda sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain. Jangan pula sekolah ditutup, anda bawa anak anda yang dijangkiti shopping atau ke pasar malam.

.

hfmd malaysia

.

Rawatan HFMD

.

Seperti yang telah dinyatakan, HFMD ialah penyakit bawaan virus yang kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi, rawatan HFMD ialah lebih kepada melegakan simptom yang ada contohnya :

  • ubat demam jika kanak-kanak demam
  • gel sapuan untuk disapu pada ulser dalam mulut
  • syrup selesema untuk selesema, dan sebagainya

.

Salah satu tips melegakan lepuh di mulut kanak-kanak ialah menggunakan air garam bagi membilas mulut mereka, sekiranya anak-anak berupaya berkumur tanpa menelannya. Untuk ini, cuma ambil setengah sudu garam di larutkan ke dalam segelas air suam untuk dikumur.

.

hfmd malaysia

.

Sebagai penutup, kes HFMD yang semakin meningkat di Malaysia tahun ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga. Utamakan kebersihan untuk manfaat bersama.