hilangkan ketuat

 

Masa kami adik-beradik kecik-kecik dulu (baya tadika dan sekolah rendah), agak kerap juga kami ada ketuat di jari kaki dan/atau tangan. Time tu antara rawatan yang mak ayah bagi ialah sapu ubat ketuat yang pekat melekit berwarna coklat. Ada masa lain yang mana kami lebih rajin dan free, mak potongkan bawang putih untuk keluarkan getah dia, then kami akan tenyeh-tenyeh kat ketuat tu untuk kecutkan ia. Petua orang dulu-dulu ni. Tak sangka ketuat lama-lama kecut then hilang.

 

Kalau dalam perubatan, ketuat ini dipanggil warts.

 

Sedikit info ringkas tentang warts:

 

  • Ianya ialah sejenis ketumbuhan kecil yang tidak membahayakan, yang boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan terutamanya kaki dan tangan.
  • Puncanya ialah jangkitan kulit oleh pelbagai jenis virus Human Papilloma (HPV) yang merangsang pertumbuhan sel kulit berlebihan. (HPV juga ialah punca kanser serviks ya)
  • Tak semua orang yang ada ‘contact’ dengan virus ini akan dijangkiti. Lebih berisiko ialah mereka yang mempunyai luka di kulit (seperti pesakit eczema dan kanak-kanak yang suka gigit kuku (boleh tunjuk gambar ketuat kat anak-anak yang suka gigit kuku untuk cubaan memberhentkan tabiat tu ya)) atau yang memiliki sistem imun yang rendah (seperti pesakit HIV).
  • Ada macam-macam rupa dan bentuk warts, bergantung kepada lokasi kulit yang dijangkiti.
  • Ketuat sangat mudah berjangkit melalui sentuhan – menyentuh ketuat itu secara direct atau menyentuh barang2 pesakit ketuat sepeti tuala.
  • Ada pelbagai cara untuk hilangkan ketuat secara perubatan seperti ubat/krim sapu dan pembedahan kecil.

 

.

hilangkan ketuat

Catharidin boleh disapu pada ketuat untuk membentuk blister di bawah ketuat, memisahkan ketuat dari kulit dan menggugurkan ketuat selepas beberapa hari. Ianya mudah, tidak menyakitkan dan sesuai untuk merawat ketuat pada kanak-kanak.

.

 

Hari ini, Ain terima dua testimoni tentang Vivix ‘tak sengaja’ hilangkan ketuat yang dah ada sekian lama. Terima kasih Master Norita dan Shazwani Aika, sudi share. Jom teruskan membaca.

 

.

 

Ambil Vivix Untuk Tujuan Lain, Tak Sengaja Hilangkan Ketuat Juga

 

.

 

1# TESTIMONI OLEH MASTER NORITA

 

“Selama ni saya hanya tahu ketuat ni hanya tumbuh di kaki aje. Saya tahu ianya berakar dan perlu ada ubat khas kena selalu sapu supaya ia tanggal dengan sendiri. Doktor kata ia susah nak hilang sebab ada akar.

 

Baru ni saya dapat mesej ada orang nak beli Vivix. Kebetulan customer dapat nombor saya dari ahli keluarganya. So, saya tanya la mengapa beliau mencari Vivix.

 

So, ahli keluarga ni pun buka cerita. Dia bawa balik Vivix semasa menunaikan umrah sebelum ini. Kebetulan dia bawa untuk rasa bertenaga sepanjang di sana. Jadi ada la ahli keluarganya yang diberi rasa Vivix tu. Bukan sekali dua tapi selama ada di sana, sahabat saya ni akan share Vivix dengan ahli keluarganya.

 

Balik Malaysia salah seorang ahli keluarga sahabat saya ni bukalah cerita. Rupanya beliau ada penyakit macam ketuat yang tumbuh di badan dan kakinya. Bukan sedikit tapi banyak. Puas dah makan ubat doktor dan sapu krim yang disarankan. Ia tetap tumbuh dan makin lama makin banyak. Bertahun-tahun beliau menderita akibat penyakit ini.

 

Oleh sebab tu pesakit ni akan sentiasa memakai pakaian bertangan panjang dan seluar yang tertib kerana tak mahu ahli keluarga dan kawan-kawan melihat penyakitnya.

 

Namun selepas balik Umrah, benda yang tumbuh itu terhenti seketika. Manakala yang selama ini hidup atas kulit tangan dan kakinya menjadi hitam malah ada yang gugur dengan sendirinya. Allahuakbar. Rasa nak nangis kerana baru terjumpa yang beliau rasa menjadi penawarnya.

 

Maka beliau membuat keputusan nak beli Vivix sebotol untuk lihat kesan yang lebih baik. Alhamdulillah, penyakit yang macam ketuat di atas kulitnya dah tidak tumbuh lagi. Yang lama dah mati dan kehitaman. Malah dah banyak yang gugur dengan sendiri.

 

Sebenarnya asbab aje Vivix ni,kerana Allah juga yang beri keizinan untuk sembuh. Alhamdulillah berkat sabar dia jumpa penawar yang dicari bertahun lamanya. Wallahu’alam.

 

Moga pesakit ini terus sembuh dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Amin.” (Credit : Master Norita)

 

.

hilangkan ketuat

Hodoh sekali rupa ketuat ini kan? Faktor kosmetik juga antara sebab yang popular pesakit ingin hilangkan ketuat.

.

 

2# TESTIMONI OLEH SHAZWANI AIKA

 

“Nad, pasal ketuat tu, sendiri alami masa mula2 makan Vivix. Selama ni ada ketuat kat kaki antara ibu jari dengan jari kedua. Setiap hari korek2 nak bagi keluar tapi ketuat ni jenis melekat dengan daging memang kena buat minor op rasanya kalau nak buang. Bila korek sakit berdarah

 

Masa tu baru bulan pertama makan Vivix. Tiba2 satu hari luruh sendiri. Memang tak sangka hepi gila sebab rasa kotor bila ada ketuat tu macam tak jaga kebersihan.

 

Sampai sekrang tempat ketuat tu takde parut, apa tak nampak, mana tempat dia dah hilang macam tak pernah wujud. Agaknya macam tu la Vivix berfungsi untuk benda2 asing dalam badan kita kan? Macam sel kanser cyst dan etc” (Shazwani Aika)

 

=====

 

Anda sudah lama merana kerana masalah ketuat dan berminat untuk cuba Vivix? Hubungi Ain segera untuk order. Lagi seminggu sahaja promosi Starter Pack Vivix dengan penjimatan lebih RM300 untuk anda grab dengan segera. =)

.

Klik gambar ini untuk konsultasi penuh dan order.

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat