Kalau korang nak tahu, dalam seminggu satu-satunya hari cuti Ain ialah hari Sabtu.
Bila sebut ‘cuti’ mesti korang terbayang hari berehat boleh duduk goyang kaki kat rumah. Tak pun pergi berjalan window shopping ke, bawak family bersiar-siar ke or apa-apa saja aktiviti yang melambangkan, “arghh, bestnya cuti!”
Bagi Ain pulak, hari Sabtu yang ‘cuti’ tu ialah hari Ain sebagai surirumah sepenuhnya – nak ke pasar restock barang-barang basah, sayur-sayuran dan barang dapur yang lain. Lepas tu balik siang segala benda, pack amaun ikut kegunaan ‘sekali masak’ macam yang pernah Ain cerita dalam entri 7 Tips Masak Setiap Hari Walaupun Sibuk ini.
Tak cukup dengan kerja di dapur termasuk nak masak lunch dan dinner, hari Sabtu ni lah hari yang terpilih untuk sapu dan mengemop satu rumah! Malam plak biasanya waktu untuk iron baju kerja untuk seminggu.
Kalau bernasib baik Ain dah basuh baju hari Jumaat, maka kuranglah satu kerja nak buat haha.
Bukannya apa, hari-hari lain Ain kerja 7 pagi sampai 11 malam. 7-8 pagi siapkan anak-anak dan hantar dorang ke tadika. 8-10 pagi masak, sidai kain baju, mandikan anak sorang lagi. 10 pagi – 2 petang kat klinik. Rehat 2 – 5 petang. Last skali rutin harian 5 petang sampai 11 malam masuk klinik balik.
Walaupun most of the time busy, Ain rasa bersyukur sangat ada encik suami yang supportive dan suka membantu dalam kerja-kerja rumah jgak. Hehe…
So, hari Sabtu ‘cuti’ Ain ni lah hari yang Ain tak pernah tak sakit kaki sebab berdiri terlalu lama, berjalan sana-sini, atas bawah, depan belakang. Huhu.
Jadi hari ini Ain nak share beberapa senaman mudah untuk hilangkan sakit kaki, yang Ain dapat dari group whatsapp. Thanks so much kepada yang share (maaf Ain pun dah lupa siapa yang share).
Senaman-senaman ni sesuai sangat untuk masalah sakit kaki disebabkan ‘overuse‘ macam kes Ain ni. Tak termasuk sakit kaki disebabkan penyakit tertentu ya hehe. Yang ni kena jumpa doktor atau pakar untuk sahkan diagnosis. =)
.
7 Senaman Mudah Untuk Hilangkan Sakit Kaki
.
1# Berjalan Di Atas Bola
.
Dengan posisi duduk, pijak bola tenis (atau bola yang berdiameter lebih kurang bola tenis) dan gerakkan bola itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali.
.
2# Angkat Tumit
.
Dalam keadaan berdiri, pegang kerusi dengan kedua tangan sebagai penyokong.
Angkat kaki kanan ke belakang sementara jengket dengan kaki kiri. Perlahan-lahan letakkan semula tumit kaki kiri atas lantai dan ulang beberapa kali.
Selepas itu tukar dengan menjengket dengan kaki kanan pula.
Ulang 10 hingga 15 kali bagi setiap kaki.
.
3# Jalan Berjengket
.
Jalan jengket-jengket cepat-cepat selama 5 hingga 10 minit atau sehingga anda penat berjalan.
.
.
4# Latihan Rintangan
.
Letakkan betis kaki kanan di atas kaki kiri dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit. Tarik getah peregang menggunakan kaki kanan dengan gerakan ke atas dan bawah.
Ulang latihan ini 10 hingga 15 kali bagi setiap kaki.
.
5# Senaman Jemari Kaki
.
‘Gulungkan’ jemari kaki anda ke bawah. Letakkan tuala di atas lantai dan cuba ambil menggunakan cara tadi.
Seterusnya, tukar tuala tadi dengan beberapa biji batuk. Dan dengan cara yang sama, masukkan batu-batu kecil tadi ke dalam sebuah bekas. Tak aci guna tangan ya.
.
6# Senaman Buku Lali
.
Secara berdiri atau duduk, angkat sebelah kaki anda dan gerakkan buku lali anda dalam gerakan bulatan. Ala macam masa PJ kita sekolah-sekolah dulu ada senaman macam ni.
Lepas tu pusing arah bertentangan pula. Kalau tadi ikut arah jam, sekaran lawan jam pula.
Buat 10 set untuk setiap kaki.
.
7# Urutan Untuk Kaki Letih
.
Untuk lebih jelas lagi, korang boleh tengok video kat bawah ni ya.
.
Video Player
.
Ok, selamat mencuba korang.
Daripada terlalu kerap ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan sakit kaki, lebih baik lagi buat senaman-senaman ni. Bukan saja boleh bantu kurangkan lenguh-lenguh dan sakit kaki, tetapi juga bantu pengaliran darah yang baik di bahagian kaki.
Kaki kita ni hari-hari bawak badan kita ni tau. Kalau berat badan berlebihan tu laaagi kesian kat kaki!