Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

Keberkesanan Vitamin C Untuk Covid-19

vitamin c untuk covid-19

Vitamin C Untuk Covid-19? Sejauh mana keberkesanannya?

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak lebih setahun ini, sehingga kini masih belum dijumpai rawatan khas untuk pesakit yang dijangkiti.

Pesakit yang dijangkiti kebanyakannya mengalami demam tinggi, batuk, sesak nafas serta sakit badan. Terdapat juga kes yang disahkan positif mengalami jangkitan dengan simptom yang lebih teruk, melibatkan kerosakan paru-paru akut (acute lung injury) atau acute respiratory distress syndrome (ARDS) yang seterusnya mengakibatkan kegagalan organ-organ dalaman lain serta kematian.

Telah dilaporkan, semua ini terjadi berpunca dari sistem imun tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, dipanggil “cytokine storm“, yang mana respon imuniti tubuh terganggu dan menjadi hiperaktif.

Sementara menantikan kajian dan penyelidikan tentang vaksin yang selamat, pelbagai usaha ’empirikal’ dilakukan untuk menyelamatkan pesakit termasuklah pemberian vitamin C secara intravena kepada pesakit-pesakit covid-19 yang kritikal.

Amnya, vitamin C atau juga dikenali sebagai asid askorbik, penting untuk menyokong mekanisma pertahanan tubuh yang normal dan berfungsi dengan baik. Vitamin C ialah sejenis antioksidan dengan ciri-ciri anti-keradangan, berupaya mempengaruhi imuniti selular serta membantutkan keradangan, meningkatkan fungsi imuniti sel dan memperbaiki penghasilan bahan untuk kesihatan salur darah (vasopressor).

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah ialah bukti keberkesanan vitamin C yang diberi secara intravena kepada pesakit Covid-19 yang kritikal. Ini adalah berdasarkan bukti yang ada sehingga 16 November 2020.

.

.

Bukti Keberkesanan Intravena Vitamin C Untuk Covid-19

.

Kes 1

Satu kes yang dijalankan melibatkan 17 pesakit yang disahkan positif SARS-CoV-2 yang mana kesemua mereka dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan sekurang-kurangnya 30% oksigen (FiO2). Ujian darah untuk memeriksa tahap keradangan juga diambil sebelum dan selepas rawatan dengan vitamin C.

17 pesakit ini telah diberi vitamin C secara intravena sebagai salah satu rawatan. Dos vitamin C yang diberi ialah sebanyak 1g setiap 8 jam untuk tiga hari berturut-turut.

Hasilnya, didapati penurunan signifikan bacaan yang menunjukkan keradangan dan kebergantungan kepada oksigen juga menunjukkan trend menurun.

.

Kes 2

Seorang warga emas berusia 74 tahun dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas telah diambil swab didapati positif SARS-CoV-2.

Pada hari keenam di unit isolasi, pesakit mengalami ARDS dan septic shock (kegagalan jantung kerana jangkitan). Bantuan pernafasan telah diberi, ubat untuk menyokong jantung dimulakan, serta diberi vitamin C dos tinggi secara intravena.

Dalam 5 hari, keadaan klinikal pesakit menjadi lebih baik dan berjaya bernafas sendiri tanpa bantuan pernafasan lagi.

.

Kes 3

Kajian dijalankan di kalangan pesakit covid-19 yang kritikal, membandingkan mereka yang dirawat dengan vitamin C dos tinggi dengan yang tidak dirawat dengan vitamin C.

Latar belakang klinikal, komorbid (penyakit kronik), tahap jangkitan serta skor semasa dimasukkan ke hospital adalah sama untuk semua pesakit. 12 daripada 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan ventilator.

Hasil kajian mendapati,:

  • Kadar kematian (mortality rate) kumpulan yang menerima vitamin C jauh lebih rendah (14.3%) berbanding yang tidak menerima vitamin C (71.4%)
  • Jumlah hari yang memerlukan sokongan ventilator adalah lebih pendek bagi kumpulan yang menerima vitamin C berbanding tidak dirawat dengan vitamin C (14 hari berbanding 19.6 hari)
  • Pesakit yang diberi vitamin C lebih cepat dapat diturunkan kebergantungan kepada oksigen (16 hari berbanding 23.5 hari)

.

vitamin c untuk covid-19

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin C yang boleh anda amalkan untuk kesihatan.

.

Sebagai kesimpulan, teruskan patuh kepada SOP, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, gaya hidup sihat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pendemik ini. Tanggungjawab ini tanggungjawab kita bersama, tak kira siapa anda.

.

Sumber : Covid-19 Malaysia.

Ingin mendapatkan vitamin C organik yang telah melalui kajian klinikal oleh saintis-saintis, dipastikan selamat serta bebas bahan kimia berbahaya?

SR Vita C Plus 500mg dihasilkan pada tahun 1981, berasaskan tumbuhan dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release“) yang pertama.

Hubungi saya segera untuk dapatkannya.

Ainniah Zulkefli

Pengguna SR Vita C Plus 500mg sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Q&A Ujian Covid di IPPT Bertam

Q&A Ujian Covid di IPPT Bertam

Memandangkan kes harian covid sekarang sangat banyak, dan ujian saringan covid pun ambil masa yang lama (beberapa hari) untuk dapat keputusan, orang Penang especially area seberang yang nak result cepat, bolehlah consider untuk buat ujian covid di IPPT Bertam.

Husband Ain walk-in, dapat result lepas 24 jam. Ain buat appointment, dapat result dalam 12 jam.

ujian covid di ippt bertam

LOKASI

IPPT ialah singkatan bagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

Landmark : Dari exit Tol Bertam, ambil kiri dan terus sahaja. Satu jalan ke USM & LPPKN. Dan berhampiran Mydin Bertam. IPPT terletak di sebelah kiri.

Boleh juga Waze “Institut Perubatan dan Pergigian Termaju“.

.

TEMUJANJI ATAU WALK-IN?

Dua-dua pun boleh, macam dah diberitahu di atas.

Temujanji lebih memudah dan menjimatkan masa. Boleh juga bayar siap-siap secara transfer. Nanti pi sana terus buat swab test.

Boleh tanya saya untuk dapatkan nombor untuk dihubungi untuk aturkan temujanji.

Untuk walk-in pula, boleh pergi seawal 9 pagi. Pergi awal, siap awal.

.

JENIS UJIAN

Boleh pilih rt-PCR atau RTK antigen.

Ringkasan perbezaan antara rt-PCR dan RTK antigen ialah seperti berikut:

  • Kedua-dua test adalah untuk mengesan antigen dari sample yang diambil (nasopharyngeal swab).
  • Ujian rt-PCR mengambil masa beberapa jam untuk mendapat keputusan. Manakala ujian RTK antigen mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
  • Keputusan rt-PCR adalah lebih tepat dan merupakan ‘gold standard’ untuk diagnosis covid-19.
  • Rt-PCR disarankan untuk close contact kepada kes positif, mempunyai simptom, mempunyai sejarah ke kawasan res zones dan yang berisiko tinggi.
  • Untuk yang tak ada risiko di atas seperti saringan masuk universiti contohnya, boleh je buat RTK antigen.

.

HARGA

RM350 untuk rt-PCR
RM180 untuk RTK-Antigen

.

CARA PEMBAYARAN

Yang buat temujanji ada pilihan untuk buat pembayaran secara online transfer atau cash pada hari ujian dibuat.

Yang walk-in pembayaran secara cash. Tak pasti boleh bayar guna credit/debit card atau tak sebab pesakit untuk ujian covid tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan

.

PROSEDUR

  1. Buat temujanji atau walk-in (perlu beritahu indikasi untuk buat test).
  2. Check in dengan apps My Sejahtera dan saringan suhu si pintu masuk.
  3. Pembayaran sebelum test (tempat akan diberitahu oleh staf).
  4. Ujian secara drive-thru di khemah khas saringan covid di belakang bangunan.
  5. Lepas swab terus balik.
  6. Anda akan dihubungi bila keputusan siap.

. 

Kes negatif boleh pick up keputusan ujian dan resit pembayaran sebelum jam 12 tengah malam. Kes positif pula akan dimaklumkan ke PKD berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Di negeri lain ada juga ke IPPT atau tempat yang boleh buat ujian covid selain di hospital dan pejabat kesihatan daerah?

Rujuk Laman Web Rasmi Covid-19 Malaysia untuk maklumat lanjut tentang senarai hospital dan klinik swasta berdaftar untuk ujian saringan covid-19.

7 langkah cuci tangan yang betul

Teruskan patuh kepada SOP dalam usaha memutuskan rantaian covid-19 dan melandaikan graf pandemik. Ini tanggungjawab kita bersama. Baca juga 7 Langkah Cuci Tangan Yang Betul.

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

COVID-19 Dan Penyusuan Susu Ibu

covid 19 dan penyusuan

Baru-baru ini, saya ada menerima soalan dari seorang kenalan yang bertanyakan tentang covid-19 dan penyusuan. Soalannya berbunyi begini,

“Assalamualaikum Ain. Nak tanya ni. Kalau ibu menyusu suspected covid-19, dah buat swab test, kena kuarantin, masih boleh teruskan menyusu baby ke? Depa kata kena kuarantin dari baby, boleh bagi EBM saja. Tu pun kena jaga SOP masa pam dan handle EBM semua. Ada sorang ni pulak kata jangan menyusu terus. Stressnya rasa kalau tak boleh menyusu. Sudahlah jauh dari baby! Macam mana ya?”

Sebagai seorang ibu menyusu, saya sangat faham keinginan untuk terus menyusukan bayi sehingga paling kurang 2 tahun umur bayi. Dan saya juga faham, betapa kecewanya hati seorang ibu menyusu kalau ada yang beritahu perlu berhenti menyusukan bayi atas sebab-sebab tertentu.

.

Saranan Penyusuan Susu Ibu

.

Dari segi agama Islam, di dalam Al-Quran ada dinyatakan saranan menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah Al-Baqarah, ayat ke 233)

Dari segi perubatan pula, World Health Organization (WHO) – dan American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan eksklusif bayi sehingga 6 bulan, kemudian diteruskan dengan penyusuan bersama-sama pemberian makanan komplementari sehingga bayi berusia setahun dan ke atas. Ini penting untuk membekalkan anak kecil dengan nutrisi yang ideal serta menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia juga menyatakan yang sama, iaitu, “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Ya. Susu ibu adalah makanan terbaik paling ideal bagi seorang bayi kecil sejak dilahirkan. Susu ibu adalah selamat, bersih dan mengandungi banyak antibodi sangat bermanfaat untuk membantu melindungi dari pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak.

Namun, pandemik covid-19 yang melanda satu dunia kini tidak mengenal siapakah mangsanya. Mana-mana ibu menyusu juga boleh dijangkiti virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita ini.

Persoalannya, adakah ibu menyusu yang disahkan positif covid-19 masih boleh terus menyusukan bayi mereka? Bagaimana pula jika hanya suspected sahaja? Dan bagaimana pula jika bayi sahaja disahkan positif covid-19 sedangkan si ibu mempunyai keputusan ujian negatif?

manfaat susu ibu kepada bayi

Pelbagai manfaat susu ibu kepada bayi. Bagaimana pula jika ibu atau bayi disah atau disyaki positif covid-19? Adakah penyusuan boleh diteruskan?

.

Kajian May 2020 Tentang Covid 19 Dan Penyusuan

.

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi WHO, pada bulan May 2020 yang lalu telah dijalankan kajian ke atas 46 ‘pasangan’ ibu menyusu dan bayi – kesemua ibu menyusu manakala 13 orang bayi ini telah disahkan positif covid-19.

Sampel susu ibu telah diambil dari kesemua ibu untuk menguji kehadiran virus covid-19 di dalamnya. Didapati virus covid-19 adalah negatif di dalam 43 sampel manakala baki 3 sampel menunjukkan kehadiran partikel virus covid-19.

Daripada 3 sampel susu ibu yang positif covid-19 ini, bayi-bayi mereka diuji sama ada dijangkiti covid-19 atau tidak. Hasilnya, cuma seorang bayi sahaja yang disahkan positif. Namun, sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Walaupun di awal kajian, sebanyak 13 bayi disahkan positif covid-19, namun di penghujung kajian hanya satu sampel susu ibu yang mempunyai partikel virus covid-19 yang bayinya juga positif covid-19. Itu pun sumber jangkitan tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.

Hasil kajian ini juga mendapati:

  • Kehadiran antibodi IgA telah dikesan di dalam susu ibu yang pernah dijangkiti covid-19, menunjukkan yang penyusuan susu ibu melindungi bayi dari jangkitan dan kematian.
  • RNA virus covid-19 yang dijumpai di dalam susu ibu adalah tidak sama dengan virus covid-19 ‘hidup’ yang berkebolehan menjangkiti. Untuk jangkitan berlaku, memerlukan virus ‘hidup’ yang boleh sampai ke sel target dan mengatasi sistem pertahanan bayi pula.
  • Bayi dan kanak-kanak berisiko rendah untuk dijangkiti covid-19. Jika dijangkiti pula, kebanyakannya ialah ‘mild‘ atau tiada simptom.

.

Dengan itu, bagi ibu menyusu yang disyaki atau telah disahkan positif covid-19, saranan dari WHO adalah untuk menerus atau memulakan penyusuan sebagai langkah untuk melindungi bayi dari jangkitan. Iaitu apabila kebaikan penyusuan melebihi potensi risiko jangkitan terhadap bayi.

.

SOP Penyusuan Bagi Ibu/Bayi Menyusu Yang Disah Atau Disyaki Covid-19

.

Data dari hasil kajian ini juga sebenarnya tidak mencukupi untuk memberi kesimpulan tentang transmisi virus covid-19 melalui susu ibu. Walaupun WHO menyarankan ibu meneruskan penyusuan walaupun disah atau disyaki covid-19, sebagai langkah berjaga-jaga sebaiknya ibu menyusu turut mematuhi SOP yang ditetapkan.

Centers for Disease Control (CDC) menyarankan:

  1. Ibu menyusu mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh bayi.
  2. Memakai penutup hidung dan mulut ketika menyusukan bayi.
  3. Mencuci tangan sebelum dan selepas menggunakan pam dan botol susu.
  4. Membersihkan kesemua bahagian pam dan botol selepas menggunakan.

.

Berdasarkan maklumat dari CDC juga (setakat 3 Disember 2020):

  • Penyusuan didapati bukan sumber jangkitan covid-19.
  • Kajian mendapati, virus SARS-CoV yang ditambah secara eksperimen ke dalam susu ibu, telah dinyahaktifkan melalui proses pasteurization
  • Amalkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang disarankan.

covid 19 dan penyusuan

Sentiasa amalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan covid-19 – kerap cuci tangan, penjarakan fizikal 1 meter dan patuhi SOP.

.

Sumber: WHO, CDC

Ibu menyusu juga digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang, mengamalkan cara hidup sihat serta mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi bagi menyokong kesihatan menyeluruh, sistem imun ibu dan bayi yang disusukan.

Set Menyusu Shaklee menyediakan keperluan nutrisi lengkap ibu dan bayi menyusu. Saya ialah salah seorang pengamal set ini sejak anak pertama sehingga anak keempat. Alhamdulillah, kesannya sangat memuaskan hati (Klik untuk baca).

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil halal Shaklee 2021 adalah seperti di dalam gambar di bawah, oleh sebuah badan antarabangsa yang dipanggil Islamic Services of America yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

semak status halal shaklee

status halal shaklee

Kenapa Halal Produk Shaklee Datangnya Dari Islamic Services of America (ISA), Bukannya Dari JAKIM? Apa Itu ISA?

.

Islamic Services of America (ISA) ialah sebuah badan yang memberi sijil halal kepada produk tempatan dan produk yang akan dieksport ke luar negara lain.

Terdapat banyak badan yang memberi tanda halal sesuatu produk di US. Tetapi ISA ialah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh melebihi 70 buah negara.

ISA diiktiraf oleh LP POM-MUI (Indonesia), JAKIM dan DVS (Malaysia), MUIS (Singapore) sejak tahun 1980-an.

Negara-negara Asia Tenggara ini sangat mementingkan sijil halal dari produk-produk yang dihasilkan di negara masing-masing, apatah lagi produk-produk yang diimport.

Mother Mosque of America‘ juga mengiktiraf ISA. Masjid ini merupakan sebuah masjid yang masih kukuh sehingga hari ini, terletak di Iowa.

Tambahan pula, ‘Muslim American Society‘ dan pusat-pusat Islam di Amerika telah mengiktiraf ISA sebagai badan yang mengekalkan integriti dan standard halal produk-produk.

sijil halal shaklee 2021

.

Cara Semak Badan-badan Yang Diiktiraf Sebagai ‘Certifier’ Sijil Halal Seluruh Dunia Termasuk Sijil Halal Shaklee 2021?

.

1) Layari laman web rasmi JAKIM MALAYSIA di www.halal.gov.my. Kemudian skrol ke bawa sehingga anda sampai kepada butang Foreign Halal Certification Body (FHCB). Klik ia.

.

2) Skrol ke bawah lagi sehingga anda terjumpa ikon PDF seperti di dalam gambar di bawah. Klik untuk muat turun fail yang mengandungi senarai badan yang diiktiraf memberi sijil halal kepada produk luar negara.

.

3) Anda akan dibawa ke fail ini : “The Recognised Foreign Halal Certification Bodies and Authorities“. Terbaru, senarai telah diupdate pada 1 Disember 2020.

.

4) Cari badan yang diiktiraf di United States of America (Shaklee berasal dari USA). Anda akan menjumpai yang Islamic Services of America (ISA) terdapat dalam senarai.

Anda juga boleh menyemak produk import dari negara lain juga.

.

Bagaimana pula dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia? Adakah semua produk Shaklee diluluskan KKM dan mempunyai nombor MAL masing-masing?

Rujuk entri Cara Semak Kelulusan KKM untuk maklumat lanjut.

 

 

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

sakit leher

Sakit leher ialah salah satu sakit muskuloskeletal

Berdasarkan kajian oleh National Clinical Research Centre, Malaysia, 3 jenis aduan kesakitan tertinggi di Malaysia ialah sakit abdomen (45%), sakit muskuloskeletal (35%) dan sakit kepala (20%).

Sakit leher merupakan antara sakit muskuloskeletal yang kerap terjadi. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalaminya, sama ada sakit ringan atau sakit yang kuat.

Musculo– bermaksud otot (muscles), manakala skeletal pula bermaksud tulang.

Bahagian tubuh kita yang mana satu pun yang mengalami kesakitan, dalam kebanyakan kes, senaman yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan.

Oleh kerana entri sebelum ini saya kongsikan tentang sakit tengkuk atau neck spasm, jadi kali ni saya sambung tentang senaman ringkas yang boleh anda lakukan setiap hari atau pada bila-bila masa sahaja di rumah jika mengalami masalah ini.

.

Senaman Ringkas Untuk Sakit Leher

.

Untuk makluman, senaman-senaman yang akan dikongsikan ini akan membuatkan leher anda berasa sedikit tegang. Tak perlu bimbang kerana ini adalah ‘normal’.

Namun, sekiranya anda berasa sakit yang melampau dengan mana-mana pergerakan di bawah, berhentilah segera dari senaman ini dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti yang ianya bukan berpunca dari masalah yang lebih serius.

Senaman-senaman ini mudah sahaja untuk dilakukan. Kalau anda masih ingat, semasa Pendidikan Jasmani di sekolah, senaman-senaman inilah yang kita lakukan sewaktu memanaskan badan sebelum apa-apa aktiviti sukan. Mari kita refresh!

.

Senaman Leher

sakit leher

  1. Bermula dengan kepala memandang tegak ke hadapan, dengan belakang yang lurus.
  2. Tundukkan kepala anda ke hadapan perlahan-lahan sehingga anda dapat merasakan tegang di belakang leher anda. Tahan kedudukan ini dengan kiraan 10. Kembali ke posisi asal kepala.
  3. Kemudian dongakkan kepala ke belakang sehingga anda merasakan tegang di hadapan leher anda. Tahan lagi dengan kiraan 10. Kemudian kembali ke posisi asal.
  4. Seterusnya, lentokkan kepala anda ke kanan sehingga merasakan tegang di bahagian kiri leher. Tahan selama 10 kiraan. Dan kemudian kembali ke posisi asal.
  5. Begitu juga dengan lentokan kepala ke sebelah kiri.
  6. Anda boleh ulang senaman leher ini contohnya sehingga 5-10 set.
  7. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan tangan anda untuk menolak kepala ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan.

.

Senaman Pusing Leher

  1. Bersambung dari senaman tadi, anda boleh memusingkan kepala perlahan-lahan mengikut arah jam sebanyak 7-10 pusingan.
  2. Kemudian, pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah lawan jam pula.

.

Senaman Bahu

Anda juga boleh melakukan senaman bahu untuk berusaha melegakan sakit leher anda. Berdasarkan anatomi tubuh, otot yang ‘attach’ pada bahu juga melalui bahagian leher kita. Jadi, otot bahu yang sihat juga mempengaruhi masalah berkaitan leher.

  1. Senaman ini lebih selesa dilakukan dalam keadaan berdiri.
  2. Angkat bahu anda dan pusingkan ke belakang sebanyak 10 kali.
  3. Kemudian pusingkan ke hadapan pula sebanyak 10 kali.
  4. Boleh ulang buat sehingga 5-10 set.

.

Sakit leher yang berlanjutan terutamanya yang turut mempunyai simptom-simptom lain seperti kebas tangan, kekuatan tangan terganggu dan fungsi tangan terjejas, dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sakit leher juga boleh berpunca dari masalah kesihatan tertentu.

sakit leher

Sakit leher yang berpanjangan mungkin berpunca dari masalah yang lebih serius.

Shaklee bukan sahaja menyediakan produk berkualiti untuk menyokong kesihatan anda, tetapi juga memberi peluang menjana pendapatan tanpa batasan.

Sesiapa yang mempunyai impian boleh melakukannya!

Klik gambar untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

Sakit Tengkuk : Punca Dan Rawatan

sakit tengkuk

Sakit Tengkuk : Punca dan Rawatan

Di dalam istilah perubatan, sakit tengkuk yang dipanggil neck spasm atau neck cramp, terjadi apabila tengkuk anda secara tiba-tiba ‘mengeras’ di luar kawalan anda, mengakibatkan kesakitan yang amat serta pergerakan di bahagian leher menjadi terbatas.

Fisiologinya, mana-mana otot pada tubuh kita berfungsi dengan mengecut dan memanjang secara berselang-seli untuk membolehkan sesuatu pergerakan terjadi.

Tetapi di dalam mekanisma neck spasm, otot-otot leher yang mengecut tidak memanjang semula selepas itu, menjadikan leher mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan membataskan pergerakan leher (tidak boleh menoleh ke kanan atau kiri, tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala).

.

Punca Sakit Tengkuk

.

Punca sebenar berlakunya neck spasm tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga kini.

Tetapi dipercayai bahawa otot-otot leher sebenarnya sedang cuba untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk, atau telah menerima signal yang abnormal menyebabkan neck spasm terjadi.

Ada pesakit yang kerap kali melakukan pergerakan pelik pada bahagian leher (contohnya nak bagi leher ‘meletup’ untuk melegakan lenguh pada leher), lalu otot-otot leher telah memberi tindak balas yang pelik juga untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk.

Antara punca yang menyebabkan wujudnya signal yang abnormal pula ialah:

  • Masalah dari saraf tunjang contohnya slipped disc di bahagian leher, osteoarthritis atau apa jua keadaan yang menyebabkan keradangan di bahagian berdekatan otot leher.
  • Respons abnormal dari sistem saraf akibat stress, anxiety, peripheral neuropathy (sejenis penyakit saraf).

sakit tengkuk

Duduk dengan postur tidak betul untuk jangka masa yang panjang adalah punca kerap terjadinya sakit tengkuk.

.

Rawatan dan Petua Untuk Melegakan Sakit Tengkuk

.

Neck spasm kebiasaannya berlaku untuk jangka masa yang pendek sahaja (beberapa jam). Antara petua untuk melegakannya ialah seperti berikut:

  • Senaman regangan leher : untuk melonggar dan melembutkan otot-otot leher yang sedang ‘stress’
  • Urutan : membantu anda berasa lebih rileks. Tubuh yang rileks menjadikan otot-otot juga rileks dan ini akan mengurangkan kesakitan
  • Ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAID) : sebagai ‘first-aid’ untuk melegakan kesakitan dengan segera, mengurangkan keradangan (Baca juga : Salahguna Ubat Tahan Sakit)
  • Pek sejuk (cold pack) atau panas (hot pack)

.

Penggunaan pek sejuk berfungsi mengurangkan keradangan otot leher anda. Cuma masukkan ais atau air sejuk ke dalam plastik. Kemudian balutkan plastik tersebut dengan kain nipis, dan tekapkan pada bahagian leher yang sakit.

Penggunaan pek panas pula berfungsi meningkatkan pengaliran darah di bahagian yang sakit, merehatkan otot dan melegakan kesakitan.

Sama ada anda menggunakan pek panas atau sejuk, hadkan penggunaannya selama 15 minit dalam setiap 2 jam untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kulit (Sebab itu perlu balut dengan kain nipis, bukan letak direct di atas kulit).

pek sejuk dan panas

Pelbagai jenis pek sejuk dan panas yang berada di pasaran sekarang.

.

Bila Harus Berjumpa Doktor?

.

Apabila sakit leher anda berlanjutan beberapa hari atau lebih lama, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan memastikan ianya bukan dari punca masalah perubatan.

Baca juga : Cadangan Vitamin Untuk Masalah Sakit Tengkuk

Amalkan tiga perkara ini untuk mengekalkan kesihatan anda:

  1. Makanlah secara seimbang dan sihat,
  2. Rajin-rajin bersenam secara berkala,
  3. Ambil suplemen yang diperlukan secara bijak.
Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak2

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak2

petua hilangkan batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

Batuk pada bayi dan kanak-kanak sangat kerap terjadi dan merunsingkan ibu bapa. Lagi-lagi jika berlarutan berhari-hari lamanya sehingga ibu bapa ‘mati kutu’ tak tahu apa yang patut dibuat.

Ubat batuk pula kebiasaannya masih tidak sesuai diberi untuk bayi kecil dan kanak-kanak di bawah 2 tahun.

Jadi, sebagai ibu bapa perlu ambil tahu petua hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang akan dikongsikan ini. Paling kurang pun, ada juga yang boleh dilakukan sebagai usaha mengurangkan batuk mereka.

Petua-petua ini bertujuan untuk mengekalkan hidrasi, menenangkan bayi dan kanak-kanak yang tidak selesa dengan batuk yang dialami, serta membantu mereka tidur dengan lebih baik untuk menyokong pemulihan.

.

9 Petua Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak

.

1. Hidrasi Itu Penting

.

Pastikan anak anda yang sedang batuk mendapat air yang cukup setiap hari. Air putih baik untuk menghidrat tubuh, menguatkan sistem imun, membantu mencairkan kahak supaya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk mungkin menolak untuk minum kerana tekak yang kesakitan. Cuba pujuk mereka supaya minum air dengan kerap. Tak perlu minum banyak setiap kali. Minum sedikit tetapi lebih kerap itu lebih baik.

Jika mereka masih mengelak untuk minum air, cuba campurkan dengan lemon untuk sedikit rasa. Yang ada Performance Drink boleh cuba beri kerana kerdasarkan kajian, ianya menghidrat lebih baik dari air sahaja.

Boleh juga beri makanan dengan kandungan air yang tinggi seperti bubur atau sup sebagai alternatif.

Untuk bayi di bawah 6 bulan, kerapkan menyusu atau beri minum susu formula seperti biasa. Jangan berikan air!

.

2. Mandi Air Suam

.

Air suam mengeluarkan wap air yang membantu mencegah salur pernafasan dari menjadi terlalu kering akibat batuk.

Wap panas ini juga sangat membantu melonggarkah kahak jadi lebih mudah untuk dibatukkan keluar dan ini semestinya melegakan hidung tersumbat dan tekak yang tebal dengan kahak.

Sebab itulah bayi dan kanak-kanak yang sedang batuk dan selesema, lebih mudah mengeluarkan kahak dan hingus semasa dimandikan air suam.

Boleh juga anda bantu tepuk-tepuk di kiri dan kanan dada (percussion) anak anda untuk membantu melonggarkan kahak mereka.

.

3. Madu (BUKAN UNTUK SETAHUN DAN KE BAWAH!)

.

Madu mempunyai sifat antibakteria dan membantu melawan jangkitan. Mereka yang mengambil madu juga didapati mempunyai tidur yang lebih baik.

Rasa madu pula manis, sudah semestinya lebih digemari kanak-kanak, berbanding rasa ubat.

Disarankan, untuk kanak-kanak 1 hingga 5 tahun, diberi setengah sudu kecil madu sehari. Dan untuk kanak-kanak yang lebih besar, berikan sesudu kecil madu sehari.

Boleh juga mencampurkan madu dengan air suam atau perahan lemon untuk pelbagaikan rasa.

petua hilangkan batuk kanak-kanak

AWAS! MADU TIDAK SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA SETAHUN DAN KE BAWAH KERANA RISIKO BOTULISM YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA!

.

4. Ubat Batuk dan Lozenges

.

Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas yang sudah ‘faham bahasa’, bolehlah berikan lozenges untuk membantu melegakan sakit atau gatal tekak mereka.

Ajarkan mereka untuk menghisap perlahan-lahan bagi melegakan batuk.

Namun, hadkan pengambilan lozenges kerana kebanyakannya mengandungi gula dan kita tidak mahu anak-anak diberi gula berlebihan pula. Jadi, ambil perhatian dos pada kotak atau dapatkan nasihat di farmasi atau doktor.

Untuk ubat batuk pula, disarankan mendapatkan nasihat doktor untuk pilihan ubat dan dos yang sesuai kerana bayi dan kanak-kanak (terutamanya di bawah setahun) lebih cenderung untuk overdose yang boleh memudaratkan.

Bayi bawah 6 bulan disarankan dibawa segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika mengalami batuk.

.

5. Kumur Air Garam

.

Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas juga, anda boleh cuba ajarkan mereka untuk berkumur air garam bagi membantu melegakan kegatalan tekak dan batuk.

Larutkan setengah sudu kecil garam ke dalam air, dan minta mereka berkumur-kumur.

Petua hilangkan batuk ini tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang masih tidak pandai berkumur-kumur.

petua hilangkan batuk

Untuk kanak-kanak yang lebih besar, lebih banyak yang boleh diusahakan untuk menghilangkan batuk, termasuk berkumur air garam untuk melegakan sakit tekak.

.

6. Tinggikan Kepala Semasa Tidur

.

Kedudukan kepala yang lebih tinggi semasa tidur membantu membuka salur pernafasan dengan lebih baik.

Kanak-kanak yang batuk lebih mudah untuk bernafas semasa tidur. Dan kahak juga lebih mudah dikeluarkan dengan posisi ini.

Namun, petua ini tidak digalakkan untuk bayi kecil 2 tahun dan ke bawah.

.

7. Ubat Titik Hidung (Saline Nasal Drop)

.

Batuk pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi berpunca dari titisan di belakang tekak mereka. Jadi, penggunaan ubat titik hidung yang mengandungi air garam (saline nasal drop) sangat membantu untuk kes ini.

Ubat titik hidung ini amnya selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

.

8. Vicks Baby Rub Atau Yang Seangkatannya

.

Vicks Baby Rub, mengandungi aloe vera, eucalyptus, lavender dan rosemary yang dipercayai membantu tidur yang baik untuk anak-anak.

Untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas, anda bolehlah mencuba menyapu vicks ini pada dada dan tapak kaki anak-anak.

Elakkan menyapu pada hidung atau bahagian muka lain kerana dikhuatiri boleh memedihkan mata atau mereka memasukkan tangan yang telah menyentuh bahagian yang disapu ke dalam mulut.

Untuk yang berusia 2 tahun ke bawah pula, kajian ke atas haiwan mendapati, sapuan jenis seperti vicks ini meningkatkan penghasilan kahak dan lendir yang boleh menyumbatkan salur pernafasan. Jadi, dinasihatkan untuk TIDAK digunakan pada bayi 2 tahun ke bawah.

Terdapat juga pelbagai krim yang dihasilkan untuk membantu melegakan batuk  dan selesema bayi, contohnya yang diperbuat dari herba. Semua ini atas risiko sendiri jika anda menggunakannya pada bayi atau anak anda.

.

Pemilihan produk untuk bayi kecil, walaupun hanya untuk sapuan seharusnya dibuat dengan teliti kerana golongan ini adalah ‘fragile’ dan lebih sensitif.

.

9. Pengambilan Vitamin

.

Kanak-kanak yang kerap dijangkiti batuk selesema atau tidak sihat, kebanyakannya tidak mendapat nutrisi harian mencukupi yang diperlukan. Contohnya kerana makan memilih, lebih banyak diberikan makanan segera dan makanan yang telah diproses (hotdog, nuget, dan lain-lain).

Jadi, pengambilan vitamin untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak sangat penting lebih-lebih lagi untuk membantu membina pertahanan yang kuat.

Sistem imun anak yang kuat juga membantu pemulihan yang lebih cepat.

.

PETUA HILANGKAN BATUK KANAK-KANAK : VITAMIN CADANGAN

.

Berikut merupakan cadangan vitamin yang dicipta khas untuk menyokong kesihatan kanan-kanak:

  1. Meal Shakes – Sumber serat dan protein, kalsium dan zink, serta diperkaya dengan nutrien dan mineral yang diperlukan
    • protein untuk pembinaan dan pembaikan tisu
    • serat untuk mengelakkan sembelit
    • kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi
    • zink penting untuk pertumbuhan
  2. Vitalea for Children
    • menyediakan 18 vitamin dan mineral penting yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak
    • dos kesemua 8 vitamin B, vitamin C, D dan E adalah 100% keperluan harian
  3. Chewable C
    • setiap tablet boleh dikunyah membekalkan 100mg vitamin C asli
    • ditambah bioflavonoid yang memaksimumkan kesan vitamin C

.

(Satu lagi petua peribadi yang keluarga kami amalkan sejak saya masih kecil ialah kami diberi minum sesudu besar kicap yang dicampur perahan limau purut. Lega rasanya bila lalu di tekak)

.

DISCLAIMER:

  1. BAYI DI BAWAH SETAHUN TERUTAMANYA 6 BULAN DAN KE BAWAH TIDAK SESUAI DIBERI SUPLEMEN KECUALI ATAS NASIHAT DOKTOR.
  2. PRODUK-PRODUK DI DALAM ENTRI BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENGUBAT APA-APA PENYAKIT.

Pastikan anda memilih hanya produk makanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat untuk si manja anda.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

vitamin untuk wanita menopause

Entri kali ini mari kita memahami apa itu menopause, gaya hidup sihat serta cadangan vitamin untuk wanita menopause.

“Saya berumur 52 tahun. Haid saya dah beberapa bulan dah tak betul. Sekejap banyak, sekejap spotting sahaja. Kadang-kadang datang sehari saja, Kadang-kadang lebih 15 hari. Selalu rasa tak keruan. Saya dah menopause ke?”

Menopause ialah apabila seorang wanita yang berusia di antara 45 hingga 55 tahun, tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut serta mempunyai simptom-simptom tertentu, tanpa sedang mengambil pil perancang atau apa-apa rawatan hormon.

Menopause terjadi apabila hormon reproduktif wanita berhenti dihasilkan oleh ovari. Menopause menandakan berakhirnya kesuburan seorang wanita yang mana wanita itu sudah tidak boleh mengandung lagi sehingga ke akhir hayatnya.

Kebanyakan wanita secara semulajadinya mengalami menopause. Namun, ada juga yang menopause disebabkan faktor pembedahan (contohnya kedua-dua ovari terpaksa dibuang kerana kanser) atau perubatan (contohnya kecederaan teruk ovari selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi).

.

Simptom-simptom Menopause

.

Kebanyakan simptom menopause adalah sangat tidak disenangi. Antaranya:

  1. Hot flush (dialami oleh kira-kira 75% wanita menopaus)
  2. Berpeluh di malam hari (night sweat)
  3. Gangguan tidur
  4. Mood swing (contoh: mudah marah tanpa sebab munasabah)
  5. Kesukaran untuk fokus
  6. Perubahan vagina (kering, sel vagina mengecut (atrophy), keluar cairan vagina)
  7. Perubahan kulit (kendur, mengecut, rambut semakin nipis)
  8. Dan banyak lagi. Rujuk entri 30 Tanda Anda Semakin Hampir Menopaus untuk info lanjut.

.

Hormon reproduktif wanita juga mempunyai banyak fungsi lain selain untuk kesuburan dan memberi rupa kepada seorang wanita. Jadi, parasnya yang semakin merosot boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi seperti di bawah:

vitamin untuk wanita menopause

Salah satu risiko kesihatan wanita selepas menopause ialah osteoporosis. Ia berlaku perlahan-lahan dalam senyap tetapi bahaya kerana boleh mengakibatkan tulang patah yang tidak boleh diubati (kepadatan tulang merosot) (Sumber gambar Google)

.

Rawatan Menopause

.

Untuk menangani masalah-masalah ini, kebanyakan wanita menopause memerlukan rawatan dengan ubat yang mengandungi hormon pengganti serta rawatan khusus untuk masalah kesihatan yang timbul (contohnya wanita menopaus eyang mengalami jangkitan air kencing dirawat dengan antibiotik).

Selain rawatan khusus untuk masalah yang timbul, berikut merupakan saranan gaya hidup sihat untuk membantu wanita yang semakin hampir dan telah menopause untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh dan memperbaiki kualiti hidup:

  1. Mengurangkan kalori harian dari pemakanan sebanyak kira-kira 400-600 kalori kerana kadar metabolisma yang semakin rendah
  2. Pengambilan makanan seimbang dengan semua kumpulan makanan dan air kosong 2 liter setiap hari
  3. Bersenam 20-30 minit sehari yang membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mood
  4. Menggunakan pelembap atau ‘pelincir’ yang tidak mengandungi hormon pada vagina semasa hubungan intim untuk mengurangkan rasa sakit kerana kekeringan
  5. Krim dengan estrogen untuk vagina yang semakin ‘mengecut’
  6. Produk penjagaan kulit dari sumber semulajadi untuk merawat dan memulih
  7. Dapatkan nasihat dan rawatan doktor jika simptom mengganggu hidup anda

.

Nutrisi Sihat Untuk Wanita Menopause

.

Untuk wanita yang menghampiri dan telah menopause, dicadangkan mengambil nutrisi berikut:

  • PROTEIN SOYA : membantu membekalkan tenaga berpanjangan. Protein juga diperlukan untuk membina rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • ASID LEMAK OMEGA-3 : menggalakkan kesihatan jantung.
  • VITAMIN C : memberi perlindungan antioksidan dan sistem imun yang kuat.
  • MULTIVITAMIN : membantu mengisi jurang nutrisi harian wanita.
  • POLIFENOL : bertindak melambatkan penuaan sel dan menghalang degenerasi kolagen yang penting untuk kesihatan kulit dan sendi.
  • KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D : menyokong kesihatan tulang untuk mencegah osteoporosis
  • OMEGA-6 ASID GAMMA LINOLEIK : digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang mengawal atur pelbagai proses tubuh, dan berdasarkan kajian membantu mengurangkan simptom menopause

vitamin untuk wanita menopause

Wanita hampir dan telah menopause memerlukan nutrisi-nutrisi ini untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan melambatkan komplikasi menopause.

.

Cadangan Vitamin Untuk Wanita Menopause

1. ESP

Protein soya non-GMO terpilih (Identity Preservation Program) dengan skor PDCAAS 1.0 (nilai tertinggi untuk kualiti protein dan kadar kebolehserapan) dan nilai indeks glisemik rendah (39 sahaja).

Harga runcit ESP = RM161 (850 gram untuk kegunaan sebulan)

.

2. Omega Guard

Proses penyulingan berperingkat menghasilkan omega-3 ultra tulen dan berkepekatan tinggi sebanyak 90% (peratusan tertinggi berbanding jenama lain). Omega Guard juga mendapat pengiktirafan dari Friends of the Sea (FoS) yang menjamin keterlangsungan sumber untuk menghasilkannya.

Harga runcit Omega Guard = RM136 (90 sofgel untuk kegunaan sebulan).

.

3. SR Vita C Plus

Sistem pelepasan berperingkat memastikan tubuh anda mendapat 100mg vitamin C setiap jam untuk 5 jam berterusan. Ianya juga ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C.

Harga runcit Vitamin C = RM97 (180 tablet untuk kegunaan 6 bulan maksima).

.

4. Vitalea Iron Formula

Diformulasi menggunakan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten yang direka khas untuk memastikan penyerapan asid folik. Setiap hidangan mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang diperlukan tubuh.

Harga runcit Vitalea = RM93 (120 tablet untuk kegunaan 4 bulan maksima).

.

5. Vivix / ResV

Disokong oleh Kajian Telomere, mempunyai paten dan eksklusif hanya dari Shaklee.

Vivix dan ResV, kedua-duanya diperbuat dari buah-buahan tinggi polifenol yang bertindak melambatkan penuaan sel. Apakah perbezaan keduanya? Baca entri ini untuk jawapan : Vivix dan ResV, Serupa Tapi Tak Sama.

Harga runcit Vivix = RM475 (150ml),
ResV = RM508 (60 sofgel),
Kedua-duanya untuk kegunaan sebulan.

.

6. Ostematrix

Penyerapan kalsium sepenuhnya terbukti melalui ujian klinikal. Rujuk entri penuh tentang Ostematrix untuk info lanjut.

Harga runcit Ostematrix = RM61 (120 tablet untuk kegunaan 40 hari)

.

7. GLA Complex

Dihasilkan dari minyak bunga borage dengan kepekatan tertinggi (25%) berbanding dari minyak blackcurrant (15%) dan minyak evening primrose (8%)

Harga runcit GLA Complex = RM91 (60 sofgel untuk kegunaan sebulan)

.

hot flush menopause

Dapatkan penjimatan lebih RM250 dengan pembelian semua produk dalam set cadangan ini (keahlian PERCUMA, penghantaran PERCUMA, penjimatan harga ahli ~20%, cashback RM44+)

Sokonglah kesihatan menyeluruh mereka dengan nutrisi yang diperlukan. Dapatkan hanya yang berkualiti, selamat dan berkesan untuk yang anda sayangi.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth

Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang Kecil di Telinga Mengeluarkan Nanah?

Lubang kecil di telinga dalam perubatan dipanggil preauricular sinus, merupakan bukaan kecil yang kebiasaanya terletak di hadapan telinga. Ianya merupakan kecacatan kongenital yang ada sejak lahir dan berkekalan ke akhir hayat.

Preauricular sinus ini boleh terbentuk di kedua-dua belah telinga kepada sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan, serta mempunyai faktor keturunan.

Bagi anda yang mempunyai bayi atau anak yang memiliki sinus ini, tidak perlu bimbang jika ianya tidak mengganggu (tiada apa-apa simptom).

lubang kecil di telinga

Selain preauricular sinus, nama-nama lain lubang kecil di telinga ini ialah congenital auricular fistula, ear pit, preauricular fistula atau ear pit.

.

Bila Anda Perlu Bimbang Tentang Lubang Kecil Ini?

.

Seperti yang telah disebutkan, kebanyakan preauricular sinus ini tidak mempunyai apa-apa simpton dan tidak mengganggu.

Tetapi, sangat jarang terjadi, sinus ini boleh dijangkiti kuman yang berkemungkinan besar memerlukan rawatan perubatan.

Antara tanda sinus telah dijangkiti ialah seperti berikut:

  • sakit di bahagian sinus atau kawasan berdekatan
  • kulit kemerahan dan panas
  • bengkak
  • keluar cairan contohnya seperti nanah kekuningan dan berbau busuk
  • sakit telinga atau ketidakselesaan
  • pembentukan parut tebal (keloid) akibat jangkitan berulang-ulang

.

Rawatan Untuk Preauricular Sinus

.

Preauricular sinus yang tidak mempunyai apa-apa simptom, tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus.

Sebaliknya, jJika anda mempunyai mana-mana tanda di atas tadi, segeralah ke klinik untuk rawatan walaupun jangkitan sinus ini tidak menyebabkan keadaan yang boleh membahayakan nyawa.

Untuk kebanyakan kes, rawatan melibatkan ubat makan antibiotik dan ubat-ubat untuk menangani simptom seperti tahan sakit dan bengkak.

Gejala yang kerap berlaku dan berulang-ulang, memungkinkan anda menjalani pembedahan kecil untuk menutup lubang kecil di telinga tersebut, agar tidak dijangkiti lagi di kemudian hari.

lubang kecil di telinga

Contoh keadaan selepas pembedahan kecil akibat jangkitan yang berulang-ulang pada preauricular sinus.

.

Langkah Pencegahan Lubang Kecil di Telinga

.

Tiada langkah pencegahan yang boleh dilakukan kerana ianya mempunyai faktor keturunan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina.

.

Sumber:

  1. Portal MyHealth

Sejak lebih 100 tahun lalu, misi Shaklee tidak pernah berubah. Iaitu untuk membantu kesihatan yang lebih baik untuk setiap orang serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Setiap produk semulajadi Shaklee diformulasi secara saintifik untuk memperbaiki kesihatan, berkesan tanpa kompromi serta mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee, ketahuilah 3 perkara ini:

“Shaklee sentiasa selamat, sentiasa terbukti dan sentiasa berkesan”

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth