jenis pencuci muka

Setelah seharian terdedah kepada habuk, debu dan kotoran, tiada apa yang anda mahukan lagi selain mencuci wajah dengan sebersih-bersihnya.

Yang suka mekap pun takkanlah sampai ke tidur nak dibawa ‘contengan’ di wajah. Tak selesa amat nak tidur dengan muka yang ‘berat’ kan?

Mencuci wajah adalah langkah pertama dalam mana-mana range produk penjagaan kecantikan wajah.

Wajah yang tidak dicuci dengan bersih, silap hari bulan muncullah cik puan J. Yang tak ambil kisah akan hal ini, lain hari cik puan J ni mai balik bawak geng beramai-ramai. Kikikii…

Jadi, pemilihan pencuci wajah yang sesuai untuk kulit masing-masing adalah penting.

Kulit kita pun berbeza-beza antara satu sama lain.

Pencuci muka yang sesuai untuk orang A tak semestinya sesuai untuk orang Z.

.

9 Jenis Pencuci Muka

.

1# GEL CLEANSER

Jenis pertama ini kebanyakannya tidak berwarna.jenis pencuci muka

Seperti namanya, konsistensinya adalah seperti gel.

Pencuci jenis ini membersih dengan mendalam jadi baik untuk masalah pori tersumbat, dan menyingkirkan lebihan minyak.

Disebabkan konsistensnya yang tebal dan tidak mudah mengalir, ianya juga boleh dijadikan masker rawatan.

Dan untuk pencucian yang lebih mendalam, adalah disarankan membiarkan gel ini kira-kira 5 minit sebelum membilas.

Sesuai sangat untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

.

2# CREAM CLEANSER

jenis pencuci mukaCream cleanser pula kebiasaannya tebal, berkrim dan mempunya bahan pelembap seperti minyak botanikal.

Daripada konsistensi sahaja, anda biasanya sudah dapat membezakan pencuci muka jenis krim dan gel.

Ia membersih secara lembut tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

Sepatutnya pencuci wajah jenis ini menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif.

Juga sesuai untuk kulit ‘matang’ yang memerlukan lebih kelembapan di samping mencuci wajah dengan bersih.

.

3# FOAM CLEANSER

Foam cleanser kebanyakannya adalah berasaskan air.jenis pencuci muka

‘Rupa’ asalnya boleh jadi krim atau gel, tetapi setelah dicampur sedikit air akan menghasilkan buih yang banyak.

Buih-buih ini akan membersih kulit secara mendalam sama seperti pencuci muka jenis gel.

Terdapat juga foam cleansers yang mengandungi bahan yang boleh ‘menarik’ minyak semulajadi yang diperlukan kulit.

Kepada mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, sebaiknya elak menggunakan pencuci muka jenis ini.

Walau bagaimanapun, ia amat sesuai untuk kulit remaja dan terlalu berminyak.

.

4# OIL CLEANSER

jenis pencuci mukaMinyak pun boleh dijadikan pencuci muka?

Ya.

Seperti makanan yang ada minyak ‘baik’ dan ‘jahat’, minyak yang dijadikan pencuci muka juga adalah dari yang ‘baik’.

Minyak ‘jahat’ pula ialah kotoran, debu dan minyak berlebihan di wajah.

Mencuci wajah dengan pencuci berasaskan minyak dapat membersihkan pori secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Buat sesiapa yang tak tahu nak pilih pencuci jenis apa, pencuci jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit!

.

5# CLAY CLEANSER

Berasaskan daripada clay yang berkuasa menyerap, pencuci jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Ini kerana ia berupaya menyerap minyak berlebihan dan toksin dari pori.

.

6# MICELLAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Satu lagi yang boleh menjadi pilihan mereka yang berkulit kering dan sensitif ialah pencuci jenis keenam ini.

Pencuci ini istimewa kerana mengandungi molekul minyak yang kecil di dalam air pencucinya.

Molekul minyak ini ‘menarik’ minyak, mekap dan kotoran.

Lagi satu yang istimewa tentang cleanser jenis ini ialah anda tidak perlu membilas dengan air selepas menggunakannya.

.

7# POWDER CLEANSER

jenis pencuci mukaKetika kering, pencuci ini berbentuk serbuk.

Sebaik dicampur dengan air, ianya akan menjadi krim bermiktur.

Terus sahaja mencuci wajah anda sambil menyingkirkan kulit mati dan kotoran (fungsi exfoliate) secara lembut.

Berbeza dengan pencuci dengan microbeads yang kasar terhadap kulit, powder cleanser tidak sebegitu.

Sebab itulah ianya sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif.

.

8# BAR CLEANSER

jenis pencuci muka

Pencuci muka jenis ‘buku’ ini kini kembali ke pasaran dengan ‘rupa’ baru.

Sesetengah pencuci jenis ini mempunyai sedikit sabun atau tiada langsung sabun di dalamnya.

Menawarkan pH yang mesra kulit, bahan-bahan pencuci wajah yang lembut, kaya dengan nutrisi dan mengandungi pelembap.

Point penting yang tiada pada pencuci wajah jenis lain ialah kebanyakan pembalutnya diperbuat daripada kertas yang mesra alam dan boleh dikitar semula.

Ini menambah lagi pilihan yang ada bagi mereka yang kulit berminyak dan kombinasi.

youth cleanser shaklee

Pencuci muka YOUTH ni special, kerana gabungan jenis gel dan oil. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

.

So bagaimana, anda dah boleh decide pencuci muka mana yang sesuai untuk anda?

Kalau anda masih tidak pasti jenis kulit anda, next Ain akan share tentang cara nak tahu jenis kulit kita.

Stay tuned ya! =)

.

Sumber:

  1. www.thegloss.com
  2. www.dermstore.com

Berminat untuk dapatkan kulit sihat bersih secara semulajadi?