jantung sihat

Tahukah anda, jantung kita antara organ yang berkerja 24 jam sehari tanpa henti?

Ia bekerja keras sepanjang masa untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi badan yang optimum.

Jantung sihat memerlukan nutrisi yang cukup untuk berfungsi dengan baik.

.

4 Vitamin Untuk Jantung Sihat Dan Kuat

.

Coenzyme Q10

Kajian membuktikan, coenzyme Q10 meningkatkan penghasilan tenaga, memperbaiki denyutan jantung dan menguatkannya untuk jangka masa panjang.

Coenzyme Q10 juga merupakan antioksidan yang penting, berfungsi melindungi salur darah dari kerosakan oleh radikal bebas yang mengoksida kolesterol yang bertimbun di dalamnya.

Salur darah yang bersih melancarkan perjalanan darah melaluinya.

Kajian juga membuktikan, terdapat peningkatan dalam jumlah darah yang berupaya dipam oleh jantung dengan pengambilan suplemen coenzyme Q10.

Ini kerana, dengan coenzyme Q10, jantung mendapat tenaga yang mencukupi, membolehkan ia mengepam darah secara optimum.

STATIN MENGURANGKAN PARAS COQ10 ANDA!

Statin ialah ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol darah. Dalam masa yang sama, ia mengurangkan penghasilan semulajadi coQ10 sebanyak 40%. Sebab itulah anda yang mengambil statins disarankan mengambil suplemen coQ juga untuk membantu penjanaan tenaga supaya tidak mudah cepat letih.

Klik CoQ Trol Plus untuk info lanjut tentang suplemen coenzyme Q10 dari Shaklee.

jantung sihat

.

Asid Lemak Omega-3

Berbeza dengan coenzyme Q10, asid lemak omega-3 menyokong kesihatan saluran darah kerana:

  • bersifat antiradang
  • ia mencegah pembentukan plak dalam salur darah oleh kolesterol
  • dan ini mengurangkan risiko salur darah menjadi sempit

Selain itu, asid lemak omega-3 juga menyokong tekanan darah yang sihat.

Ini terbukti melalui pelbagai kajian yang menunjukkan asid lemak omega-3 mengurangkan paras trigliserida (lemak dalam darah) lalu mengawal tekanan darah.

.

Polifenol

Khasiat polifenol untuk kesihatan jantung pula ialah untuk pengaliran darah yang sihat dan membantu penghasilan mitokondria di dalam sel.

Mitokondria ialah “stesyen jana kuasa” di mana coenzyme Q10 bertindak untuk menjana tenaga.

Jadi, polifenol ialah gabungan mantap vitamin untuk jantung yang sihat dan kuat.

Klik Vivix untuk info lanjut tentang suplemen polifenol dari Shaklee.

.

Fitosterol

Secara tidak langsung, fitosterol yang fungsi ‘menangkap’ kolesterol dari makanan daripada diserap masuk ke dalam darah, membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut produk kesihatan Shaklee.

Sumber:

  1. A six-year clinical study of therapy of cardiomyopathy with coenzyme Q10
  2. .Coenzyme Q10 for the treatment of heart failure: a review of the literature
  3. Coenzyme Q10 Therapy
  4. The Coenzyme Q10 in Heart and Brain Diseases
  5. Enrichment of coenzyme Q10 in plasma and blood cells: defense against oxidative damage
  6. Coenzyme Q10 and Utility in Heart Failure: Just Another Supplement?
  7. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease.
  8. Importance of n-3 fatty acids in health and disease.