najis bayi

First-time-parents‘ kebiasaanya terkejut dengan najis bayi yang berwarna kehitaman sebaik dilahirkan.

Kemudiannya, akan tertanya-tanya kenapa seketika najis bayi berwarna kuning, esoknya pula berwarna hijau?

Kadang-kala kita sendiri confused adakah najis sebegitu normal sahaja atau pun tidak.

Hakikatnya, warna dan konsistensi najis bayi boleh berubah-ubah mengikut usia dan apa yang dimakan oleh bayi.

.

1# Mekonium

.

Mekonium ialah najis pertama bayi sebaik dilahirkan.

Ciri-ciri mekonium ialah ianya berwarna hijau kehitaman, berkilat dan melekit. Mekonium terdiri daripada air ketuban, sel kulit, lendir dan apa sahaja yang ditelan bayi ketika masih di dalam kandungan.

Ianya tidak berbau busuk. Biasanya ibu-ibu tak perasan pun bila patut tukar pampers bayi.

Jadi, kalau bayi menangis tu, salah satunya cuba check pampers bayi. Kot-kot tak selesa dek dah melabur.

.

2# Najis Bayi Menyusu Secara Eksklusif

.

Bayi-bayi ini, najis mereka berwarna kekuningan atau sedikit kehijauan.

Konsistensi najis mereka pula seperti krim.

Kadang-kala kehadiran seperti ‘biji-biji’ bersama najis bayi ini mengelirukan ibu bapa. Tapi ini adalah normal ya.

Ada juga ibu bapa keliru samada bayi cirit atau tidak kerana jenis najis bayi ini agak cair.

Sekali-sekala, ada juga bayi yang menyusus secara eksklusif mempunyai najis berwarna hijau seperti rumput.

Ini adalah normal tetapi menunjukkan kemungkinan bayi mendapat lebih foremilk berbanding hindmilk.

Apa yang boleh ibu lakukan ialah biarkan bayi menyusu sehingga dilepaskan sendiri.

Lagi lama bayi menyusu, lagi banyak bayi mendapat hindmilk.

Baca juga perbezaan antara kolostrum, foremilk dan hindmilk.

.

3# Najis Bayi Yang Diberi Susu Formula

.

Mereka ini pula mempunyai najis yang lebih pekat menyerupai pasta atau peanut butter, berbanding semasa menyusu secara eksklusif.

Dan najis mereka juga lebih busuk (apabila mula diberi makan, akan lebih busuk lagi) menjadikan ibu bapa mudah mengesan sekiranya perlu menukar lampin.

.

4# Najis Bayi Yang Diberi Makanan Kaya Zat Besi

.

Jika dah bagi bayi makan makanan kaya zat besi (contoh: bayam), najis bayi akan jadi hijau gelap kehitaman.

Sama macam kalau mak-mak mengandung ambil zat besi untuk naikkan Hb (anemia), najis pun berwarna gelap kan?

Kalau anda tak pernah bagi makanan kaya zat besi pada bayi, segeralah berjumpa doktor untuk pastikan yang ianya bukan disebabkan pendarahan!

.

5# Najis Bayi Yang Sudah Diberi Makanan Pejal

.

Seperti yang telah dinyatakan, najis bayi aini lebih pejal, lebih perang dan lebih busuk.

najis bayi

Maaf jika gambar ini menimbulkan rasa kurang senang. Sekadar berkongsi dan untuk rujukan parents sahaja.

.

6# Najis Bayi Dengan Makanan Yang Tidak Dicerna Dengan Baik

.

Kadang-kala, akan terdapat cebisan makanan yang tidak dicerna dengan baik bersama najis bayi.

Contoh paling kerap ialah lobak merah.

Selalunya ini terjadi apabila bayi tidak mengunyah sehingga lumat di dalam mulut, ataupun mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa, kemudian terus menelannya.

.

7# Najis Cirit

.

Cirit, komposisi najis adalah lebih air (boleh jadi air semuanya) dan jauh lebih cair.

Kebiasaannya cirit disebabkan jangkitan atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Awas jika bayi berterusan cirit-birit, mengalami dehidrasi (tidak/kurang aktif), demam tinggi atau najis juga mengandungi darah! Segeralah bawa ke hospital jika ini terjadi.

.

8# Najis Sembelit

.

Sembelit biasa terjadi jika diet bayi kurang air dan/atau serat. Bayi yang diberi susu formula juga kebanyakannya mengalami sembelit.

Semasa membuang, anda boleh nampak ‘kesusahan’ bayi untuk meneran. Najis juga lebih keras dan berketul-ketul.

Ada juga bayi menangis semasa membuang air besar. Dan ada juga yang najis disertai darah kerana lubang anus telah terluka dek najis yang keras.

9# Najis Berlendir

.

Sekiranya najis terdapat lendir, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengenalpasti samada jangkitan atau alahan.

.

10# Najis Berdarah

.

Apabila najis bayi berdarah, ia samada:

  1. berwarna merah terang – disebabkan alahan terhadap protein susu, sembelit atau jangkitan
  2. warna merah kehitaman – disebabkan samada bayi tertelan darah ibu semasa menyusu (contoh: ibu mengalami nipple crack dan berdarah), atau pendarahan dalam perut/usus bayi (segera bawa berjumpa doktor jika berterusan najis berdarah)

najis bayi

Maaf jika gambar ini menimbulkan rasa kurang senang. Sekadar untuk berkongsi dan rujukan parents sahaja.

Semoga bermanfaat untuk ibu bapa semua.

Berminat dengan Info Bayi dan Kanak-kanak lain? Klik link untuk teruskan membaca.

.

Sumber : Baby Center

Tercari-cari vitamin untuk menyokong penyusuan bayi anda?

Set Menyusu Shaklee menyediakan nutrisi lengkap yang diperlukan untuk kesihatan menyeluruh ibu, serta membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi yang disusukan.

Klik segera untuk Ain bantu.

Ainniah Zulkefli

Pengedar Shaklee Bertauliah Sejak 2012, Kedai Vitamin Butterworth