manfaat detox

Manfaat Detox Untuk Tubuh Kita | Anda mungkin fikir detoksifikasi cuma proses mencuci badan untuk rasa sihat sahaja.

Tetapi sebenarnya, fungsi detox adalah lebih daripada itu.

Apabila anda detox, hakikatnya anda membantu organ-organ anda menyingkirkan toksin dan benda-benda yang tidak baik dari sistem anda dengan efektif.

Dalam kita sedar atau tidak, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan toksin dari:

  • makanan contohnya pengawet, penambah perisa, warna, bahan kimia penyembur tumbuhan
  • pencemaran udara yang meningkatkan risiko jangkitan sistem pernafasan
  • air yang berkemungkinan besar mengandungi bahan kimis berbahaya dan logam berat yang memudaratkan
  • cara hidup contohnya pemakanan tidak seimbang, merokok
  • dalam badan kita sendiri, yang mana senaman dan proses kimia dalam badan juga akan menghasilkan toksin yang boleh berkumpul dari hari ke hari

.

Badan kita ada sistem ‘tapisan‘ sendiri!

Kita ada paru-paru yang berfungsi menyingkirkan pelbagai gas seperti karbon dioksida.

Hati kita pula merupakan organ utama yang menjalankan fungsi detoksifikasi. Oleh kerana itu, hati bertanggungjawab terhadap lebih 500 fungsi di dalam badan.

Kulit kita menyahkan toksin melalui peluh.

Buah pinggang membuang kotoran dan air dari darah melalui air kencing.

Dan yang terakhir, kita ada sistem pencernaan yang menolak keluar kotoran dengan pergerakan usus.

 

manfaat detox

Organ-organ yang menjalankan fungi detoksifikasi

.

Jadi, kenapa kita perlu bimbang dengan toksin dalam badan?

.

Pendedahan berterusan terhadap toksin yang mengatasi kebolehan sistem detoksifikasi badan, akan membebankan organ-organ yang terlibat tadi.

Fungsi detoksifikasi masih berjalan. Tetapi dengan kadar yang kurang efektif.

Lalu menyebabkan pengumpulan toksin di dalam badan dari semasa ke semasa.

Hasilnya, akan wujud simptom-simptom tak spesifik seperti berikut:

  • sakit kepala dan pening yang kerap
  • masalah sembelit
  • keletihan
  • gangguan tidur
  • berat badan berlebihan

Disebabkan inilah, anda perlu detox!

Bukan sahaja anda akan rasa lebih sihat, malah anda akan menikmati 8 manfaat detox untuk tubuh anda.

 

manfaat detox

.

8 Manfaat Detox Untuk Tubuh

.

1 MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

.

Toksin mengganggu kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak.

Sebab itu kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, mempunyai toksin yang tinggi dalam badan.

.

2 MELEGAKAN SEMBELIT DAN MASALAH ANGIN

.

Dengan detox, anda akan membersihkan usus besar anda.

Apabila usus bersih, bukan sahaja masalah sembelit dapat diatasi.

Malah, menggalakkan pergerakan usus lalu menyingkirkan kotoran dengan berkesan.

.

3 MENINGKATKAN TENAGA

.

Ya. Badan kita ada organ-organ yang melakukan fungsi detox.

Tetapi disebabkan ini, banyak tenaga digunakan. Menjadikan kita mudah keletihan.

Dengan menjalankan detox, anda membantu mengurangkan penggunaan tenaga berlebihan.

.

4 MENGATASI KETAGIHAN

.

Tahukah anda, salah satu tanda badan bertoksin ialah anda ketagihan kafein, makanan manis dan berlemak?

Ya.

Sebab itulah dengan detox, tiba-tiba anda akan sedar yang anda sudah katakan “bye2” kepada makanan-makanan memudaratkan ini.

Sebaliknya, anda akan ketagihan kepada makanan-makanan yang sihat pula. Haha.

 

manfaat detox

.

5 MENCANTIKKAN KULIT

.

Kulit ialah organ terbesar dalam badan kita.

Kulit yang cantik menunjukkan dalaman seseorang itu sihat, dan sebaliknya.

Kulit membantu menyingkirkan kotoran dan toksin melalui peluh.

Sebab itulah, badan bertoksin tinggi sangat sinonim dengan masalah-masalah kulit. Antaranya jerawat dan kulit kusam.

Bila toksin disingkirkan, perlahan-perlahan anda akan dapati perubahan positif kepada kulit anda.

Siapalah yang tidak mahukan kulit yang cantik?

.

6 MENGAWAL STRESS

.

Badan yang tinggi kandungan toksin, mengakibatkan kesihatan minda anda juga terganggu.

Badan bertoksin mengganggu penyerapan nutrien.

Disebabkan ini, badan anda mula ‘stress’ sebab tak dapat ‘makanan’ yang diperlukan.

Dengan ini akan melepaskan hormon stress.

Dan sebab itulah anda stress!

.

7 MENGUATKAN SISTEM IMUN

.

Detox mengurangkan penghasilan radikal bebas yang boleh melemahkan sistem imun anda.

.

8 MEMPERBAIKI KUALITI TIDUR

.

Toksin bukan sahaja menggangu kitaran tidur tetapi membina radikal bebas.

Radikal bebas ini kemudiannya meningkatkan penghasilan hormon tidur dan mengganggu kitaran tidur anda.

Oleh kerana itu, jika anda bermasalah tidur, anda perlukan detox.

.

Ha, sudah terang dan jelas kan yang detox memberi impak lebih dari sekadar menurunkan berat badan sahaja?

Bagaimana untuk mula detox, jom kenali dulu 11 Jenis Makanan Yang Menyokong Fungsi Detox Badan.

Jangan lupa subscribe ainniahzulkefli.com untuk update terbaru tentang detox.

.

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi detox berkesan