Tahukah anda, kaedah penyusuan bayi samada melalui payudara atau botol, memberi impak yang berbeza terhadap perkembangan mulut dan rahang bayi?
Dan untuk jangka masa panjang, memberi kesan terhadap susunan gigi bayi!
Wah, banyak lagi kebaikan menyusu bayi yang kita tak tahu rupanya.
.
Mari Kita Lihat Bagaimana Ini Terjadi.
.
Kita Tengok Dulu Keadaan Semasa Menyusu Badan Ya…
.
Semasa menyusu badan, lidah dan rahang bayi perlu bergerak seiringan.
Lidah bayi perlu berada di bawah areola (kawasan gelap berpigmen di sekeliling puting) lalu menekannya ke lelangit bayi.
Ini menyebabkan kawasan itu berada dalam tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan bayi.
Dalam masa yang sama, otot muka bayi perlu bekerja keras untuk menghisap keluar susu dan mengulang proses yang sama berulang-ulang.
Apa yang akan terjadi ialah berlakunya tekanan berterusan ke atas lelangit bayi.
Kerana lelangit keras (hard palate) bayi masih lembut, penggunaan otot dan tulang yang sinergistik dan berterusan, akan menghasilkan rahang yang berkembang cantik dan simetri berbentuk U seperti dalam gambar di bawah seterusnya.
.
Bagaimana Pula Jika Bayi Minum Susu Dari Botol?
.
Semasa memberi susu di dalam botol, bayi tidak perlu berusaha keras untuk menghisap keluar susu.
Ini kerana sebaik botol diterbalikkan, susu akan mengalir denegan sendirinya.
Bayi cuma perlu mengangkat lidah untuk menahan susu untuk mengelaknya dari tersedak atau tercekik sahaja.
Kurangnya pergerakan dan tekanan menjadikan lelangit keras bayi tidak dapat berkembang dengan baik.
Akibatnya, untuk jangka masa panjang, penggunaan botol susu dan puting bagi bayi berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka turut terganggu.
Selain itu, bayi yang menggunakan botol juga lebih cenderung untuk menghisap jari.
Menghisap jari akan menjadikan gigi ke hadapan, membentuk rahang yang sempit dan lelangit berbentuk V seperti di dalam gambar di bawah.
Dengan itu, susunan gigi juga menjadi tidak teratur.
.
Apa Kesan Perubahan Ini Di Kemudian Hari?
.
Rahang yang luas dan susunan gigi yang teratur pada bayi menyusu badan, lebih memudahkan untuk memberus gigi gigi.
Dengan ini, kurang berisiko untuk masalah gigi di kemudian hari.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai rahang yang sempit dan susunan gigi yang tidak teratur, mereka lebih cenderung menghadapi masalah gigi.
Kos rawatan gigi pun bukan murah di zaman sekarang ini kan?
.
15 Kebaikan Menyusu Bayi Yang Lain
.
Seperti di dalam gambar, dapat disimpulkan, kebaikan menyusu bayi terhadap kesihatan bayi adalah seperti berikut:
- susu ibu membantu mematangkan sistem pertahanan bayi
- penglihatan bayi menyusu lebih jelas
- kolesterol dan lemak baik dalam susu ibu membantu perkembangan saraf dan otak
- risiko kencing manis rendah bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu
- perubahan ‘rasa’ susu ibu dari semasa ke semasa menjadikan bayi lebih mudah menerima pelbagai makanan apabila dewasa (kurang memilih makan)
- bayi menyusu badan kurang mengalami jangkitan paru-paru dan telinga
- denyutan nadi bayi menyusu lebih perlahan dari bayi yang diberi susu formula
- kerana susu ibu diberi direct kepada bayi, kuranglah risiko bayi cirit-birit dan jangkitan usus
- kurang risiko alahan dan eczema
- kandungan susu ibu yang kurang garam tidak membebankan buah pinggang bayi
- kebanyakan kanak-kanak yang mengalami appendicitis tidak disusukan
- risiko jangkitan air kencing kurang bagi bayi yang menyusu
- sembelit kurang terjadi pada bayi menyusu badan
- kanak-kanak yang menyusu badan kurang mengalami masalah sendi
- ramai kanak-kanak yang memerlukan tonsilectomy (pembedahan buang tonsil) adalah yang tidak disusukan susu ibu
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu mengikut cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah:233)
Bnyk manfaat menyusu badan ni kan.
Beruntung bagi org2 yg dpt menyusukan bayi sepenuhnya. Ira bersyukur sbb dpt juga menyusukan anak2 wp campur. Ada setengah org anak langsung xnak. Sedihnya rasa hati..
Tak lama lagi aisyah nak masuk 2 tahun.. Rasa sedih pulak nak stopkan dia susu badan. Tapi kene jgk kan.. Nnt jadi habit pulak..
Alhamdulillah. Sama la kita Ira. Anak Ain dah 2 tahun lebih ni tak nak stop menyusu lagi. Susu lain pun tak nak selain susu choc. hihihi