Tahukah anda, omega 3 ialah sejenis lemak ‘baik’ yang diperlukan tubuh untuk pelbagai fungsi penting? Malangnya ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh daripada pemakanan atau suplemen harian.

Jadi, boleh dikatakan setiap dari kita memerlukan omega 3 setiap hari, termasuk ibu hamil.

.

FUNGSI-FUNGSI OMEGA 3

.

Kajian mendapati, asid lemak omega 3 jenis EPA (eicosapentanoic acid) dan DHA (docoxahexanoic acid) secara semulajadinya dijumpai bersama walaupun secara uniknya keduanya memiliki fungsi yang berbeza.

EPA menyokong sistem imun badan, kesihatan jantung dan mengawal keradangan. Manakala DHA berfungsi menyokong kesihatan otak, kesihatan mata dan sistem saraf, yang mana ianya sangat penting untuk ibu hamil dan menyusu.

Secara amnya, pengambilan omega 3 yang cukup sangat penting untuk mengekalkan penghasilan seimbang prostaglandin. Prostaglandin ialah bahan dalam badan yang menyerupai hormon yang banyak memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi seperti:

  • tekanan darah
  • sistem pembekuan darah
  • transmisi saraf
  • respon keradangan dan alahan
  • untuk fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan
  • penghasilan hormon-hormon lain

.

omega untuk ibu hamil

Bagaimana pula manfaat omega untuk ibu hamil?

.

KEBAIKAN OMEGA 3 UNTUK IBU HAMIL DAN BAYI

.

Manfaat Omega 3 Untuk Bayi Dalam Kandungan

.
Daripada kajian mendapati, penambahan diet kaya omega 3 semasa hamil mempunyai impak positif terhadap perkembangan mata dan pemikiran bayi di dalam kandungan.
Ada beberapa kajian juga menyimpulkan, pengambilan omega 3 pada dos yang tinggi mengurangkan risiko alahan terhadap bayi.
.

Apa Pula Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil?

.
Ibu hamil yang mendapat omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan, berdasarkan kajian, dapat mencegah daripada kelahiran pramatang, mengalami preeklampsia (risiko sawan) dan bayi kekurangan berat badan (low birth weight).
Dan berdasarkan kajian juga, ibu hamil ini juga kurang berisiko mengalami postpartum depression (kemurungan/’meroyan’).
Sekiranya ibu hamil tidak mendapat omega 3 yang cukup semasa kehamilan, simpanan omega 3 dalam badan ibu akan semakin berkurangan kerana bayi menggunakan simpanan yang ada ini untuk perkembangannya.
Selepas bersalin pula, omega 3 juga akan digunakan untuk menghasilkan susu ibu, menyebabkan ibu hamil tadi terus kekurangan omega 3.
Oleh sebab inilah, semakin banyak kali seorang ibu hamil, semakin berisiko ibu itu mengalami masalah ‘meroyan’ tadi, sekiranya tidak mendapat omega 3 yang cukup.
.
.

SUMBER-SUMBER MAKANAN KAYA OMEGA 3

.

omega untuk ibu hamil

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega 3.

.
Sumber terbaik omega 3 ialah daripada cold water fish, seperti ikan tuna, salmon, makerel, hering dan ikan bilis.
Tetapi, yang merisaukan bagi ibu hamil ialah, sumber-sumber ini juga boleh mengandungi bahan bertoksik yang berbahaya seperti merkuri dan logam berat.
Sebab itulah, wujudnya pelbagai jenama suplemen omega 3 yang menawarkan asid lemak omega 3 yang tulen untuk membantu ibu hamil mendapatkan omega 3 yang cukup sepanjang kehamilan.
.

TIPS PILIH SUPLEMEN OMEGA 3

.
American Pregnancy Association menyatakan, tiga tips utama untuk ibu hamil memilih suplemen omega 3 adalah seperti berikut:
.

1) Kaji Cara Omega 3 Itu Diproses

Nak ‘memisahkan’ omega 3 dari bahan-bahan berbahaya, penting sangat ikut langkah yang betul. Buat apa kita nak ambil bahan membahayakan. Jadi, ambil tahu juga bagaimana sesuatu sumber itu diproses.

.

Omega Guard Shaklee ialah suplemen minyak ikan omega 3 ultra-tulen bergred farmaseutikal yang diiktiraf oleh Friends of The Sea (FoS), satu badan NGO yang misinya adalah untuk mengekalkan habitat marin.

2) Ada Bau Ikan Tak?

Bau ikan yang kurang menyenangkan, sepatutnya hanya terjadi bila minyak dalam omega 3 itu telah musnah. Suplemen omega 3 yang berkualiti tinggi, tidak sepatutnya mempunyai bau ikan yang kurang menyenangkan.

.

3) Ada Rasa Ikan Tak?

Minyak ikan omega 3 yang paling berkuaiti tinggi tidak mempunyai rasa ikan yang kurang menyenangkan. Disebabkan ini, ada juga pengeluar suplemen omega 3 yang mencampurkan perasa tiruan yang kuat untuk menyembunyikan rasa ikan itu. Jadi, buatlah pilihan yang bijak.
.
.
Ibu hamil sihat, bayi dalam kandungan hebat.
.

Klik gambar ini untuk konsultasi lanjut Set Hamil untuk kesihatan ibu dan bayi