kebaikan ostematrix shaklee

Nak tahu apa kebaikan Ostematrix Shaklee dan bagaimana ia menyokong kesihatan tulang?

Menurut World Health Organization (WHO), osteoporosis telah dikenalpasti sebagai masalah major di seluruh dunia!

Osteoporosis ialah keadaan di mana kita kehilangan kepadatan tulang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah, walaupun tanpa tekanan yang kuat ke atasnya.

Kekurangan kalsium yang berterusan bertahun-tahun lamanya merisikokan anda kepada osteoporosis.

.

Simptom-simptom Kekurangan Kalsium

.

Seawal usia 30-an, paras kalsium mula merosot tanpa anda sedari.

Antara simptom kekurangan kalsium ialah seperti:

  • kejang otot (Ibu hamil boleh baca Cara Atasi Kaki Cramp Ketika Mengandung)
  • kebas hujung jari
  • mudah keliru
  • gangguan memori
  • kemurungan
  • halusinasi (untuk kes kekurangan kalsium yang teruk)
  • kuku rapuh
  • sembelit
  • sakit sendi
  • mudah letih
  • pertumbuhan terbantut (kanak-kanak)

Anda mungkin merasakan yang anda masih muda dan tidak mengalami simptom kekurangan kalsium ini ketika ini.

Tetapi awas! Osteoporosis terjadi perlahan-lahan secara ‘senyap’!

.

Keperluan Kalsium Harian

.

Untuk melambatkan terjadinya osteoporosis, seharusnya kita memastikan tubuh mendapat kalsium yang mencukupi setiap hari.

Jadual ini menunjukkan keperluan kalsium harian mengikut usia:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee – Sumber jadual : National Institute of Health

.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kalsium Yang Mencukupi Setiap Hari?

.

Seorang dewasa bersaiz sederhana secara puratanya memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan:

  • 4 gelas susu tinggi kalsium
  • 320 biji badam

Banyak?

Ya. Agak mustahil untuk kita mengambil sejumlah ini setiap hari, betul?

Di sinilah fungsi suplemen kalsium – untuk memenuhi lompong nutrisi kalsium yang tidak mencukupi.

kebaikan ostematrix shaklee

Apakah ciri-ciri istimewa Ostematrix Shaklee ini?

.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

.

1) Ostematrix Membekalkan Lebih Dari Kalsium

Ostematrix Shaklee, diformulasi daripada mineral dan galian Laut Mati dengan tujuh nutrien kritikal untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

Setiap hidangan cadangan iaitu 3 kaplet Ostematrix sebelum tidur, membekalkan nutrisi berikut:

  • 750 mg kalsium sebagai bahan binaan untuk tulang dan gigi
  • 300 mg magnesium untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • 300 IU vitamin D3 untuk merangsang penyerapan kalsium tadi
  • 2.25 mg boron untuk membantu metabolisma tulang
  • 1.14 mg zink, 0.15 mg mangan dan 0.15 mg kuprum untuk mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pembinaan tulang

Semua ini diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium ke dalam tulang.

.

2) Penyerapan Terbukti

Penyerapan kalsium dari Ostematrix terbukti melalui kajian klinikal yang mana hasilnya adalah seperti graf di bawah:

kebaikan ostematrix shaklee

Kebaikan Ostematrix Shaklee. Graf menunjukkan kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan. Info dari Laman Web Rasmi Shaklee.

.

3) Selamat Untuk Kebanyakan Kumpulan Yang Memerlukan

Ostematrix sangat sesuai dan selamat untuk golongan yang memerlukan kalsium berikut:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Remaja 12 tahun dan ke atas
  • Warga emas
  • Bermasalah lactose intolerance (alahan kepada susu)
  • Bukan penggemar susu

.

4) Kaplet Comel

Ostematrix didatangkan dalam bentuk kaplet kecil comel yang mudah ditelan.

.

5) Harga Runcit

Harga runcit sebotol Ostematrix ialah RM61.25 dengan 120 tablet untuk kpengambilan selama 40 hari.

Saranan harian : 3 kaplet setiap hari.

Baca juga : Koleksi Testimoni Ostematrix.

DISCLAIMER: PRODUK INI ADALAH SUPLEMEN. BUKAN BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBAT ATAU MENCEGAH SESUATU PENYAKIT. PESAKIT KRONIK DISARANKAN MENDAPAT NASIHAT DOKTOR YANG MERAWAT TERLEBIH DAHULU.