kebaikan protein untuk kulit

Kebaikan Protein Untuk Kulit Sihat dan Cantik | Untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, perlu memastikan pengambilan protein yang cukup setiap hari.

Ini kerana protein merupakan komponen utama dalam semua sel, termasuklah kulit, rambut dan kuku.

Apabila anda mengambil protein, ianya akan dipecahkan kepada asid amino.

Terdapat 22 jenis asid amino kesemuanya.

9 daripadanya digelar asid amino ‘perlu’ kerana badan tidak dapat menghasilkan asid amino ini.

Jadi diperlukan dari diet atau makanan tambahan.

Setelah dipecahkan, asid amino ini akan menjalankan fungsi masing-masing.

Ada yang untuk menghasilkan hormon dan enzim, ada yang membina sel kulit baru dan sebagainya.

Apa yang terjadi apabila ada kekurangan mana-mana asid amino ‘perlu’ ini, ialah sesetengah proses tidak dapat berjalan dengan lancar, termasuklah untuk kesihatan kulit.

Untuk kesihatan kulit, protein bertindak menghasilkan sel kulit baru bagi menggantikan sel kulit lama atau yang telah rosak (contoh: parut) dan membina kolagen untuk mengekalkan keelastikan kulit agar sentiasa nampak awet muda.

kebaikan protein untuk kulit

Pelbagai Sumber Protein Haiwan – lengkap dengan asid amino ‘perlu’ tetapi juga tinggi lemak dan kolesterol.

.

12 Kebaikan Protein Untuk Kulit

.

Jadi, dapat disimpulkan, bahawa dengan protein yang cukup, anda akan mendapat manfaat kesihatan kulit seperti berikut:

  • masalah mata sembab berkurang
  • jerawat mengecut dan jarang naik
  • parut semakin pudar
  • mempercepatkan penyembuhan luka
  • kesan regangan (stretchmark) selepas bersalin semakin memudar
  • kulit lebih anjal dan tegang
  • kedutan dapat dikurangkan
  • membantu masalah jeragat
  • menjadikan wajah lebih awet muda
  • kulit kusam kembali berseri
  • rambut kuat dan sihat
  • kuku tidak mudah rapuh

kebaikan protein untuk kulit

Pelbagai Sumber Protein Dari Tumbuhan – rendah lemak dan bebas kolesterol, tetapi tidak lengkap dengan asid amino ‘perlu’ pula.

 

Tips Pemilihan Protein Yang Berkualiti

.

SUMBER MAKANAN PROTEIN

Dalam memilih sumber makanan protein, anda ada dua pilihan samada sumber haiwan atau tumbuhan.

Sumber haiwan (contoh: daging, ayam, ikan) kebanyakannya mengandungi kesemua asid amino ‘perlu’ yang tak boleh dihasilkan badan.

Manakala tidak banyak sumber tumbuhan yang mempunyai ciri ini.

Dari segi kontra pula, sumber haiwan juga mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.

Jadi anda juga harus berhati-hati dengan risiko penyakit kardiovaskular sekiranya mengambil sumber protein haiwan setiap hari.

.

SUPLEMEN PROTEIN

Kerana agak mustahil untuk mendapatkan kesemua asid amino ‘perlu’ dari pemakanan, wujudnya pelbagai suplemen protein di pasaran.

Bagaimana anda hendak membuat pilihan yang terbaik?

  1. Pilihlah suplemen protein dari sumber tumbuhan kerana sebab yang telah disebut tadi.
  2. Pastikan suplemen protein itu lengkap dengan kesemua asid amino ‘perlu’ tadi.
  3. Cuba semak apa Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score (PDCAAS). PDCAAS ialah cara untuk menentukan kualiti protein berdasarkan keperluan asid amino dan keupayaannya untuk dicernakan. Skor 1.0 ialah skor tertinggi (paling mudah dicerna).
  4. Semak juga samada suplemen ini diproses dengan suhu tinggi atau rendah. Kerana protein sangat sensitif (akan musnah) pada suhu tinggi.
  5. Suplemen protein semestinya diproses terlebih dahulu. Pilih suplemen yang diproses dengan air, bukan alkohol, kerana jika dengan alkohol, boleh memusnahkan kandungan isoflavone yang sangat besar manfaatnya untuk kesihatan.
  6. Adakah suplemen itu ditambah kalsium? Kerana soya bersifat asid. Kalsium kebiasaannya ditambah untuk meneutralkan keasidan soya dan menguatkan tulang dan gigi.
  7. Jangan lupa semak berapa jumlah protein yang dibekalkan untuk satu hidangan. Dan pastikan jumlah ini sesuai untuk anda.
  8. Ciri-ciri lain seperti bebas perasa, pewarna dan pengawet tiruan.

Disebabkan kebaikan protein untuk kulit sihat dan cantik, jadilah pengguna yang bijak. Buat pilihan terbaik untuk memberi yang terbaik untuk kulit anda.

Adakah kesemua ciri protein berkualiti ada pada ESP Shaklee?

kebaikan protein untuk kulit

Klik gambar ini untuk order dan konsultasi lanjut kecantikan kulit

Kategori

Arkib

SUBSCRIBE

WhatsApp chat