Kadang-kadang tentu anda keliru bila mana ada satu suara mengatakan yang pemakanan seharian saja sudah cukup untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Dan satu suara lain pula mengatakan yang kita kekurangan nutrisi dan perlukan suplemen.

Zaman sekarang yang serba moden tak bolehlah kita nak samakan dengan zaman toknek moyang kita dulu.

Masa dulu-dulu, kehidupan di kampung bebas pencemaran, makanan pun sendiri yang bela, tanam dan masak sendiri.

Orang zaman dulu juga dikaitkan dengan badan yang sihat dan kuat walaupun usia sudah lebih 70-80 tahun.

Kenapa orang zaman moden kebanyakannya sudah tidak begitu?

Baru usia 20 tahun dah didiagnos kencing manis. Ramai juga yang baru usia 30-an sudah kerap ke klinik kerana sakit badan dan selalu sakit kepala.

Tidak kurang juga kes obesiti yang makin meningkat, ramai wanita yang bermasalah kesuburan, dan lain-lain lagi.

Belum cerita pasal penyakit ‘tua’ yang kini dah menjengah orang muda.

Di manakah silapnya?

kenapa kita perlukan suplemen

Kenapa Kita Perlukan Suplemen? Kita takkan dapat nutrisi yang diperlukan jika kita lebih gemar memilih makanan segera.

.

Hari ini, Ain berbesar hati nak share ilmu yang Ain dapat dari group eksklusif Maestro Academy Elite Project under Master Nadiah Suhaidi. Tajuknya “Why Supplement?

Tahukah anda, sejak tahun 1999, terdapat peningkatan kes penyakit jantung sebanyak 10%, kanser sebanyak 20% dan kencing manis sebanyak 35%?

Kencing manis pula merupakan penyebab komplikasi masalah buah pinggang, strok, kerosakan mata, amputasi, dan serangan jantung!

Disebabkan fakta ini, para saintis menjangkakan yang 1 daripada 3 kanak-kanak hidup lebih singkat berbanding ibu bapa masing-masing.

Jadi kenapa kita semakin tidak sihat?

Jawapannya antara dua ini sahaja – kita terlebih makan (overfed) atau terkurang makan (undernourished)

Di dalam kesibukan mengejar dunia, kita lebih memilih makanan segera berbanding makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Berdasarkan kajian, jualan makanan segera meningkat sebanyak 2000% sejak tahun 1981 (Ain pun tak lahir lagi waktu tu haha).

Pengambilan makanan segera sebanyak 2 kali seminggu dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing manis.

Hanya 2% daripada kita sahaja yang mendapat cukup keperluan nutrisi yang disarankan.

Bukan itu sahaja. Terdapat kajian yang menunjukkan kemerosotan kandungan nutrisi dalam makanan sebanyak 37% disebabkan faktor-faktor tertentu.

Kejap lagi Ain ulas lebih detail.

Kita bertuah kerana terdapat kajian bahawa pengambilan suplemen mempunyai kesan positif terhadap kesihatan.

Dengan nutrisi yang betul dan gaya hidup yang sihat,

  • 80% masalah sakit jantung di kalangan wanita BOLEH DICEGAH!
  • 60% kematian yang disebabkan kanser BOLEH DICEGAH!
  • 90% kencing manis jenis 2 BOLEH DICEGAH!

.

kenapa kita perlukan suplemen

Untuk hidup sihat dan hebat, amakanlah pemakanan yang sihat, bersenamlah secara berkala, kawal berat badan dan ambillah suplemen secara bijak.

..

So Kenapa Kita Perlukan Suplemen?

Pemakanan

.

Tepuk dada, tanya diri sendiri, “apa aku dah makan hari ini?“.

Kebanyakan kita memilih makanan tinggi kalori, lemak dan kolesterol berbanding makanan tinggi serat dan vitamin.

Kita juga lebih gemar makanan bergoreng berbanding yang dikukus atau dipanggang.

Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak lagi, kita juga menambah perisa dan ajinomoto ke dalam masakan kita.

Adakah makanan sebegini makanan yang kita katakan boleh menampung keperluan nutrisi kita?

Ok. Kita pergi kepada cara penanaman tumbuhan dan pembelaan haiwan-haiwan ternakan pula.

Tanah yang digunakan berkali-kali untuk menanam, lama-kelamaan akan berkurang nutrisi dalam tanahnya.

Penggunaan racun serangga perosak juga digunakan untuk membunuh serangga perosak bagi menjaga kualiti tumbuhan yang ditanam.

Info lanjut boleh baca dari laman rasmi Berita Harian.

.

Nak menampung keperluan yang semakin meningkat pula, kebanyakan sumber makanan diubah genetiknya.

Contohnya ayam disuntik dengan hormon tumbesaran supaya membesar cepat.

Tumbuhan melalui proses ‘genetic engineering’ juga untuk menghasilkan sumber makanan yang ‘segar’ dengan banyak dalam masa yang sihat.

Google saja GMO (genetically-modified organism). Baca sendiri apa mudhorat pengambilan sumber-sumber makanan GMO ini. Antaranya meningkatkan risiko kanser, masalah alahan dan sebagainya.

Sekali lagi, tanyakan pada diri anda, “aku makan nutrisi atau bahan kimia hari ini?“.

.

Pencemaran

.

Bila bercakap tentang pencemaran, terdapat pencemaran udara, tanah dan air yang semakin hari semakin teruk dek pembangunan.

Pencemaran tanah dan air mengganggu tumbesaran tumbuhan dan haiwan.

Untuk manusia pula, pencemaran merupakan stress kepada badan kita, menyebabkan penghasilan radikal bebas yang mengancam kesihatan.

kenapa kita perlukan suplemen

Salah satu sebab kenapa kita perlukan suplemen ialah kerana pencemaran yang semakin berleluasa dek mengejar pembangunan.

.

Gaya Hidup Tidak Sihat

.

Lihat saja berapa ramai yang merokok pada zaman kita?

Rokok mengandungi kumpulan bahan berbahaya dan bertoksik untuk badan. Menyebabkan penghasilan radikal bebas yang merosakkan.

Dan kerana ini, perokok memerlukan jumlah nutrisi yang lebih berbanding orang yang tidak merokok.

Belum kira berapa ramai pula yang tidur lewat, kurang rehat dan kurang bersenam setiap hari.

Stress berlebihan ini menyebabkan ‘demand’ nutrisi juga meningkat.

Selain faktor gaya hidup tidak sihat, beberapa keadaan lain yang juga memerlukan nutrisi lebih ialah seperti ibu hamil, pesakit selepas pembedahan, orang yang ada patah tulang, warga tua dan banyak lagi.

.

Penyakit Zaman Moden Semakin Meningkat

.

Kalau anda nak tahu, usia purata penduduk Malaysia yang menghidap PENYAKIT JANTUNG ialah 58.5 tahun.

Lebih menakutkan, daripada kajian mendapati 1 daripada 4 kes serangan jantung ialah pesakit berusia di bawah 50 tahun! (Sumber: Health Statistic 2014 and National Cardiovascular Database).

Ain sendiri masa kerja kat hospital dulu pernah ada pesakit kena heart attack umur 18 tahun dan 30 tahun!

Yang 30 tahun tu scary. Sebab datang dengan heart attack masuk CCU, thene discharge, then after beberapa hari datang balik dengan strok dan last2 meninggal. Huhu…

Dan antara lelaki dan perempuan pula, kaum lelaki lebih ramai dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, iaitu sebanyak 78%.

Angka yang lebih mengejutkan lagi ialah tentang KANSER.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan dan World Health Organization menyatakan, antara tahun 2007 hingga 2011, terdapat 103,507 kes baru kanser di Malaysia (58.4% wanita dan 41.6% lelaki)!

Antara lain, 1 daripada 4 orang pula akan menghidap kanser menjelang usia 75 tahun.

Selain dari itu, kanser merupakan punca kematian ketiga di hospital-hospital di Malaysia.

Bagaimana pula dengan KENCING MANIS?

kenapa kita perlukan suplemen

Peningkatan kes penyakit-penyakit kronik setiap tahun juga merupakan sebab kenapa kita perlukan suplemen.

.

Pasal kencing manis, Ain ada berita buruk dan berita baik.

Berita buruknya ialah kelaziman menghidap kencing manis meningkat dengan rastik sejak beberapa tahun yang lepas. Dan jangan terkejut yang negara kita merupakan negara paling ramai orang gemuk!

Dan berita baik pula ialah kencing manis jenis 2 sebenarnya boleh dicegah dengan pemakanan seimbang, gaya hidup yang sihat dan mengawal berat badan.

So, bila anda rasa anda perlukan suplemen, bagaimana pula untuk memilih suplemen mana yang terbaik?

Dengan lambakan suplemen di pasaran tempatan sekarang, pilihlah syarikat suplemen yang berasaskan prinsip-prinsip yang betul.

.

6 Panduan Memilih Syarikat Suplemen Yang Betul

.

Berikut merupakan prinsip-prinsip syarikat nutrisi yang betul:

  • Formulasi berasaskan sains (bukannya “aku try ok, ko try mesti ok” dan tiada penjelasan sains).
  • Dibuktikan keselamatan dan keberkesanannya. Penting ni sebab suplemen nak masuk badan jadi darah daging. Kalau bahaya dan tak meyakinkan, sila tolak awal-awal.
  • Sejarah lama dengan reputasi yang unggul. Sesuatu yang teguh dan sentiasa mendapat permintaan mestilah sebuah syarikat yang kuat.
  • Mendemonstrasikan komitmen untuk melakukan yang betul dan berharmoni dengan alam sekitar
  • Ada sejarah kajian nutrisi sokongan (baca Landmark Study dan Telomere Study)
  • Terdapat Bahagian Kajian dan Pembangunan, sumber manusia dan peralatan yang hebat.

.

kenapa kita perlukan suplemen

Shaklee Innovation Center dibuka pada 20 April 2015.

.

Klik sini untuk konsultasi lanjut tentang suplemen Shaklee.