Keperluan Vitamin Untuk Ibu Menyusu | World Health Organization (WHO) menyarankan penyusuan eksklusif bayi sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Dan sebaik-baiknya sehingga 2 tahun. Ini kerana susu ibu merupakan susu terbaik buat si manja.

Sehubungan dengan itu, pemakanan seimbang seorang ibu menyusu sangat penting. Ini bagi memastikan kedua-dua ibu dan bayi mendapat nutrisi secukupnya. Keperluan untuk ibu menyusu bukan sahaja dari segi mendapat vitamin yang cukup, tetapi juga kalori yang sesuai.

 

Keperluan Kalori Ibu Menyusu

 

Ibu menyusu memerlukan extra 500kcal sehari bagi enam bulan pertama penyusuan. Manakala dari bulan ketujuh dan seterusnya, anda memerlukan extra 400kcal sehari. Walaupun keperluan kalori anda melebihi daripada ibu tidak menyusu, ini bukan alasan untuk anda makan banyak.

 

Keperluan Vitamin Ibu Menyusu – Protein

 

keperluan vitamin ibu menyusu

Menurut Recommended Nutrition Intake (RNI) di Malaysia, keperluan protein bagi wanita berusia 19 tahun dan ke atas ialah 55 gram sehari (rujuk jadual di atas). Bagi ibu menyusu pula, disarankan pengambilan sebanyak 75 gram sehari bagi enam bulan pertama penyusuan. Manakala untuk bulan ketujuh penyusuan dan seterusnya, disarankan sebanyak 70 gram protein sehari.

Sebanyak mana 70-75 gram protein itu?

Anda boleh rujuk beberapa contoh sumber makanan seperti di dalam gambar.

keperluan vitamin ibu menyusu

 

Keperluan Vitamin Ibu Menyusu – Kalsium

 

Anda tahu tak, sebenarnya kalsium yang ada di dalam susu ibu, Subhanallah, telah diciptakan sentiasa cukup untuk bayi yang menyusu. Jadi apa fungsi kalsium dari pemakanan dan suplemen ini sebenarnya?

Kalsium dari pemakanan ibu menyusu, adalah untuk anda sendiri. Dan juga digunakan untuk menghasilkan susu ibu. Sekiranya kalsium di dalam darah anda tidak mencukupi, kalsium dari tulang akan digunakan. Dan jika untuk jangka masa yang panjang anda tidak mendapat kalsium yang cukup, anda akan berisiko kepada masalah osteoporosis.

Jadi, untuk mencegah ‘osteoporosis sebelum usia‘, ada baiknya ibu menyusu memastikan pengambilan kalsium sebanyak 1000mg setiap hari.

 

Keperluan Vitamin Lain Ibu Menyusu

 

Sementara kalsium, vitamin D, zink, asid folik dan zat besi dalam susu ibu tak dipengaruhi oleh pemakanan ibu menyusu, ada juga beberapa nutrisi lain yang ditentukan oleh pemakanan si ibu. Antaranya, vitamin C, B6, B12, A, thiamin, riboflavin, iodin dan selenium. Bayi baru lahir, mempunyai paras nutrisi vitamin2 ini yang sangat rendah, jadi, sangat bergantung kepada supply yang cukup dari susu ibu.

 

BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA,

ANDA PASTI AKAN MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK SI MANJA ANDA JUA

 

ainniahzulkefli

Klik gambar untuk konsultasi lanjut.

WhatsApp chat