kerap demam

Musim hujan macam sekarang ni ramailah yang mengadu ‘pakej’ demam, selesema dan batuk. Baik kanak-kanak, orang dewasa mahupun warga tua.

Baru terkena hujan rintik sikit, esoknya datang ke klinik dah sakit tekak dan selesema.

Kanak-kanak sekolah pula, kawan batuk selesema, beberapa hari dia pula yang tidak hadir kerana demam panas. Mudahnya berjangkit kan?

Yang seorang lagi, baru sahaja 3 hari sembuh dari masalah jangkitan paru-paru tetapi malangnya demam semula.

Kalau mereka mempunyai penyakit kronik, kita faham sistem imun mereka lebih lemah daripada orang biasa.

Disebabkan kebanyakan dari kita mengalami masalah yang disebutkan awal tadi, kita ingat ini adalah ‘normal’.

Tetapi sebenarnya ini berpunca daripada sistem pertahanan badan kita yang lemah.

Sistem pertahanan badan kita terdiri daripada 3 lapisan ‘tentera’.

Boleh baca entri sebelum ini bertajuk Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan untuk tahu lebih lanjut tentang ini.

Kali ini, Ain nak kongsi tentang sistem imun dan vitamin C. Dan benarkah kerap demam tanda imuniti lemah?

.

Fungsi-fungsi Vitamin C Dalam Pertahanan Badan

.

petua hilangkan batuk

Apa peranan vitamin C dalam sistem pertahanan badan kita?

.

Berdasarkan kajian ini, berikut merupakan fungsi-fungsi vitamin C di dalam pertahanan badan kita:

  • menyokong pelbagai sel imun yang terlibat dalam sistem pertahanan badan
  • menyokong fungsi ‘benteng’ pertahanan dari kemasukan patogen (‘musuh’)
  • melindungi daripada stres oksidatif dari persekitaran (stres oksidatif menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel)
  • berkumpul di dalam sel-sel imun untuk menggalakkan fungsi sel-sel imun tersebut seperti fungsi ‘menelan’ bakteria (phagocytosis)
  • diperlukan untuk menyingkirkan sel imun yang telah ‘bunuh diri’ (apoptosis) setelah ‘bekerja’ dari kawasan jangkitan untuk mengurangkan kerosakan tisu dan tisu mati
  • menggalakkan pembahagian sel B dan sel T (antara sel imun badan)

.

Jadi, kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan sistem imuniti badan terjejas dan lebih cenderung untuk jangkitan.

Sedikit fakta umum mengenai vitamin C:

  • Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan mahupun disimpan oleh badan
  • Sumber vitamin C ialah seperti buah-buahan sitrus
  • Adalah dicadangkan pengambilan 5 hidangan buah-buahan setiap hari untuk menyokong pelbagai fungsi badan
  • Kira-kira 10-20% sahaja yang mendapat vitamin C yang cukup dari pemakanan seharian
  • Lebihan vitamin C TIDAK boleh disimpan di dalam badan, akan disingkirkan melalui air kencing
  • Sebab itulah anda memerlukan vitamin C dari pemakanan atau suplemen setiap hari
  • Had maksima vitamin C sehari ialah 2000mg (2gram) – boleh menyebabkan tak selesa perut dan cirit-birit

.

Dulu Kerap Demam Atau Sakit, Sekarang…?

.

Kenapa SR Vita C Plus Shaklee?

Diperbuat daripada ekstrak jagung (tidak berasid) menjadikannya sesuai diambil oleh mereka yang mengalami perut sensitif (contoh : gastrik – mudah pedih perut jika memakan oren).

Diformulasi dengan sistem pelepasan berperingkat (“sustained release“).

Sistem ini memastikan pelepasan sebanyak 100mg vitamin C setiap jam.

Dengan hanya mengambil satu tablet 500mg sehari, anda akan dapat vitamin C selama 5 jam berterusan!

Satu tablet ini juga bersamaan dengan memakan 7 setengah biji oren, iaitu mengambil sebiji setengah oren setiap jam.

Juga ditambah bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan vitamin C dan memanjangkan tempoh fungsinya.

Setiap botol mempunyai 180 tablet untuk kegunaan selama 6 bulan.

Harga retail RM97.50, bermakna anda cuma memerlukan 54sen sahaja sehari untuk ‘perisai’ yang lebih kuat.

Jadi, kalau anda salah seorang yang kerap demam atau sakit, dapatkan vitamin C ini sekarang! =)

Promosi Beli 3 Vita C Diskaun 5%

Sah sehingga 31 Oktober 2018 sahaja.