ibu kelar anak

Gambar dari berita ibu kelar anak 19 bulan di Kuantan.

4 hari lalu, kita dikejutkan dengan berita ibu kelar anak di Kuantan. Berdasarkan berita yang disiarkan di dalam Berita Harian ini, dipercayai suspek mengalami halusinasi sebelum mengelar anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan itu. Yang menghairankan, suspek tiada sejarah atau rekod gangguan mental.

Suspek pernah mengalami kemurungan sejak Mei lalu dan dibawa untuk rawatan Islam kerana bimbang akan gangguan makhluk halus.

Walaupun ibu ini sudah melepasi fasa berpantang yang boleh dikaitkan dengan postpartum depression, hari ini Ain nak share sedikit info tentang tajuk ini.

Kemurungan (depression) is a real thing, unexpected dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Terutamanya yang mengalami tekanan berlebihan, tidak terkawal dan tidak diluahkan sehingga mampu menggugat kewarasan pemikiran seseorang.

.

Apa Itu Postpartum Depression?

.

ibu kelar anak

Mekanisma postpartum depression kompleks dan sehingga kini masih tiada penjelasan yang tepat.

.

Postpartum depression, atau lebih popular lagi dikenali sebagai ‘meroyan’ di kalangan masyarakat kita ialah masalah yang berpotensi ‘merosakkan’!

Ianya terjadi pada 10-20% wanita hamil, di mana punca utamanya masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat.

Dikatakan ianya adalah kompleks, melibatkan pelbagai faktor persekitaran dan genetik, dengan kehamilan atau kelahiran bayi sebagai ‘suis’ utamanya.

Perubahan hormon ketika hamil dan selepas bersalin juga dikaitkan dengan postpartum depression ini. Tetapi masih belum dapat dijelaskan sepenuhnya bagaimanakah mekanismanya.

Masalah postpartum depression yang dipandang remeh dan tidak dirawat boleh mengakibatkan episod kemurungan yang berulang-ulang, dan boleh mempengaruhi perkembangan bayi secara negatif.

Contohnya, bayi dibiarkan menangis kelaparan untuk jangka masa yang panjang, kencing berak tidak ditukar lampin, bayi kecil dimarah tidak tentu pasal, kemarahan dan dendam tanpa punca kepada orang lain dan sebagainya.

Lebih mudarat lagi boleh menyebabkan maternal suicide dan tidak mustahil infanticide (pembunuhan bayi) seperti kes ibu kelar anak ini!

Disebabkan ini, adanya keperluan yang kritikal untuk mengenalpasti punca dan faktor risiko bagi mencegah masalah ini dan merawatnya.

.

Paras Omega-3 Yang Rendah Berkait Rapat Dengan Postpartum Depression

.

ibu kelar anak

Berdasarkan kajian, mereka yang mengalami kemurungan mempunyai paras omega-3 yang rendah.

.

Di dalam kajian klinikal ini, terdapat bukti klinikal dan epidemiologi yang menyatakan kurang pengambilan omega-3 dari diet dan/atau paras omega-3 yang rendah berkait rapat dengan postpartum depression.

Dilaporkan, yang paras omega-3 terutamanya docosahexanoic acid (DHA) adalah rendah di dalam pesakit yang mengalami kemurungan.

Ditambah pula dengan ‘demand‘ fisiologi omega-3 yang lebih semasa hamil dan menyusukan meletakkan risiko kehilangan DHA daripada tisu badan termasuklah dari otak.

Rasanya anda sendiri boleh bayangkan sekiranya sebelum kehamilan badan anda sudah sedia kekurangan omega-3. Kemudiannya anda hamil dan bersalin. Paras omega-3 ini akan menjadi lebih rendah lagi sekiranya tidak di-top up omega-3 yang cukup sepanjang kehamilan.

Dan daripada kajian ini juga mendapati, terdapat perubahan tindakbalas otak terhadap stress dalam otak mereka yang kekurangan DHA.

.

Fakta Tentang Asid Lemak Omega-3 dan Kehamilan

.

ibu kelar anak

Omega-3 ialah salah satu keperluan nutrisi penting bagi ibu hamil.

.

Asid lemak omega-3, termasuk DHA dan EPA (eicosapentanoic acid) tergolong dalam kumpulan asid lemak ‘perlu’ (essential fatty acids), di mana ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan dan di”PERLU”kan dari pemakanan atau suplemen.

Omega-3 juga dikenali sebagai ‘lemak baik’ yang penting untuk kesihatan otak, mata dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Lebih spesifik lagi, DHA diperlukan bagi perkembangan sistem saraf utama semua mamalia termasuk manusia (bayi dalam kandungan).

Perkembangan otak bayi adalah terpantas sepanjang trimester terakhir dan di awal kehamilan. Bayi dalam kandungan bergantung sepenuhnya terhadap sumber omega-3 dari ibu.

Dari otak ibu hamil terutamanya, omega-3 akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan melalui plasenta (uri) untuk menyokong pertumbuhan bayi.

Jadi, ibu hamil yang tidak terus menerus mendapat sumber omega-3 yang cukup akan menyebabkan dirinya kekurangan omega-3 terutamanya DHA yang penting untuk kesihatan otak.

Baca lebih lanjut dalam entri Ibu Hamil, Bayi dan Omega-3.

.

“Dari Mana Nak Dapatkan Omega-3 Dan Berapa Banyak Saya Perlukan?”

.

Sumber yang kaya dengan omega-3 ialah dari ikan-ikan laut dalam seperti salmon, ikan kod, tuna dan sardin.

Tetapi, disebabkan kandungan merkuri dan PCB yang tinggi, disarankan ibu hamil tidak keterlaluan memakan ikan-ikan ini. Bahan-bahan pencemar ini memberi efek yang tidak baik untuk pertumbuhan bayi.

.

ibu kelar anak

Antara sumber omega-3 ialah ikan laut dalam, telur, minyak zaitun, minyak soya, minyak canola, minyak flaxseed dan kekacang..

.

American Dietetic Association menyarankan ibu hamil mengambil sekitar 8 hingga 12 oz ikan dalam seminggu. Iaitu bersamaan dengan 240mg hingga 360mg DHA setiap minggu.

Sekiranya anda tidak berupaya mendapat omega-3 yang cukup dari pemakanan, adalah lebih baik untuk consider pengambilan suplemen untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Semoga bermanfaat. 🙂