Kepada ibu bapa yang terus menerus memberikan gajet kepada anak-anak, anda sebenarnya meletakkan amanah anda ini di dalam situasi yang membimbangkan!

Pendedahan anak-anak kecil kepada dunia gajet sememangnya tidak akan pernah membosankan anak-anak. Malah boleh membuatkan anak-anak ‘dengar kata dan duduk diam-diam’ di kala ibu bapa keletihan pulang dari kerja atau sedang membuat kerja.

Sedarkah anda, tindakan anda ini bukan sahaja akan memudaratkan kesihatan fizikal anak-anak, tetapi juga kesan gajet boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka?

.

kesan gajet

“Telefon pintar memang pintar. Tetapi, pintarkah anda?” petikan dari iklan smart phone di televisyen.

.

Pada 18 Jun 2018, World Health Organization (WHO) secara rasminya telah memasukkan ‘Video Game Addiction‘ ke dalam senarai International Classification of Diseases (ICD) (Sumber dari laman web rasmi WHO).

ICD merupakan asas untuk mengenalpasti trend dan statistik kesihatan dari seluruh dunia, mengandungi lebih 55 000 kod unik bagi kecederaan, penyakit dan penyebab kematian. Dengan ICD lah, profesional kesihatan boleh berinteraksi, berkongsi maklumat kesihatan dengan seluruh dunia.

.

kesan gajet

Kini ‘Gaming Disorder‘ termasuk dalam senarai ICD, menunjukkan kesan gajet adalah masalah yang serius di seluruh dunia. (Sumber asal)

.

Untuk mendiagnos masalah Ketagihan Permainan Video ini memerlukan 3 kriteria ini:

  1. permainan video menjadi masalah apabila tiada kawalan ke atas kekerapan dan tempoh masa bermain
  2. video tidak berminat dengan perkara-perkara lain termasuk aktiviti harian selain bermain permainan video
  3. mengakibatkan kesan negatif seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan, gangguan tidur dan sebagainya

.

Kesan Gajet Ke Atas Kesihatan Fizikal dan Mental

.

Computer Vision Syndrome”

.

Tindakan mengerdipkan mata (blinking) merupakan mekanisma semulajadi untuk membersih dan melembapkan mata.

Secara puratanya, kita akan mengerdipkan mata sebanyak 15 kali dalam seminit.

Apabila terlalu lama terdedah dengan gajet, disebabkan terlalu ‘ralit’ dan tidak mahu terlepas contohnya menonton kartun, anak-anak akan mengerdipkan mata pada kadar yang kurang daripada yang sepatutnya.

Berdasarkan kajian, mereka yang terdedah kepada gajet mengerdipkan mata kurang dari 5 kali dalam seminit.

Kurang blinking mengakibatkan mata menjadi kering dan iritasi mudah berlaku. Mulalah mata jadi merah, pedih dan anak-anak akan menggosok-gosok mata mereka yang akan terus merosakkan mata mereka lagi.

Selain itu. mata kita akan bekerja lebih keras apabila melihat gajet di tempat yang terlalu gelap atau terlalu terang. Ini kerana mata perlu adjust (samada constrict atau dilate anak mata) apabila pandangan berubah dari keadaan yang terlalu terang kepada gelap dan sebaliknya.

Jadi, mata menjadi cepat letih jika menghadap gajet untuk jangka masa yang panjang di tempat yang gelap (contoh : orang lain tidur tutup lampu, kita tengok gajet dalam selimut) atau terlalu terang (contoh : di luar rumah ketika cahaya matahari terik).

.

kesan gajet

Antara Kesan Gajet : Masalah kerosakan mata yang disebabkan oleh gajet kini dikenalpasti sebagai “Computer Vision Syndrome” di kalangan profesional kesihatan.

.

Lampu Biru

.

Kebanyakan gajet pada zaman ini menggunakan skrin LED berbanding LCD kerana 2 faktor ini:

  • menghasilkan gambar yang lebih jelas
  • menggunakan kuasa yang kurang berbanding skrin LCD

.

Walau bagaimanapun, skrin LED menghasilkan lebih cahaya biru berbanding LCD.

Oleh kerana ini, para optometrist percaya yang ianya boleh menyebabkan kecederaan kepada retina (lapisan dalam mata yang menerima imej dan menghantar ke otak untuk diproses), meningkatkan risiko masalah macular degeneration dan katarak di kemudian hari.

Dan, cahaya biru ini juga berupaya mengganggu kitar biologi manusia dan mengganggu waktu tidur. Sebab itulah anak-anak yang diberi gajet sebelum waktu tidur lebih sukar melelapkan mata dan lebih memilih untuk terus menghadap gajet daripada tidur.

.

Kesan ke Atas Tingkah Laku dan Fokus

.

kesan gajet

Reset Your Child’s Brain. A Four-Week Plan To End Meltdowns, Raise Grades, and Boost Social Skills by Reversing the Effects of Electronic Screen-Time“, hasll tulisan Victoria Dunckley, MD, seorang pakar psikologi kanak-kanak.

.

Di dalam buku di atas, Victoria Dunckley, MD, menyatakan, pendedahan kepada gajet yang berlebihan mengakibatkan fungsi otak terganggu. Ini boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak!

Dikatakan, screen-time bertindak sebagai perangsang psikologi (psychostimulant) yang sama seperti kafein, amphetamine dan kokain. Kesemua ini menghasilkan rangsangan berlebihan terhadap sistem saraf menyebabkan kesan-kesan yang tidak baik selain ketagihan (Baca entri 7 Cara Atasi Stress Secara Sihat):

  • gangguan tidur
  • perubahan mood
  • masalah fokus dan konsentrasi
  • fungsi intelektual terbatas

.

Di dalam kajian baru-baru ini, membandingkan aktiviti dalam otak kanak-kanak yang membaca dan menghadap gajet (televisyen, komputer, telefon).

Para pengkaji menggunakan MRI untuk mengesan corak perhubungan yang ada di dalam otak mereka. Didapati bahawa perhubungan dalam otak kanak-kanak yang membaca meningkat. Manakala di dalam otak kanak-kanak yang menghadap gajet, perhubungan dalam otak berkurang dengan bertambahnya masa menghadap gajet itu.

Kesimpulan dari kajian ini ialah menggalakkan kanak-kanak membaca untuk menyokong kesihatan dan fungsi otak, di samping mengehadkan pendedahan kepada gajet.

.

kesan gajet

Kanak-kanak gajet kurang berinteraksi dengan orang lain, menyebabkan mereka tidak pandai meluahkan emosi, menguruskan kemarahan dan lebih agresif. Adakah ini yang anda mahukan untuk anak-anak anda?

.

Jadi, Apa Tindakan Anda Sebagai Ibu Bapa dan Penjaga Kanak-kanak?

.

Kerana anak-anak ialah pelapis harapan bangsa dan negara, kesihatan fizikal dan mental mereka sedari kecil amatlah penting.

Zaman kanak-kanak tidak boleh dipatah balik. Jangan menyesal di kemudian hari ya ibu bapa sekalian (pesan untuk diri sendiri juga ni).

Antara tindakan yang boleh anda lakukan ialah seperti berikut:

  • mengehadkan screen-time – disarankan kurang dari sejam sehari bagi anak kecil, dan kurang dari 2 jam sehari bagi kanak-kanak sekolah. Gajet bukan smart phone dan tablet sahaja ya, tetapi juga televisyen dan komputer.
  • menggalakkan anak-anak bermain di luar seperti berlari di padang, bermain di playground di mana mereka lebih aktif dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  • elakkan memberi gajet kepada kanak-kanak jika anda seorang babysitter, sebaliknya cuba alihkan perhatian kanak-kanak dengan permainan lain (masak-masak, robot dan lain-lain)
  • pastikan kanak-kanak dapat tidur yang cukup
  • pantau jarak mata anak-anak dengan gajet (jika diberikan kepada anak-anak) sebaik-baiknya lebih dari 20 inci dari gajet
  • mengelak menggunakan gajet di tempat gelap atau terlalu terang

.

Berhati-hati jika anda cuba untuk mengehadkan penggunaan gajet tetapi anak anda bertindak agresif!

Bawalah segera mereka berjumpa yang lebih pakar – doktor kanak-kanak. kaunselor sekolah atau pakar psikologi kanak-kanak – untuk tindakan selanjutnya. Better late than never kan?

.

kesan gajet

Bahagia melihat kanak-kanak bahagia dengan senyuman dan sihat bermain. 🙂

.

Sumber: